Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt..
Beberapa hari lalu kami menerima 2 soalan dari salah seorang saudara kita di sini yang meminta pendapat kami tentang persoalan yang diajukan. Kami kongsikan 2 persoalan tersebut berserta pendapat kami di sini sebagai perkongsian kepada saudara-saudara kita yang lain yang mungkin belum membacanya di ruangan komen pada posting kami yang lepas.
Pendapat kami tak semestinya dipersetujui oleh semua pihak kerana masing-masing mempunyai pendapat & cara fikir yang berbeza, maka kami menggalakkan saudara sekalian untuk memberi sebarang pandangan, teguran atau apa saja perbincangan secara ilmiah di ruangan komen. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam meningkatkan kefahaman kita tentang situasi dunia akhir zaman dan menambah keimanan kita kepada ALLAH SWT.
InsyaALLAH...
*******************************************************************************
PERSOALAN PERTAMA
Persoalan ini bukanlah bermaksud saya menyokong sistem yg ada sekarang, cuma ingin mendapatkan sedikit pencerahan drpd pihak tuan :)
kita ambil contoh situasi dan sistem yg ada sekarang di Malaysia.
1) Pertama, apa pendapat tuan mengenai hujjah pihak yg menyatakan inginkan kuasa memerintah untuk melaksanakan "MENCEGAH KEMUNGKARAN" dalam skala yg lebih besar. dalam kata lain, mereka mendapati pihak pemerintah yg ada skrg begitu mudah membiarkan kemungkaran berleluasa dengan begitu bebas. Oleh itu, mereka berasa dalam keadaan mereka yg tiada kuasa memerintah skrg ini, mereka ada usaha untuk mencegah kemungkaran cuma kesannya tidak besar. mereka berasa dengan memperoleh kuasa memerintah mereka dapat melaksanakan PENCEGAHAN KEMUNGKARAN dengan kesan yg lebih besar lagi. apa pendapat tuan? bukankah usaha mereka mahu MENCEGAH KEMUNGKARAN itu satu usaha yg amat baik?
*terus terang sy maksudkan parti Islam :)
PERSOALAN KEDUA
2) soalan kedua pula. kita bayangkan situasi begini.
boleh jadi idea Sheikh Imran Hosein mengenai sistem skrg yg berasaskan syirik kepada Allah, ekonomi mencengkam berasaskan Riba dan usaha2 mendaulatkan semula Dinar Emas & Dirham Perak serta usaha menghidupkan MUSLIM VILLAGE difahami dan mahu diikuti oleh semua umat ISLAM di MALAYSIA! :)
oleh itu, semua umat Islam yg terlibat dengan sistem pemerintahan demokrasi sekarang meninggalkan sistem tersebut, lalu hanya tinggal non-muslim sahaja yang terlibat dengan sistem demokrasi, pilihanraya dan pembentukan kerajaan. Lantas, kerajaan yg dibentuk semuanya dibarisi non-muslim (kerana semua Muslim dah sedar sistem ini syirik). Lalu, kerajaan yg ada pada masa itu (semuanya non-muslim) yg masih ada dalam sistem, berlaku zalim. Semuanya usaha-usaha yg baik sebelum ini untuk agama Islam, dihapuskan. Orang Islam tertindas. Tidakkah ini memudaratkan?
maksudnya, sblm ini kuasa memerintah ada di tangan org Islam, tetapi setelah semua dah sedar, semua meninggalkannya, lalu kesan buruk pula pd orang Islam.
apa pendapat tuan?
TETAPI, lihat situasi berlawanan. kerana melihat kesan yg berlaku di atas, maka kita mengekalkan kuasa memerintah (org Islam) yang sedia ada bagi mengelakkan kesan tersebut. tidakkah tindakan kita mengekalkan mereka dalam kuasa memerintah seperti MEMPERGUNAKAN mereka?
kita sudah tahu sistem itu syirik, tetapi kita biarkan mereka dalam sistem tersebut demi mengekalkan kuasa pemerintahaa pd umat Islam.
apa pandangan tuan?
atau adakah pihak pemerintah sekarang sedah sedia maklum tentang usaha-usaha kebangkitan akhir zaman ini, dan PERANAN mereka sekarang adalah untuk 'hold' dulu di position tersebut sementara menunggu kedatangan Khalifah akhir zaman?
wallahualam. Allah sahaja yg tahu
*******************************************************************************
PENDAPAT KAMI TENTANG PERSOALAN PERTAMA
Alhamdulillah.. Persoalan yg amat baik dari Saudara Khushairi.. Kedua2 soalan ini juga selalu bermain di fikiran kami sewaktu mula2 'dikejutkan' oleh ALLAH tentang hakikat dunia hari ini yg jauh terpesong dr Al Quran & As Sunnah.. Kami akan cuba memberi pendapat berdasarkan petunjuk dan ilham yg telah dikurniakan kpd kami..
Sebelum mula menjawab, kami ingin tekankan bahawa apa saja persoalan yg kita hadapi, sentiasa meletakkan Al Quran & As Sunnah sbg kompas penentu kebenaran hakiki. Jika hanya bersandar kpd logik akal manusia atau kajian/pendapat sekular semata2 maka kita akan terus terperangkap dlm dimensi ilusi yg menghalang kita dari melihat kebenaran & hikmah sebenar bahkan kita mungkin semakin menjauhi kebenaran kerana kecetekan akal & kecenderungan nafsu manusia.
Bismillah...
PERSOALAN PERTAMA..
Mencegah kemungkaran melalui kuasa politik..
Kami tidak bersetuju dgn pendapat bahawa kemungkaran yg berlaku di kalangan pemerintah, pemimpin & masyarakat hari ini dapat dicegah secara besar-besaran setelah sistem politik negara berjaya dikuasai oleh Melayu Islam (atau pemimpin PAS). Persoalan sebenar yg perlu kita sedari adalah :
Mampukah Melayu Islam menguasai sistem politik demokrasi hari ini ?
Lihat saja situasi politik hari ini, adakah kuasa & pengaruh politik Melayu Islam semakin kuat dan dominan ? Nyata sekali tidak. Kerana politik, bangsa Melayu semakin teruk berpecah belah sesama sendiri. Parti Islam itu masih tak mampu menyatupadukan Melayu bahkan menjadi penyumbang kpd perpecahan secara tidak langsung. Senario politik yg amat menyedihkan, parti pimpinan Melayu Islam UMNO dan PAS berbalah sesama sendiri dan masing2 menjadikan pemimpin bukan Islam sebagai sekutu mereka. Ini sebenarnya memberi peluang kpd musuh Islam menjalankan agenda sulit dalam menjatuhkan kuasa politik umat Islam di negara ini. Melalui perpecahan PAS-UMNO ini dan kebergantungan terhadap sokongan pemimpin bukan Islam mengakibatkan kuasa politik Melayu Islam sedang dilemahkan dan terdedah kpd percaturan musuh2 Islam. Maka impian pemimpin Melayu Islam utk menguasai sistem politik semakin jauh dari realiti dan kemungkaran yg kononnya ingin dicegah itu akan terus bercambah dalam masyarakat yg terus berbalah & bersengketa.
Memanglah Mencegah Kemungkaran adalah satu usaha yg sgt baik, tetapi cara dan pendekatan yg digunakan mestilah betul selaras dgn ajaran Al Quran & Sunnah Rasul. Menggunakan pendekatan politik demokrasi bukanlah kaedah yg tepat bahkan tidak diajar dalam Islam pun.
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali-‘Imran, ayat 104)
Mari kita sama2 fahami konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam Islam iaitu menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Makruf di sini bermaksud perkara-perkara kebaikan yg dituntut selari dgn aqidah & syariat Islam. Mungkar pula adalah perkara-perkara keburukan yg bertentangan dgn aqidah & syariat Islam. Dpt difahamkan di sini bahawa Aqidah & Syariat Islam yg menjadi garis penentu kpd kebaikan dan keburukan. Maka apa saja kita usahakan di dunia ini wajib berlandaskan Aqidah & Syariat Islam. Begitu juga dgn usaha utk mencegah kemungkaran di kalangan pemimpin dan masyarakat hari ini mestilah menggunakan cara & pendekatan yg dibenarkan oleh Syariat Islam.
Menggunakan jalan politik bukanlah cara dakwah Nabi SAW malah ia bertentangan dgn syariat Islam. Sistem politik demokrasi adalah ciptaan manusia yg memusuhi ajaran Islam, sangat bertentangan dgn konsep Khilafah yg dianjurkan oleh Islam. Maka tidak hairanlah racun politik demokrasi Kuffar itulah yg sedang menjahanamkan kekuatan umat Islam hari ini. Pemimpin Islam di negara kita sudah tak mampu berdiri sendiri, bagaimana nak menegakkan aqidah & syariat Islam ? Adakah selepas lebih 50 tahun merdeka aqidah umat Islam semakin teguh ? Adakah syariat Islam semakin tertegak ? Lihat sendiri umat Islam yg semakin bercakaran hanya kerana kuasa politik dan lihat sendiri org bukan Islam semakin berani mempersoalkan amalan & ajaran Islam. Ini menjadi bukti bahawa sistem politik demokrasi bukanlah jalan penawar utk mencegah kemungkaran malah secara jelas racunnya lebih hebat dalam menyemarakkan kemungkaran dalam masyarakat..
Jika kita hayati konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar', maka kita akan sedar bahawa aqidah & syariat Islam adalah kunci kpd perjuangan kebangkitan Islam. Perjuangan yg sama diusahakan oleh Rasulullah SAW.. Bermula dgn membentuk aqidah yg teguh kpd ALLAH SWT di kalangan pengikut2 Baginda.. Berbekalkan aqidah yg mantap Baginda SAW dan para Sahabat berjaya menyatupadukan umat Islam utk berjuang menegakkan syariat Islam sehingga akhirnya tertegak di bumi Madinah.
Kami berpendapat umat Islam hari ini perlu 100% mencontohi jalan kenabian Rasulullah SAW.. Perkara pertama adalah mengukuhkan AQIDAH ISLAMIYAH di dalam diri setiap umat Islam. Kita kena faham apa itu Aqidah Islam yg sebenar, maka kita akan sedar jalan mana yg mesti kita pilih iaitu 100% selari dgn ajaran ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.. Bukan jalan ciptaan manusia yg bertentangan dgn aqidah Islam itu sendiri.. Pendapat kami, kerana umat Islam masih tidak menghayati aqidah Islam lah yg menyebabkan majoriti rakyat masih bergelumang dgn sistem dan cara hidup moden ciptaan musuh2 Islam yg terbukti telah melemahkan umat Islam hari ini dgn penyakit Al Wahn.. Hanya dgn aqidah Islam yg benar & teguh akan melahirkan umat yg cintakan syariat dan cara hidup Islam serta sanggup berjaung menegakkannya menggantikan sistem & cara hidup Kuffar..
Kami tidak menyokong sama sekali perjuangan mana-mana parti politik demokrasi di dunia ini, apa yg kami cari adalah sebenar-benar perjuangan yg 100% mengikut jejak & jalan kenabian Rasulullah SAW.. Di mana pegangannya adalah 100% Aqidah Islamiyah dan perjuangannya adalah utk menegakkan 100% Syariat Islam di muka bumi ini.. Semoga perjuangan yg dinanti-nantikan ini akan segera terzahir dan kita semua tergolong di kalangan umat yg turut memperjuangkannya.. insyaALLAH..
PENDAPAT KAMI TENTANG PERSOALAN KEDUA
PERSOALAN KEDUA...
Berkenaan cadangan Sheikh Imran Hosein (SIH) mewujudkan Muslim Village (MV) ..
Berdasarkan pemahaman kami, idea MV yang dicadangkan oleh SIH mengambil kira hasil kajian pemecahan kod beliau terhadap Al Quran dan As Sunnah yg memberi petunjuk bahawa Khilafah Islamiyah tak akan mampu dibangkitkan semula oleh umat Islam hari ini. Beliau berpendapat Khilafah hanya akan tertegak semula ketika kemunculan Imam Mahdi. Sila rujuk beberapa hadis Nabi tentang perjuangan Pemuda Bani Tamim yg disebut sebagai penyedia tapak pemerintahan Al Mahdi.. Mereka menolak kebaikan yg diberikan sehinggalah mereka menyerahkan kekuasaan kpd Al Mahdi kelak.. Juga hadis tentang pembai'ahan Imam Al Mahdi secara spontan oleh umat Islam sekitar Mekah hanya setelah tanda2 kedatangan Baginda terzahir dan disedari org mereka yg dikurniakan hak.. Ini menunjukkan umat Islam akhir zaman tidak membai'ah mana2 pemimpin sbg Khalifah kecuali bila kemunculan Imam Al Mahdi.. Wallahua'lam..
Maka, berdasarkan hasil kajian tentang ketidakmampuan umat Islam hari ini utk menegakkan Khilafah maka SIH telah mencadangkan umat Islam mewujudkan MV yg berfungsi sebagai mikro-khilafah (Khilafah berskala kecil). Konsepnya 100% berdasarkan sistem Khilafah tetapi dibangunkan di kawasan pedalaman yg terasing dari dunia dan sistem moden. Tujuan utama adalah utk menyelamatkan AQIDAH ISLAMIYAH umat Islam hari ini dari kesyirikan sistem Dajjal dan menegakkan SYARIAT ISLAM di kalangan umat Islam yg benar-benar kembali kpd Al Quran dan As Sunnah.. Solusi ini juga berkaitan dgn Kisah Ashabul Kahfi yg terpaksa menyisihkan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman & aqidah masing2..
Pastinya SIH sendiri berharap agar semua umat Islam sedar tentang hakikat dunia akhir zaman hari ini terutama selepas mendedahkan hasil kajian beliau serta cadangan MV sebagai salah satu cara menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Ini soal yg sangat penting kerana melibatkan aqidah umat Islam yg menentukan sama ada kita benar2 beriman kpd ALLAH SWT atau menjadi pengikut Dajjal Laknatullah. Maka usaha dakwah yg beliau jalankan dan pihak2 lain yang menggerakkan usaha sebegini bermatlamat menyedarkan seluruh umat Islam tanpa pengecualian baik pemerintah negara, para pemimpin mahu pun rakyat marhaen. Agar semua sekali meninggalkan sistem & cara hidup tamadun moden yg dipenuhi dgn agenda Dajjal dan kembali berpegang kpd aqidah & syariat Islam yg sejati. Ini adalah tanggungjawab kita yg telah dikurniakan kesedaran utk membantu saudara Islam lain yg masih dibelenggu ilusi fitnah akhir zaman.
Pendapat kami tentang situasi hari ini adalah telah datang dakwah & peringatan kpd segenap lapisan masyarakat hari ini tentang hakikat fitnah Dajjal & akhir zaman seperti yg didedahkan oleh SIH. Namun tak ramai yg betul2 sedar atau mengambil berat apa yg cuba diperingatkan. Malah ramai yg hanya memperlekehkan dan tak ambil peduli apa yg cuba disampaikan. Ramai yg tidak mahu memahami dan memilih utk terus hidup seperti biasa tanpa menghiraukan betapa gentingnya aqidah umat Islam hari ini dicengkam misi penyesatan besar-besaran oleh Dajjal. Maka membiarkan pemimpin2 politik yg masih bergelumang dalam najis demokrasi bukanlah satu strategi Islam utk menjamin kesejahteraan umat tapi adalah disebabkan terhijabnya mata hati mereka dari melihat fitnah akhir zaman dan mereka sendiri hanya bersangka-sangka bahawa mereka sdg berjuang demi Islam.
Bukanlah perjuangan dakwah Islam yg sebenar jika usaha dakwah disebarkan kpd suatu pihak tertentu saja tapi membiarkan pihak lain terus hanyut dalam kesesatan kononnya utk menjamin keselamatan umat Islam. Ini telah bercanggah dgn Aqidah Islamiyah kerana kita seolah-olah berharap kpd pemerintah negara yg mengamalkan politik sekular utk menjamin keselamatan umat Islam. Sedangkan kita sbg umat Islam wajib meyakini hanya ALLAH SWT yg layak menjadi pelindung kpd umat Islam. Maka kami tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat bahawa politik demokrasi mesti diteruskan demi keamanan & keselamatan umat Islam dari ditindas oleh pemerintah bukan Islam. Kerana hanya ALLAH SWT yg berkuasa ke atas setiap makhlukNya dan DIA memerintahkan kpd hambaNya yg beriman berpegang teguh kpd ajaran Islam dan tidak sekali-kali mencampuradukkan dgn perkara yg bathil apatah lagi jika mempunyai unsur syirik kepadaNya. Jelas sekali sistem politik demokrasi adalah ciptaan musuh Islam, dan ALLAH SWT tidak sekali-kali redha umat Islam mengikut & mengamalkannya..
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: `Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)`. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" (Al Baqarah:120)
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim " (Al-Maidah: 51)
Sebaliknya berimanlah kita dgn sebenar-benar keimanan kpd ALLAH & Rasul, insyaALLAH pertolongan dan bantuan ALLAH SWT akan sentiasa dikurniakan kpd kita.
Wallahua'lam...
Moral of the story is :- CEPAT CARI MUSLIM VILLAGE TERDEKAT!!!
1) Kuasa perpaduan umat Islam adalah lebih hebat dari pengaruh politik
2) Kuasa perpaduan umat Islam adalah lebih hebat dari ketenteraan kuffar
3) So, kalaupun non-muslim yg berkuasa atas sistem demokrasi, secara mudah kita boleh ambil semula hak kita tatkala AQIDAH ISLAMIYAH kita kukuh ^^
No comments:
Post a Comment