Surah al anbiya' 30 : Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yg hidup, maka mengapakah mereka tiada jugaberiman.
Sebagaimana yg dikatakan oleh Imam Ibnul Jauzi dalam Zadul Masir, terdapat 3 pendapat ulama tentang ayat ini.
1) Bahawa langit asalnya rotqon, ertinya tidak menurunkan hujan, dan bumi pun rotqon, tidak boleh menumbuhkan tanaman, lalu Allah membuka langit dengan turun hujan dan membuka bumi dengan tanaman. Ini adalah pndapat daripada Ibnu Abbas, Atho', Ikramah, Mujahid dan Dhohhak.
2) Bahawa langit dan bumi itu dulu bersatu, lalu Allah memisahkan kedua-duanya. Ini juga pendapat dari Ibnu Abbas sbagaimana daripada riwayat oleh al 'Aufi, dan dikuatkan lagi oleh Imam Hassan al Basri, Sa'id bin Jbair dan Qatadah.
3) Allah membuka bumi menjadi enam lagi, maka jadilah tujuh (lapisan) bumi dan langit dipecahkan enam, maka jadilah tujuh (lapisan) langit. Ini adalah pendapat dari guru-guru Suddi dan Mujahid.
Pendapat pertama dan ketiga tidak bersangkut paut dengan teori bigbang.. Pendapat ke-2 pula tidak selari juga kerana mereka berpendapat bahawa ayat ini Allah mencipta langit dan bumi dalam keadaan menyatu dan kemudian memisahkan. Bukan meletupkan.
Ahmad Sabiq bin Abdul Lathif Abu Yusuf, (1429 H) Matahari Mengelilingi Bumi : "Jangan Pertahankan Teori Matahari Mengelilingi Bumi - Asal Usul Penciptaan Alam Semesta" pp 154 - 155