Sunday, July 26, 2009
Siapakah sahabat
Fikiranku masih lagi di kitab lama mengulitinya dengan penuh khayalan hingga aku tersedar ke alaf ini di samping rakan-rakan asrama sunyi dalam kemeriahan. Hinggakan aku aku terdengar satu keluhan dari hati kecil seorang insan, "Sahabat masa senang memang senang nak cari dan sahabat masa susah memang susah nak cari".
Hati kecil ini tertawa kecil dan diam sejenak lantas aku mula mengamati keluhan itu dengan penuh tumpuan. Sekilas pandang mengasihani nasibnya diselimuti atmosfera ketandusan nilai persahabatan.
Adakah umat akhir ini pernah terfikir? "Layakkah aku bersahabat?" sedangkan hak terhadap sahabat tidak ditunaikan? Sekali lagi kedengaran, "Atau hanya sekadar saudara semuslim?" Namun hak sesama Islam belum dipenuhi. Lantas terus berbisik, "Adakah aku layak menerima sahabat?" Sedangkan di abaikan pula hak terhadap dirinya, Penciptanya dan Nabinya?
Sekiranya ingin mencari sahabat maka selamilah dirimu dahulu. Andai diri ini belum mengenal Rabbnya maka jalinkanlah ikatan denganNya dahulu kerana dialah yang menciptakan sahabat untuk kita dan Dia juga memperteguh tali persahabatan itu. Cintailah RasulNya dahulu kerana dia lah Habibullah Rahmatan Lil'alamin.
Namun begitu janganlah engkau pergi terlalu jauh sebelum kau jadikan Qur'an sahabatmu dahulu dan sunnah sebagai pedomanmu selamanya. Setelah itu, bertebaranlah dikau menjadi sahabat kepada yang lain menghiasi sesamanya dengan keindahan sinar cahaya Rabbani lantas lekaslah engkau mengharap dan mencari sekalian sahabat untukmu yang mampu membantumu di dunia dan akhirat...
Andai telah engkau temui kurniaan Maha Mengasihani, maka syukuriNya dan katakanlah, "Uhibbuka / Uhibbuki fillah"
Lantas seketika aku melayang dengan suara itu, aku tersentak dari lamunan dengan panggilan namaku setelah itu.. Aku mendapatinya dan kami menuju ke Dewan Makan mengisi perut yang berkeroncong ini...
Insan Bernama Sahabat
Insan Bernama Sahabat
Sahabatku..
Kau begitu tabah..sahabat
Kau ditertawakan..kau masih tersenyum
kau diumpat keji tapi masih tersenyum
kau insan yang berhati mulia..
Aku senang denganmu sahabat
Aku bahagia denganmu sahabat
setiap kali Rejab datang..aku teringatkan mu
kau sahabat yang mengingatkan aku berpuasa
kau memang istimewa..
Sahabat.
Namun semua tinggal kenangan
aku tidak pernah lupakanmu
ingatanku tidak pernah padam
Syukur..kerana diizinNya untuk sentiasa mengingatimu
Disaat itu..pasti aku hadiahkan Al-Fatihah untukmu
Sahabat..
Ku sentisa mendoakan kesejahteraanmu di
Pastinya suatu hari nanti aku jua akan ke
Sahabat..Al-Fatihah untukmu.
Amin
" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
(Saidina Ali)
Pernahkah saudara membaca puisi ini?
Hai,
Sekalian manusia menginginkan sahabat yang sejati walaupun tidak sempurna. Mereka sering mengharapkan sahabat mereka sentiasa di samping mereka walau di mana mereka berada di kala senang dan susah hingga kita sering kedengaran keluhan dari lubuk kecil sesetengah insan "Sahabat waktu senang memang senang nak dapat dan sahabat waktu susah memang susah nak dapat".
Sekali kilas nampaklah mereka ini sedih dengan atmosfera mereka yang ketandusan nilai persahabatan. Namun pernahkah umat akhir ini terfikir, "Adakah aku layak bersahabat?"
Sedangkan hak terhadap sahabat tidak pernah mereka tunaikan? Selagi kebenaran
"Kalau begitu adakah sekadar saudara semuslim?"Sedangkan hak sesama muslim mereka endah tak endah? Selagi lagi terlintas,
"Adakah aku layak megharapkan sahabat di sisiku?"Sedangkan bagaimana untuk menjadi sahabat pun tiada ia mengerti?
Wahai umat sekalian, sekalipun kita mengharap dan mencari sahabat dan erti nilai persahabatan yang sebenar, maka selamilah diri sendiri dahulu. Pupuklah kasihn dan cintamu terhadap yang menciptakan sahabat dan nilai itu. Jadikanlah Quran sahabatmu dahulu dan Sunnah ikutanmu dahulu. Lantas jadikanlah hatimu sahabat kepada dirimu dahulu lalu bertebaranlah menjadi sahabat kepada yang lain dan mulakanlah pengaharapan dan pencarianmu akan sahabat yang akan membantumu di dunia dan di akhirat.
Wallahualam...