Tuesday, February 16, 2010

Hikayat Jauhari : Perihal Bumi Di Kala Terang

Alkisah sebermulanya satu hikayat dahulu kala yang mewarnai alam, menerangi kepulauan nusantara yang bertasbih merdu kepada Sang Khaliq Yang Maha Kuasa Lagi Maha Perkasa. Di sebuah gedung ilmu, tempat jauhari menuntut dari gurunya. Beliau termasyhur dengan resmi padi sehingga mendapat sanjungan dari penduduk desa sekaliannya.

Arakian Sang Jauhari mempelajari ilmu alam hingga terpaku akan kehebatan Tuhan Yang Maha Pencipta sehingga tersahut seruan dari penduduk langit dan bumi, "Maka bertasbihlah dengan nama Tuhanmu Yang Maha Agung".

Bertitahlah Mahaguru kepada Sang Jauhari akan perihal keadaan bumi di kala siang dan malam hari. Syahadan berbicaralah mereka mengenai Bumi yang indah ini.

Mahaguru : Hai Sang Jauhari adakah dikau arif tentang bumi kediaman kita?

Jauhari : Hanya Allah dan RasulNya serta mereka yang diberi ilham. Mahaguru.

Mahaguru : Bumi ini mengalami tekanan yang berbaza di kala terang dan malap, luruh dan sejuk.

Jauhari : Apa perkaitannya Tuan Guru? Tiada saya mengerti akan itu

Mahaguru : Sewaktu Sang Suria menemani kita, bumi ini dibawah tekanan yang tinggi hatta bertebaranlah

gelombang-gelombang ke serata alam. Jadi tiada mendengarlah mereka akan pekikanmu.

Jauhari : Jadi ketahuilah saya akan sahabat yang tiada mendengarnya suara saya di kala terik hari. Tapi

bagaimana pula akan perihal itu itu terjadi? Akan Mahaguru jelaskan itu?

Mahaguru : Itulah pekerjaanNya yang membuatkan tanah ini semakin panas kerana cahaya mentari hingga

bertambahnya tenaga kinetik dan menolaknya ke atas.

Jauhari : Maka arif lah saya akan hal itu. Tetapi bagaimana pula di waktu bulan yang menemani gerangan ini

wahai Mahaguru?

Mahaguru : Akan kuberi kepadamu petunjuk agar dapat engkau cari jalan itu.

Jauhari : Maka apakah yang akan kau beri itu?

Mahaguru : Allah itu menjadikan segala sesuatu secara berpasangan sama ada kamu tahu atau pun tidak.

Jauhari : Sekalian besar Mahaguru beri kepada saya. Akan saya fikirkan perkara yang termaktub itu.

Bersambung...

No comments: