Friday, August 13, 2010

Cetusan Pendapat : Ayat Hafazan Form 4

Selaku pemegang mandat pelajar sekolah, generasi baharu harapan bangsa kita didedahkan dengan pelbagai konsep ilmu dari pelbagai aspek sama ada berunsurkan duniawi mahupun ukhrawi. Dalam menjalani arus perdana liberalisasi kini, sati 'title' telah diletakkan di atas pundak kita bangsa Melayu, jaguh teori hebat berkata-kata namun lemah dalam praktikal.

Mesej utama yang bakal dipersembahkan itu berhubung kait dengan pernyataan di atas sama ada secara langsung mahupun tidak. Dalam kita dahaga meneguk ilmu, dalam kita bersusah payah menelaah ilmu akademik, satu janji daripada The Devine Book telah pun terkota terhadap diri kita yang memegang portfolio Muslimin Muslimat.

Apakah perkara yang dijanjikan kepada kita itu? Pernahkah kita mendengarkannya? Pernahkah kita mengambilnya sebagai motivasi hidup kita?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ( ) Telah BERJAYA orang yang beriman (1)

Surah Al-Mukminun : 1

Dalam membincangkan janji ini melalui logik dan realtinya, adakah benar perkataan yang difirmankan Ilahi ini telah termakbul?

Pena persoalannya yang mengukir di atas dedaun kesamaran, jawapan telah timbul di sebalik cahaya yang menyusul. Allah telah menetapkan ciri-ciri mereka yang beriman itu yang telah dijanjikan kejayaan.

Dalam kalam cinta yang sama Allah berfirman lagi :

Mereka yang KHUSYUK dalam solatnya (2) Dan mereka menjauhi daripada PERBUATAN dan PERKATAAN yang sia-sia (3) Dan mereka yang membersihkan hartanya (4) Dan mereka yang MEMELIHARA kehormatannya (5) Kecuali terhadap isteri-isteri dan hamba-hamba sahaya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela (6) Maka sesiapa yang mencari selain yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas (7) Dan mereka yang memelihara amanah dan memelihara janjinya (8) Dan mereka yang memelihara solatnya (9) Mereka itulah yang berhak mewarisi (10) Yang mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya (11)

Maka Allah telah menetapkan indikator terhadap hambaNya yang ingin berjaya.

  1. Khusyuk dalam solatnya
  2. Menjauhkan diri daripada perkataan dan perbuatanyang sia-sia
  3. Membayar zakat
  4. Menjaga kehormatan
  5. Memlihara amanah
  6. Memelihara janji
  7. Memelihara solat

Namun sekali lagi pena fikiran kembali menulis persoalan bagaimana indikator ini menjadi wasilah atau penyebab mereka berjaya?

Dalam susunan prasyarat ini, Sang Khaliq telah menyusun cantik dengan meletakkan kewajipan solat itu di awal dan di akhir.

1. Solat : Khusyuk dan Pelihara

Solat itu mencegah diri daripada kemungkaran. Namun hal ini berkesan kepada mereka yang khusyulk dalam solatnya. Jangan kita mengahrap khusyuk itu seperti para nabi dan salafus soleh tetapi cukuplah sekadar boleh membuatkan kita menginsafi kehinaan diri dan membuahkan keagungan kepada dzat yang menciptakan kita bersama cakerawala yang terbenatang luas. Maka dengan solat itu sebenarnya merupakan satu kerehatan minda bagi kita kerana ketika kita bersolat, getaran minda kita berada dalam frekuensi yang lemah dan sangat menenangkan. Maka dengan zikrullah yang mengasyikkan dirii kita itu, akan mencapai resonance dalam mindam kita hingga ingatan kita hanya semata-mata kepada hakiki dan Allah Azza Wajalla kerana tiada lagi gelombang lain yang mampu menembus benteng agung solat tersebut asalkan mereka itu tetap MEMELIHARA solat mereka.


2. Lagha : Perbuatan dan Perkataan Yang Sia-sia

Berdasarkan kepada wasiat Imam al Ghazali rahimahullah, Hujjatul Islam, beliau mewasiatkan kepada kita bahawa kewajiapan kita melebihi waktu kita. Bagaimana pula hal itu boleh berlaku? Masa tetap berlalu dan pekerjaan di dunia sentiasa berjalan hingga ke hari akhir sedang kita pula, kematian semakin hampir dan Malaikat Muat sering menjengah kita hampir 70 kali sehari. Jadi benarlah perkatan beliau kerana pekerjaan itu akan berlaku hingga kiamat yang mungkin 100- 200 tahun lagi sedang kita ini kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masas sahaja. Jadikan mampukan kita menjadi orang yang benar-benar berjaya di sisi Allah sekiranya kita sekadar melakukan perkara-perkara fatamorgana dan berkata-kata tentang perkara logamaya? Tidak bukan?


3. Membayar Zakat

Rukun Islam yang keempat ini mengandungi hikmah yang jelas. Putara wang kita tidak akan lari dan akan berlegar- berlegar di samping umat Islam sahaja. Maka tiada kerugian akan timbul dan kemantapan serta kebangkitan ekonomi umat Islam yang menjelma akan memberikan kita kemudahan untuk lebih berjaya dalam jemaah dan bukan pula secara individu. Maka adakah kita akan berjaya dalam keseorangan? Ataupun kejayaan yang sebenar itu apabila jemaah Islam berserta kita yang meraih kemenangan tersebut?

4. Memelihara Kehormatan

Mungkin ramai yang tidak nampak ataupun tidak perasan tentang kaitan kejayaan orang beriman dengan memelihara kehormatannya. Maka kita melihat dari sudut yang mudah difahami oleh semua orang, bagaiman insan yang telah tercemar kehormatannya dengan mudah boleh meraih kejayaaan ? Malah dia perlu memulihkan maruah dirinya untuk menempa kejayaan. Situasi hari ini jelas menunjukkan gejala soisial kini telah didalangi oleh mereka-mereka yang terjerumus ke lembah hina dek kerana kurangnya keimanan dan lemahnya diri untuk memelihara kehormatan diri. Adakah mereka yang benar-benar mantap dari segi ilmu dunia dan akhiratnya terjerumus dalam krisis maksiat ini? Sekiranya kita katakan mahasiswa yang begitu hebat menjadi penyumbang utama kepadagejala ini dan rata-rata mereka ini adalah bangsa Melayu. Kita kaji kes ini semula. Adakah mereka itu yang benar-benar cemerlang dalam akademiknya? Dan bukan sekadar cukup-cukup makan? Adakah mereka yang digelar sebagai ulul albab yang mampu menjadikan ilmu sebagai landasan hidup mereka? Pesong secara totalnya, bukan?

5. Amanah & Janji Dipelihara

Maka hal ini jelas tanpa perlu di bahaskan. Korupsi menyekat kemajuan ekonomi. Khianat kunci kejatuhan sesuatu bangsa. Munafik virus kepada pencemaran dogma-dogma agama. Maka mereka yang memelihara kedua-duanya akan menjadikan orang yang berhak menerima hak mereka, yang berusaha menerima imbalannya dan yang sulit kekal rahsia dan starteginya dan yang suci itu kekal kesuciannya. Maka kedatangan Islam itu bersama Al Amin telah membuatkan keberanan itu tembul dan kebatilan telah lenyap. Maka yang halal itu jelas dan haram itu nyata dan yang berada di antara kedua-duanya itu subhah.

Jangan dipandang subjek agama Islam itu sekadar periksa semata-mata namun hayatilah ia selama mana perhiasan iman itu masih terlekat di dalam lubuk hati kita.

Wallahua'lam