Aku membaham segala macam yang ada di hadapan mataku. Habis semuanya di mamah olehku bagai ruang infinit yang tiada penghujungnya. Laksana itu, perjalanan circulatory system aku habis terganggu gugat intergritinya hinggan mengharu-birukan nilai pH di dalam badan.
Seketika itu, perutku mula tunjuk kuasa mengarah aku ke tandas untuk melabur saham lebih banyak bagi meraih keuntungan kesihatan. Seolah-olah telah lama berlatih ketenteraan aku menhasilkan satu ledakan pungent gas hasil tembakan yang begitu jitu dan padu.
Arakian aku beristirahat satu gelombang terhasil daripada rpm (rotation per minute) otakku berstatus alfa terus menyelinap masuk ke cuping telinga agar ianya boleh membaca wavefront itu.
Mindaku terus membacanya "Apalah kau nie, markah macam tahi! nak dapat tahi tu pun lagi susah!" Satu teriakan terus meluru padu ke hati seorang hamba ini. Hatta aku berfikir di atas 'Singgahsana Kesetiaan' mencari kebenaran atas kata-katanya itu.
Aku memandang dari segenap aspek, mengikuti pelbagai perspektif serta terus berfikir dari setiap penjuru kehidupan hingga ke akhirnya aku temui sesuatu yang berharga. Orang terus berkata markah macam tahi maknanya nilai markah adalah kandungan tahi.
Saya membawa anda terus berfikir melalui arus perdana berdasarkan falsafah dalam biologinya. Orang terus mengkritik markah macam tahi kerana terus menegaskan bahawa sesuatu perkara yang membawa hasil seperti najis (waste products). Secara ilmiahnya najis itu terhasil daripada makanan tidak tercerna (undigested food), urea dan lain-lain bahan.
Apabila seseorang itu mengunyah 44 kali (sunnah nabi) maka akan terhasilnya simpler product yang dihancurkan melalui physical mechanism (kunyahan) dan menyebabkan makanan itu menjadi saiz yang lebih kecil dan menghasilkan jumlah ruang permukaan (total surface area) semakin besar dan terdedah kepada perlanggaran berkesan bagi mempercepatkan kadar tindak balas (rate of reaction) dan dapat diserap oleh villus secara optimum. Maka hasil makanan yang tidak tercerna itu adalah sedikit dan penyerapannya menjadi lebih banyak dan meningkatkan kadar nutrisi dalam badan kita.
Otakku terus melayan bahtera bayangan merentasi lautan fana dan terus hanyut bersama falsafah atau falsampah yang ingin didukung. Aku pun tidak tahu. Tetapi apa yang pasti bagiku markah macam tahi itu bukanlah suatu yang jelek tapi boleh dimartabatkan derajat falsafahnya. Maka terus diwakili dengan satu penceritaan analogi supaya kefahaman tidak hilang kredibilitinya.
Masih dengan jiwa yang cekal mengatakan markah macam tahi adalah hasilnya memberansangkan. Ini disebabkan oleh hasil markah biarlah hasil macam tahi kerana tahi itu adalah sisa buangan dari badan yang tidak dapat dicernakan oleh badan dan hasil nutrisi yang diserap di dalam badan secara optimum itu memberi kesihatan sama seperti hasil markah yang cemerlang kerana telah menyerap ilmu pengetahuan secara maksimum dan hanya kehilangan beberapa markah seperti penyahninjahan.
Oleh itu, markah macam tahi merupakan satu falsafah yang boleh dipandang dan membawa erti hasil yang cemerlang walaupun bukan semua yang berjaya kerana memahami erti lumrah hidup, manusia itu tidak sempurna.
Akhirnya aku telah selesai melunaskan segala hutangku kepada 'Singgahsana Kesetiaan' dan terus membersihkan diri dan memboloskan diri dari pintu 'Bilik Ilham'.
No comments:
Post a Comment