Saturday, March 14, 2009

Bukan Madu Yang Manis Bukan Ubat Yang Pahit

Assalamualaikum,

Bila hati sudah mula melekat segala kecacatan nampak semuanya indah-indah belaka. Ape yang tidak kita sanggup kita mampu lakukan demi orang yang kita sayang. Tidak kisah sama ada sahabat mahupun kekasih. Itulah kehebatan cinta apabila si hati ini sudah menaruh padanya. Perasaan percaya dan menjunjung mengaburi kita daripada kebenaran yang bercahaya di hadapan mata kita.

Bila hati mulai duka,
Aku mengerti siapa dia,
Wahai pemusnah keindahan dunia,
Engkaulah madu engkaulah racun.

Dahulu aku mempunyai teman baik yang cukup akrab. All time we did together. Kami sama-sama bergaduh juga ketawa bersama-sama. Namun setelah datang seorang insan dalam hidup kami, segalanya pincang. kehidupan sudah tidak seperti dahulu. Jika masa lampau aku tersenyum dengan hati yang ria namun kini sekadar keterpaksaan demi menjaga hati si dia. Bukan ingin menyalahkan pihak ketiga dalam persahabatan kami namun dia inginkan perubahan sihingga dia tidak sedar bahawa aku ini masih punya hati dan perasaan.

Dia 'menggunakan' aku demi mendapatkan sahabat yang lain. Aku memang buta pada masa itu. Segala kata-kata manisnya aku percaya bak lebah yang baru ditelan. Sehinggakan aku mulai terasa bahawa banyak benda sudah berubah. Aku terasa ingin bersahabat dengan dia tapi dia sudah berkawan dahulu dengan sahabatku ini.

Bukannya aku menyalahkan mereka namun silap aku menjadi kabel mereka sehinggakan aku sendiri yang terkena renjatan.

Setahun telah berlalu,

Aku sangkakan bahawa semuanya telah berakhir kerana kami bertiga sekadar berkawan namun tidak begitu. Sehinggakanj aku terasa bahawa rakan lamaku ini telah melampaui batasan dan yang lagi satu penuh tipudaya dan alasan. Betapa aku tidak sanggup menahannya hinggakan pada satu mingggu itu satu perkara bodoh telah aku lakukan. Alhamdulillah aku masih sihat hingga ke hari ini.

Bukan aku katakan aku ini sungguh sempurna namun bagaikan serigala bermuka dua. Sang penipu ini penuh dengan kata indah berwajah manis di hadapanku namun kebenarannya terserlah di hadapan orang lain. Adakah perlu aku bersahabat dengan mereka?

Mereka dahulu mewarnai hidupku dengan penuh kekemasan kini mereka juga telah menghiasinya dengan liku-liku kehidupan yang cukup hebat! Syabas wahai sahabat-sahabatku.

Sekian lama aku memandang jauh dan tersesat dalam permasalahan ini. Alangkah butanya aku bahawa selama matahari terik memancar, hujan menangisi aku terlupa rupa-rupanya pelangi di atasku.

Dia rakan sebenar aku selama aku susah dan senang, dia sentiasa bersama aku. Walau dia tidak punya banyak kelebihan namun satu yang paling berharga dalam dirinya berbanding dua sahabatku itu ialah kejujuran hati seorang sahabat yang menjadi asas kepada ikatan kami.

Aku sentiasa bercerita tentang sahabat lain yang aku sayang namun dia masih melayan aku. Walau aku banyak berkelakuan berat sebelah namun dai masih bisa bersahabta dengan aku.
Alangkah setianya dia. Dialah sebenarnya terdahulu sahabatku hingga kini tidak seperti yang lagi dua itu hanya bersifat sementara.

Ingatlah wahai mereka yang bersahabat,
Cariah kawan seribu kerana ia belum mencukupi dan janganlah mencari musuh walaupun satu kerana ia terlalu banyak nilainya.

Ingatlah wahai sahabat,
Sebelum engkau mencari sahabat jadi seorang sahabat dahulu

Ingatlah wahai sahabat,
Orang yang mensia-siakan orang yang sentiasa di sisi kita tanpa kita sedar namun kita masih mencarii yang jauh, engkau insan yang bodoh dan jahil

Ingatlah wahai sahabat,
sahabat sentiasa mendorong kita
membetulkan keasalahan kita

dan sahabat itu wahai temanku adalah tongkat yang sentiasa memandu kita kepada cahaya kebenaran yang hakiki.

Ikhlas untukmu wahai sahabatku yang sanggup mekar dalam kesedihanku, !****

Jangan kau sangka yang manis itu madu yang pahit itu racun tapi kadangkala boleh jadi ubat.