Wah, pagi yang indah untuk aku mula berkaya di dalam bilik yang sunyi sepi ini. Hanya dendangan dari lagu jepun mengusik halwa pendengaranku ini hingga mengusik sekeping jiwa yang sangat rapuh hendaknya. Tatkala bersendiri di ruang kamar yang berselerak ini, fikiranku tidak keruan. "Ya tidak keruan," aku bermonolog dalaman. Sejak bila aku begini? Hari ini? semalam? kelmarin? Aku tidak sedar akan hal itu. Namun aku mulai perasan bahawa hidup kini kian berubah. Namun perubahan ini bukannya sedikit demi sedikit, tetapi perubahan yang drastik!
Seorang insan lagi telah berjaya mengusik hatiku hanya dengan keperamahan dia sahaja. Siapa tahu, tidak kenal maka tidak cinta.. Tetapi bersama dia ini, hanya sekali pertemuan telah berjaya menambat hati. Pasti ramai akan tertanya-tertanya.. Siapakah insan itu? Dan aku turut pasti bahawa pandangan yang akan diberikan terlalu tipikal. "Buah hati baru ke?" Mahu tidak mahu, inilah kenyataan yang harus aku hadapi selama aku bernafas di muka bumi ini..
Aku pula tertanya-tanya, adakah perasaan cinta dan kasih yang berputik, layak hendaknya hanya untuk seorang insan bergelar kekasih? Jikalau begitu, di mana hendaknya aku letakkan SAHABAT dalam hatiku? di mana hendaknya aku letakkan keluarga di hatiku? Orang juga sering berkata, perasaan yang bernama cinta itu hanya untuk kekasih! Adakah benar itu yang harus aku turutkan? Adakah hati kecilku ini sanggup menerima kenyataan ini?
Duhai jiwa yang mendengar, dengarlah rintihan aku ini.. satu rintihan yang tidak kedengaran suara... lantas tangisan yang teresak-esak langsung tidak dipedulikan. Bagiku cinta itu perasaan yang suci. Janganlah dinodai oleh mereka yang berhati busuk, jijik dan kotor.. Dan jikalau cinta itu hanya untuk kekasih, maka aku sanggup mati untuk itu kerana hatiku ini sering berbisik merdu kepadaku, "Wahai insan yang berkasih sayang, namamu terlalu indah untuk dialunkan.. membawa sifat lemah lembut disekitar hidupmu... Bajalah perasaanmu ini untuk teman-temanmu.. Kerana lebih layak untuk itu...."
Aku menyahut bisikan itu... Aku turut mencari taman-taman rahsia yang sudi menerima baja ini. Aku singgah dari satu taman ke satu taman.. Setiap daripadanya telah dihiasi dengan pelbagai jenis bunga cinta dan persahabatan.. Aku tertanya-tanya, "adakah aku masih mempunyai tempat di taman hati mereka?" Walaupun begitu, aku mencuba...
Aku menyangkakan baja ini akan menyuburkan tanah yang terbentang ini... Dengan perasaan gembira, aku senantiasa berusaha untuk memastikan tanaman-tanaman ini terus mekar... Namun, kusangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari... Setiap tanaman yang kembang itu, tidak bertahan lama...
Aku berasa sakit untuk menerima hakikat itu kerana itulah sandaranku untuk terus hidup di alam fana. Di mana jua kehadiranku ini untuk mengikat kasih antara dua hati, pasti akan terbuka jua.. Hanya masa yang membezakan... Di ruang yang sempit, aku terduduk kaku, menangis sendirian.. meronta keseorangan, tanpa ada yang menemani... Aku bertanya, "Adakah aku ini makhluk yang terpinggir?" "Adakah aku ini tidak pantas untuk bersama dengan orang yang aku kasihi?" "Inikah dunia yang mengajarku erti keperitan?" "Adakah ini pengorbanan yang perlu untuk melihat mereka kekal bahagia?" Persoalan bertubi-tubi menusuk kalbuku.. Malangnya, persoalan datang tanpa jawapan, persoalan yang hadir pergi membuatku ketidak tahuan... kini, persoalan lebih banyak dari jawapan...
Aku tersedu-sedu bertanya, "Masih ada tamankah untuk diriku?"
No comments:
Post a Comment