Wednesday, September 22, 2010

Kartun VS Kawan : Kerana Kartun

Hari ni, saje nak tulis-tulis. Entah r, aq pelik ngan hidup aq ni... Satu persoalan yang sering bermain di fikiran ini :

Kenapa aku sangat pentingkan kawan baek aku melebihi yang laen? Kenapa insan bernama kawan paling aq perlukan melebihi makhluk yang laen?

Wah, ini dan masuk soalan secret hati ni! Tapi x pe, x kisah pun. Aq pun terfikir, macam mana semua ni boleh berlaku asal-asal nya?

Kemudian aku menyedari bahawa semua ini adalah dari (lepas adalah mesti kata sendi) pengaruh animasi-animasi yang aku tengok di televisyen.

Sejak kecil hingga ke hari ini, setiap animasi memperlihatkan kepada aku serba-serbi tentang SAHABAT. Mereka menunjukkan betapa pentingnya kehadiran sahabat dalam hidup ini, betapa perlunya sahabat untuk menemani kita, betapa perlunya hubungan persahabatan ini dipelihara.

Maka disebabkan itu, apabila aku menemukan insan bergelar sahabat, bukan kawan, bukan kenalan, tetapi SAHABAT, maka aku memberikan yang terbaik kepada mereka ini. Jadi, perkara yang paling sedih bagiku apabila aku kehilangan sahabat, apabila aku bergaduh dengan sahabat. Tahu kenapa? Kerana setiap kali aku menganggap mereka ini sahabat, maka secebis hati ini akan diberikan kepada mereka walau aku tidak pula tahu anggapan mereka terhadapku pula.

Jadi, inilah simbol ikatan kami supaya hati ini sentiasa diikat untuk bersatu. Tetapi aku sering keliru, adakah ini sahabat yang dikurniakan Allah kepadaku? Adakah ini sahabat yang diberikan syaitan kepadaku?

Dalam kesempatan ini, ingin sekali aku beritahu mereka bahawa 'mereka' lah sehabatku untuk hayat ini dan aku amat memerlukan engkau duhai sahabat. Namun malang sekali apabila lidah ini belum terungkap kata, merungkai jiwa mereka agar mereka juga tahu akan isi hati ini.

Namun bagiku, walau mereka tahu atau tidak akan hal ini, doalah yang sentiasa mengikat hatiku dan mereka dan semoga Allah piula mencurahkan kasih sayangNya kepada kami. Ameen 3x Ya Rabbal A'lamin....

Aq x leh letak gambar sahabat aku sebabnya entah r...

p/s * Sape yang bace ni (klu ade) wajib menangis walaupun x sedih.... WAJIB...