Saturday, October 22, 2011

Islamic Eschatology: Tanda Akhir Zaman di Makkah

Didalam buku “The Caliphate, The Hejaz and the Saudi-Wahhabi Nation-State” karya Ulama’ terkenal, Sheikh Imran Hosein menegaskan bahawa antara punca runtuhnya Kerajaan Khilafah Islam terakhir di Turki (Ottoman Empire) adalah disebabkan Kerajaan Saudi-Wahhabi. Proses untuk mengurangkan kuasa Islam di dunia adalah dengan memunculkan Tamadun Sekular Barat dengan meruntuhkan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah didalam sistem kehidupan awam yang bernaung dibawah satu panji dan satu ameer (pemerintah). Maka, Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah telah menjadi sasaran Barat yang pertama untuk dimusnahkan dan digantikan dengan sistem kerajaan yang sedia ada kekal sehingga kini.

Bermulanya Revolusi Perancis & Perang Dunia Pertama, maka bertitik tolak dari sinilah wujudnya Kerajaan Sekular di dunia dimana ‘Khilafah’ Pope di Vatican di gulingkan melalui Revolusi Perancis atas nama Renaissance dan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah digulingkan melalui Perang Dunia Pertama. Maka, muncullah Negara Sekular Barat di Eropah dan Negara Islam Sekular di Turki & Semenanjung Arab akibat daripada runtuhnya empayar Khilafah Islam yang terakhir, dibawah ameer, al-Malik Sultan Abdul Hamid. Gerakan meruntuhkan empayar Khilafah Islam Turki ini dipelopori oleh golongan nasionalis Turki yang dipengaruhi oleh golongan berpendidikan Barat dan mereka menyerahkan tugas itu kepada gerakan Yahudi bawah tanah untuk melaksanakannya.

Kejatuhannya Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah (Ottoman) tidak akan berlaku jika tiada ‘campur tangan’ pemerintah-pemerintah (Syarif) di Semenanjung Hijaz (Tanah Arab) terhadap Negara Islam Sekular di Turki. Semenanjung Hijaz ketika itu di bawah pemerintah Abdul Aziz ibn Saud yang mana beliau turut menyertai Mustafa Kamal (Ataturk) untuk menolak kedaulatan Islam di Negara tersebut. Maka dengan terjadinya ‘campur tangan’ dari Abdul Aziz ibn Saud yang menyokong gerakan nasionalisasi terhadap Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah, maka satu-satunya jiwa kepada Negara Islam Dunia (Tanah Arab) memilih untuk menukar sistem pemerintahan kepada model negara sekular. Dengan kelahiran Negara Sekular Arab Saudi maka berakhirlah Dar al-Islam yang mana diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW . Maka, Arab kini tidak lagi bernaung dibawah pemerintahan Kerajaan Islam Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah setelah mendapat kemerdekaan dan menamakan Semenanjung Hijaz dengan nama Arab Saudi, sempena nama keluarga Pemerintah Abdul Aziz , iaitu as-Saud.

Dalang disebalik kejayaan Negara Sekular Islam wujud di Tanah Arab adalah Britain! (Lokasi Dajjal, sehari sama seperti setahun). Britain menyedari hakikat bahawa betapa pentingnya untuk memecahkan hati-hati umat Islam yang bersatu arah di Tanah Haram (Makkah & Madinah)adalah bermula dengan menjatuhkan Khilafah Islam di Turki dan tidak menajtuhkan Makkah & Madinah kerana disitu terlataknya tempat ibadah umat Islam seluruh dunia kerana dibimbangi sentiment agama tercetus. Maka cara helah diadakan bagi menawan Tanah Haram (Makkah & Madinah) iaitu dengan melihat kepada siapa umat Islam (Makkah & Madinah) bernaung. Jawapannya adalah Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah . Ini kerana seluruh umat Islam di dunia ketika itu bernaung di bawah Khilafah Islam Turki di bawah satu pemerintah (ameer). Britain perlu memecahkan pentadbiran syarif-syarif di Semenanjung Hijaz dan Tanah Haram bagi melemahkan survival Kerajaan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah.

Maka, bermula Perang Dunia Pertama, pelan untuk menjatuhkan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah telah dijayakan oleh seorang watak penting ketika itu, iaitu Sharif Husain, seorang Sharif yang telah dilantik oleh Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah di Makkah. Beliau berjaya dihasut oleh Britain untuk menentang Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah dan mendesak untuk diberikan kekuasaan mutlak ke atas Semenanjung Hijaz dan dijanjikan jawatan tinggi dan gaji yang lumayan oleh Britain. Pada tahun 1916 di pertengahan Perang Dunia Pertama, Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah telah hilang hak kawalan ke atas Tanah Suci Makkah & Jeddah. Setelah beberapa tahun, Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah dilihat sangat lemah dan tidak mampu untuk mengawal pemberontak dikalangan umat Islam yang didalangi Britain maka pada tahun 3 Mac 1924, Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah secara rasminya dihapuskan dan rentetan dari peristiwa ini maka tertubuhnya satu per satu Negara Islam Sekular bermula dengan Turki merebak ke Semenanjung Hijaz hingga ke Jordan.

Maka, Negara Arab Saudi pada hari ini dibentuk oleh Islamist Wahhabism yang meruntuhkan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah semata-mata untuk memerintah dan berkuasa di Jazirah Arab. Lihatlah apa yang berlaku kepada Kota Suci Tanah Haram umat Islam seluruh dunia apabila Makkah & Madinah dikuasai oleh mereka-mereka yang layak digelar pengkhianat Islam dan membeli dunia dengan harga yang sedikit. Mereka bukan sahaja disogok dengan rasuah oleh General Allenby (pemerintah Britain) malah menubuhkan satu hubungan yang istimewa dengan ‘Dajjal’! (Britain dan Amerika pada hari ini). Itulah legasi yang paling berharga ditinggalkan Britain terhadap Semenanjung Hijaz Selepas Perang Dunia Pertama. Maka, bermula dari hari itu, Arab-Keluarga Saud (Arab Saudi) memerintah Kota Suci umat Islam (Makkah & Madinah) yang menjadi tempat berkumpulnya umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun. Lihatlah tanda-tanda akhir zaman di Tanah Suci Makkah yang ditadbir oleh ‘bukan ahlinya’.

Future Makkah! itulah gambaran beberapa buah projek mega suluruh Saudi yang menelan belanja melebihi SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.

Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi. Benar, projek-projek ini akan memberi keselesaan kepada para jemah Haji yang saban tahun semakin meningkat bilangannya. Akan tetapi, dari satu sudut lain, ia memanifestasikan sebuah Hadis Nabi berkenaan Umat Akhir Zaman menunaikan Fardhu Haji. Dahulunya, sesiapa yang menunaikan rukun Islam ke-5 ini akan 'impress' dengan binaan Baitulallah akan tetapi kini, Abraj al-Bait telah mengambil hati para jemaah Haji masa Hadapan. Itulah cita-cita Dajjal melalui tenteranya, Golongan Islam Wahhabi.

(Sebuah peringatan kepada semua sebelum pergi menunaikan haji).

Semasa 14 Abad yang silam, Nabi Muhammad S.A.W telah mengungkapkan kejadian yang akan datang dalam sebuah hadis:

"Salah satu di antara tanda-tanda akhir zaman adalah perjalanan ibadah haji dilakukan untuk 'bertemasya', perniagaan, riya’ (pamer) atau mengemis."

“Akan tiba suatu masa di mana orang-orang kaya akan pergi haji untuk bertemasya, orang yang berpunya untuk kepentingan perniagaan, orang bijak untuk pamer dan orang miskin untuk mengemis”.

(Diriwayatkan oleh Anas r.a.)

Jabal Khandama, Makkah

Jabal Khandama, Makkah

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah & Makkah Metro Line.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.

Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Peta Makkah Metro Line.

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Al Mashaar Makkah Metro Line dari Arafat ke Muzdalifa-Mina-Makkah sepanjang 18.1km menelan belanja SR6.65 billion.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).

Menara Jam Abraj al-Bait dari lantai Masjidil Haram.

Abraj al-Bait dilihat 'lebih gah' dari Baitulllah.

Menara Jam Abraj al-Bait dari pandangan udara.

Keluasan pembinaan Abraj al-Bait.

Jabal Khandama, Makkah

Kingdom Tower, Jeddah.

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.

Kingdom Tower. Inilah sebuah menara 'gila'. Ketinggian cukup untuk menggambarkan kegilaan untuk 'mencakar langit'.

Makkah Metro Line Station.

Gambaran keseluruhan Jabal Khandama, Makkah.

Pemandangan Jabal Omar, Makkah.

Pemandangan Udara Jabal Omar, Makkah.

Projek Makkah Expansion & Shades.

Makkah Expansion & Shades

Makkah Expansion & Shades

2 comments:

lisya said...

Anuar,rasa sedih.

Sebab Islam patutnya julang nilai kesederhanaan.


Sungguh, peluh, lenguh, dan lelah waktu haji itu yang buat kita rasa rindu akan Tanah Haram.

Kenapa xde siapa yang bantah?

Tak salah nak bina lebih banyak petempatan. Asal sederhana sudahlah.Kenapa nak bermegah dengan menara tertinggi di dunia dan sebagainya?

Ya Allah, bukakanlah pintu hati hambaMU.

Serius, sedih.

islamic neutron said...

Memang sedih apabila kita ketahui hakikat yang sebenarnya. Walaupun pada pandangan orang awam, mereka melihat ini satu kemajuan yang wajar dibanggakan, tetapi dari sudut kebenaran menggambarkan yang sebaliknya.

Pada saya, hal ini berlaku adalah tanda prophecy baginda ataupun kebenaran risalah baginda.

Perkara yg berlaku di Mekkah kini selari dengan hadis Baginda saw.

Dan untuk menjadikan hadis ini sebagai realiti, pemerintahan wahabi telah diberi kuasa oleh Allah untuk mentadbir Mekkah. Rentetan daripada itu, tertunailah hadis Nabi Muhammad saw.

Namun dari skop yg lebih kecil, x kurang sedihnya dengan Tanah Melayu kita. Kalau kita study bidang Eschatology dengan lebih mendalam, lagi banyak yg clue2 yg bakal kita nampak ^^

Thanx visit my blog =)