Aku juga melihat mereka cuba berhujah untuk menepati prinsip quran dan isu yang dibincangkan..
Namun aku sedih melihat apabila hujah yg dikemukan hanyalah bersifat prinsip namun sebenarnya sistem mahupun keadah serta realitinya sebenarnya begitu menyimpang dari konsep2 dan prinsip-prinsip Quran yang begitu sempurna.
Misalnya dalam rencana "Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik" , penulis menerangkan hukumnya harus. Namun penulis secara mudah tidak mampu memberi hubung kait secara langsung mahupu konkrit untuk mengatakan kaedah sekarang bergitu menepati prinsip yang disediakann dalam Islam.
Misalnya Quran meletakkan Allah Penggubal undang-undang tertinggi dan Quran merupakan sumber autentik dan ini bertentangan dengan ciri-ciri sistem kita sekarang.
Tambahan lagi, penulis telah menyamakan sifat-sifat politik Rasulullah dan sifat-sifat politik kepartian dalam memperjuangkan kebenaran walaupun penulis mengakui bahawa politik zaman Nabi Muhammad dan Politik sekarang merupaka 2 perkara yang berbeza.
Walhal, perbezaan kaedah berpolitik telah mewujudkan 2 hasil yang berbeza sebenarnya!
Tambahan lagi, penulis telah mengatakan bahawa ini merupakan perkara furu' dan bukannya pokok.. Walaupun nampak ringan, namun ada golongan berpendapat sistem demokrasi masa kini merupakan ancaman akidah seorang muslim, ada ada yang berpendapat bahawa isu ini merupakan maslaha umat Islam umumnya dan muslim yg menetap di Malaysia khususnya.
Berdasarkan coretan ringkas saya, dapatkah pembaca sekalian menyimpulkan pandangan tersirat saya?
Tapi Moral Of The Story is be more critical on what you have done... Pemikiran manusia tidak pernah tetap kerana ilmu sentiasa up to date.. Namun perkara ini tidak berlaku kepada mereka yang tidak cintakan Ilmu.
Pesanan ringkas, Jagalah :-
1) Syahadah
2) Solat
Dengan 2 ini, maka terjagalah yang lain dengan izin Allah... Allahu a'lam...
No comments:
Post a Comment