Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Maafkan saya kerana terpaksa memulakan mukaddimah ini,
Saya sudah muak dengan politik murahan yang dahagakan populariti hanya untuk meraih simpati dengan menggunakan nama MAHASISWA tetapi semata-mata demi kepentingan sendiri ataupun Tangan-tangan Ghaib di belakangnya. Adalah perkara yang amat memalukan apabila seseorang itu tahu perkara keseluruhannya tetapi tidak mendedahkan isu sebenar secara total, tetapi diadun sesedap rasa untuk menimbulkan persepsi yang bersifat palsu. Inikah sebenarnya yang dibentuk oleh Illegal Movement ini?? Mahasiswa BIJAK sudah MUAK dengan PENIPUAN, hanya yang FANATIK mendewakan ikon mereka.

Saya telah berjumpa dengan pihak pengurusan UKM untuk mendapatkan penjelasan mengapa Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] (dahulunya Persatuan Mahasiswa= PM) UKM untuk sesi 2013/2014 ini ditangguhkan. Maka saya mendapati bahawa adanya dua KES utama yang menjadi kekangan di samping aktiviti UKM yang padat.
1) Penggunaan Istilah
Berdasarkan Perlembagaan UKM Perkara 10 jelas menyatakan bahawa perlunya KESATUAN (UNION) yang menjadi badan kepada keseluruhan Pelajar. Maka, penggunaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah lebih tepat kepada tafsiran tersebut berbanding Persatuan Mahasiswa (PM). Dalam Mesyuarat Khas MPP UKMsekali pun, ketua baru bagi sesi ini mencadangkan untuk mengadakan sesi dialog secara lebih bersedia. Maka, tidaklah timbul isu berkaitan hal tersebut.
Semasa mesyuarat itu pula, selain daripada istilah MPP vs PM ini, mereka turut memilih Naib Presiden dan Presiden sebagai nama jawatan rasmi bagi PMUKM (sebenarnya = MPPUKM) dengan alasan dalam bahasa Inggeris disebutkan President dan Vice Prsident. Jika ada percanggahan, maka perlu utamakan bahasa Inggeris. Dengan legal basis itu, mereka memilih Presiden dan Naib Presiden.
Jadi, apabila Pentadbiran UKM inginkan senarai nama bagi jawatan rasmi (berdasarkan perlembagaan) ini, PMUKM ( = MPPUKM) tidak menepati seperti yang diperuntukan dan menyebabkan Naib Canselor dikatakan menolak untuk menerima penaman tersebut.
Bagi saya cukup mudah :
1) Jika mereka mengatakan bahawa bahasa Inggeris perlu diutamakan jika ada percanggahan (law principle) , maka union/ kesatuan itu adalah lebih tepat dipadankan kepada Student Representative Council (MPP) in stead of Student Society (PM).

2) Dari segi jawatan sekali pun, saya cuba-cuba untuk melihat melalui Google Translate berkaitan terjemahan bagi president. Maka, jika digunakan prinsip yang sama jelas juga menunjukkan bahawa jawatan President & Vice President ini tidak bercanggah seperti dengan istilah Yang Dipertua & Naib Yang Dipertua.
President = Dipertua. Perkataan Presiden pula hanyalah kata yang dipinjamkan. Lebih tepat Yang Dipertua. |
Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya? Tidak cukupkah dengan sandiwara yang telah dimainkan?
2) Salah Laku Mulitimedia UKM & Darah
Jikalau anda ingat dengan video ini, tampak indah tetapi lebih khabar dari rupa sahaja. Hakikatnya mereka sendiri yang memusuhi pentadbiran universiti dengan pelbagai tomahan dan tuduhan palsu.
Menuduh dengan gelaran Racun UMNO |
Hakikatnya, kerterlwatan majlis ini juga adalah kerana kesilapan mereka juga. Sewajarnya mereka ini telah didakwa kerana pembikinan video ini telah melanggar Akta Mulitimedia & Komunikasi dan Kaedah-kaedah UKM 1999. Bahkan Tan Sri VC juga telah memberi amaran mengenai hal ini ketika dahulu. Rujuk artikel penuh : Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar.
" Sekiranya mereka yang terlibat ini bersikap jujur dan mengaku kesalahan
mereka, proses ini akan menjadi lebih mudah. Sekiranya hal ini dikatakan
sebagai ZALIM oleh ILLEGAL MOVEMENT (nak kata gerakan HARAM, kata kita pandai buat hukum fiqh kat sini) GMUKM, mereka lebih ZALIM
kerana tidak menghormati peraturan. Bahkan UKM dilihat bersikap
berlembut untuk melayan mereka di bawah peruntukan AUKU terlebih dahulu.
Tidak perlu bersikap keanak-anakan yang langsung tidak rasional untuk bertikam lidah hanya kerana Majlis Watikah Pelantikan. "
Kalau
inilah sikap yang ditunjukkan, saya sendiri tidak inginkan watikah itu
dilaksanakan kerana malu dengan imej buruk yang telah diberikan kepada
institusi tertinggi bagi peringkat Mahasiswa di Varsiti Kita ini.
Kesimpulannya, mahasiswa yang membaca artikel ini dengan fikiran yang matang dan terbuka akan dapat membuat penilaian yang jelas. Siapakah yang ZALIM? Siapakah yang MELANGGAR PERATURAN? Siapakah yang MEMANIPULASI? Anda sendiri tentukan.
Mahasiswa Telah Matang.
No comments:
Post a Comment