Wednesday, November 27, 2013

Penangguhan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM 2013/2014 : Pendirian Peribadi

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca sekalian,

     Terasa pantas masa berlalu bermula daripada Pilihanraya Kampus (PRK) 2013/2014. Dalam congakan saya, sudah lebih sebulan mandat sebagai MPPUKM 13/14 telah diberikan kepada kami yang dipilih oleh mahasiswa/wi UKM yang mempercayai kami pada kali ini. Menurut tradisinya, setelah berlakunya pengisytiharan keputusan PRK, sewajarnya disusuli dengan Watikah Pelantikan MPPUKM. Namun ianya tidak berlaku pada tahun ini? Sudah tentu situasi ini telah menimbulkan pertanyaan terutamanya daripada pihak sering mendakwa mereka 'dizalimi' katanya.

   Maka, saya tampil menyatakan pendirian saya terhadap isu ini atas tiket MPPUKM 13/14. Kronologinya cukup mudah, setelah berlakunya PRK13/14 yang lepas, pengisytiharan Majlis Perwakilan Pelajar dilakukan secara langsung di Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang UKM sekalipun jelas menyatakan, tatkala keputusan telah diisytiharkan telah menandakan keabsahan jawatan yang dipegang bagi sesi tersebut.

   Jadi dalam kes ini, kami telahpun dilantik secara sahnya ketika pengisytiharan tersebut. Sehubungan dengan itu, tugas perlu dijalankan dan watikah tersebut hanyalah sebagai formaliti. Jangan dek kerana Majlis Watikah belum dilaksanakan akan dijadikan sebagai lesen untuk tidak berkhidmat kepada pelajar dan menjadi alasan untuk tidak bekerjasama dengan Universiti untuk memacu negara menjadi universiti terkemuka dunia.

   Pada hemat saya, Majlis Watikah ini ditunda adalah disebabkan beberapa kes yang berlaku dan serta aktiviti yang berterusan di UKM hingga menyebabkan kekangan masa. Kes yang dimaksudkan tersebut adalah berkenaan dengan isu Video "UKM & Darah" yang mana telah melanggar beberapa peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kaedah-kaedah UKM 1999. Maka, sebahagian daripada MPPUKM 13/14 dalam prosiding untuk menyelesaikan kes ini. Bahkan, perkara ini telah pun ditegur oleh Tan Sri VC agar tidak dikaitkan beliau ketika berkempen.

   Sekiranya mereka yang terlibat ini bersikap jujur dan mengaku kesalahan mereka, proses ini akan menjadi lebih mudah. Sekiranya hal ini dikatakan sebagai ZALIM oleh ILLEGAL MOVEMENT (nak kata gerakan HARAM, kata kita pandai buat hukum fiqh kat sini) GMUKM, mereka lebih ZALIM kerana tidak menghormati peraturan. Bahkan UKM dilihat bersikap berlembut untuk melayan mereka di bawah peruntukan AUKU terlebih dahulu. Tidak perlu bersikap keanak-anakan yang langsung tidak rasional untuk bertikam lidah hanya kerana Majlis Watikah Pelantikan.

UTAMAKAN TUGAS DARIPADA SIBUK INGINKAN MAJLIS TERSEBUT DILAKSANAKAN

ANIS ANWAR BIN SUHAIMI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 13/14
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

" MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL "

No comments: