Wednesday, November 20, 2013

Hubungan Mahasiswa & Unit Kebajikan Pelajar : Pembaharuan Holistik

Bermula daripada 25 OKTOBER 2013 merupakan satu titik permulaan bagi gerak kerja Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM sesi 2013/2014 untuk menjalinkan satu bentuk hubungan yang baik bersama-sama dengan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) untuk kami berganding bahu bagi meningkatkan kualiti prestasi perkhidmatan terhadap kabajikan mahasiswa UKM.

Pada tarikh tersebut, satu kertas kerja telah pun disiapkan untuk dihantar kepada UKP : adelphi61@yahoo.com unutk mendapatkan maklum balas. Bersyukur ke hadrat Ilahi apabila proposal tersebut telah pun disambut baik bukan sahaja melalui emel yang diberikan. Bahkan juga melalui cadangan yang telah disalurkan melalui sistem.

                                               Cadangan ini dikemukakan pada 20/10/2013

Maka, susulan daripada response ini, MPPUKM 13/14 yang diwakili oleh Anis Anwar bin Suhaimi dan Noraini binti Hj Jahudal (MPP UMUM 1/2) telah melaksanakan tindakan proaktif untuk bertemu dengan pegawai UKP bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius demi kebajikan mahasiswa. Pertemuan ini telah berlangsung pada 15 NOVEMBER 2015 (Jumaat) sehari sebelum kami menghadiri Konvensyen Pemimpin Pelajar Kolej Kediaman (nanti laporannya selepas ini)









Dapatan daripada perjumpaan ini telah membuahkan beberapa kefahaman di mana selama ini pegawai UKP begitu komited untuk membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan selama ini sama ada perkara di atas kertas mahupun di luar kertas.

UKP juga telah mengeluarkan beberaa garis panduan bagi permohonan yang ingin dilakukan. Hal ini memudahkan pelajar untuk mengetahui dahalu pra-syarat dan keperluan agar para pelajar dapat mengikutinya.

Hasil daripada perbincangan ini telah membentuk beberapa persetujuan dan kesefahaman antara UKP dan MPPUKM 13/14 :

1) Memastikan layanan yang diberikan kepada pelajar yang memerlukan bantuan dan panduan adalah pada tahap yang sebaiknya dan mesra pelajar.

2) Cuba memudahkan lagi permohonan para pelajar dan disyorkan pelajar secara terus 'walk-in' bagi mengelakkan proses birokrasi yang melambatkan proses.

3) MPPUKM akan sentiasa berhubung dengan UKP untuk mendapatkan sebarang pemberitahuan notis dan berita untuk disebarkan kepada kepada pelajar melalui medium media elektronik peribadi dan juga akaun facebook Urusetia UKP .


Perjumpaan ini tidak sahaja terhenti di sini, bahkan MPPUKM 13/14 yang diwakili oleh Mohd Hafizi Bin Samsuari sebagai Ketua Biro Kebajikan MPPUKM 2013/14 telah berjumpa dengan UKP sekali lagi untuk membincangkan soal Tabung Kebajikan Pelajar dan Isu Pelajar OKU Ukm.

Mungkin ada yang berkata, mengapa saya ANIS ANWAR BIN SUHAIMI & NORAINI BINTI HJ. JAHUDAL daripada biro yang berlainan turut mengambil kerja Biro Kebajikan yang dipegang oleh Mohd. Hafizi? Jawapannya tertakluk kepada Perkara 10 Perlembagaan UKM ;

b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk Kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan dan pembekalan makanan dan minuman;

e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.


Maka kami berharap agar pada sesi ini, tindakan proaktif mampu mencetus kepada perubaha yang lebih baik kepada mahasiswa/wi Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara tidak langusng MPPUKM berupaya menjadi medium bagi suara mahasiswa yang memerlukan pemeliharaan kepentingan sah dari segi undang-undang dan perlembagaan.

:: MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL ::


No comments: