Tuesday, June 29, 2010

Warkah Untukmu

WARKAH UNTUKMU

Selama ini kaumencari cahaya Ilahi
Yang menerangi sanubari ini,
Tidak pernah putus menjalani,
Ujian yang menimpa diri.

Kaugagah mengharungi onak dan duri,
Walau kadangkala kaujua tersungkur henti,
Namun tidak pernah engkau mungkiri,
Janji Rabbul Izzati menjelma nanti.

Kaumerentasi segenap jalan terbentang,
Dari hadapan kauteroka hingga ke hujung,
Sedalam-dalamnya hingga tertembus pada satu perhentian,
Namun tidak semua laluan itu membawa kebenaran.

Hatta pernahkan kausedari dirimu,
Sentiasa memerlukan cahaya penyuluh,
Untuk menunjukkan kepadamu,
Di dalamnya dihuni nafsu pembunuh.

Andai kaulihat dari satu sudut,
Sekelilingmu dihinggapi amarah durjana,
Bakal melemparkan engkau seorang terhanyut,
Terkapai-kapai dari saujana.

Tidakkah kaukasihni dirimu,
Seharusnya dipujuk dan dibelai,
Namun engkau membelenggu diqalbu,
Dengan kehilangan perhiasan insani.

Terlintaskah dalam benak hatimu,
Jiwa yang dizalimi,
Akibat ukutan tanpa pandu,
Hingga iamn tiada dilekati.

Maka dalam warkah ini,
Kumemohon setulus hati,
Carilah satu titik henti,
Yang membawa perubahan abadi.

Friday, June 25, 2010

B.A.B.I

Berlalunya sekian waktu telah aku jalani di sekolah seperti sedia kala. Berjalan-jalan kaki ini menuju ke pintu pagar sekolah. Begitu letih jiwa ini menghadapi sekian hari yang tidak pernah berubah selama mana aku masih bergelar seorang pelajar.

Tatkala dalam perjalanan itu, aku ketawa kecik mengenangkan perkara yang telah berlaku semasa di kelas tadi. Pada ketika itu, guru Bahasa Melayu kami tidak memasuki kelas atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. Maka itulah adat kami apabila guru tidak masuk ke kelas maka satu sidang akan dibuat oleh sekalian pelajar-pelajar. Namun ketika itu, Hakim tidak menyertai persidangan tersebut. Sebermula kami bersidang dengan bulatan meja yang tersusun, tiba-tiba...

" Hakim, engkau ni BABI betul la! " Teriak Akmal kepadanya.

" Engkau apa hal tiba-tiba macam tu!" Aku mula-mula mencelah tanda tidak berpuas hati.

" A'ha, engkau datang 'matahari' ke? " Salah seorang daripada kami cuba melawak untuk menenangkan keadaan.

" Kau orang tidak nampak ke apa yang Hakim tengah buat? " Ujar Akmal dengan nada sinis sambil menjeling ke arah Hakim.

" Mestilah nampak! Dia kan tengah belajar, yang engkau tiba-tiba maki dia apa hal? Itu yang engkau belum jawab lagi!" Aku menengking untuk menginginkan kepastian.

" Memanglah dia tengah belajar! Tak kan lah dia hisap rokok,kan? " Akmal masih bersandiwara dengan ungkapan awal-awalnya tadi dan masih memutarbelit keadaan.

" Heyh, dia sudah lah baik, kenapa engkau cakap macam tu kepada dia? Dendam apa engkau dengan dia?" Kali ini giliran Zakwan menyampuk untuk menyokongku.

" Kejap, kejap. Kenapa pula kau orang semua pandang aku? Bila masa aku kutuk dia? " Perli Akmal sambil menyembunyikan tujuan percakapnnya yang sebenar.

" Engkau ni, sudah terang lagi bersuluh. Tadi yang engkau cakap babi kat dia kenapa pula? Kata pendakwah berhikmah." Aku memerlinya semula.

" Apa pula aku cakap 'babi' kat dia? Tapi terima kasih la sebab kaupuji aku. Aku ni memang berhikmah orangnya."

" Tadi engkau cakap babi tu apa benda? Perasan betullah engkau ni! "

" Aku tidak cakap babi kat dia tapi aku cuma cakap BABI kat dia! "

" Engkau cakap macam bukan Melayu. Pening dibuatnya. "

" Dia itu memanglah BABI sebab Banyak Amal Banyak Ilmu , kan BABI sinkop nya, kan kan? Cuba engkau tengok, dia itu amanah terhadap amanat ibubapa dan kerajaan. Kau orang macam mana? "

Mereka semu tersentak mendengar hujah Akmal tersebut termasuk diri aku. Hakim pula cuma tersenyum mendengar omongan mereka dari awal lagi kerana dia telah tahu mesej yang ingin disampaikan Akmal kepada kami semua.

Mereka semua pun sedar akan kesilapan masing-masing dan kembali ke tempat asal untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih berfaedah demi menggalas amanah dan tanggungjawab ibubapa serta kerajaan terhadap mereka bagi melahirkan Modal Insan Nasional Minda Kelas Pertama.

-Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain-

Monday, June 21, 2010

Program Insan Cemerlang (PIC)


Tanggal 15 - 17 Jun 2010 merupakan saksi bagiku melewati satu peristiwa yang mungkin tidak dapat dilupakan. Alkisah bermula sehari sebelum kejadian itu, aku menerima panggilan daripada seorang sahabat yang mengajakku untuk meneyertai satu program di Gombak. Pada mulanya hati ini terasa berat untuk menyertainya dek kerana jasad yang malas dan hawa nafsu yang berkepentingan sendiri. Namun aku gagahkan diri ini untuk turut bersama rakan seperjuanganku bagi membina generasi muda agar mampu membangunkan negara sesudah generasiku nanti.

Tibalah hari kejadian berlangsungnya PIC ini. Pada mulanya hati ini seakan-akan sedikit menyampah sebab adanya budak-budak dan lebih-lebih lagi sudah tidak ada mood sebenarnya. Kami mengikut program ini berdasarkan tentatif waktu yang ditetapkan dan perjalanannya agak baik dan lancar. Sebenarnya di awal program tersebut agak sedikit kaku dan segan kerana tidak mengenali adik-adik mahupun fasilitator secara keseluruhannya.

Kemudian sedikit demi sedikit aku cuba menyesuaikan diri dan ternyata aku boleh. Aku diberikan kumpulan secara solo dan begitu juga dengan fasilitator yang lain. Sepatutnya aku digandingkan dengan rakan sebayaku tetapi atas sedikit kekangan yang berlaku kerana beliau tidak dapat hadir, aku mengendalikannya secara berseorangan.

Aku asalnya memikirkan yang adik-adikku ini baik-baik belaka, tetapi begitu nakal dan meriah rupanya. Aku berasa agak sedikit kekok ketika LDK bermula tetapi aku cuba untuk beranikan diri ini agar bersikap ramah yang sebenarnya bukanlah sifat dominan diri aku sebenarnya. Kami memulakan sesi ta'aruf dan bermain sedikit permainan yang mampu menyampaikan mesej dengan cara yang bersahaja tetapi tetap difahami.

Mereka ini diberikan pendedahan kepada nilai-nilai murni dan balasan-balasan seksa melalui cerita-cerita yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang begitu mesra bersama adik-adik. Ketika slot aspirasi S.T.E.P berjalan, ramai pelajar yang beitu tersentuh jiwanya dan menginsafi diri yang penuh noda dan dosa. Mereka diingatkan tentang betapa hamba ini derhaka kepada Sang Pencipta dengan mempermainkan ayatullah. Selain itu juga, mereka diberi peringatan tentang diri mereka yang sebenarnya hanyalah sekadar insan biasa yang dilahirkan oleh ibu yang mengandung dan menahan kelemahan demi kelemahan. Mereka juga diberi pesanan agar tidak menderhakai ibubapa kerana kita tidak tahu waktunya mereka akan pergi selamanya dan meninggalkan kita kelak. Air mata keinsafan jatuh bercucuran dari mata yang melihat kebeanaran dan berderai jatuh ke buimi menjadi saksi terhadap jiwa dan raga mereka.

Tidak lupa juga ketika kami mandi bersama-sama di sungai belakang Kem Alang Manja dan airnya begitu dingin sekali. Memang tidak dapat dilupakan walau secebis keindahan kenangan di sana. Adik-adik yang begitu mesra dimintanya kami untuk mengangkat mereka agar seolah-olah lelihatan mereka ini berenang. Bersimbah-simbahan air ketika mandi di sana bergambar dengan gembiranya. Masih segar lagi dalam ingatan ada dua orang kelihatan seperti kembar iaitu Luqman dan Zaid daripada kumpulan 7 yang begitu kesejukan. Aku jadi macam drebar mereka untuk mengangkat mereka dari satu batu ke satu batu. Menggigil mereka dibuatnya. Wajah mereka yang putih gebu dan manis itu persis aku di kala kecil. Memang tidak dapat aku lupakan wajah mereka yang suci dari menanggung sebarang dosa. Aku masih ingat lagi apabila ada dua orang yang menawarkan diri mereka membersihkan rambut dan baju aku setelah dibaling tepung oleh fasi lain. Aku cuba menyelam dan Zaid mencuci rambutku dan seorang lagi menyental bajuku. Betapa mereka ini sebenarnya mampu menjadi insan cemerlang andai kata ibubapa mampu bersama jiwa mereka meneroka kehidupan mereka yang warna-warni sebenarnya.

Tidak lupa juga ketika Jungle Tracking yang membawa kami menemukan sebuah kolam air terjun yang segar turun dari bukit. Saat kenangan yang terindah. Aku membawa mereka mendekati air terjun yang deras turun dan memang dalam, hinggakan tidak sampai dengan ketinggian mereka. Dalam kegemnbiraan ada kesedihan. Berlakunya peristiwa itu, apabila Idham dari kumpulan 5 tersiat sedikt kulitnya kerana bergeser kulitnya dengan batu-batan di kolam itu. Namun hal itu bukanlah penghalang baginya untuk berhibur sama.Senyuman yang terukir pada raut wajah mereka benar-benar mengubat jiwa ini yang melihatnya. Saat itu juga kami merakamkan saat-saat indah dalam kepingan gambar seolah-olah menyimpan waktu yang berhenti agar tidak lari dari ingatan kami. Kenangan yang diabadikan begitu indah bagi jiwa ini.

Malahan terdapat pelbagai aktiviti lain yang begitu menambat hati setiap peserta mahupun fasilitator itu sendiri. Kami bermain bom bom dengan mewakili setiap negara yang mempunyai dua patah kata. Para peserta begitu bersungguh-sungguh melindungi fasi mereka daripada serangan bom air dan tepung 'berasid' dan sanggup bergadai baju dengan menjadi benteng kepada fasi semua. Begitu terharu dibuatnya. Paling best sebab kumpulan 3 berjaya menewaskan musuh ketatnya kumpulan 6 yang mewakili negara Korea. Hahaha....

Masih segar dalam ingatan ini ketika bermulanya program ini apabila dua beradik yang menangis ingin pulang. Tetapi apabila telah dipujuk oleh seorang akak fasi, rasanya hati yang dipujuk itu terus cair dan kekal bersama kami hingga ke penghujung program. Malah apabila diusik semula, mereka beria ingin tinggal bersama adik-adik PIC dengan lebih lama. Indah sungguh perasaan sayang yang mampu menggamit jiwa seorang manusia.

Namun yang paling tidak boleh dilupakan apabila telah tiba waktu bagi mereka untuk mereka berangkat pulang. Kami bersama-sama tunggu menghadap bas mereka dan kami melambai-lambai kepada mereka dengan perasaan yang penuh kasih sayang dan hiba. Sebelum itu, kami sempat membantu adik-adik mengangkat beg mereka ke perhentian bas di atas dan kami dengan riang bersembang sambil menyanyi. Hati menjadi sayu apabila mereka pergi menaiki bas. Kami sempat pada ketika itu melakukan tepuk-tepuk semangat buat kali terakhir kepada para peserta yang begitu mesra. Adapun begitu, kami juga melakukan tepuk-tepuk kasih sayang sebagai tanda ikatan yang pernah terjalin utuh itu tidak akan pernah retak dan runtuh malah kekal diabadikan dalam lubuk sanubari ini.

Makin difikirkan makin rindu pula rasanya. Tapi aku masih berpegang bahawa kerinduan semata-mata bukanlah penawar yang paling mujarab akan tetapi doa yang sentiasa mengiringi mereka di bawah satu payung kalimah syahadah itu tanda ikatan yang sentiasa berkait erat hingga ke syurga kelak.



Kasihmu Dalam Kenangan



Saturday, June 12, 2010