Kemelut
yang berlaku di Kolej Ibrahim Yaakub berkaitan kegiatan ‘spot check’ seorang felo lelaki yang ditemani dengan felo wanita
telah menimbulkan satu bentuk atmosphere yang tidak sihat dalam kalangan
mahasiswi UKM. Kemelut ini sebenarnya diburukkan lagi apabila terdapat
sebahagian daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam PMUKM sendiri
memperbesarkan isu ini hingga ke khalayak umum. Walaupun ada kebenarannya agar
mahasiswi daripada setiap kolej perlu berhati-hati tetapi kesan disebaliknya
akan menimbulkan perasaan tidak senang dan syak wasangka hinggakan situasi
semasa tidak lagi bersifat kondusif. Ini yang harus difahami dan perlu
dielakkan serta setiap MPP perlu untuk menjaga keharmonian ini. Bukannya
mengeruhkan keadaan.
Pada
awalnya, saya memuji tindakan MPP Mohd Hafizi selaku MPP UMUM ½ dan menjawat
dalam Biro Kebajikan & Khidmat Sosial kerana mengambil tindakan proaktif dan cakna
terhadap masalah yang dialami oleh sekelompok pelajar. Tetapi lama-kelamaan
setelah pemerhatian dibuat, MPP Hasyimah yang mewakili kerusi yang sama
melakukan tindakan yang tidak membantu. Bagi saya, ini merupakan satu
pendekatan yang populis kerana hanya menarik tumpuan dan perhatian mahasiswa/wi
tanpa solusi. Walaupun pada awalnya tindakan ini untuk membela pelajar
terbabit, tetapi kini kita dapati bahawa sentimen telah dimainkan dan terdapat
motif yang meragukan daripada dua MPP ini.
Pada
hemat saya, apabila kita sebagai MPP benar-benar ingin membela mahasiswa/wi
UKM, kita mestilah memastikan agar output nya memberi kesan dan jangan terlalu
banyak suara-suara lantang berkumandang tetapi hanya sekadar input
semata-semata. Saya perlu tegaskan di sini bahawa mereka perlu faham akan
beberapa perkara. 1, isu ini melibatkan Kolej kediaman – Kolej Ibrahim Yaakub,
maka sewajarnya perkara ini perlu ditangani dengan serius daripada Majlis
Eksekutif Pelajar (MEP) sendiri sebagai badan yang memiliki kuasa di kolej
berbanding MPP. Isu ini sebenarnya bukan isu baru bahkan pernah berlaku di
kolej lain. Tetapi hal ini tidak
diperbesarkan kerana barisan MEP dan Pengurusan menanganinya dengan kadar
segera dan memastikan isu seperti itu tidak berulang lagi dan terdapat beberapa
mekanisme yang ditambah baik agar maruah siswi terpelihara jika terdapat
pegawai pejabat mahupun technician ingin menyelia blok atau ‘flatlet’ mahupun blok wanita.
Kedua ialah mereka
sendiri perlu faham konsep keadilan yang ingin dijulang dalam insiden ini.
Benar, laporan telah dibuat kepada TNC HEPA berhubung dengan perkara ini,
tetapi dengan sikap segelintir MPP ini yang menghentam ‘felo’ itu sendiri telah
menafikan keadilan itu sendiri. Kita perlu tahu dahulu, siapakah suspek yang
dikatakan sebagai ‘felo lelaki’ ini tadi. Sepanjang penulisan mereka,
seolah-oleh mereka sendiri tidak mengenali suspek tersebut. Kedua, sekiranya
suspek telah dikenal pasti, sewajarnya suspek juga berhak diberi ruang untuk
menjelaskan diri. Ini tidak, pra-syarat ini tidak lagi dipenuhi, tetapi
kenyataan yang memainkan perasaan dan emosi mahasiswi semakin menjadi-jadi.
Tidakkah ini merupakah penghinaan kepada intelektual mahasiswi?
Jadi, saya menyeru agar
mahasiswi perlu sedar isu sebenar yang berlaku termasuk juga siswi yang
terbabit dan berikan kerjasama yang sebaiknya kepada pengurusan kolej bagi
menangani gejala ini dan sampaikan apa sahaja informasi yang diketahui kepada
mereka untuk siasatan dan tindakan yang wajar. MEP KIY juga perlu tampil dan
menjelaskan isu ini dengan tegas agar tiada pihak yang boleh mengkotak-katikkan
kepimpinan anda dan saya menasahati kepada dua rakan MPP saya untuk mencermati
semula situasi yang berlaku.
Sekian, terima kasih.
Memupuk Budaya Komuniti Varsiti Yang Ideal
ANIS ANWAR BIN SUHAIMI,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Umum 1/2 Sesi 2013/2014,
Universiti Kebangsaan Malaysia
No comments:
Post a Comment