Friday, October 14, 2011

Liku Kehidupan : Masih Ada Taman

Wah, pagi yang indah untuk aku mula berkaya di dalam bilik yang sunyi sepi ini. Hanya dendangan dari lagu jepun mengusik halwa pendengaranku ini hingga mengusik sekeping jiwa yang sangat rapuh hendaknya. Tatkala bersendiri di ruang kamar yang berselerak ini, fikiranku tidak keruan. "Ya tidak keruan," aku bermonolog dalaman. Sejak bila aku begini? Hari ini? semalam? kelmarin? Aku tidak sedar akan hal itu. Namun aku mulai perasan bahawa hidup kini kian berubah. Namun perubahan ini bukannya sedikit demi sedikit, tetapi perubahan yang drastik!

Seorang insan lagi telah berjaya mengusik hatiku hanya dengan keperamahan dia sahaja. Siapa tahu, tidak kenal maka tidak cinta.. Tetapi bersama dia ini, hanya sekali pertemuan telah berjaya menambat hati. Pasti ramai akan tertanya-tertanya.. Siapakah insan itu? Dan aku turut pasti bahawa pandangan yang akan diberikan terlalu tipikal. "Buah hati baru ke?" Mahu tidak mahu, inilah kenyataan yang harus aku hadapi selama aku bernafas di muka bumi ini..

Aku pula tertanya-tanya, adakah perasaan cinta dan kasih yang berputik, layak hendaknya hanya untuk seorang insan bergelar kekasih? Jikalau begitu, di mana hendaknya aku letakkan SAHABAT dalam hatiku? di mana hendaknya aku letakkan keluarga di hatiku? Orang juga sering berkata, perasaan yang bernama cinta itu hanya untuk kekasih! Adakah benar itu yang harus aku turutkan? Adakah hati kecilku ini sanggup menerima kenyataan ini?

Duhai jiwa yang mendengar, dengarlah rintihan aku ini.. satu rintihan yang tidak kedengaran suara... lantas tangisan yang teresak-esak langsung tidak dipedulikan. Bagiku cinta itu perasaan yang suci. Janganlah dinodai oleh mereka yang berhati busuk, jijik dan kotor.. Dan jikalau cinta itu hanya untuk kekasih, maka aku sanggup mati untuk itu kerana hatiku ini sering berbisik merdu kepadaku, "Wahai insan yang berkasih sayang, namamu terlalu indah untuk dialunkan.. membawa sifat lemah lembut disekitar hidupmu... Bajalah perasaanmu ini untuk teman-temanmu.. Kerana lebih layak untuk itu...."

Aku menyahut bisikan itu... Aku turut mencari taman-taman rahsia yang sudi menerima baja ini. Aku singgah dari satu taman ke satu taman.. Setiap daripadanya telah dihiasi dengan pelbagai jenis bunga cinta dan persahabatan.. Aku tertanya-tanya, "adakah aku masih mempunyai tempat di taman hati mereka?" Walaupun begitu, aku mencuba...

Aku menyangkakan baja ini akan menyuburkan tanah yang terbentang ini... Dengan perasaan gembira, aku senantiasa berusaha untuk memastikan tanaman-tanaman ini terus mekar... Namun, kusangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari... Setiap tanaman yang kembang itu, tidak bertahan lama...

Aku berasa sakit untuk menerima hakikat itu kerana itulah sandaranku untuk terus hidup di alam fana. Di mana jua kehadiranku ini untuk mengikat kasih antara dua hati, pasti akan terbuka jua.. Hanya masa yang membezakan... Di ruang yang sempit, aku terduduk kaku, menangis sendirian.. meronta keseorangan, tanpa ada yang menemani... Aku bertanya, "Adakah aku ini makhluk yang terpinggir?" "Adakah aku ini tidak pantas untuk bersama dengan orang yang aku kasihi?" "Inikah dunia yang mengajarku erti keperitan?" "Adakah ini pengorbanan yang perlu untuk melihat mereka kekal bahagia?" Persoalan bertubi-tubi menusuk kalbuku.. Malangnya, persoalan datang tanpa jawapan, persoalan yang hadir pergi membuatku ketidak tahuan... kini, persoalan lebih banyak dari jawapan...

Aku tersedu-sedu bertanya, "Masih ada tamankah untuk diriku?"

Friday, October 7, 2011

11 September 2011

http://www.facebook.com/profile.php?id=1811413854#!/note.php?note_id=263771040312255
Nota Ditulis Oleh:
-Megat Panji Alam-

Salam Perkenalan & Salam Peringatan
Assalamualaikum semua...
Nama saya Megat Panji Alam...
Saya tak pandai bidang FB.
Namun, saya arif melihat dunia ini sesuai dengan cara saya menjelingnya.
Semoga nota ini dapat diapungkan oleh skuad Dinar Emas di page mereka untuk menyampaikan mesej.

Hadirin pembaca sekalian,
saya adalah orang yang empunya yang bertanggungjawap,
terhadap 1 Artikel Berat yang sedang merebak ke seluruh dunia hari ini.
Dan artikel yang saya maksudkan ialah:
Keringnya Tasik Galilee  = Turunnya Nabi Isa
Kajian saya ini telah mendapat liputan luas sehingga berjuta2 umat di dunia,
sehinggakan pihak Jabatan Agama Negeri tidak memaparkannya ke khalayak ramai,
barangkali kerana asbab supaya tiidak terhasil suasana panik & sedia harmoni sekarang ini,
walaupun hasil kajian saya tidak pula pernah dilabelkan sebagai salah apakan lagi sesat.
Awak semua boleh lah mengakses google.com ,
dan tulis perkataan ini ---> Keringnya Tasik Galilee
kemudian enter !!!
dan anda semua akan perhatikan beribu2 website & beribu2 forum & beribu2 blog
sedang pantas mengedarkan Salam Peringatan saya ini,
semenjak 3 tahun yang lepas lagi...
tahukah anda...
proses liputan meluas ini saya lebih senang menafsirkannya sebagai...
mereka ini sedang menyebarkan SIGNAL ALLAH YANG LIVE ke website pilihan mereka,
iaitu secara mereka sendiri pun tak sedari...
Artikel asli & original hasil kajian peribadi ini telah saya abadikan di website berikut:
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Alamat:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=98049
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Dan dari website ini lah,
artikel ini merebak ke seluruh dunia sampai ke mana sahaja anak2 Melayu berada di planet ini.
dan untuk makluman anda sidang pembaca,
saya membebaskan artikel ini di saat facebook tak wujud lagi di Asia Tenggara,
walaupun ketika itu facebook telah mula popular di USA.

Tuan-puan...
saya telah dijemput secara peribadi untuk memberi sumbangan artikel di page Dinar Emas ini.
besarlah harapan saya sekiranya saya masih sihat untuk lakukannya.
saya mencadangkan agar diwujudkan 1 slot sesi soal jawap supaya semua orang boleh bertanya,
dan setiap soalan dan jawapan akan diabadikan dalam slot itu,
supaya soalan ulangan tidak disebut sama di kemudian masa.
Saya melihat teknologi FB ini 1 medium yang bahaya telah disediakan oleh seorang Yahudi,
yang terang2 menjalinkan hubungan dengan pertubuhan CIA melalui payung Iluminati,
tajaan ejen Dajjal Mata 1 tanpa ramai sedari walaupun ramai yang tahu.
Kenapa saya join FB ?
- supaya saya dapat selamatkan ramai anak2 muda
- anak2 muda adalah aset perjuangan baginda di masa hadapan
- FB adalah lubuk si mata 1 untuk menghimpunkan manusia
- dari lubuk ini lah saya hendak masuk sama2 dan tarik seberapa ramai keluar
Nabi pernah pesan yang Al-Masih Dajjal akan sediakan sebatang sungai...
di tangan kanannya adalah syurganya...
di tangan kirinya adalah nerakanya...
pesan nabi...
((( pilihlah nerakanya )))
kerana di nerakanya itu terdapat sejuknya sungai yang dimaksudkan !!!
Internet adalah sungainya wahai anak2 muda...
teknologi ini telah disihirkan...
ya...
teknologi yang ada MONITOR berwarna-warni ini mempunyai SIHIR,
SIHIR ini sangat berkesan walaupun dengan ketibaan bulan Ramadhan !!!
SIHIR ini hanya boleh ditandingi dengan 1 teknologi yang nabi wariskan,
iaitu...
((( Anti-Sihir)))
saya mendapat tahu yang Dinar Emas ini mentornya ialah Sheikh Imran Hosein.
Dan saya tertarik dengan saranan beliau berkenaan SURAH AL-KAHFI.
Tahukah anda,
anda akan diliputi gelombang ANTI SIHIR bagi sesiapa yang mengamalkan surah ini.
Tahukah anda,
sekiranya hari ini hari Jumaat,
dan anda baca Surah Al-Kahfi dari ayat pertama sampai ayat penghabisan,
seluruh diri anda zahir & batin akan dilindungi dengan FITNAH AL-MASIH DAJJAL ?
Anda selalu digambarkan dengan fitnah besar si Dajjal bukan ?
adakah anda rasa fitnah dajjal ni ibarat,
seperti pawang2 yang hensem seperti David Copperfiield ?
Boleh terapung2 di khalayak ramai dan boleh tiba di KL dalam masa 1 saat dari bandar New York ?
Adakah anda fikir seperti itu fitnah si mata 1 itu ?
Jawapannya = Tidak
(saya rasa di page DE sedang terbitnya Kitab Memintas Dajjal, saya rasa itu sudah cukup untuk anda)

Bila anda menguasai ilmu ANTI SIHIR,
maka hati anda tidak terpaut pada benda2 yang disihirkan.
Sebagai contoh...
dulu kanak2 era 80 han sangat kuat disihir dalam bentuk hiburan,
walaupun mereka pagi2 pergi kelas mengaji,
tapi bila tiba pukul 5 petang pukul 6 petang,
seolah2 minda mereka disuruh mengadap kaca TV sebab nak tengok kartun, contohnya:
-ultraman, doraemon, gaban, suria perkasa hitam, cun li, cybercorp, heman,
Sihir & fitnah Al-Masih Dajjal sentiasa dikemaskini,
sesuai dengan isi BUKU TERBITAN SAYA iaitu Tamadun Yakjuj Makjuj,
untuk membuktikan perkara ini benar,
rata2 manusia hari ini sudah tidak minat menonton TV lagi,
kalaupun mereka menonton TV adalah asbab melihat berita2 besar & drama2 sahaja,
baki masa mereka yang terluang akan dihabiskan dengan INTERNET,
ya...
INTERNET adalah sihir halus yang telah dilepaskan di MONITOR BERWARNA-WARNI.
Dan sihir ini sangat berkesan,
bila ia kena pada penggunaanya dan timingnya,
dan saya melihat tidak ada 1 orang pun anak2 muda hari ini yang tiada akaun facebook.
Di sini saya ingin ingatkan anda...
facebook adalah medium untuk menarik seramai mungkin wanita mengikut Dajjal.
Ingat pesan saya...
Dajjal tahu manusia bukan bodoh macam binatang...
Dan...
Orang islam terang2 tahu yang mereka takkan ikut Dajjal kalau dajjal depan mata !!!
Tetapi...
Dajjal akan cipta 1 sistem di mana dia boleh menyebabkan hampir seluruh umat manusia ikut dia,
hatta jin sekali pun (pada alam mereka)....
dan sistem yang saya maksudkan telah saya pintas melalui BUKU saya,
iaitu Tamadun Yakjuj Makjuj di alamat:
www.rahsiadunia.com/ebook.html

Sebab itulah nabi pesan kita supaya memilih neraka Dajjal,
kerana di dalamnya ada kurnia syurga yang nabi harap supaya kita dapatkannya.
Nampaknya apa yang nabi cakap dah pun jadi.
Fitnah yang nabi cakap tu bukan macam sihir David Copperfield wahai tuan-puan,
anda semua duduk dalam tamadun yang canggihmoden  macamni pun,
kalau still tak paham2 apa fitnah Dajjal yang nabi maksudkan,
nampaknya semakin jauhlah anda disihirkan.
Salah 1 nya ialahteknologi internet melalui facebook.
Apa itu SIHIR ?
Sihir ialah 1 alat ghaib yang disediakan "tuannya" supaya hasil tujuan alat ini,
dapat menyebabkan si mangsa itu sangat rapat dengan objek yang disihirkan itu,
dan saya senang untuk mengatakan facebook ada sihirnya tersendiri.
Untuk menguatkan hujah saya ini,
saya tertarik dengan salah 1 wawancara Zaim dengan Paderi,
dalam salah 1 sesi perbualan dalam Artikel Vatican,
harap pihak admin DE boleh paparkan gambar ini:
dan buktinya ialah,
semakin ramai wanita menyukai laman soSIAL facebook,
kajian dalam buku saya,
sangat selari dengan perbualan di bawah ni.


Untuk pengetahuan anda,
apa yang ada di internet itu hanyalah sedikit dari banyak rahsia-rahsia dunia yang belum
lagi didedahkan. Maka dengan hasrat saya sebagai penulis & hasrat saudara-saudari
semua sebagai peminat kepada siri artikel TASIK GALILEE, maka diterbitkan siri ebook
tentang pembongkaran akhir zaman “Keringnya Tasik Galilee”.
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Buku itu anda boleh dapatkan di alamat yang telah tertera di:
www.rahsiadunia.com/ebook.html
/////////////////////////////////////////////////////////////////////////////
Tahniah saya ucapkan kepada anda kerana diri anda semakin dekat untuk mengenali
apakah yang sebenarnya telah terjadi di planet bumi ini, dalam bentuk pemerintahannya,
ekonominya, agendanya, politiknya, dan maksud tersiratnya.
Kehadiran saya yang dijemput melalui teknologi yang manusia nikmati hari ini,
seharusnya menjadikan anda sebagai pemiliknya nekad untuk mencari jalan keluar
dari terus berada di dalam kepompong syurga yang akan saya tafsirkan dalam buku ini
sebagai sebahagian dari “Tamadun Yakjuj & Makjuj”.
Sebagai ketua keluarga & anak-anak yang bertanggungjawap,
anda wajib menyelamatkan diri anda dan keluarga anda
dari bencana api neraka di alam akhirat yang kekal abadi.

Dengan kehadiran artikel2 penting yang tak mungkin diajar oleh tok imam di surau2,
mahupun tak mungkin diajar di dalam kelas2 mahupun kuliah2,
sepatutnya kehadiran zaman moden yang boleh membuktikan kata2 Nabi ini,
menjadi tanggungjawap anda pula untuk menyelamatkan diri anda dan keluarga anda
dari bencana fitnah Dajjal melalui pengaruh “Tamadun Yakjuj & Makjuj”,
dan selemah-lemah teguran yang bakal kita lakukan
demi kasih sayang kita pada keluarga kita ialah dengan cara berdoa,
dan itulah selemahlemah daya kita.
Hal ini hanya berlaku sekiranya anda mendapati proses teguran dari anda menjadi berat
akibat pengaruh keluarga kita itu sendiri. Dan sekiranya anda
mempunyai kekuatan yang lebih selain dari berdoa, maka mulakanlah kekuatan yang
anda ada itu dengan memberi nasihat sejauh pengalaman anda, atau anda boleh mencetak
ebook ini dan wajibkan keluarga anda membacanya.

Peluang saya yang dijemput oleh pihak skuad Dinar Emas
akan saya manfaatkan & zahirkan apa yang sudah berlaku di sekeliling kita melalui
kajian peribadi saya tentang masyarakat bumi, perubahan budaya, gangguan ekosistem
bumi, tanda-tanda kiamat kecil yang sudah pun sempurna, dan menanti ketibaan
sempadan tanda-tanda besar kiamat yang bakal berlaku tak lama lagi.
Semoga keberkatan hidup di dunia sentiasa menyelubungi hidup anda & keluarga anda.



Salam peringatan dari saya,



-----------------------------
((( Megat Panji Alam )))
Pengkaji, Penulis, Penerbit Buku.
(Malam Tragedi September 11, 2011  05:22 pm)
(Kuala Kangsar, Perak, Tanah Melayu.)

Tuesday, August 16, 2011

KITAB MEMINTAS PERLEMBAGAAN AKHIR ZAMAN : 2

Siri 2: Agama dan Perlembagaan

Anda bertuah atas beberapa perkara. Yang pertama Allah telah memberi keizinan kepada anda untuk membaca siri kali ini. Ini bermakna anda merupakan orang yang terpilih untuk mendapatkan kesedaran terhadap fitnah dan petanda yang terdapat dalam perlembagaan akhir zaman ini. Jaringan matrik yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan adalah terlalu rumit bagi saya untuk diuraikan 1 per 1.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi lham kepada saya untuk mencerna segala petanda dan fitnah yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.


Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai siri kali ini, anda perlu jelas tentang beberapa perkara agar setiap jaringan yang bakal dilancarkan dapat terjalin antara satu sama lain supaya mesej tersirat sebagai mesej terpenting dapat anda fahami. Lantaran itu, sebelum membaca tulisan kali ini serta tulisan-tulisan sebelumnya dan yang mendatang, mulakan dengan bacaan Basmalah agar Allah memberikan kita kefahaman tentang perkara ini. Insya Allah…


Setiap Negara memiliki simbol dan lambang tersendiri dan setiap Negara juga memiliki mercu tanda atau Ketertinggian Mutlak yang tiada tolok bandingnya. Ketertinggian inilah yang mesti didukung oleh setiap Negara. Malahan Ketertinggian Mutlak ini jugalah melambangkan pentadbiran dan budaya hidup rakyat bagi sesebuah negara di dunia ini. Secara nyata dan jelasnya bahasa Semenanjung Emas ini telah diikat dengan KM ini iaitu Perlembagaan Persekutuan (PP). Berdasarkan Perkara 4 (1) menyatakan :


Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.


Dalam menilai sinar Islam yang dikatakan bakal bergemerlapan di Semenanjung Emas ini, bagaimanakah kedudukannya sekarang di Negara ini? Dan apakah modus operandi bagi memintas perlembagaan ini? Dan akhir sekali, bagaimanakah dengan keputusan kita untuk mendaulatkan Daulah Islamiyah di Tanah Yang Dijanjikan ini tanpa sebarang ikatan?

Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adakah Negara Malaysia ini sebagai sebuah Negara Islam yang sebenar-benarnya? Atau sebuah Negara Islam celup? Ataupun sebuah Negara yang Hybrid? Ataupun sebuah Negara secular pada hakikatnya? Maka menajwab persoalan pokok ini, hendak atau tidak, mahu atau tidak, kita mestilah memahami erti SEKULAR.


Ensiklopedi Britania misalnya, menyebutkan bahwa “sekularisme” adalah sebuah gerakan kemasyarakatan yang bertujuan memalingkan dari kehidupan akhirat dengan semata-mata berorientasi kepada dunia. Gerakan ini dilancarkan kerana pada abad pertengahan, orang sangat cenderung kepada tuhan dan hari akhirat dan menjauhi dunia. Maka, sekularisme tampil untuk menghadapinya dan untuk mengusung kecenderungan manusia yang pada abad kebangkitan daripada orang yang sangat rapat dengan hubungan ukhrawi kepada orang yang bergantung harap kepada dunia misi keduniaan mereka melampaui kehidupan akhirat. Lalu orientasi kepada sekularisme yang merupakan gerakan perlawan terhadap agama dan ajaran Masehi terus berlanjut di celah-celah sejarah modern seluruhnya.


Kamus Dunia Baru oleh Wipster merinci makna Sekularisme dengan menyebutkan sebagai berikut:

“Semangat Keduniaan atau orientasi “duniawi” dan sejenisnya. Secara khusus adalah undang-undang dari sekumpulan prinsip dan praktikal yang menolak setiap bentuk keimanan dan ibadah.

Keyakinan bahawa agama dan urusan-urusan gereja (atau mana-mana agama) tidak ada hubungannya sama sekali dengan soal-soal pemerintahan, terutama soal pendidikan umum.”


Kamus Oxford menyebutkan sebagai berikut:

Sekularisme ertinya bersifat keduniaan atau materialisme, bukan keagamaan atau keruhaniaan. Seperti pendidikan sekular, seni atau musik secular, pemerintahan secular, pemerintahan yang bertentangan dengan gereja (atau mana-mana agama).

Sekularisme adalah pendapat yang mengatakan bahwa agama tidak layak menjadi asas dan tunjang kepada ahlak dan pendidikan.


Sementara Kamus Internasional Modern ketiga menyebutkan:

Sekularisme ialah suatu pandangan dalam hidup atau dalam satu masalah yang berprinsip bahawa agama atau hal-hal yang bernuansa agama tidak boleh masuk ke dalam pemerintahan, atau pertimbangan-pertimbangan keagamaan harus dijauhkan darinya. Maksudnya adalah: Politik sekular murni dalam pemerintahan, misalnya, pemerintahan yang terpisah sama sekali dari agama.


Sekularisme juga adalah undang-undang akhlak sosial yang berlandaskan pemikiran yang mewajibkan ditegakkannya nilai-nilai perilaku dan moral menurut kehidupan modern dan kebebasan sosial tanpa memandang kepada agama.


Adapun seorang orientalis bernama Arberriy dalam bukunya, Ad-Dien fi Asy-Syarqi Al-Awsath, mengatakan berkenaan dengan sekularisme sebagai berikut,Materialisme, sekular dan humanistik serta aliran naturalisme semuanya merupakan bentuk dari sekularisme sebagai ciri khas Eropa dan Amerika yang fenomenanya tampak di Timur tengah. Ia tidak membuat satu model pun dalam falsafah atau etika tertentu? Contoh utamanya adalah pemisahan agama dari pemerintahan pada Republik Turki.


Maka setelah kita jelas dengan pendefinisian erti SEKULAR dalam makna yang sebenar, bagaimana pula kita menilai perlembagaan akhir zaman ini? Mari saudara-saudari sekalian dengarkan saya ingin bercerita kepada anda semua. Jika anda bertanyakan saya sifat perlembagaan itu sendiri, sama ada Islam atau secular, apakah jawapan saya agak-agaknya? Menurut kajian dan hemat saya, perlembagaan sedia ada sekarang ini benar-benar bersifat sekular.


Tidak percaya? Mari langkah bersama-sama dengan saya untuk masuk ke dalam minda saya dan saya akan pancarkan projector dalam cerebellum saya ini terus menusuk ke dalam sanubari anda. Ada yang berkata bukti kita Negara Islam melalui Perkara 3(1) : Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Point mereka hanya tertumpu kepada agama Islam ialah agama bagi persekutuan”…Tetapi inilah bukti terkukuh saya yang mengatakan bahawa peruntukan menjelaskan lagi bahawa kita benar-benar Negara secular dan ini juga merupakan FITNAH TERBESAR hinggakan orang tersalah faham akan tafsirannya.


Baiklah, ada dua hujah yang akan saya bawakan bagi menafsir peruntukan ini. Yang pertamanya, frasa ini sendiri iaitu “Agama Islam ialah agama bagi persektuan”. Dalam frasa ini, kita perlu benar-benar teliti terhadap makna AGAMA berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan ini. Memandangkan tiada tafsiran dalam mana-mana bahagian, sama ada perkara 160 : Tafsiran ataupun Ordinan Pentafsiran dan Fasal-fasal Am 1948, maka kita sendiri harus menilai maknanya berdasarkan situasi perlembagaan itu sendiri. Makna agama dalam peruntukan ini sebenarnya tidak lebih dan tidak kurang hanyalah merujuk kepada ibadah harian sahaja iaitu MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH, SOLAT, PUASA, ZAKAT, HAJI bagi Muslim dan ibadah khusus bagi agama-agama lain. Sekiranya benar peruntukan ini menjelaskan bahawa Malaysia Negara Islam, semestinya peruntukan tersebut haruslah berbunyi, “Agama Islam ialah asas pentadbiran dan pemerintahan bagi persekutuan dan ritual ibadah agama-agama lain boleh diamalkan dengan tenang dan aman” Inilah bukti yang menjelaskan bahawa makna agama tidak lebih dari sekadar amalan wajib harian kita.


Dan untuk menyokong hujah pertama saya ini, saya bawakan pula sokongan dari Perlembagaan sendiri seperti yang terkandung dalam Perkara 4(1) : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan…” Inilah yang menunjukkan berlakunya pemisahan total antara unsur agama (agama Islam) dengan unsur pentadbiran undang-undang dalam Negara kita. Peruntukan ini secara jelasnya telah menolak fungsi al-quran dan hadis sebagai sumber rujukan tertinggi. Ini juga membuktikan bahawa makna agama dalam perlembagaan tidak lebih dari ibadah harian semata-mata dan menolak fungsinya sebagai the way of life. Situasi ini, begitu selari dengan pendefinisian sekular itu tadi.


Bagi memudahkan lagi pemahaman tuan-tuan dan puan-puan yang masih keliru, saya huraikan 1 per 1 implimentasi perlembagaan hingga menampakkan wajah sebenarnya. Agama umumnya dan Agama Islam khususnya dianggap the way of life dan sempurna sifatnya untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman untuk kita meneruskan kehidupan. Ini bermakna ‘agama’ ini mestilah meliputi aspek :


1. Pemerintahan bernegara seperti undang-undang dan politik,

2. Pendidikan

3. Perniagaan dan Pengurusan Kewangan

4. Jenayah

5. Dll


Namun apa yang berlaku dalam perlembagaan? Semua daripada aspek ini telah dirobek daripada agama dan ideologi sekular yang mengambil tempat. Apa buktinya? Kalau ada sila tunjukkan… inilah permintaan daripada orang yang tidak mempercayai. Sabar saudara-saudari sekalian. Saya minta anda rujuk pada Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9 : Senarai 1, apakah yang bakal anda Nampak?? Tidak mengapalah, izinkan saya menaipnya untuk anda di sini.


1. Hal ehwal luar negeri

2. Pertahanan bagi persekutuan

3. Keselamatan dalam Negeri

4. Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan

5. Kewangan

6. Tred, perdagangan dan perusahaan

7. Pelajaran

8. Hinggalah ke 27.


Eh, belum habis lagi. Mari semak pula dalam Senarai 2 pindaan Akta A1095. Saya minta anda rujuk perenggan 1 sahaja. – Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan KL, Labuan dan Putrajaya Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewairisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, penceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, tara anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta, dan amanah bukan khairat;Wakaf Islam dan ta’arif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan kahirat, yayasan, amanah, khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat Fitrah, dan Bait-ul-mal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam…”


Adakah anda nampak perkara yang saya Nampak? Adakah Islam sebagai asas pentadbiran dan undang-undang? Di mana letaknya hokum jenayah? Apakah peranan Islam dalam pendidikan? Bagaimana pula dengan pengurusan kewangan dan perniagaan? Adakah mereka ini di bawah bidangkuasa agama? Tidak, bukan teman-teman sekalian? Adakah bukti ini belum cukup untuk mengatakan bahawa Islam telah lama terpisah dari petadbiran di Negara ini? Tidak percaya lagi? Cuba pula anda renung-renungkan bolding saya dalam Senarai 2. Tindakan undang-undang syarak hanya terhadap pelanggaran rukun-rukun Islam sahaja. Lebih jelas lagi, baca kecuali hingga habis. Inilah situasi sebenar, agama dalam pengertian perlembagaan tidak lebih dari 5 Rukun Islam dan ibadah kepecayaan-kepercayaan lain. Jelasnya definisi SEKULAR di awal tafsiran tadi BERJAYA DIPENUHI OLEH PERLEMBAGAAN.


Jadi tuan-tuan dan puan-puan, adakah anda semua masih yakin bahawa Malaysia sebagai Negara Islam? Adakah Islam diletakkan dalam kedudukan yang wajar dalam pentadbiran Negara? Adakah Panji-panji Hitam akan bangkit dari Timur jika kita semua masih leka? Adakah akan berlaku kebangkitan jika kita sendiri masih menyokong system sekular ini? Ayuh bangkitlah saudara seagamaku sekalian. Mantapkan iman anda… Teguhkan akidah anda… Tambahkan ibadah anda… Sedarkan diri anda dari terjerat dengan debu-debu yang melemaskan ini… Berpuasalah untuk fizikal anda agar kita mampu berperang disaat kedudukan Islam bakal terancam di Negara ini…. Berpuasalah… BerpuasalahBersolatlah kalian untuk mengikat hati anda dengan Maha Pencipta…. Bertahajudlah anda untuk mendapatkan pertolongan Allah di saat Negara kita memerlukan pengorbanan perajurit-perajurit Islam…. Marilah berjemaah tuan-tuan dan puan-puan.. agar terpateri hati-hati kita hingga menggentarkan hati musuh Islam…. Zuhudlah kita terhadap dunia agar hati kita mampu lepas dari cengkaman fitnah Al Masih Dajjal… Binala kekuatan dari dalam diri kita agar kita mampu menyahut seruan daripada IMAM YANG DITUNGGU-TUNGGU sekiranya kita berada di zamannya…


“But many of you will always deny”


14/6/2011 : 14/Ramadhan/1432


Credit to : Akira Nikaido

Saturday, August 13, 2011

Kitab Memintas Perlembagaan Akhir Zaman : 1

Siri 1: Mukaddimah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang menggerakan hati ini untuk bertindak melalui jasad yang telah dipinjamkan kepada saya demi nama amanah seorang khalifahNya di muka Bumi ini. Pertama-pertamanya sekali, tulisan ini bertujuan untuk menyeru sahutan yang telah dilaungkan oleh :-

  • Dinar Emas (DE) (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001143215923#!/DinarEmas.DirhamPerak) ,

  • Mistisfile Organization (MO) (http://mistisfiles.blogspot.com),

  • Ibnu Yaacob,

  • Bahera Wawasan (http://bahterawawasan.blogspot.com),

  • Ilham Pertama (http://ilhampertapa.blogspot.com)

  • Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM) (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001143215923#!/AlterTerahsiaBangsaMelayu)

dll yang tidak mampu saya sebut. Mereka telah memberikan kita pencerahan yang begitu jelas berdasarkan kepada aspek dalam kepakaran masing-masing.

Kebangkitan alter bangsa Melayu telah digerakkan, tapak ekonomi pemerintahan Islam telah diperkukuh, kekebalan tentera dan rohaniah Islam telah dijana, kesedaran bagi mecaras fitnah Al Masih Ad Dajjal kian terserlah, dan kini saya mengambil portfolio untuk membuka siri pencerahan kepada pemintasan perlembagaan yang membelenggu seluruh umat Islam di dunia ini kerana PANDANGAN dan MATA HATI mereka telah diikat dalam terowong yang segelap-gelapnya.

Tujuan saya memulakan penulisan ini juga adalah kerana taufiq dan hidayah yang telah diberikan oleh Allah kepada saya untuk membantu sekalian saudara seagama saya untuk sedar daripada terus diperbodohkan oleh kaum elit The Hidden Hand (THH) dan bangkit memperjuangkan Islam di Semenanjung Emas ini. Tempat yang telah dikhabarkan sebagai kebangkitan panji hitam akhir zaman di Timur dengan izinNya jua.

Namun begitu sebelum penulisan ini bermula, mantapkanlah iman kita dengan SOLAT, mantapkanlah akidah kita dengan SOLAT dan mantapkanlah akhlak kita dengan SOLAT. Sekiranya kita terlalu asyik mengejar dan memenuhkan diri dengan perkara furu’ maka tidaklah berguna bagi kita jika kita TIDAK BERSOLAT. Sedangkan SOLAT itu merupakan tiang agama dan amalan pertama yang dihitung oleh Allah. Andai amalan SOLAT kita di PADANG MAHSYAR nanti ditolak oleh Allah, maka semua amalan kita yang lain akan ditolak dan ketika itu, tersia-sialah hidup kita dan jadilah KITA ORANG-ORANG YANG RUGI.

“Ya Allah, Tuhan kami, tiada tuhan melainkan engkau dan janganlah kami ini tergolong dalam orang-orang yang rugi”


Credit to : Akira Nikaido

Saturday, July 9, 2011

New Wine in The Old Bottle

Kisah ini berlaku pada diri aku seiring dengan ketentuan Ilahi yang menjadikan hidup ini umpama roda. Namun perkisahan ini juga mengambil tempat yang sama apabila muncul satu watak dalam kehidupanku pada zaman universiti ini yang memiliki perwatakan yang sama dengan sahabat lama aku.

Tidaklah aku hairan akan hal ini kerana situasi ini berlaku dan berulang saban tahun. Namun aku tahu dan yakin serta percaya bahawa setiap yang turun kepada aku merupakan ujian bagi diriku sendiri yang disediakan oleh Allah dan secara tidak langsung dia (sahabat baruku) ini merupakan anugerah tuhan buat aku.

Melaluinya aku terkesan dengan kesantunan,
melaluinya aku terkesan kembali dengan ketertiban,
melaluinya semula aku terkesan dengan keindahan penciptaan,
Melaluinya juga hatiku merasa tenang....

Walaupun tidak aku kenali dia secara rapat,
walaupun kami makhluk akhir zaman yang merupakan seburuk-buruk umat,
Aku akan jadikan kehadirannya sebagai tempat untuk aku lebih mendekati Allah dan memberi manfaat kepada dia.

Sebaik-baik kamu ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain :)

Kini aku berusaha dengan lebih gigih dalam belajar agar aku mampu membantunya dalam pelajaran, lantas persahabatan kami lebih erat dan diberkati atas landasan ilmu lillahi ta'alaa...

Aku cintaMu, ya Allah,
Au kasihimu, wahai sahabat...

High nobleness, the decedents of 'sharks' but born with the yard of flower in h*& heart....

Monday, May 16, 2011

Manusia Sebelum Adam

Orang Islam, Yahudi dan Nasrani percaya bahawa Adam a.s. adalah bapa mereka semua, ertinya Adam a.s. dan Siti Hawa adalah nenek moyang semua manusia yang hidup zaman berzaman. Mereka adalah 'manusia' pertama yang diturunkan ke Bumi.

'Manusia' itu setakat yang saya fahami adalah makhluk berakal keturunan Adam a.s. bermula dari Adam a.s. (dalam konteks planet bumi) yang diajarkan berkata-kata, menulis dan membaca oleh Allah s.w.t. Akal yang ada pada manusia di planet bumi ini mampu memahami semua ini, dan ia digunakan untuk mengkaji serta menyelesaikan masalah dan menghasilkan teknologi. Allah telah mensyariatkan Islam kepada manusia bermula dari Adam a.s.

Sebelum saya paparkan pada anda artikel yang ditulis oleh nation_kingdom, ada baiknya saya sertakan di sini mafhum firman Allah yang menyentuh kisah kejadian Adam a.s. Saya harap anda dapat meneliti ayat-ayat ini untuk memahami mengapa nation_kingdom menulis bahawa tidak mustahil ada humanoid di bumi ini sebelum Adam a.s. 'diturunkan' dan mungkin humanoid itu suka berperang dan bertumpah darah.

Walau apa pun, saya harap anda semua dapat menerima catatan nation_kingdom sebagai 'pembuka fikiran' kita semua dan sebagai penggalak agar bijak pandai Islam mengkaji dengan lebih serius untuk memecahkan persoalan 'manusia' sebelum Adam. Namun satu perkara sudah jelas: Kita semua adalah dari keturunan Adam a.s. dan Adam a.s. bukan berasal dari beruk sebagaimana pendapat Darwin, para pengikutnya serta pendokong Neo-Darwinism. Pada pendapat saya, Adam a.s. dan keturunannya tiada pertalian darah langsung dengan 'humanoid' sebelum Adam a.s. Adam dijadikan khalifah (pemimpin atau pengganti) kepada sesiapa yang pernah menghuni dan menguasai planet bumi sebelum itu.

'Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya'. (Surah Al-Baqarah 2: Ayat 29-30).

Sebagai umat Islam, adalah menjadi rukun kepada kita untuk mempercayai bahawa moyang kita yang pertama adalah Nabi Adam A.S. dan isterinya Siti Hawa. Namun timbul keraguan kepada saya yang jahil ini; adakah benar Adam itu adalah manusia pertama yang berjalan di muka bumi ini. Persoalan ini timbul adalah berdasarkan pengamatan saya selama 9 tahun yang menjurus kepada penemuan akan beberapa klu-klu penting. Adalah ditegaskan tegaskan di sini bahawa saya sama sekali tidak menafikan bahawa salasilah sekalian manusia yang ada di dunia ini bermula daripada seorang manusia sempurna bernama Adam A.S. Selain agama Islam, ia juga adalah pegangan penganut agama Kristian dan Yahudi.

Dalam artikel ini, saya mengistilahkan manusia awal yakni sebelum Nabi Adam diturunkan ke dunia sebagai humanoid demi untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul berikutan pegangan kita sekarang bahawa tiada manusia sebelum Adam. Saya juga bukanlah ahli di dalam lapangan ketamadunan manusia; mahupun pakar kitab. Namun saya dengan sedaya-upaya cuba menyampaikan pemikiran saya melalui susunan kata-kata di dalam artikel ini supaya mudah diterima orang kerana saya percaya sudah tentu ada orang yang yang amat berminat dengan paradigma baru ini; terutama individu yang sering diburu persoalan-persoalan akan sejarah kehidupan manusia yang mengelirukan.

Sepanjang kajian dan pengamatan saya, terdapat empat klu utama yang mendorong saya untuk mempercayai bahawa terdapat humanoid-humanoid yang wujud lama sebelum Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa diturunkan ke bumi.

Klu 1: Ketandusan Ilmu Manusia Awal

Sebagai seorang nabi sudah tentunya Allah Taala mengurniakan kapadanya ilmu yang selayaknya bagi seorang manusia untuk menjalankan tigasnya sebagai khalifah di muka bumi. Fakta ini telahpun termaktub di dalam Surah al-Baqarah, ayat 31-33 yang bermaksud;

Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman; 'Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar'. Malaikat itu menjawab; 'Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana'. Allah berfirman; Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.

Allah Taala juga telah mengurniakan api untuk kegunaan manusia melalui Adam. Riwayat menceritakan bahawa api yang ada di bumi sekarang ini hanyalah percikkan bunga api neraka yang sebesar zarah. Malaikat Jibril-lah yang telah diperintahkan untuk mengambilnya daripada malaikat Zabaniah. Oleh sebab kepanasan yang keterlaluan, api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya ke dalam 70 batang sungai di syurga dan 70 celupan di setiap batang sungai (70X70). Kemudian Jibril A.S. pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yang tinggi. Tetapi sejurus setelah diletakan, tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair; maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Maka, hanya sisa-sisanya sahajalah yang kita gunakan pada hari ini. Konklusi, peristiwa ini jelas menerangkan kepada kita bahawa umat manusia yang pertama berada di muka bumi iaitu Adam sudah awal-awal lagi menggunakan api untuk kehidupan seharian.

Walaupun begitu, ahli sarjana arkeologi barat telah mendedahkan bahawa selama beberapa kurun, humanoid yang dianggap sebagai manusia pertama selama ini tidak tahu menggunakan api baik untuk memasak, memanaskan badan, mahupun sebagai pertahanan diri. Kehadiran humanoid ini dapat dikesan di Hadar, Ethopia; Olduvai Gorge an Laetoli, Tanzania; Timur Turkana, Kenya; dan di sekitar Afrika Timur. Tapak-tapak arkeologi ini mengandungi bukti kewujudan spesis bipedal (bejalan tegak dengan dua kaki). Mereka hanya tahu menggunakan api 3 juta tahun kemudian (1.4 juta S.M). Adalah dipercayai penemu api yang pertama ialah spesis Homo erectus di gua Zhoukoudian, China.

Gua tersebut suatu masa dahulu (sepertimana juga hari ini) bukan sahaja dihuni oleh humanoid malah burung hantu dan juga kelawar. Longgokkan najis kelawar di dalam gua yang kaya dengan potassium nitrate mungkin terbakar akibat suhu tinggi ataupun oleh percikan elektrik statik. Walaupun begitu, pendapat utama bagaimana humanoid primitif mendapat api adalah daripada kebakaran hutan akibat panahan petir. Mereka mula makan makanan yang masak apabila tiada pilihan lain selain daripada memakan haiwan yang mati terbakar dalam kebakaran, dan secara kebetulan rasanya lebih enak daripada dimakan mentah.

Klu pertama ini membuktikan bahawa humanoid-humanoid primitif ini tidak sealiran darah dengan Nabi Adam A.S. Ini adalah kerana dalam paradigma sejarah sekarang, masa yang berlalu telah menyaksikan kemajuan demi kemajuan manusia dalam bidang teknologi; dan bukannya kemunduran (walaupun terdapat kemelesetan dari segi moral mahupun ekonomi). Jika spesis humanoid primitif ini adalah berketurunan Adam, maka zaman-zaman yang telah berlalu menjadi saksi kepada kemunduran yang teruk kepada sesuatu bangsa bersasal daripada sekumpulan manusia yang berilmu dan senonoh; kemudiannya beransur-ansur berkembang kepada makhluk yang tak bertamadun, bodoh, kotor, makan haiwan mentah, dan bogel; sama seperti yang anda dapat saksikan dalam buku-buku rujukan arkeologi sekarang.

Idea utama yang ada dalam fikiran saya ialah; bumi sekali lagi telah mengalami proses penseterilan selepas yang pertama menyebabkan kepupusan spesis dinasor. Malangnya saya tidak dapat membincangkan tentang apa atau bagaimana penseterilan kedua tersebut terjadi kerana hal tersebut bukanlah dalam lingkungan pengetahuan, sebaliknya ia harus dikaji oleh pakar di dalam lapangan tersebut. Namun apa yang pasti, kesan kejadian tersebut telah menyebabkan kepupusan spesis-spesis manusia awal yang hidup pada zaman ais, zaman baru, dan zaman logam. Kesemua golongan manusia ini tidak mempunyai sistem tulisan sebuah elemen tamadun yang terpenting. Namun apa yang ada hanyalah klu-klu melalui lukisan pada dinding-dinding gua yang memberitahu sedikit-sebanyak tentang kehidupan mereka sehari-harian.

Klu 2: Kalendar Adam

Pada dasarnya, Kalendar Adam adalah setara dengan Kalendar Gregorian (Masihi) tetapi dengan offset pada permulaan. Tahun masihi diukur bermula daripada kelahiran Nabi Isa A.S. dan tahun-tahun sebelumnya disebut sebagai sebelum masihi (S.M). Kalendar Adam pula diukur bermula daripada hari peristiwa Nabi Adam A.S diturunkan ke muka bumi. Idea kalendar Adam ini telah dicetuskan oleh En. Mohd Fadhil Hassan bertujuan untuk memudahkan pengiraan detik-detik peristiwa sejarah terutama sekali yang berlaku dalam tahun-tahun sebelum masihi. Kalendar ini pernah diketengahkan dalam majalah Mastika, Januari 2006.

Kalendar Adam dihasilkan melalui pengamatan dan kajian Fadhil selama 10 tahun. Walaupun begitu, beliau menyatakan bahawa kalendar tersebut masih terbuka kepada pembetulan dan kajian yang lebih mendalam. Beberapa penemuan fakta penting yang beliau dapati ialah:

1. Nabi Adam A.S. dan Siti Hawa dikurniakan dengan ramai anak. Setetengah pendapat menyatakan ramainya adalah 120 orang, manakala ada juga yang berpendapat 80 orang. Manusia sempurna inilah yang telah mencetuskan ketamadunan manusia.
2. Nabi Ibrahim A.S. berpindah ke Mesir pada 1900 S.M. ketika berumur 40 tahun. Ini bermakna Nabi Ibrahim lahir pada tahun 1940 S.M.
3. Selang masa di antara Nabi Nuh dengan Nabi Ibrahim ialah 2140 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh wafat pada tahun 4080 S.M.
4. Nabi Nuh dikatakan mempunyai umur yang panjang iaitu 950 tahun. Ini bermakna Nabi Nuh Lahir pada tahun 5030 S.M.
5. Selang masa antara Nabi Adam dengan Nabi Nuh adalah 2000 tahun. Ertinya Nabi Adam wafat pada 7030 S.M.
6. Nabi Adam mempunyai umur yang paling panjang, iaitu 1000 tahun. Maka Nabi adam di turunkan ke dunia pada tahun 8030 S.M. Pada detik ini juga bermulanya Kalendar Adam.

Daripada fakta-fakta di atas maka dapatlah disimpulkan bahawa sekarang (tahun 2006) adalah bersamaan dengan 10036 Tahun Adam (T.A). Alangkah mudanya ketemadunan manusia ini jika hendak dibandingkan dengan apa yang dipanggil selama ini oleh sains arkeologi sebagai permulaan manusia pertama yang wujud 4.4 juta tahun yang lalu!

Seandainya segala output daripada segala kajian yang di buat oleh En. Fadhil tepat, maka terbuktilah bahawa segala makhluk yang berbentuk seperti manusia (humanoid) yang wujud sebelum 10036 tahun yang lalu tiada pertalian darah dengan manusia selepas Adam, lalu tidak layak untuk dipanggil sebagai manusia. Namun adalah diluar pengetahuan samada spesis tersebut telah dipupuskan oleh Allah Taala secara keseluruhannya, ataupun masih wujud segelintir darinya sehingga zaman sekarang. Mungkin inilah mahkhluk misteri yang sekarang dianggap orang sebagai Big Foot yang membuatkan manusia melakukan pelbagai andaian tentangnya.

Timeline yang kedua ini telah dihasilkan oleh saintis yang berpegang kepada teori evolusi Charles Darwin manusia berasal daripada monyet. Jikalau dahulu saya memang menentang teori ini bulat-bulat kerana ia bercanggah dengan asas agama Islam. Namun sekarang saya tidak begitu mengambil peduli kerana mungkin ada benarnya pendapat itu. Rupabentuk manusia awal sebelum Adam mungkin seperti beruk yang berbulu lebat. Tak siapa tahu tentang hal ini kerana tinggalan mereka yang ada kini hanyalah tulang-temulang, jauh sekali cebisan-cebisan kulit atau rambut. Alangkah baiknya sekiranya terdapat antara humanoid-hominid ini terfosil di dalam ais (seperti yang terjadi pada gajah mammoth); maka bolehlah kita lihat bagaimana sebenar-benarnya rupa mereka.

Walaupun begitu, ternya kelas mereka lebih tinggi daripada hidup-hidupan lain yang terdapat pada zaman tersebut itu kerana mereka berupaya menghasilkan peralatan daripada batu dan melukis pada dinding-dinding gua. Anda mungkin pernah didedahkan dengan haiwan-haiwan primitif yang seperti dinasor, gajah mamonth, pepatung gergasi, nyamuk gergasi, dan burung pra-sejarah. Tetapi pernahkah anda tahu akan monyet-monyet pra-sejarah yang hidup bersama-sama manusia primitif? Nampaknya telah berlaku kesilapan sangat besar dalam sistem kategori spesis-spesis primat primitif ini. Kesemua spesis primat yang ada pada zaman sebelum Adam telah digolongkan dan dilebelkan sebagai manusia awal (tidak kira yang berakal atau tidak) bermula seja zaman ais lagi. Ini adalah kerana pengelasan spesis-spesis tersebut dilakukan oleh ahli-ahli sains yang menganuti Teori Evolusi Charles Darwin kesemua manusia dan monyet yang ada di dunia ini bermoyangkan sejenis monyet (common ancestor).

Klu 3: Tiada Ketamadunan sebelum 10000 tahun lalu.

Ketamadunan yang pertama hanya bermula kira-kira 3000 tahun selepas Adam diturunkan (menurut kalendar Adam) ke dunia apabila pertanian jagung bermula di Mexico iaitu pada 5000 S.M. Dunia seterusnya menyaksikan tumbuhnya kerajaan-kerajaan silam yang tersohor (sebelum masihi) bermula dengan kerajaan Sumeria (3400 S.M), dinasti pertama kerajaan Mesir (2350 S.M.), empayar Akkadian atau Mesopotamia (2205 S.M), dinasti Xiao di China (1600 S.M.), tamadun Minoan (1380 S.M.), Babylon (597 S.M), Republik Rom (509 S.M), dan berakhir dengan empayar Roman (27 S.M.). Selain daripada itu, banyak lagi ciptaan manusia yang mengkagumkan seperti pembinaan Tembok Besar China yang siap pada tahun 27 S.M.

Secara kesimpulannya ketamadunan manusia berkembang dengan pesat selepas 3000 tahun turunnya Adam ke dunia, dan selepas ramainya keturunan Adam di bumi ini. Inilah bukti yang kukuh bahawa peningkatan kehidupan manusia yang pesat hanya boleh dilakukan oleh manusia yang sempurna keturunan Nabi Adam dan Siti Hawa. Manusia yang terdahulu daripada Nabi Adam tidak mempunyai apa-apa teknologi selain daripada peralatan batu, tanah liat dan logam yang ringkas, sedangkan mereka sudah wujud sejak berjuta-juta tahun (tanpa sebarang pembaharuan teknologi yang nyata). Sesungguhnya mereka tidak boleh dibandingkan dengan keturunan Nabi Adam yang boleh membuat pembaharuan yang drastik dalam jangkamasa hanya 10000 tahun!

Klu 4: Keengganan Bumi

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.

Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

* * * * * * * * * * * * * * *
Berikut merupakan riwayat yang menceritakan tentang proses awal penciptaan Adam; pengambilan tanah daripada bumi. Persoalan utama daripada riwayat ini adalah keenganan bumi untuk diambil tanahnya. Kebimbangan bumi bukanlah kerana takut tanahnya kurang, atau takut rupanya berlubang-lubang, tetapi bumi khuatir seandainya Adam itu menjadi maksiat kepada Allah. Tidakkah itu bermakna bumi telah menyaksikan kerosakan yang dilakukan oleh manusia terdahulu di muka bumi ini? Mengapa tiada riwayat yang menceritakan akan keengganan bumi apabila Allah S.W.T hendak menciptakan gajah, lembu, atau unta? Ini jelas menjukkan hanya spesis humanoid sebelum Adam telah melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak disukai oleh bumi.

Banyak antara kerosakan ini dapat dibuktikan di benua Autralia. Australia dianggap sebagai pusat kajian yang terpenting kerana ia dikelilingi oleh lautan dan susananya bebas dari humanoid sehinggalah 50000 tahun yang lalu. Kajian yang dijalankan di sini berupaya untuk menunjukkan perbezaan sesuatu kawasan sebelum dan selepas kehadiran humanoid.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Nicolle Rager Fuller (2005) dari National Science Foundation; Ujian isotop karbon fosil-fosil telur spesis burung yang tidak terbang di Australia mendapati humanoid telah menggunakan api secara melampau. Hal ini telah membawa perubahan yang drastik kepada ekosistem yang menyebabkan kepupusan secara besar-besaran sejumlah spesis haiwan di kepulauan tersebut 50000 tahun yang lalu tahun yang sama dengan ketibaan humanoid. Diet yang tetap selama 140000 tahun untuk spesis burung tersebut telah bertukar (terjejas apabila humanoid tiba di kepulauan tersebut.) daripada rumpai yang bernutrien (padi, gandum, atau beri) kepada sampah gurun (desert scrub).

Gangguan pada ekosistem ini juga telah menggugat kewujudan mamalia-mamalia besar di Australia, yang juga mengalami kepupusan sejurus kehadiran humanoid. Profesor Gifford Miller (2005) dari CU-Boulder's Institute of Arctic and Alpine Research menafikan kepupusan tersebut adalah kerana perubahan suasana iklim kerana kajian menunjukkan tiada bukti perubahan iklim yang nyata yang disepanjang tempoh tersebut yang boleh menyokong pendapat ini. Berikutan itu, ramai ahli sains percaya bahawa manusialah yang menyebabkan kepupusan tersebut samada melalui pemburuan melampau, penularan wabak, atau pembakaran habitat-habitat semulajadi. Kajian isotopik (ujian karbon) terhadap fosil-fosil telur burung emu dan genyornis (bersaiz seperti burung unta moden) mendedahkan bahawa ekosistem flora juga mengalami perubahan sejak ketibaan humanoid.

Selain burung, mamalia-mamalia besar juga pernah wujud seiringan dengan humanoid suatu ketika dahulu di Australia seperti gajah mammoth, mastodons, saber-toothed tiger, singa marsupial (Thylacoleo carnifex marsupial terbesar pernah wujud) dan kuda asli Amerika. Kepupusan spesis ini berlaku pada lewat zaman Pleistocene (lihat timeline). Pendapat bahawa perubahan iklim global menjadi faktor penyumbang kepupusan juga tidak boleh disangkal. Akan tetapi, perubahan iklim tidak menghapuskan spesis-spesis tersebut secara drastik tetapi dengan lebih perlahan. Kepupusan drastik hanya terjadi sejah wujudnya aktiviti pemburuan melampau oleh humanoid; yang membawa kepada kepupusan dalam jangkamasa maksimum 1500 tahun. Pemburuan secara blitzkrieg, dikatakan berupaya menumbangkan kewujudan sesuatu spesis fauna dalam jangkamasa kurang daripada 500 tahun!

Di bahagian Amerika utara pula; Woolly mammoths, giant armadillos and tiga spesies unta adalah sebahagian daripada lebih 30 mamalia yang diburu sehingga kepupusan oleh humanoid di Amerika Utara 13000-12000 tahun lampau (akhir zaman Pleistocene). Kajian ini telah dijalankan oleh John Alroy (2001, University of California) dengan menggunakan sistem ecosystem modelling yang paling sofistikated dan realistik pada ketika itu. Lebih daripada setengah jumlah spesis mamalia tewas diancam oleh humanoid-humanoid pada akhir zaman Pleistocene. Perkara ini merupakan sesuatu malapetaka yang besar dalam sejarah dunia yang mana kesemua humanoid di seantero planet ini seolah-olah bersatu hati untuk melakukan kerosakan ekosistem secara besar-besaran.

Ternyata sekali masalah kepupusan yang disebabkan oleh manusia bukanlah perkara baru di bumi ini, malah telah dilakukan oleh manusia sebelum Adam lagi. Memanglah patut bumi khuatir dan tidak enggan menyerahkan tanahnya kepada malaikat untuk dijadikan manusia. Bumi sememangnya mengetahui akan sifat-sifat manusia yang terdahulu tamak dan memusnahkan. Kekhuatiran bumi adalah cukup berasas kerana dewasa ini kita mengulangi semula kerosakan demi kerosakan yang pernah dilakukan oleh manusia terdahulu. Bukan sahaja pemusnahan spesis haiwan, bahkan lebih teruk; pembunuhan sesama manusia melalui peperangan, penggunaan senjata pemusnah besar-besaran, dan sengketa nuklear. Gejala sosial dalam masyarakat pula kian menjadi-jadi penagihan dadah, pelacuran, jenayah rogol, merompak, dan haruan makan anak telah menjadi berita-berita yang biasa dan seolah-olah tidak lagi memanaskan hati masyarakat kita pada hari ini.

Namun setelah beberapa lama mencungkil mencari, di sini dapatlah dikumpulkan beberapa dalil dari al-Quran yang menguatkan pendapat saya tentang kewujudan 'umat terdahulu' sebelum Adam A.S.

Al Ankabuut - Ayat 19
Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Al Ankabuut - Ayat 63
Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya? Tentu mereka akan menjawab: Allah , Katakanlah: Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya).

Note :
Mereka dalam ayat disini adalah ditujukan kepada "hamba-hamba Allah SWT". Dimana mereka-pun adalah hamba-hamba Allah SWT, yang telah mengalami azab murka Allah SWT , sehingga mereka tentu tahu bahwa Allah SWT -lah yang menurunkan air . Dan mereka tahu bahwa bumi dihidupkan kembali dengan air. Mereka tahu semua itu karena memang telah menyaksikan dan mengalami kehancuran bumi mereka tanpa air.

Al Jin - Ayat 8 & 9
dan sesungguhnya kami telah mencoba mengetahui (rahasia) langit , maka kami men-dapatinya penuh dengan penjagaan yang kuat dan panah- panah api,dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit itu untuk mendengar-dengarkan (berita-beritanya). Tetapi sekarang barang siapa yang (mencoba) mendengar-dengarkan (seperti itu) tentu akan menjumpai panah api yang mengintai (untuk membakarnya).

Note :
Sekarang tidak lagi diperkenankan hal itu , sebab mereka (jinn) sekarang ini hanya diperbolehkan "menumpang" dibumi manusia . Walaupun manusia secara harfiah dan teknologi , adalah tidak "secanggih" mereka .

Al Anaam - Ayat 6

Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasiitu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.

Note :
Disini dibicarakan mengenai generasi sebelum anak-cucu Adam AS . Bukanlah kebesaran kaum atau kerajaan manusia dizaman dahulu . Sebab berapapun besar dan hebatnya kerajaan zaman dahulu , masih lebih hebat manusia di zaman kini (Ayat ini adal
ah ayat yang berlaku sepanjang masa , bukan ayat yang hanya ditujukan pada suatu umat dizaman dahulu)

Banyak lagi ayat-ayat yang menekankan dengan berulang kali , bahwa bumi telah dihidupkan kembali (berulang-kali) dari matinya . Dimana matinya itu di sebabkan karena tidak di berikannya air / hujan kepada para pendahulu generasi manusia anak-cucu Adam AS , yang baru berumur 10,00 tahun.

An Nahl - Ayat 65

16:65. Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu di-hidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).

Ar Rum - Ayat 24

30:24. Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya , Dia memper lihatkan kepadamu kilat untuk (menimbulkan) ketakutan dan harapan , dan Dia menurunkan hujan dari langit , lalu menghidupkan bumi dengan air itu sesudah matinya . Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mempergunakan akal.

Al Hadiid - Ayat 17

57:17. Ketahuilah olehmu bahwa sesungguhnya Allah menghidupkan bumi sesudah matinya . Sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepadamu tanda-tanda kebesaran (Kami) supaya kamu memikirkannya.


NOTA:

Kami berharap agar pembaca dapat membaca artikel ini dengan hati yang terbuka. Pendapat penulis ini sepatutnya dikaji lagi oleh para sarjana Islam, tidak hanya menolaknya mentah-mentah. Sesungguhnya banyak perkara yang masih belum diketahui oleh manusia mengenai makhluk-makhluk yang pernah mendiami bumi sebelum Adam a.s. Berikut ada satu ayat buat renungan bersama:

Al-Baqarah 002:30. "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Credit : Kulop Kechik

Friday, April 15, 2011

Hakikat Tujuan Ilmu & Keselarian Sistem Pendidikan

Hmm dah dalam rasanya tidak saya menulis dalam blog ini.. Sibuk sekarang ini.. Baiklah, ade beberapa soalan untuk kita renungkan bersama..

Masih wajar lagikah sistem pendidikan kita zaman sekarang?? Adakah tujuan ilmu yang hakikat itu selari dengan matlamat sistem pendidikan kini??

Ilmu membawa kita untuk mengenali Allah.. Bukan sahaja ilmu agama, bahkan imu kehidupan.. Siapakah diantara kita mampu membuktikan bahawa setiap pelajaran di sekolah dan universiti itu asalnya daripada al-quran?? Sedangkan umat Islam yakin bahawa semua ilmu bersumberkan al-quran dan hadis...

Bgaimana matematik mengajar kita untuk mengenali Allah?? Bagaimanakah kesusasteraan mengajar kita mengenali keindahan Maha Pencipta?? Dan bagaimana sejarah mengajar erti penghambaan murid-murid kepada Allah??

Renung-renungkan...