Sunday, November 28, 2010

Proses Ubah Suai

Salam sejahtera.

Bulan ini bulan SPM dan saya teramatlah sibuk dalam menguruskan pelbagai hal termasuk SPM itu sendiri. Jadi, sementara up to date artikel terkini (jarang-jarang dah sebab busy), saya akan mengubah suai sedikit blog ini. Sikit sahaja bukannya banyak.

Doakan saya dalam menjayakan misi dan visi kudsi ini ya.

Sekian terima kasih,
Neutronboy

Saturday, November 27, 2010

Bidas : PKR : Ketuanan Melayu Wajib Ditinggalkan

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata konsep“Ketuanan Melayu” wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untukmemperdayakan bangsa itu sendiri.


Admin : Apa maksud memperdayakan bangsa sendiri?


"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.


Admin : Apa kaitan konsep Ketuanan Melayu dengan golongan elit yang menyeleweng dan korup? Adakah itu intipati Konsep Ketuanan Melayu?


Menurutnya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, beliau berkeyakinan bahawa tidak akan ada satu bangsa pun yang akan menjadi agung dan dihormati hanya dengan menggelar diri sendiri sebagai “tuan”.


Admin : Siapa cakap Ketuanan Melayu hendak mengagungkan bangsa sendiri dengan gelaran "Tuan'? Itu tanda sebagai manusia mana yang mula-mula buka tanah di sini, sebenarnya


"Kitab al-Quran banyak mengisahkan bagaimana Tuhan telah menghancurkan kaum dan bangsa-bangsa yang bermegah-megah konon menjadi 'tuan' dan memandang rendah kepada bangsa atau kaum yang lain.



Admin : Nak cakap Yahudi lah tuh. Ingat ya, Yahudi bermegah kerana dahulunya mereka bangsa pilihan Tuhan dan agama Musa hanya untuk mereka. Tetapi Melayu tidak pula kata Islam hanya untuk Melayu. Cuma Melayu kata, Tanah ini mereka yang buka. Misalnya, Rumah Bungalow milik A, tetiba ade penyewa B nak sewa bilik. Layak ka B ini nak amik Bungalow milik A?



"Sesungguhnya, semulia-mulia di sisi Tuhan adalah mereka yang paling tinggi taqwanya (amalan baik dan kebajikannya kepada insan lain)," katanya.


"Nyatalah bahawa sesuatu bangsa dan kaum itu hanya akan menjadi agung dan dipandang tinggi apabila mereka bermaruah. Lalu, andai sesuatu bangsa itu mahu besar, mereka harus memelihara dan menjaga maruah mereka termasuk kepada orang Melayu."



Tegasnya dalam tradisi orang Melayu, mereka amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.


Menyentuh soal "survival Melayu dan agama Islam", Dr Wan Azizah berkata isu itu tidak akan dapat diselesaikan selagi melihat isu itu "melalui teropong Umno dan para konconya".



Admin : Bangsa Melayu tetap bangsa Melayu dan tetap dengan pendirian dan konsepnya. Janganlah dicampurkan dengan mana-mana 'bangsa politik' pula.



"Ia perlu dikaji dari perspektif baru dalam fenomena baru realiti politik berasaskan demokrasi di Malaysia. Jika Umno benar-benar ikhlas, hentikan segala kezaliman, penindasan dan kemungkaran yang diamalkan selama ini.

Dalam ucapannya, Dr Wan Azizah juga dilihat memujuk anggota PKR mengenai isu pemilihan parti yang dikritik pelbagai pihak" dengan menyalurkan sebarang ketidakpuasan mengikut saluran parti.


"Selesaikanlah masalah kita bagaikan menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak".


"Usah serahkan tengkok kita kepada pihak media musuh dengan mendedahkan kelemahan kita.

"Biar membara di hati, tetapi tetap dingin di kepala," katanya memetik kata-kata tokoh Indonesia Muhammad Natsir.


Malaysiakini/-


Admin : Ada 3 faktor Ketuanan Melayu mesti dihormati


1) Bangsa Melayu yang membuka, menjaga, memelihara dan membangunkan tanah ini sejak sezaman dengan Mesir Purba atau lebih awal lagi. (ada banyak isi dalam ni) Walahal mereka itu baru berapa puluh tahun, kan? Berbaloi x kalau dihilangkan?


2) Era penjajahan berpaksi sekalipun, Melayu yang memainkan peranan untuk memelihara kedaulatan Kerajaan Tanah Melayu, ini.


3) Perlembagaan Malaysia dan kontrak sosial yang telah termaterai.


Tuesday, November 16, 2010

Salam Hari Raya Idul Adha

Apa khabar hari ini? Hari ini merupakan hari perayaan ketiga bagi umat Islam di dunia setelah Nisfu Syaaban dan Idul Fitri. Maka pada hari ini, Allah telah memilih kita sebagai hambaNya yang masih diberi anugerah Islam dan Iman untuk merayakan hari yang mulia ini.

Namun bagi para pelajar tingkatan 5, mereka belum boleh bergembira dahulu kerana debaran semakin terasa apabila hari yang dihitung untuk SPM menjengah kurang daripada seminggu sahaja lagi. Namun, dalam menyingkap tabir itu, barang kali ada yang terlepas padangn mengenainya.

Seringkali saya berkata kepada teman-teman saya, "kenapa lah korang semua ni struggle gila-gila?" Lantas mereka membalas ucapanku, "Weyh mana x nya. SPM ni kan penentu masa depan kita!"

Hati kecil aku mula tercuit kerana itu jugalah anggapan aku ketika dahulu. Namun aku sedari satu perkara yang amat penting. Bukanlah belajarku di sekolah kerana peperiksaan. Peperiksaan hanyalah sebagai kayu akur ingatan dan kefahaman kita sepanjang perjalanan kita di alam persekolahan.

Namun aku belajar hanya semata-mata kerana minat. Jadi tiada masalah bagiku untuk SPM ini. Bukan untuk berkata bongkak kerana cuba kita luruskan kembali fikiran kita.

1) Bukanjlah SPM itu penentu masa depan tetapi Allah lah yang menetapkan rezeki.

2) Bukan keputusan
SPM yang membolehkan kita berjaya, tetapi ilmu lah yang mengajar kita untuk hidup di muka bumi ini.

3) SPM masih ada kepentingan tetapi bukan keutamaan. SPM bukan tujuan tetapi hanyalah ujian. SPM bukanlah matlamat tetapi ilmu yang dimanfaat.

Wallahu a'lam

Sunday, November 14, 2010

Untold History : Kesultanan Islam Majapahit

Seorang sejarawan pernah berujar bahawa sejarah itu adalah versi atau sudut pandang orang yang membuatnya. Versi ini sangat bergantung dengan niat atau motif pembuatnya. Barangkali ini pula yang terjadi dengan Majapahit, sebuah kerajaan maha besar masa lampau yang pernah ada di negara yang kini dipanggil Indonesia. Kekuasaannya membentang luas hingga meliputi sebahagian besar negara yang kini dikenali sebagai Asia Tenggara.

Namun demikian, ada sesuatu yang 'terasa aneh' menyangkut kerajaan yang samar-samar peninggalan kebesaran masa lalunya masih boleh ditemukan di kawasan Trowulan Mojokerto ini. Sejak memasuki Sekolah Dasar di Indonesia, kita sudah diberi pemahaman bahawa Majapahit adalah sebuah kerajaan Hindu yang terbesar yang pernah ada dalam sejarah masa lalu kepulauan Nusantra yang terletak di Indonesia kini. Ini merupakan keanehan. Pemahaman sejarah tersebut seakan melupakan pelbagai bukti arkeologis, sosiologis dan antropologis yang berkaitan dengan Majapahit yang jika dicerna dan difahami secara 'jujur' akan mendedahkan fakta yang mengejutkan sekaligus juga mematahkan pemahaman yang sudah berkembang selama ini dalam khazanah sejarah masyarakat Nusantara.


'Kegelisahan' semacam inilah yang mungkin memotivasi Pasukan Kajian Kesultanan Majapahit dari Lembaga Hikmah dan Dasar Awam (LHKP) Pengurus Daerah Muhammadiyah Yogyakarta untuk melakukan kajian semula terhadap sejarah Majapahit. Setelah sekian lama berkutat dengan pelbagai fakta-data arkeologi, sosiologis dan antropolis, maka Pasukan kemudian menerbitkannya dalam sebuah buku awal berjudul 'Kesultanan Majapahit, Fakta Sejarah Yang Tersembunyi'.

Buku ini hingga saat ini masih diterbitkan terhad, terutama menyongsong Muktamar Satu Abad Muhammadiyah di Yogyakarta beberapa waktu yang lalu. Sejarah Majapahit yang dikenali selama ini di kalangan masyarakat adalah sejarah yang disesuaikan untuk kepentingan penjajah (Belanda) yang ingin terus bercokol di kepulauan Nusantara.

Akibatnya, sejarah masa lampau yang berkaitan dengan kawasan ini dibuat untuk kepentingan tersebut. Hal ini dapat pula dianalogikan dengan sejarah mengenai PKI. Sejarah berkaitan dengan parti komunis ini yang dibuat dimasa Orde Baru tentu berbeza dengan sejarah PKI yang dibuat di era Orde Lama dan bahkan era reformasi saat ini. Hal ini kerana berkaitan dengan kepentingan masing-masing dalam membuat sejarah tersebut.

Dalam konteks Majapahit, Belanda berkepentingan untuk menguasai Nusantara yang majoriti penduduknya adalah muslim. Untuk itu, diciptakanlah pemahaman bahawa Majapahit yang menjadi kebanggaan masyarakat Indonesia adalah kerajaan Hindu dan Islam masuk ke Nusantara belakangan dengan mendobrak tatanan yang sudah berkembang dan ada dalam masyarakat.

Apa yang diungkapkan oleh buku ini tentu mempunyai bukti berupa fakta dan data yang selama ini tersembunyi atau sengaja disembunyikan. Beberapa fakta dan data yang menguatkan keyakinan bahawa kerajaan Majpahit sesungguhnya adalah kerajaan Islam atau Kesultanan Majapahit adalah sebagai berikut:

1. Ditemukan atau adanya syiling-syiling emas Majapahit yang bertuliskan kata-kata 'La Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah'. Syiling semacam ini boleh didapati dalam Museum Majapahit di kawasan Trowulan Mojokerto Jawa Timur. Koin adalah alat pembayaran rasmi yang berlaku di sebuah wilayah kerajaan. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa sangat tidak mungkin sebuah kerajaan Hindu mempunyai alat pembayaran rasmi berupa syling emas bertuliskan kata-kata Tauhid.

















2.
Pada batu nisan Syeikh Maulana Malik Ibrahim yang selama ini dikenali sebagai Wali pertama dalam sistem Wali Songo yang menyebarkan Islam di Tanah Jawa terdapat tulisan yang menyatakan bahawa beliau adalah Qadhi atau hakim agama Islam kerajaan Majapahit. Dengan demikian dapat dikatakan bahawa Agama Islam adalah agama rasmi yang dianuti oleh Majapahit kerana memiliki Qadhi yang dalam sebuah kerajaan berperanan sebagai hakim agama dan penasihat bidang agama bagi sebuah kesultanan atau kerajaan Islam.

3. Pada lambang Majapahit yang berupa lapan sinar matahari terdapat beberapa tulisan Arab, iaitu shifat, asma, ma'rifat, Adam, Muhammad, Allah, tauhid dan dzat. Kata-kata yang beraksara Arab ini terdapat di antara sinar-sinar matahari yang ada pada lambang Majapahit ini.
























Untuk lebih mendekatkan pemahaman mengenai lambang Majapahit ini, maka dapat dilihat pada logo Universiti Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta, atau dapat pula dilihat pada logo yang digunakan Muhammadiyah.
Dengan demikian dapat dikatakan bahawa Majapahit sesungguhnya adalah Kerajaan Islam atau Kesultanan Islam kerana menggunakan logo rasmi yang memakai simbol-simbol Islam.

4. Pengasas Majapahit, Raden Wijaya, adalah seorang muslim. Hal ini kerana Raden Wijaya merupakan cucu dari Raja Sunda, Prabu Guru Dharmasiksa yang sekaligus juga ulama Islam Pasundan yang mengajar hidup prihatin layaknya ajaran-ajaran sufi, sedangkan neneknya adalah seorang muslimah, keturunan dari penguasa Sriwijaya. Walaupun bergelar Kertarajasa Jayawardhana yang sangat bernuasa Hindu kerana menggunakan bahasa Sanskrit, tetapi bukan lantas menjadi justifikasi bahawa beliau adalah seorang penganut Hindu.

Bahasa Sanskrit di masa lalu lazim digunakan untuk memberi penghormatan yang tinggi kepada seseorang, apalagi seorang raja. Gelar seperti inipun hingga saat ini masih digunakan oleh para raja muslim Jawa, seperti Hamengku Buwono dan Paku Alam Yogyakarta serta Paku Buwono di Solo.

Di samping itu, Gajah Mada yang menjadi Patih Majapahit yang sangat terkenal terutama kerana Sumpah Palapanya ternyata adalah seorang muslim. Hal ini kerana nama aslinya adalah Gaj Ahmada, seorang ulama Islam yang mengabdikan kemampuannya dengan menjadi Patih di Kerajaan Majapahit. Hanya saja, untuk lebih memudahkan penyebutan yang biasanya berlaku dalam masyarakat Jawa, maka digunakan Gajahmada saja. Dengan demikian, penulisanGajah Mada yang benar adalah Gajahmada dan bukan 'Gajah Mada'.

Pada nisan makam Gajahmada di Mojokerto pun terdapat tulisan 'Lailaha Illallah Muhammad Rasulullah' yang menunjukkan bahawa Patih yang biasa dikenal masyarakat sebagai Syeikh Mada setelah pengunduran dirinya sebagai Patih Majapatih ini adalah seorang muslim.

5. Jika fakta-fakta di atas masih berkaitan dengan dalaman Majapahit, maka fakta-fakta berikut berkaitan dengan sejarah dunia secara global. Sebagaimana diketahui bahawa 1253 M, tentera Mongol di bawah pimpinan Hulagu Khan menyerbu Baghdad. Akibatnya, Timur Tengah berada dalam situasi yang berkecamuk dan terjebak dalam keadaan konflik yang tidak menentu.

Kesan selanjutnya adalah terjadinya eksodus besar-besaran kaum muslim dari TimurTengah, terutama para keturunan Nabi yang biasa dikenal dengan'Allawiyah. Kumpulan ini sebahagian besar menuju kawasan Nuswantara (Nusantara) yang memang dikenal memiliki tempat-tempat yang eksotis dan kaya dengan sumber alam dan kemudian menetap dan beranak pinak di tempat ini. Dari keturunan pada pendatang inilah sebahagian besar penguasa pelbagai kerajaanNusantara berasal, tanpa terkecuali Majapahit.

Inilah beberapa bukti dari fakta dan data yang mendedahkan bahawa sesungguhnya Majapahit adalah Kesultanan Islam yang berkuasa di sebahagian besar kawasan yang kini dikenali sebagai Asia Tenggara ini. Sekali lagi terbukti bahawa sejarah itu adalah versi, bergantung untuk apa sejarahitu dibuat dan tentunya terkandung di dalamnya pelbagai kepentingan.Wallahu a'lam bishshawab. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui

Credit to : Blog Misterius