Sunday, November 13, 2011

KERINGNYA TASIK GALILEE & TURUNNYA NABI ISA

Assalamualaikum semua para hadirin sekelian...
salam peringatan dari saya berkenaan tasik galilee,
sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun kering dengan derasnya...
Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias

Ada 1 hadis Sahih yang saya sengaja tiada tunjukkan di sini,
memberitahu saya dan anda semua,
bahawa...
bila keringnya tasik ini,
maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa,
itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini,
sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar...
Carilah hadis sahih ini sampai dapat,
dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,
di ketika anda tahu itu,
anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat,
menjadi kerisauan saya sekarang ialah,
tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan 9 tahun telah pun berlalu...

Saudara serumpun ku...
anda semua harus beringat,
bila tasik ini kering,
maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi,
membantu imam mahdi,
memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi...

dan aku ingatkan lagi,
hadis ini amatlah sahih,
sedangkan tiada 1 ulamak di tanah Melayu pun berani membongkar hadis sahih ini,
dengan kata lain,
mereka tahu tapi mereka kekurangan berani,
kerana hakikat itu jelas,
tasik galilee sedang kering dengan lajunya,
dan mengikut kajian sains,
tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya,
dan ketika itulah Nabi Isa turun...



dan anda semua kena faham,
sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus),
sudah pastilah proses2 untuk menjadi ASBAB perlunya baginda turun,
ASBAB itu mestilah terjadi,
ini bermakna wahai tuan2...

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda hensem dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin hensem dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,
samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak2 ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam forum ini melainkan untuk mengajak kamu semua langsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak, dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang ahal ini, namun anda mungkin terlambar di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyelamatkan ramai traders dan ramai dari mereka dapat kaut untung yang banyak dan dapat langsaikan hutang dunia sebelum saat itu tiba...

Ingatla saudara2 ku...
Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja,
dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama,
mereka ber-3 adalah manusia belaka,
2 daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,
sedangkan 1 dari mereka ber-3 berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.

Ketahuilah mereka ber-3 ialah:
- Al Masih Imam Mahdi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa

Ingatlah kawan2...
sekiranya umur anda adalah sekitar 20 han 30 han (pada hari ini),
percayalah,
dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,
semua tanda2 untuk munculnya tanda2 besar,
pasti 100% muncul di zaman anda,
samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul,
atau anak2 anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,
ketahuilah,
tasik galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,
dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik galilee ini,
dan 9 tahun sudah pun berlalu,
ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,
dan anda harus ingat...!!!


Sekali lagi saya anda ingatkan,
bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),
2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),
iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),
dan...
(teori 2 gerhana pada tahun 80 han "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012),
dan sekiranya teori ini benar2 berlaku,
maka sahlah dan lengkaplah semua tanda2 kecil,
dan kehadiran tanda2 besar pasti berlaku tanpa berlaku.

KAJIAN SAINS:
Setelah saya membuat kajian...
sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,
gelombang2 pancaran akan keluar,
dan menjahanamkan semua sistem2 dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api,
dan ini bermakna,
semua apa sahaja jentera langit dan bumi,
asalkan yang mempunyai saluran elektrik,
akan dengan sendirinya tidak berfungsi,
satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, tenaga elektrik, henfon, playstation tidak akan langsung berfungsi lagi,
dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.
Ini pesanan saya lagi...
=tiada 1 hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat2 yang selain pernah nabi sendiri pakai=
sekiranya kajian saya di atas,
maka sahla,
apa sahaja teknologi moden hari ini,
persenjataan tercanggih,
akan menjadi tidak aktif dan collapse...
maka hidup anda pada selepas peristiwa besar ini berlaku,
adalah 1 kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,
manusia akan kembali kepada fitrah semula,
dan mana2 manusia yang tinggal di bandar,
adalah manusia yang paling rugi di kala itu,
kerana...
bandar yang duduki itu sedang tenggelam,
kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim,
seperti banyak yang ada di tanah Melayu...

Kepada semua angkatan Teknik_Keris,
saya pernah pesan gunakan duit untung trading untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di pedalaman
-menguasai sungai2 dan pinggiran gunung
-membeli kuda 1 orang 2 ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik pancutan iaitu MEMANAH
-dan kembali mengajar anak2 kamu semua berenang

Ketahuilah,
kita ada tak sampai 41 tahun aje lagi sebelum tasik galilee kering sepenuhnya,
kita ada hanya purata 41 tahun aje lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini,
dan anda kena faham lagi sekali,
sebelum Nabi Isa itu turun,
sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita,
dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,
dan sudah semestinya lah akibat perang itu,
dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita,
menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar,
ya kawan2...
dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi isa,
dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,
sekali lagi saya ingatkan,
anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,
bila 1 tanda besar keluar,
maka lengkaplah semua tanda2 kecil,
bila 1 tanda besar keluar,
akan datang tanda2 besar seterusnya tanpa ragu2...

Dan ingatlah wahai Muslimin,
doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,
dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,
dari susurgalur Nabi Muhammad lah,
akan munculnya pemuda hensem bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"),
yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,
percayalah,
di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,
kerana mereka berdua dari keturunan yang sama,
sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,
carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Alquran)
dan kerana itulah,
Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,
akan selalu kita bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,
langsaikan hutang secepat mungkin,
tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,
kumpulkan kain2 yang tahan lama,
ternak dan gembala kambing,
ajar anak anak menunggang kuda,
simpan cermin mata anda sebaik mungkin,
banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,
banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,
latihkan anak2 Melayu kita dengan kemahiran memanah,
banyakkan berenang di waktu petang,
minta maaf pada saudara2 dekat dan saudara2 jauh,
kita kena cepat mintak maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajal menguasai hari)

Kalau perlu,
sila sebar2kan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.

Tahukah anda,
setiap molekul makanan francais dari barat mengandungi sistem Dajal ?
tahukah anda itu semua?
Perasankah anda,
ibu bapa anda lebih taat pada atuk dan nenek anda,
berbanding anda taat pada ibu & bapa anda sendiri ?
Tahukah kenapa anda jadi begini hari ini ?
Tahukah makanan apa yang anda sediakan untuk keluarga anda setiap hari ?
Pernahkah anda perasan yang anda jauh lebih beremosi berbanding ibu dan bapa anda sewaktu mereka seusia anda ?
Tahukah anda mengapa ini semua berlaku ?
Anda adalah hasil dari apa yang anda makan...
Dan molekul2 dalam makanan barat dari sistem kawalan dajal telah memasuki fizikal anda semakin hari semakin mencengkam jiwa anda,
tahukah anda bila hati kita elok 1 badan kita akan elok ?
dan tahukah anda bila hati yang bersifat fizik itu rosak,
maka jiwa dan rohani pasti ikut rosak,
anda tahukah sistem dajjal itu dalam bentuk makanan?
tahukah anda bahawa belum ada pun ulamak Melayu dari tanah ini membongkarnya kecuali saya ?


Tahukah anda, sistem dajjal "yang ada di sekeliling kita tanpa ramai kita sedari",
dan bila sistem ini mencapai tahap kesempurnaan,
akan menyebabkan dirinya akan keluar dari kurungan selama beribu2 tahun?
tahukah anda dajjal itu akan keluar bila2 masa sahaja di zaman kita ini?
Anda tahu apa itu Dajjal dan sistem2 nya?
Tahukah anda bahawasanya Dajjal hampir sahaja keluar pada setiap umat di zaman dahulu tetapi usahanya untuk muncul di tamadun2 lepas gagal ?
Tahukah anda bahawa tamadun2 lepas juga secanggih tamadun2 kita juga?
Kerana itulah setiap nabi pernah berpesan pada umatnya tentang bencana dan bahaya dajjal serta sebaran fitnahnya,
sekali lagi saya ingatkan,
dajjal hampir sahaja keluar di zaman silam tetapi gagal kerana sistem untuk membolehkan dia keluar itu gagal berkali2 di waktu silam kerana akibat kemusnahan tamadun2 silam yang canggih akibat dari bala yang Allah telah turunkan pada umat2 yang maju teknologinya namun runtuh akhlaknya,
tahukah anda bila sistem itu musnah,
tiada apa maknanya dajjal itu muncul kerana sistem itu tidak dapat berjalan dengan baik,
diibaratkan seperti sebuah komputer tanpa elektrik,
sebagai sindiran,
apalah gunanya HARDWARE tanpa SOFTWARE...


Tahukah anda bahasanya sistem Dajjal yang ada di sekeliling kita sudah hampir sangat mencapai keSEMPURNAan untuk membolehkan dajjal ini keluar di Khurasan?
Sekarang aku bagitau kau, apa dia itu sistem Dajjal:
1- sistem kewangan islam berjaya dihapuskan secara mutlak (agenda dajal berjaya)
(dinar & dirham digantikan dengan sistem kertas yang tiada harga)
2- wang kertas berjaya digunapakai 1 dunia (sistem dajjal)
(islam hanya meredhai emas & perak sebagai nilai matawang)
3- wang kertas akan digantikan beransur2 dengan wang elektronik (sistem dajjal)
(dari duit emas dan perak bertukar menjadi duit kertas)
(dari kertas bertukar menjadi duit digital)
(kad kredit, kad debit, paypal, e-dagang, e-point, e-gold)
(moneybooker, digital check)
4- berita2, media2, disampaikan & dikuasai oleh mereka yang bukan ahli (sistem dajjal)
(CNN, ABC, BBC, Hollywood, Warner Bross, Disneyland,)
5- ekonomi dunia dikuasai ejen2 dajjal melalaui YAHUDI.
(VISA, MASTER CARD, AMERICAN EXPRESS, NYSE, DOW JONES)
(Makanan segera jenama dunia, baru bulan lepas anda memakannya)
(Pakaian berjenama, salah sorang keluarga anda dah memakainya)
(Seluar berjenama, anda sedangpun memakainya)
(teknologi terkini, anda sedang pun memegangnya)
6- pyramid agung dan pyramid dunia (milik golongan elit korporat)
binaan pyramid merupakan salah 1 tanda dan ASBAB pastinya munculnya Dajjal.
Pyramid merupakan salah 1 sistem terbesarnya...
(sekiranya anda perasan, setiap bandar utama di setiap negeri di setiap negara di seluruh dunia sudahpun ada binaan pyramid)
pyramid merupakan 1 saluran tenaga super hebat yang dapat disalurkan dan digabungkan di seluruh dunia...
setiap pyramid akan memancarkan tenaga ke langit untuk tujuan keTENAGAan.
dengan kaedah yang sama juga,
Kubah2 masjid di seluruh dunia memancarkan tenaga yang sama hebat,
bezanya Kubah Masjid banyak memancarkan gelombang positif dan kebaikan,
saya cabar anda masuk ke masjid sekarang juga,
dan anda pasti merasa tenang bila berada di pusat kubah,
iaitu tepat di bawah lilitannya,
kerana itulah bila kita sebagai Muslimin,
masuk masjid hati pasti menjadi tenang...
Dengan konsep yang sama,
binaan pyramid juga memncarkan dan menyalurkan tenaga,
dan anda sedia maklum,
cahaya matahari yang pekat membahang dari jarak jauh,
sungguhpun merbahaya,
tetapi tenaganya digunakan untuk KEBAIKAN & MANFAAT manusia,
dan anda kena faham,
tenaga juga boleh dipesongkan untuk kejahatan...
Pyramid ini salah 1 cabang sistem dajjal,
sekiranya semua monumen pyramid di seluruh dunia,
memancarkan tenaga pada masa2 tertentu dan terpilih,
dan kekuatan yang dikumpulkan itu cukup pada "timingnya"...
maka awaslah kemunculannya...


Lokasi pyramid ada di mana2,
saya mulakan dengan pyramid zaman silam,
itu sebablah bukan sahaja Nabi Muhammad memesan pada umatnya tentang bahaya kekuasaan Dajjal,
malahan nabi2 terdahulu pun amat risau tentang dajjal ini,
kalau2 dia berjaya muncul...
dan malangnya,
tiada 1 sejarah pun merekodkan yang Dajjal berjaya keluar dari kurungannya,
apakan lagi merantau seluruh dunia untuk menjalankan agendanya...
tiada 1 pun rekod di masa silam menunjukkan Dajjal itu pernah keluar dahulu,
dan anda atau anak2 andalah yang bakal merasai bahangnya lagi 41 tahun aje lagi,
atau lebih awal lagi...


Bersambung balik,
lokasi Pyramid lama:
-Mesir (lebih dari 3 bijik)
-China (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Jawa (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Dasar laut selatan Jepun (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Mexico (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Tamadun Maya (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)
-Eropah (banyak binaan pyramid tapi tak sempurna)


lokasi Pyramid moden:
-KL (Public bank, Sunway, Damansara, Ambank)
-Hollywood
-Dubai
-Semua bangunan korporat (perhatikan puncaknya mesti ade pyramid)
-anda cariklah sendiri dah bersepah2 sekarang...
================================================== ================

bersambung........


Carilah Hadis SAHIH tentang tasik ini sampai dapat,
saya sudahpun sediakan pancingnya,
tinggal anda mendapatkan ikannya...
kemudian, ramai2lah bincang di sini,
sebelum elektrik takde di kemudian hari.
PESANAN:
cetak artikel ini dan hantar ke JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI,
sekiranya anda tak percaya tentang hadis ini,
buktikanlah saya salah,
saya sedia menerima teguran.

Anda mesti ingat bahawa ada hadis sahih riwayat muslim merekodkan,
bahawasanya dalam banyak2 kekuasaan dajjal ini,
dia dapat menguasai angin, dan hujan, dan bumi,
(diperintahkan hujan jangan turun, maka matilah ladang2 semua kering)
dia dapat menghidupkan mayat yang mati kembali hdiup...
(maka hidup kembalilah ibu dan bapa manusia yang lama meninggal)
Tahukah anda,
agaknya apakah sistem dajjal yang membolehkan dia hebat seperti itu,
ini bukan sihir...ini adalah teknologi,
dan teknologi dia adalah sistemnya itu yang menghampiri keSEMPURNAan,
dan dia hanya akan muncul bila sistem itu muncul,
dengan kata lain,
dengan sifat2 sistem itu dia dapat mengusai dunia,
dan menghasut dan menfitnah dunia supaya sujud sembah padanya,
bagi manusia2 yang lemah imannya,
itulah sebabnya mengapa Nabi Muhammad pesan pada kita,
baca 10 ayat pertama Surah Al-Kahfi,
dan,
baca 10 ayat terakhir Surah Al-Kahfi,
maka diri anda akan terlindung...
terlalu banyak rahsia di sini,
dan kalau diceritakan habis,
maka ramailah yang akan menganggap saya ni kononnya:
gila, munafik, penipu, meng-ada2kan cerita....
padahal ini adalah nasihat saya kepada seluruh warga Muslimin...


Bukankah nasihat menasihati itu disuruh oleh Allah melalui Surah Al-Asr.
Bukankah [.....sampaikanlah pesan2ku walau1 ayat] itu kata2 dari Nabi Muhammad ?


Jadi awaslah kata2 mu wahai saudara ku,
ini bukan maklumat berantai,
maka pesan jugaklah pada muslimin yang lain,
sampaikanlah nasihat2 dan amaran2 di atas,
perkara2 di atas tu,
sedang pun berlaku di hadapan kita,
kita pula kebanyakannya berada dalam sistemnya,
dan bila ada orang sepertisaya ingin menyelamatkan anda dari kesedapan sistem itu,
maka tindak balas normal dari orang2 itu basanya bersikap buruk,
oleh kerana tahap keracunan yang tinggi yang telah jauh meresap dalam diri sang2 mangsa sistem dajjal ini,
samada melalui makanan, pakaian, minuman, cara hidup, dan lain2 lagi.

Tahukah anda,
setiap molekul makanan francais dari barat mengandungi sistem Dajal ?
tahukah anda itu semua?
Perasankah anda,
ibu bapa anda lebih taat pada atuk dan nenek anda,
berbanding anda taat pada ibu & bapa anda sendiri ?
Tahukah kenapa anda jadi begini hari ini ?
Tahukah makanan apa yang anda sediakan untuk keluarga anda setiap hari ?
Pernahkah anda perasan yang anda jauh lebih beremosi berbanding ibu dan bapa anda sewaktu mereka seusia anda ?
Tahukah anda mengapa ini semua berlaku ?
Anda adalah hasil dari apa yang anda makan...
Dan molekul2 dalam makanan barat dari sistem kawalan dajal telah memasuki fizikal anda semakin hari semakin mencengkam jiwa anda,
tahukah anda bila hati kita elok 1 badan kita akan elok ?
dan tahukah anda bila hati yang bersifat fizik itu rosak,
maka jiwa dan rohani pasti ikut rosak,
anda tahukah sistem dajjal itu dalam bentuk makanan?
tahukah anda bahawa belum ada pun ulamak Melayu dari tanah ini membongkarnya kecuali saya ?


Salam Ramadhan Salam Sepadan
Umat Melayu Waris Beriman.

Yang Iklas,
Megat Panji Alam,
Teknik Keris.

Wassalam.

Wednesday, November 2, 2011

Demokrasi VS Muslim Village ^^

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt..

Beberapa hari lalu kami menerima 2 soalan dari salah seorang saudara kita di sini yang meminta pendapat kami tentang persoalan yang diajukan. Kami kongsikan 2 persoalan tersebut berserta pendapat kami di sini sebagai perkongsian kepada saudara-saudara kita yang lain yang mungkin belum membacanya di ruangan komen pada posting kami yang lepas.

Pendapat kami tak semestinya dipersetujui oleh semua pihak kerana masing-masing mempunyai pendapat & cara fikir yang berbeza, maka kami menggalakkan saudara sekalian untuk memberi sebarang pandangan, teguran atau apa saja perbincangan secara ilmiah di ruangan komen. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam meningkatkan kefahaman kita tentang situasi dunia akhir zaman dan menambah keimanan kita kepada ALLAH SWT.

InsyaALLAH...

*******************************************************************************

PERSOALAN PERTAMA

Persoalan ini bukanlah bermaksud saya menyokong sistem yg ada sekarang, cuma ingin mendapatkan sedikit pencerahan drpd pihak tuan :)

kita ambil contoh situasi dan sistem yg ada sekarang di Malaysia.

1) Pertama, apa pendapat tuan mengenai hujjah pihak yg menyatakan inginkan kuasa memerintah untuk melaksanakan "MENCEGAH KEMUNGKARAN" dalam skala yg lebih besar. dalam kata lain, mereka mendapati pihak pemerintah yg ada skrg begitu mudah membiarkan kemungkaran berleluasa dengan begitu bebas. Oleh itu, mereka berasa dalam keadaan mereka yg tiada kuasa memerintah skrg ini, mereka ada usaha untuk mencegah kemungkaran cuma kesannya tidak besar. mereka berasa dengan memperoleh kuasa memerintah mereka dapat melaksanakan PENCEGAHAN KEMUNGKARAN dengan kesan yg lebih besar lagi. apa pendapat tuan? bukankah usaha mereka mahu MENCEGAH KEMUNGKARAN itu satu usaha yg amat baik?

*terus terang sy maksudkan parti Islam :)

PERSOALAN KEDUA

2) soalan kedua pula. kita bayangkan situasi begini.

boleh jadi idea Sheikh Imran Hosein mengenai sistem skrg yg berasaskan syirik kepada Allah, ekonomi mencengkam berasaskan Riba dan usaha2 mendaulatkan semula Dinar Emas & Dirham Perak serta usaha menghidupkan MUSLIM VILLAGE difahami dan mahu diikuti oleh semua umat ISLAM di MALAYSIA! :)

oleh itu, semua umat Islam yg terlibat dengan sistem pemerintahan demokrasi sekarang meninggalkan sistem tersebut, lalu hanya tinggal non-muslim sahaja yang terlibat dengan sistem demokrasi, pilihanraya dan pembentukan kerajaan. Lantas, kerajaan yg dibentuk semuanya dibarisi non-muslim (kerana semua Muslim dah sedar sistem ini syirik). Lalu, kerajaan yg ada pada masa itu (semuanya non-muslim) yg masih ada dalam sistem, berlaku zalim. Semuanya usaha-usaha yg baik sebelum ini untuk agama Islam, dihapuskan. Orang Islam tertindas. Tidakkah ini memudaratkan?

maksudnya, sblm ini kuasa memerintah ada di tangan org Islam, tetapi setelah semua dah sedar, semua meninggalkannya, lalu kesan buruk pula pd orang Islam.

apa pendapat tuan?

TETAPI, lihat situasi berlawanan. kerana melihat kesan yg berlaku di atas, maka kita mengekalkan kuasa memerintah (org Islam) yang sedia ada bagi mengelakkan kesan tersebut. tidakkah tindakan kita mengekalkan mereka dalam kuasa memerintah seperti MEMPERGUNAKAN mereka?

kita sudah tahu sistem itu syirik, tetapi kita biarkan mereka dalam sistem tersebut demi mengekalkan kuasa pemerintahaa pd umat Islam.

apa pandangan tuan?

atau adakah pihak pemerintah sekarang sedah sedia maklum tentang usaha-usaha kebangkitan akhir zaman ini, dan PERANAN mereka sekarang adalah untuk 'hold' dulu di position tersebut sementara menunggu kedatangan Khalifah akhir zaman?

wallahualam. Allah sahaja yg tahu

*******************************************************************************

PENDAPAT KAMI TENTANG PERSOALAN PERTAMA

Alhamdulillah.. Persoalan yg amat baik dari Saudara Khushairi.. Kedua2 soalan ini juga selalu bermain di fikiran kami sewaktu mula2 'dikejutkan' oleh ALLAH tentang hakikat dunia hari ini yg jauh terpesong dr Al Quran & As Sunnah.. Kami akan cuba memberi pendapat berdasarkan petunjuk dan ilham yg telah dikurniakan kpd kami..

Sebelum mula menjawab, kami ingin tekankan bahawa apa saja persoalan yg kita hadapi, sentiasa meletakkan Al Quran & As Sunnah sbg kompas penentu kebenaran hakiki. Jika hanya bersandar kpd logik akal manusia atau kajian/pendapat sekular semata2 maka kita akan terus terperangkap dlm dimensi ilusi yg menghalang kita dari melihat kebenaran & hikmah sebenar bahkan kita mungkin semakin menjauhi kebenaran kerana kecetekan akal & kecenderungan nafsu manusia.

Bismillah...

PERSOALAN PERTAMA..

Mencegah kemungkaran melalui kuasa politik..

Kami tidak bersetuju dgn pendapat bahawa kemungkaran yg berlaku di kalangan pemerintah, pemimpin & masyarakat hari ini dapat dicegah secara besar-besaran setelah sistem politik negara berjaya dikuasai oleh Melayu Islam (atau pemimpin PAS). Persoalan sebenar yg perlu kita sedari adalah :

Mampukah Melayu Islam menguasai sistem politik demokrasi hari ini ?

Lihat saja situasi politik hari ini, adakah kuasa & pengaruh politik Melayu Islam semakin kuat dan dominan ? Nyata sekali tidak. Kerana politik, bangsa Melayu semakin teruk berpecah belah sesama sendiri. Parti Islam itu masih tak mampu menyatupadukan Melayu bahkan menjadi penyumbang kpd perpecahan secara tidak langsung. Senario politik yg amat menyedihkan, parti pimpinan Melayu Islam UMNO dan PAS berbalah sesama sendiri dan masing2 menjadikan pemimpin bukan Islam sebagai sekutu mereka. Ini sebenarnya memberi peluang kpd musuh Islam menjalankan agenda sulit dalam menjatuhkan kuasa politik umat Islam di negara ini. Melalui perpecahan PAS-UMNO ini dan kebergantungan terhadap sokongan pemimpin bukan Islam mengakibatkan kuasa politik Melayu Islam sedang dilemahkan dan terdedah kpd percaturan musuh2 Islam. Maka impian pemimpin Melayu Islam utk menguasai sistem politik semakin jauh dari realiti dan kemungkaran yg kononnya ingin dicegah itu akan terus bercambah dalam masyarakat yg terus berbalah & bersengketa.

Memanglah Mencegah Kemungkaran adalah satu usaha yg sgt baik, tetapi cara dan pendekatan yg digunakan mestilah betul selaras dgn ajaran Al Quran & Sunnah Rasul. Menggunakan pendekatan politik demokrasi bukanlah kaedah yg tepat bahkan tidak diajar dalam Islam pun.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali-‘Imran, ayat 104)

Mari kita sama2 fahami konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar' dalam Islam iaitu menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar. Makruf di sini bermaksud perkara-perkara kebaikan yg dituntut selari dgn aqidah & syariat Islam. Mungkar pula adalah perkara-perkara keburukan yg bertentangan dgn aqidah & syariat Islam. Dpt difahamkan di sini bahawa Aqidah & Syariat Islam yg menjadi garis penentu kpd kebaikan dan keburukan. Maka apa saja kita usahakan di dunia ini wajib berlandaskan Aqidah & Syariat Islam. Begitu juga dgn usaha utk mencegah kemungkaran di kalangan pemimpin dan masyarakat hari ini mestilah menggunakan cara & pendekatan yg dibenarkan oleh Syariat Islam.

Menggunakan jalan politik bukanlah cara dakwah Nabi SAW malah ia bertentangan dgn syariat Islam. Sistem politik demokrasi adalah ciptaan manusia yg memusuhi ajaran Islam, sangat bertentangan dgn konsep Khilafah yg dianjurkan oleh Islam. Maka tidak hairanlah racun politik demokrasi Kuffar itulah yg sedang menjahanamkan kekuatan umat Islam hari ini. Pemimpin Islam di negara kita sudah tak mampu berdiri sendiri, bagaimana nak menegakkan aqidah & syariat Islam ? Adakah selepas lebih 50 tahun merdeka aqidah umat Islam semakin teguh ? Adakah syariat Islam semakin tertegak ? Lihat sendiri umat Islam yg semakin bercakaran hanya kerana kuasa politik dan lihat sendiri org bukan Islam semakin berani mempersoalkan amalan & ajaran Islam. Ini menjadi bukti bahawa sistem politik demokrasi bukanlah jalan penawar utk mencegah kemungkaran malah secara jelas racunnya lebih hebat dalam menyemarakkan kemungkaran dalam masyarakat..

Jika kita hayati konsep 'Amar Makruf Nahi Mungkar', maka kita akan sedar bahawa aqidah & syariat Islam adalah kunci kpd perjuangan kebangkitan Islam. Perjuangan yg sama diusahakan oleh Rasulullah SAW.. Bermula dgn membentuk aqidah yg teguh kpd ALLAH SWT di kalangan pengikut2 Baginda.. Berbekalkan aqidah yg mantap Baginda SAW dan para Sahabat berjaya menyatupadukan umat Islam utk berjuang menegakkan syariat Islam sehingga akhirnya tertegak di bumi Madinah.

Kami berpendapat umat Islam hari ini perlu 100% mencontohi jalan kenabian Rasulullah SAW.. Perkara pertama adalah mengukuhkan AQIDAH ISLAMIYAH di dalam diri setiap umat Islam. Kita kena faham apa itu Aqidah Islam yg sebenar, maka kita akan sedar jalan mana yg mesti kita pilih iaitu 100% selari dgn ajaran ALLAH SWT dan Rasulullah SAW.. Bukan jalan ciptaan manusia yg bertentangan dgn aqidah Islam itu sendiri.. Pendapat kami, kerana umat Islam masih tidak menghayati aqidah Islam lah yg menyebabkan majoriti rakyat masih bergelumang dgn sistem dan cara hidup moden ciptaan musuh2 Islam yg terbukti telah melemahkan umat Islam hari ini dgn penyakit Al Wahn.. Hanya dgn aqidah Islam yg benar & teguh akan melahirkan umat yg cintakan syariat dan cara hidup Islam serta sanggup berjaung menegakkannya menggantikan sistem & cara hidup Kuffar..

Kami tidak menyokong sama sekali perjuangan mana-mana parti politik demokrasi di dunia ini, apa yg kami cari adalah sebenar-benar perjuangan yg 100% mengikut jejak & jalan kenabian Rasulullah SAW.. Di mana pegangannya adalah 100% Aqidah Islamiyah dan perjuangannya adalah utk menegakkan 100% Syariat Islam di muka bumi ini.. Semoga perjuangan yg dinanti-nantikan ini akan segera terzahir dan kita semua tergolong di kalangan umat yg turut memperjuangkannya.. insyaALLAH..

PENDAPAT KAMI TENTANG PERSOALAN KEDUA

PERSOALAN KEDUA...

Berkenaan cadangan Sheikh Imran Hosein (SIH) mewujudkan Muslim Village (MV) ..

Berdasarkan pemahaman kami, idea MV yang dicadangkan oleh SIH mengambil kira hasil kajian pemecahan kod beliau terhadap Al Quran dan As Sunnah yg memberi petunjuk bahawa Khilafah Islamiyah tak akan mampu dibangkitkan semula oleh umat Islam hari ini. Beliau berpendapat Khilafah hanya akan tertegak semula ketika kemunculan Imam Mahdi. Sila rujuk beberapa hadis Nabi tentang perjuangan Pemuda Bani Tamim yg disebut sebagai penyedia tapak pemerintahan Al Mahdi.. Mereka menolak kebaikan yg diberikan sehinggalah mereka menyerahkan kekuasaan kpd Al Mahdi kelak.. Juga hadis tentang pembai'ahan Imam Al Mahdi secara spontan oleh umat Islam sekitar Mekah hanya setelah tanda2 kedatangan Baginda terzahir dan disedari org mereka yg dikurniakan hak.. Ini menunjukkan umat Islam akhir zaman tidak membai'ah mana2 pemimpin sbg Khalifah kecuali bila kemunculan Imam Al Mahdi.. Wallahua'lam..

Maka, berdasarkan hasil kajian tentang ketidakmampuan umat Islam hari ini utk menegakkan Khilafah maka SIH telah mencadangkan umat Islam mewujudkan MV yg berfungsi sebagai mikro-khilafah (Khilafah berskala kecil). Konsepnya 100% berdasarkan sistem Khilafah tetapi dibangunkan di kawasan pedalaman yg terasing dari dunia dan sistem moden. Tujuan utama adalah utk menyelamatkan AQIDAH ISLAMIYAH umat Islam hari ini dari kesyirikan sistem Dajjal dan menegakkan SYARIAT ISLAM di kalangan umat Islam yg benar-benar kembali kpd Al Quran dan As Sunnah.. Solusi ini juga berkaitan dgn Kisah Ashabul Kahfi yg terpaksa menyisihkan diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman & aqidah masing2..

Pastinya SIH sendiri berharap agar semua umat Islam sedar tentang hakikat dunia akhir zaman hari ini terutama selepas mendedahkan hasil kajian beliau serta cadangan MV sebagai salah satu cara menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal. Ini soal yg sangat penting kerana melibatkan aqidah umat Islam yg menentukan sama ada kita benar2 beriman kpd ALLAH SWT atau menjadi pengikut Dajjal Laknatullah. Maka usaha dakwah yg beliau jalankan dan pihak2 lain yang menggerakkan usaha sebegini bermatlamat menyedarkan seluruh umat Islam tanpa pengecualian baik pemerintah negara, para pemimpin mahu pun rakyat marhaen. Agar semua sekali meninggalkan sistem & cara hidup tamadun moden yg dipenuhi dgn agenda Dajjal dan kembali berpegang kpd aqidah & syariat Islam yg sejati. Ini adalah tanggungjawab kita yg telah dikurniakan kesedaran utk membantu saudara Islam lain yg masih dibelenggu ilusi fitnah akhir zaman.

Pendapat kami tentang situasi hari ini adalah telah datang dakwah & peringatan kpd segenap lapisan masyarakat hari ini tentang hakikat fitnah Dajjal & akhir zaman seperti yg didedahkan oleh SIH. Namun tak ramai yg betul2 sedar atau mengambil berat apa yg cuba diperingatkan. Malah ramai yg hanya memperlekehkan dan tak ambil peduli apa yg cuba disampaikan. Ramai yg tidak mahu memahami dan memilih utk terus hidup seperti biasa tanpa menghiraukan betapa gentingnya aqidah umat Islam hari ini dicengkam misi penyesatan besar-besaran oleh Dajjal. Maka membiarkan pemimpin2 politik yg masih bergelumang dalam najis demokrasi bukanlah satu strategi Islam utk menjamin kesejahteraan umat tapi adalah disebabkan terhijabnya mata hati mereka dari melihat fitnah akhir zaman dan mereka sendiri hanya bersangka-sangka bahawa mereka sdg berjuang demi Islam.

Bukanlah perjuangan dakwah Islam yg sebenar jika usaha dakwah disebarkan kpd suatu pihak tertentu saja tapi membiarkan pihak lain terus hanyut dalam kesesatan kononnya utk menjamin keselamatan umat Islam. Ini telah bercanggah dgn Aqidah Islamiyah kerana kita seolah-olah berharap kpd pemerintah negara yg mengamalkan politik sekular utk menjamin keselamatan umat Islam. Sedangkan kita sbg umat Islam wajib meyakini hanya ALLAH SWT yg layak menjadi pelindung kpd umat Islam. Maka kami tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat bahawa politik demokrasi mesti diteruskan demi keamanan & keselamatan umat Islam dari ditindas oleh pemerintah bukan Islam. Kerana hanya ALLAH SWT yg berkuasa ke atas setiap makhlukNya dan DIA memerintahkan kpd hambaNya yg beriman berpegang teguh kpd ajaran Islam dan tidak sekali-kali mencampuradukkan dgn perkara yg bathil apatah lagi jika mempunyai unsur syirik kepadaNya. Jelas sekali sistem politik demokrasi adalah ciptaan musuh Islam, dan ALLAH SWT tidak sekali-kali redha umat Islam mengikut & mengamalkannya..

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: `Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)`. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu" (Al Baqarah:120)

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim " (Al-Maidah: 51)

Sebaliknya berimanlah kita dgn sebenar-benar keimanan kpd ALLAH & Rasul, insyaALLAH pertolongan dan bantuan ALLAH SWT akan sentiasa dikurniakan kpd kita.

Wallahua'lam...


Moral of the story is :- CEPAT CARI MUSLIM VILLAGE TERDEKAT!!!

1) Kuasa perpaduan umat Islam adalah lebih hebat dari pengaruh politik

2) Kuasa perpaduan umat Islam adalah lebih hebat dari ketenteraan kuffar

3) So, kalaupun non-muslim yg berkuasa atas sistem demokrasi, secara mudah kita boleh ambil semula hak kita tatkala AQIDAH ISLAMIYAH kita kukuh ^^