Friday, February 25, 2011

Teknik Basi Dalam Berhujah

Zaman moden kini menuntut manusia untuk mahir dalam komunikasi terutamanya bagi mereka yang melibatkan diri secara langsung dalam urusan sosial. Namun begitu, tidak terlepas juga bagi pemblog-pemblog serta mereka yang bergiat aktif dalam dunia maya. Walaupun kelompok ini tidak terlibat mahupun berinteraksi secara langsung, namun kebolehan komunikasi dalam dunia siber juga dikira amat penting. Fokus kita pada kali ini juga bukan pada petahnya mereka berkata-kata atau arifnya mereka menulis tetapi kaedah-kaedah mereka dalam mmberi keterangan dan menepis serangan. Mengapa? Tidak ramai yang bertindak cemerlang kerana masing-masing akan menggunakan teknik-teknik basi ini untuk melepaskan diri mereka dari menjadi subjek perbincangan.

1) Soalan dibalas dengan soalan.

Saya tidak menafikan bahawasanya kaedah ini amat-amat popular untuk digunakan oleh mereka yang tidak mampu memberi jawapan yang tepat kepada si penanya. Bahkan ada ynag betujuan menggunakan teknik ini untuk mengelakkan diri dari menjawap persoalan yang melangkaui akalnya dan teknik ini dikira sebagai pelindung kepada ketidaktahuan mereka.

Contoh :

Ali : Ahmad, kenapa nama kau Ahmad ?
Ahmad : Hmm aku tanyakau, kenapa nama kau Ali?

Dalam situasi ini kita boleh agak yang si Ahmad tidak tahu mengapa dirinya dinamakan sebagai 'Ahmad', bukan? Untuk mengelakkan dirinya daripada memberi jawapan yang dia sendiri tidak memilikinya, maka persoalan baru ditimbulkan.

Jadi apa langkah terbaik untuk situasi seperti ini?

Ali : Ahmad, kenapa nama kau Ahmad?
Ahmad : Sebab parent aku nak aku jadi orang baik. Jadi namanya pun mestilah kena baik.

Ataupun bagi anda yang mempunyai sebab2 tertentu, maka sudah tentulah itu jawapannya.


2) Permintaan Dibalas Permintaan

Dalam hal ini, sama juga tujuannya untuk mengelakkan diri sendiri daripada memberi jawapan sebenar. Kadang-kadang situasi begini banyak berlaku dalam arena politik yang kian meruncing nampaknya di Malaysia ini dan ada juga berlaku dalam perbahasan.

Contoh :

Pencadang : Kami meletakkan beban kepada pembangkang untuk membuktikan kepada kami bahawa kaedah rawatan alternatif memberikan kesan yang positif berbanding kesan negatif sedangkan rawatan ini berbahaya.

Pembangkang : Sememangnya kaedah rawatan alternatif memberi impak yang sangat baik. Jika pihak kerajaan mengatakan bahawa kaedah ini tidak selamat, berikan kepada kami buktinya dan jika mereka tidak mampu maka kaedah jelas lah selamat.


3) Subjek Menjadi Mangsa

Biasanya teknik ini adalah digunakan untuk memindahkan kesalahan pelaku kepada subjek lain. Mereka akan menghuraikan seolah-olah 'subjek' yang bersalah dan bukannya pelaku....

Tema : Minyak Punca Peperangan Di Asia Tengah

Pencadang : Minyak di Iraq menjadi punca peperangan yang berlaku di negara tersebut. Disebabkan Amerika menginginkan minyak yang kini mencecah harga yang bernilai, maka peperangan telah dicetuskan untuk merampas hasil dari telaga minyak tersebut.

Walhal di sini ada beberapa perkara yang boleh kita pertikaikan.

Punca : Adakah minyak menjadi punca atau ketamakan yang menjadi punca peperangan?

Motif : Jika benar Amerika inginkan minyak, mengapa mereka tidak beli sahaja? Mereka merupakan negara yang kaya-raya. Ataupun mereka mencari perkara yang lain sebenarnya? Imam Mahdi mungkin? Hahaha :D

Kesalahan : Adakah kesalahan (peperangan) itu kerana adanya Minyak? Sebenarnya, minyak merupakan fitnah bagi ketamakan manusia.

Sebenarnya ada banyak lagi tetapi penat lah nak menaip.. Kalau ada keinginan dan masih teringat akan artikel kali ini lagi, saya akan menambahnya.

Bagi sesiapa yang rasa-rasanya ingin menambah mahupun memberi pandangan tentang idea ini, maka kehadiran anda amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih,
Allahu a'lam..