Assalamualaikum
w.b.t,
Saya
hanya ingin berkongi pengalaman peperiksaan akhir sepanjang sesi persekolahan
hinggalah ke alam universiti ini. Pengalaman yang bermesejkan tips dan petua
untuk peperiksaan akhir ini. Sebelum itu, saya teringat akan kata-kata seorang
sahabat di mana menurut beliau, kita tidak perlu bergantung sangat kepada
kaedah pembelajaran secara khusus. Sebab apa? Sebab manusia ini memiliki
kecenderungan dan keselesaan dalam bentuk yang berbeza-beza. Jadi dapatkan cara
yang tersendiri untuk mendapatkan rentak belajar.
Cumanya saya nak bercerita sedikit dari sudut
pengalaman kerohanian sewaktu bergelar pelajar asrama. Kami akan dipantau untuk
solat berjemaah bersama-sama 5 kali sehari. Pada waktu itu, bilangan Jemaah
bukannya sedikit tapi boleh cecah sampai 600 orang!!! Terutamanya SUBUH, MAGHRIB & ISYA Memang rindu la
waktu-waktu macam tu dan lagi best kalau kat varsiti tercinta ni, boleh buat
perkara yang sama. Tapi masa di sekolah, tiada politik apatah lagi kepartian.
Tidak wujud baik nama Aspirasi mahupun Pro-M. Dan kerana itu kami bersatu
kerana tauhid yang sama dan kalimah syahadah yang mengikat hati-hati ini.
Selain itu setiap malam juga sebelum prep dan
setelah solat maghrib, solat sunat seperti Solat Hajat tu menjadi kewajipan di
hari-hari biasa. Pastinya secara berjemaah dan sangat terasa hidupnya suasana
surau tu dan terasa keberkatannya di seluruh sekolah. Tapi bilamana sampai
minggu final exam, PMR & SPM – kami akan lakukan solat sunat tambahan
seperti Solat Taubat agar diampunkan dosa dahulu sebelum hamba-hambaNya meminta.
Bahkan, akan ada juga dilaksanakan Solat Tasbih. Ustaz cakap, solat tasbih ini
menguatkan ingatakan, bahkan doa lagi senang makbul.
Kalau waktu rehat pula, kebanyakan pelajar ni, akan
menyegerakan makan dan bergegas ke surau untuk Solat Dhuha. Kalau sabtu ahad,
memang wajiblah nak kene solat dhuha tu. Tapi kalau pelajar universiti ini,
boleh ke kita tiru seperti kami; pelajar sekolah asrama? Sedangkan jadual
pelajar fix dan lebih sibuk tetapi masih boleh laksanakan amalan sunat.
Bagaimana dengan rakan-rakan mahasiswa UKM?
Ketahuilah bahawa itulah budaya sekolah saya,
SEKOLAH MENENGAH SAINS KUALA SELANGOR (KUSESS) yang sangat menerapkan unsur
kerohanian sebagai pemacu kejayaan dan bina insan terhadap diri kami.
Saya juga sangat rindukan kehidupan sedemikian, kehidupan yang aman damai dan suasana islamik. Saya juga sangat rindukan suasana persahabatan yang erat antara umat Islam dan antara hamba-hamba Allah yang lain. Perhubungan yang bersifat IKHLAS dan BERSATU PADU di mana tiada kebencian politik yang menjadi batas antara umat Islam untuk bersatu hati.
Saya juga sangat rindukan kehidupan sedemikian, kehidupan yang aman damai dan suasana islamik. Saya juga sangat rindukan suasana persahabatan yang erat antara umat Islam dan antara hamba-hamba Allah yang lain. Perhubungan yang bersifat IKHLAS dan BERSATU PADU di mana tiada kebencian politik yang menjadi batas antara umat Islam untuk bersatu hati.
Zaman Sekolah Sangat |
:: MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL ::