Tuesday, June 29, 2010

Warkah Untukmu

WARKAH UNTUKMU

Selama ini kaumencari cahaya Ilahi
Yang menerangi sanubari ini,
Tidak pernah putus menjalani,
Ujian yang menimpa diri.

Kaugagah mengharungi onak dan duri,
Walau kadangkala kaujua tersungkur henti,
Namun tidak pernah engkau mungkiri,
Janji Rabbul Izzati menjelma nanti.

Kaumerentasi segenap jalan terbentang,
Dari hadapan kauteroka hingga ke hujung,
Sedalam-dalamnya hingga tertembus pada satu perhentian,
Namun tidak semua laluan itu membawa kebenaran.

Hatta pernahkan kausedari dirimu,
Sentiasa memerlukan cahaya penyuluh,
Untuk menunjukkan kepadamu,
Di dalamnya dihuni nafsu pembunuh.

Andai kaulihat dari satu sudut,
Sekelilingmu dihinggapi amarah durjana,
Bakal melemparkan engkau seorang terhanyut,
Terkapai-kapai dari saujana.

Tidakkah kaukasihni dirimu,
Seharusnya dipujuk dan dibelai,
Namun engkau membelenggu diqalbu,
Dengan kehilangan perhiasan insani.

Terlintaskah dalam benak hatimu,
Jiwa yang dizalimi,
Akibat ukutan tanpa pandu,
Hingga iamn tiada dilekati.

Maka dalam warkah ini,
Kumemohon setulus hati,
Carilah satu titik henti,
Yang membawa perubahan abadi.

Friday, June 25, 2010

B.A.B.I

Berlalunya sekian waktu telah aku jalani di sekolah seperti sedia kala. Berjalan-jalan kaki ini menuju ke pintu pagar sekolah. Begitu letih jiwa ini menghadapi sekian hari yang tidak pernah berubah selama mana aku masih bergelar seorang pelajar.

Tatkala dalam perjalanan itu, aku ketawa kecik mengenangkan perkara yang telah berlaku semasa di kelas tadi. Pada ketika itu, guru Bahasa Melayu kami tidak memasuki kelas atas kekangan yang tidak dapat dielakkan. Maka itulah adat kami apabila guru tidak masuk ke kelas maka satu sidang akan dibuat oleh sekalian pelajar-pelajar. Namun ketika itu, Hakim tidak menyertai persidangan tersebut. Sebermula kami bersidang dengan bulatan meja yang tersusun, tiba-tiba...

" Hakim, engkau ni BABI betul la! " Teriak Akmal kepadanya.

" Engkau apa hal tiba-tiba macam tu!" Aku mula-mula mencelah tanda tidak berpuas hati.

" A'ha, engkau datang 'matahari' ke? " Salah seorang daripada kami cuba melawak untuk menenangkan keadaan.

" Kau orang tidak nampak ke apa yang Hakim tengah buat? " Ujar Akmal dengan nada sinis sambil menjeling ke arah Hakim.

" Mestilah nampak! Dia kan tengah belajar, yang engkau tiba-tiba maki dia apa hal? Itu yang engkau belum jawab lagi!" Aku menengking untuk menginginkan kepastian.

" Memanglah dia tengah belajar! Tak kan lah dia hisap rokok,kan? " Akmal masih bersandiwara dengan ungkapan awal-awalnya tadi dan masih memutarbelit keadaan.

" Heyh, dia sudah lah baik, kenapa engkau cakap macam tu kepada dia? Dendam apa engkau dengan dia?" Kali ini giliran Zakwan menyampuk untuk menyokongku.

" Kejap, kejap. Kenapa pula kau orang semua pandang aku? Bila masa aku kutuk dia? " Perli Akmal sambil menyembunyikan tujuan percakapnnya yang sebenar.

" Engkau ni, sudah terang lagi bersuluh. Tadi yang engkau cakap babi kat dia kenapa pula? Kata pendakwah berhikmah." Aku memerlinya semula.

" Apa pula aku cakap 'babi' kat dia? Tapi terima kasih la sebab kaupuji aku. Aku ni memang berhikmah orangnya."

" Tadi engkau cakap babi tu apa benda? Perasan betullah engkau ni! "

" Aku tidak cakap babi kat dia tapi aku cuma cakap BABI kat dia! "

" Engkau cakap macam bukan Melayu. Pening dibuatnya. "

" Dia itu memanglah BABI sebab Banyak Amal Banyak Ilmu , kan BABI sinkop nya, kan kan? Cuba engkau tengok, dia itu amanah terhadap amanat ibubapa dan kerajaan. Kau orang macam mana? "

Mereka semu tersentak mendengar hujah Akmal tersebut termasuk diri aku. Hakim pula cuma tersenyum mendengar omongan mereka dari awal lagi kerana dia telah tahu mesej yang ingin disampaikan Akmal kepada kami semua.

Mereka semua pun sedar akan kesilapan masing-masing dan kembali ke tempat asal untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih berfaedah demi menggalas amanah dan tanggungjawab ibubapa serta kerajaan terhadap mereka bagi melahirkan Modal Insan Nasional Minda Kelas Pertama.

-Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain-

Monday, June 21, 2010

Program Insan Cemerlang (PIC)


Tanggal 15 - 17 Jun 2010 merupakan saksi bagiku melewati satu peristiwa yang mungkin tidak dapat dilupakan. Alkisah bermula sehari sebelum kejadian itu, aku menerima panggilan daripada seorang sahabat yang mengajakku untuk meneyertai satu program di Gombak. Pada mulanya hati ini terasa berat untuk menyertainya dek kerana jasad yang malas dan hawa nafsu yang berkepentingan sendiri. Namun aku gagahkan diri ini untuk turut bersama rakan seperjuanganku bagi membina generasi muda agar mampu membangunkan negara sesudah generasiku nanti.

Tibalah hari kejadian berlangsungnya PIC ini. Pada mulanya hati ini seakan-akan sedikit menyampah sebab adanya budak-budak dan lebih-lebih lagi sudah tidak ada mood sebenarnya. Kami mengikut program ini berdasarkan tentatif waktu yang ditetapkan dan perjalanannya agak baik dan lancar. Sebenarnya di awal program tersebut agak sedikit kaku dan segan kerana tidak mengenali adik-adik mahupun fasilitator secara keseluruhannya.

Kemudian sedikit demi sedikit aku cuba menyesuaikan diri dan ternyata aku boleh. Aku diberikan kumpulan secara solo dan begitu juga dengan fasilitator yang lain. Sepatutnya aku digandingkan dengan rakan sebayaku tetapi atas sedikit kekangan yang berlaku kerana beliau tidak dapat hadir, aku mengendalikannya secara berseorangan.

Aku asalnya memikirkan yang adik-adikku ini baik-baik belaka, tetapi begitu nakal dan meriah rupanya. Aku berasa agak sedikit kekok ketika LDK bermula tetapi aku cuba untuk beranikan diri ini agar bersikap ramah yang sebenarnya bukanlah sifat dominan diri aku sebenarnya. Kami memulakan sesi ta'aruf dan bermain sedikit permainan yang mampu menyampaikan mesej dengan cara yang bersahaja tetapi tetap difahami.

Mereka ini diberikan pendedahan kepada nilai-nilai murni dan balasan-balasan seksa melalui cerita-cerita yang disampaikan oleh ustaz-ustaz yang begitu mesra bersama adik-adik. Ketika slot aspirasi S.T.E.P berjalan, ramai pelajar yang beitu tersentuh jiwanya dan menginsafi diri yang penuh noda dan dosa. Mereka diingatkan tentang betapa hamba ini derhaka kepada Sang Pencipta dengan mempermainkan ayatullah. Selain itu juga, mereka diberi peringatan tentang diri mereka yang sebenarnya hanyalah sekadar insan biasa yang dilahirkan oleh ibu yang mengandung dan menahan kelemahan demi kelemahan. Mereka juga diberi pesanan agar tidak menderhakai ibubapa kerana kita tidak tahu waktunya mereka akan pergi selamanya dan meninggalkan kita kelak. Air mata keinsafan jatuh bercucuran dari mata yang melihat kebeanaran dan berderai jatuh ke buimi menjadi saksi terhadap jiwa dan raga mereka.

Tidak lupa juga ketika kami mandi bersama-sama di sungai belakang Kem Alang Manja dan airnya begitu dingin sekali. Memang tidak dapat dilupakan walau secebis keindahan kenangan di sana. Adik-adik yang begitu mesra dimintanya kami untuk mengangkat mereka agar seolah-olah lelihatan mereka ini berenang. Bersimbah-simbahan air ketika mandi di sana bergambar dengan gembiranya. Masih segar lagi dalam ingatan ada dua orang kelihatan seperti kembar iaitu Luqman dan Zaid daripada kumpulan 7 yang begitu kesejukan. Aku jadi macam drebar mereka untuk mengangkat mereka dari satu batu ke satu batu. Menggigil mereka dibuatnya. Wajah mereka yang putih gebu dan manis itu persis aku di kala kecil. Memang tidak dapat aku lupakan wajah mereka yang suci dari menanggung sebarang dosa. Aku masih ingat lagi apabila ada dua orang yang menawarkan diri mereka membersihkan rambut dan baju aku setelah dibaling tepung oleh fasi lain. Aku cuba menyelam dan Zaid mencuci rambutku dan seorang lagi menyental bajuku. Betapa mereka ini sebenarnya mampu menjadi insan cemerlang andai kata ibubapa mampu bersama jiwa mereka meneroka kehidupan mereka yang warna-warni sebenarnya.

Tidak lupa juga ketika Jungle Tracking yang membawa kami menemukan sebuah kolam air terjun yang segar turun dari bukit. Saat kenangan yang terindah. Aku membawa mereka mendekati air terjun yang deras turun dan memang dalam, hinggakan tidak sampai dengan ketinggian mereka. Dalam kegemnbiraan ada kesedihan. Berlakunya peristiwa itu, apabila Idham dari kumpulan 5 tersiat sedikt kulitnya kerana bergeser kulitnya dengan batu-batan di kolam itu. Namun hal itu bukanlah penghalang baginya untuk berhibur sama.Senyuman yang terukir pada raut wajah mereka benar-benar mengubat jiwa ini yang melihatnya. Saat itu juga kami merakamkan saat-saat indah dalam kepingan gambar seolah-olah menyimpan waktu yang berhenti agar tidak lari dari ingatan kami. Kenangan yang diabadikan begitu indah bagi jiwa ini.

Malahan terdapat pelbagai aktiviti lain yang begitu menambat hati setiap peserta mahupun fasilitator itu sendiri. Kami bermain bom bom dengan mewakili setiap negara yang mempunyai dua patah kata. Para peserta begitu bersungguh-sungguh melindungi fasi mereka daripada serangan bom air dan tepung 'berasid' dan sanggup bergadai baju dengan menjadi benteng kepada fasi semua. Begitu terharu dibuatnya. Paling best sebab kumpulan 3 berjaya menewaskan musuh ketatnya kumpulan 6 yang mewakili negara Korea. Hahaha....

Masih segar dalam ingatan ini ketika bermulanya program ini apabila dua beradik yang menangis ingin pulang. Tetapi apabila telah dipujuk oleh seorang akak fasi, rasanya hati yang dipujuk itu terus cair dan kekal bersama kami hingga ke penghujung program. Malah apabila diusik semula, mereka beria ingin tinggal bersama adik-adik PIC dengan lebih lama. Indah sungguh perasaan sayang yang mampu menggamit jiwa seorang manusia.

Namun yang paling tidak boleh dilupakan apabila telah tiba waktu bagi mereka untuk mereka berangkat pulang. Kami bersama-sama tunggu menghadap bas mereka dan kami melambai-lambai kepada mereka dengan perasaan yang penuh kasih sayang dan hiba. Sebelum itu, kami sempat membantu adik-adik mengangkat beg mereka ke perhentian bas di atas dan kami dengan riang bersembang sambil menyanyi. Hati menjadi sayu apabila mereka pergi menaiki bas. Kami sempat pada ketika itu melakukan tepuk-tepuk semangat buat kali terakhir kepada para peserta yang begitu mesra. Adapun begitu, kami juga melakukan tepuk-tepuk kasih sayang sebagai tanda ikatan yang pernah terjalin utuh itu tidak akan pernah retak dan runtuh malah kekal diabadikan dalam lubuk sanubari ini.

Makin difikirkan makin rindu pula rasanya. Tapi aku masih berpegang bahawa kerinduan semata-mata bukanlah penawar yang paling mujarab akan tetapi doa yang sentiasa mengiringi mereka di bawah satu payung kalimah syahadah itu tanda ikatan yang sentiasa berkait erat hingga ke syurga kelak.



Kasihmu Dalam Kenangan



Saturday, June 12, 2010

Saturday, May 29, 2010

Peluang Keemasan!!


Penulisan merupakan salah satu bidang dakwah pada era kini yang masih lagi dianggap relevan walaupun beratus tahun akan datang.

Bagi anda yang ingin berdakwah mahupun mengasah bakat anda dalam penulisan cerpen, inilah peluang yang terbaik untuk anda agar menyertai pertandingan ini.

Anda boleh rujuk syarat-syaratnya pada poster di sebelah ini.

Sekian terima kasih.

Susahnya Nak Ubah!

Apabila seseorang insan menghadapi satu situasi yang mencabar kematangan dan kebolehannya, maka ketahuilah bahawa Allah ingin menjadikan dikau orang yang lebih dewasa. Tatkala kau mula mengeluh, kau dari kalangan yang berputus asa sedang mereka yang berputus asa dari rahmat Allah ialah orang kafir. Maka itulah, cari lah dikau akan seorang hamba yang bergelar tema agar dikau mendapat panduan sewajarnya untuk menjadi tongkat dan penyuluhmu.

Moon : ko jadi pakar psikologi aku leh tak?? hahaha

Mode : hahahaha tak leh belah... Aku musykil keseriusan ko... aku ni maen2 orang nyer... huhuhuhuhu

Moon : hahahaha!!
btullah!!

Mode : hahaha... jngan ko terikut kesengalan aku suda nnt... Aku nie mmg pun seorang filosofer... huhuhu... jgn menyesal lak... skng nie termaterai sudah

Sun : aku bg paling ketara.Moon...jiwang.haha~

Moon : ape yg termetrai?? blum wat surat perjanjian lagi.. mane tau lepas aku kena psiko oleh ko,aku trus jadi gila!! bleh mak bapak aku saman ko!! hahahahahha!!

Moon : Sun, tilte tulah yg aku nak buang!

Mode : hahaha... Oh ko nak wat surat ker? I'm just a simple person. You can arrange what ever you want. huhuhuhuhu... oh title tue ker? ha thats rite, itu koreje yang paling susah....

Sun : Moon, pandangan org la paling susah kita nk ubah

Moon : haha!! dan byk lagi masalah..huhu..kalau aku dah bersedia nnti aku bgtau kau.. stakat ni kaulah kwn yg paling "matured" pernah aku jumpa.. huhuhu

Sun : dh matang?petik la.meh aku belah.haha

Mode : Kau ckp aku ker? aku ni muder lagi... hehehe... InsyaAllah. tapi tak mustahil pandangan orang boleh berubah sbb aku dah pernah lalui...

Moon : huhuhu~~~

Sun : hurm..kalo ko ckp pandangan org tu aku pn rase bleh berubah.yg susah bile ramai dh pikir cmtu.tu yg susah

Moon : walhal aku tak delah sejiwang mane pon =_="

Mode : a'ha memang. kalau diri sendiri susah nak ubah, maka orang laen lagi susah la nak berubah. Sebb tu ada kata2 "If we want to change around us, then we must change ourselves first" yang bezanya ialah cepat atau lambat jer perubahan itu berlaku.

Moon : Mode, aku tak de jiwang sgt..seperti org laen jugak...biasa je.. but still, org aggap aku jiwang..walhal aku hanya tulis lirik2 yg memberi makna kpada diri aku sndiri!

Sun : r aku layan lagu rock melayu (iklim,search).haha~ xde pn org ckp aku jiwang

Moon : aku lyn lagu siti~nape org ckp aku jiwang ??salah ke????????

Mode : Sun, Lagu rock melayu jiwang ker? aku tak penah dengar

Mode : Moon, mengikut kaedah pandangan orang ketiga, penilaian seseorang terhadap diri kita bersandarkan kepada dua langkah. pertama ialah dia melihat perilaku si subjek. yang kedua dia mengintepretasi situasi tersebut berdasarkan pembangunan Rational Quotient (RQ)... so if we want to something make it in strategic ways...

Sun : try la layan lagu iklim-suci dlm debu.ko akn paham maksud aku.kehkeh. Moon, ko wat pengumuman la dlm fb ni ko kate ko x jiwang.t org caye la.haha

Mode : Berdasarkan statement kau yang last nie aku simpulkan penilaian itu berdasarkan kepada RQ seseorang tersebut. dan dia juga mungkin serangan bersifat peribadi inspirasi kepada subjek.

Moon : huhhuhuhuhuhu!! RQ itu apa???

Sun : aku pn xtau.haha,IQ aku tau la

Moon : Berdasarkan lgkah 1: aku pernah wat sesuatu yg jiwang atau rommantik??melamar org??huhuhu..seperti yg aku igt,aku tak pernah wat sume tu..huhu lgkah kedua tu tak paham sgt...

Mode : baek aku terangkan step by step. Step pertama ni berdasarkan psiokologi. Di mana subjek melakukan sesuatu. Misalnya di anggap jiwang seperti melayan citer2 cinta, baca novel cinta dan semua yang berkait dengan cinta dan perasaan.

Moon : ok.aku tak pernah bwat sume tu :) yg kedua?

Mode : Step kedua nie dia biasanya terikat dengan disiplin ilmu sosiologi dan antropologi di mana penilaian dan tingkah laku seseorang bersandarkan adat dan isu semasa. Maka jika adat masyarakat tu percaya cinta dan perasaaan itu jiwang, maka subjek akan dikira jiwang. tapi jika masyarakat percaya orang yang kuat menangis jer jiwang. Maka perilaku subjek yang tak kuat menangis tapi suka cerita cinta tadi tak dikira jiwang. Tu la RQ di mana pembangunan itu amat dipengaruhi oleh mansyarakat. Sbb tu susah nak dibuang. setakat tu paham?

Sun : r yeke Moon xbuat...

Moon : paham cikgu!!

Sun : senang kate ko di panggil jiwang sbb masyarakat yg angap cmtu

Moon : huh! korg je yg aggap aku jiwang:p

Mode : Step pertama begitu penting untuk orang fahami kerana step pertama ngan kedua tadi umpama lagu dan irama yang tak leh terpisah. Misalnya aku just amik satu situasi yang laen taw : Mamat (subjek) tak seberapa pandai tapi (bab perilaku) dia suka berkepit dengan budak pandai(inspirasi) jadi -step pertama tadi orang menilai- mengikut kepercayaan masyarakat, diorang percaya sikap subjek digambarkan berdasarkan inspirasi tadi. Jadi sekiranya dia tidak pandai tapi kawan dengan orang pandai maka dia dikalsifikasikan sebagai orang pandai gak. -Step kedua terpecah kepada dua iaitu
Faktor dalaman : perbuatan 100 percent diri sendiri
Faktor luar : Perbuatan itu dilahat berpaut dengan objek luar misalnya tadi dia dikaitkan dengan budak pandai. Mcm ko dikaitkan dengan poeribadi siti. Maybe cam tu...

Mode : Aku tulis nie ade yang bedasarkan pemerhatian, pengalaman dan juga ilmu yang aku belajar tau. jadi ketepatan itu juga mesti berturut kata daripada mereka yang mengintepretasikan penilaian mereka.

Moon : okok..saya sudah faham..terima kasih atas tunjuk ajarmu...

Akan sekalian itu, mengertilah dengan ilmu dikau mampu memahami sesuatu perkara. Dengan pengalaman dikau mampu menghayatinya. Dengan pemerhatian dikau mampu menauladinya. Dan dengan keyakinan dikau mampu mengatasinya...

Thursday, May 27, 2010

Golongan Pemikir VS Golongan Praktikal

Apabila satu usul dikemukan, maka berperah otaklah bagi mereka yang cintakan kebenaran. Tatkala itu akan timbullah pelbagai aliran mazhab pemikiran bagi membuktikan masing-masing punya pendirian sebagai hujah yang boleh diterima pakai. Maka apakah resolusinya bila sesuat perkara dibahaskan. Berikut merupakan hasil perbincangan antara seorang pelajar S Sains 2 dengan dua orang pelajar 5 Sains 1 :

Mr. Thinker : nape perlu wujud pembahagian bdk bodo n bdk pandai?

Ms. Thinker : senang ckgu nak ajar dan kumpulan bdk pandai adalah aset sekolah...rugilah klu
sekolah x bahagikan....hahaha.

Moderator : sebelem tue aku nak kepastian dulu, maksudnyer pembahagian kelas cam kat skel
ker? atau kategori kelompok nie ni pandai ker bodo?

Mr. Thinker : pembahagian kelompok la bleh ckp.nape bile kite ckp pasal bdk ps sti akn kluar "ala dorg bdk bodo sbb tu kat blakng".aku xsetuju ngan pembahagian ni.xle ke pandang sume manusia tu equal?bdk sains,pandai,blaja je smpai masuk u,dpt doktor tp bdk 'bodo' ni,dorg pandai dlm bidang2 yg dorg minat.sape bleh ckp ape golongan bdk2 blakang ni slalu wat?terutamanye lelaki

Ms. Thinker : silap tu...bdk belakang slalunya pandai dr segi kemahiran..
equal la tu...diorang leh compete ngan bdk depan...tp ramai yg x sedar keupayaan masing2.... xde yg nak menyerlah....pasal tu org fokus kt bdk depan....maka jgn salahkan persepsi org ramai...

Mr. Thinker : persepsi org ramai yg aku marahkn.apabila masyarakat menerima dorg,dorg akn lebih yakin dn akn menyerlah.ni x..asal nmpak bdk bwk moto laju2,terus dlm palotak dia ckp bdk tu mat rempit.mak bapak dorg x ajar.heh.cmne dorg nk menyerlah kalo dorg x d bg peluang?

Moderator : K tapi bagi kiter mmg setuju dengan pembahagian tue... Sememangnye kemahiran itu tak leh kata budak belakang shj yang leh belajar.. Sebenarnya kita pun leh belajar. Kalau kite ikut teori biology dan sains sukan, kemahiran terbentuk adanya hasil aktiviti yang dilakukan berulang kali dan tidak melibatkan daya pemikirang tetapi hanyameningkatkan daya kecekapan motor neurone kiter

Mr. Thinker : aku brasal dari kelas blakng jd aku tau ape persepsi masyarakat kat kitorg.aku naik dari 1 klas ke 1 klas n buktikn yg bdk klas blakang xbodo.tp sbb aku brasal dari klas blakng,persepsi tu masih melekat kat aku

Moderator : Tapi biler timbulnya isu budak sains semua pembelajaran melibatkan pemikiran di mana ianya perlu dibentuk dengan IQ kiter dan tak semua yang mampu buat semua tu... Ad pun kelas belakang yang boleh buat nisbahnye begitu sedikit dengn nisbah kelas depan. Jadi sememangnya ade paembahagian mengikut daya IQ masing2. So aku rase memang ade pembahagian yang macam tue...
Any objection?

Mr. Thinker : teori...teori xbrgune kat dlm hidup.pengalaman yg mengajar kite semua perkara

Ms. Thinker : jgn ckp camtu(hehehe,suke tgk org bawak motor laju2 nih!~racing spirit~)...ko silap lg sekali med,diorang dpt peluang yg sama malah lg banyak drpd org lain...dh x digunakan dgn btol,wat pe nak kasi muka lagi....

Moderator : Teori berguna la... Tanpa ilmu pengalam yag ditimba kita tak dapat faham tau. Denga pembelajaran teori secara telus mampu memandu kita untuk menghadapi situasi dengan lebih berkesan. Berdasarkan teori pemikiran kritikal Edward De Bono.
Kita memerlukan pembelajaran teori untuk membantu kita menghadapi sesuatu perkara yang lebih berkesan secara langsung membian pengalaman yang lebih berguna pula di masa hadapan.
So?

Ms. Thinker : moderator, btol2,tak sume org mampu bawak aliran sains....kter pun setengah mati rasanya....

Mr. Thinker :ms.2..tau x nape dorg cmtu?segalanye bermula dari umah "ko ni motor je tau.aku dh antar ko blaja xnk.idup MENYUSAHKN org".nmpak?bile parent sendiri ckp cmtu,adkh dia sbgai remaja akan pikir "aku bleh berjaya.tanggapan mak aku salah".tak..majoriti remaja akn pikir "aku dh idup nyusahkn org.watpe aku jd pandai.baik aku lyn motor ni"

Mr. Thinker :
bg aku teori tu...brgune skit.pengalaman yg ajar bnyak.cthnye,Thomas Edison.teori,eletrik bleh terangkn tempat tu.tp dia gune pengalaman dia sbnyak 10k kali tu ntuk berjaye

Moderator :Itu pengalaman yang diselitkan dengann penyelidikan
Dan teknik yang dipelajari dyyer merupakan peringkat pembeljaran pemikiran tahap pertama di mana ilmu yang diperoleh lambat kerana perlu berlakunya pengalaman dahulu. Tetapi pembelajaran pemikiran peringkat ketiga pula belajar dulu baru kiter wat pengelaman.Dan nisbah kejayaan adalah lebih tinggi. Macam la remaja tu juga, andai diorang mengerti/mengetahui/belaja
r kenapa perlunya ibubapa hantar diorang ke sekolah maka bukanlah salah orang laen yang berkata sedemikian kepada mereka. Maka pembelajaran budak depan mmg dikatakan pembahagian yang kau cakap yang mmbentuk IQ yang mantap.

Mr. Thinker : oh?aku lg ske ngan tahap pertama.biar rase susah hidup.skang dh trlampau manje bdk2nye.seperti yg ko ckp,adakah ibubapa akn ckp sbb dorg antar anak dorg ke sekolah?aku sngat pasti kalo ade mesti ayat dorg "nk biar pandai.g skola tinggi2".hah.dh x releven.pemikiran bdk skang makin ganas.dorg akn tanye ntuk ape perlu pegi blaja tinggi2.ni pengalaman aku ye.bdk tu tnye kat mak dia cmtu dan mak dia terdiam.

Ms. Thinker : mr, hanya anak derhaka,x sedar diri yg akan ckp mcm tu kat maknya...tp aq setuju pengalaman lebih banyak tinggalkn kesan drpd teori..bdk klas belakang dpt lebih bnyk pengalaman hidup,diorang lebih terdedah kpd dunia luar...ini lah permulaan kebijaksanaan...membezakan antara yg baik n buruk....tp ramai yg suka enjoy,maka x nak guna ilmu pengalaman ke arah yg btol...
moderator, kadang2 bdk depan pun jd lembap dlm kemahiran,pasal minda terikat ngan teori...IQ cukup mantap,tp bodoh x dpt diajar,pandai x dpt diikut...

Moderator : Tapi bagi kiter pengalaman yang dilalui berpandukan ilmu yang TELAH dimiliki adalah lebih berguna berbanding pengalaman yang dilalui tanpa pandua ilmu. Kita ammbil misal, berapa ramai yang berjaya dalam seni lukis tanpa kuliah dan kurus berbanding mereka yang berlajar dulu pelbagai jenis ilmu dan teori dalam lukisan semasa mereke menuntut kuliah sebabnya kene ade nisbha kerana nak bandingkan yang mana ada potensi lebih besar untuk berjaya adalah yang tinggi keutamaannya. Jadi berbalik kepada usul, kene ade pembahagian pelajar mengiktu kategori itu sebab cara pandang pelajar IQ tinggi jauh berbeza dengan cara pandang IQ kureng. kan? Any objection?

Moderator : Ms. Thinker, Seperti yng kiter cakap tadi. Kemhairan yang dibina atas kebolehan motor neurone yang dilakukan secara berulang kali sehingga terbentuklah muscle memory yang kuat kerana dengan keterbiasaan itu membuatkan orang2 teori macam kite pun leh belajar bende tu sbb tak terikat dengan pelbagai mcam teori tetapi hanya melibatkka keterbiasaan motor neurone kiter dalam melakukan setiap amali tu. So, kiter pun seennarnya leh belajar kkemhiran tu kerana ia tak melibatkan IQ tatpi hanyalah kemahiran yang perlu diasah. So?

Ms. Thinker : a little objection;bdk belakng x kn susah2 perah otak utk excel dlm hidup~xde kerjaya pro dlm dunia yg x perlukan pemikiran tahap max...sume mesti nak struggle gila2....maka bdk dpn yg sanggup perah otak akan didahulukan....hahaha... Mr. Thinker x komen..,kira menang la pihak kerajaan ni!!!

Mr. Thinker: t la sat..sakit pale aku..haish..sbb ni la aku xske brpikir...

Moderator : A'ha dak kelas2 belakang hanya perlu tingkatkan kemahirang dan yang mengarah2 tue dak kelas depan sebb merekalah yang kene berifikir kerana pemikiran mereka dianggap amat diperlukan dalam kalangan masyarakat awam mahupun golongna elit sebenarnya. Kita menang la nie?

Mr. Thinker : ego.bg aku bdk dpn n bdk blakang same2 ego.same2 perlukan masing2 tp xnk ngaku.yg bdk dpn jeles ngan bdk blakang sbb bebas sngat dan bdk blakang jeles ngan bdk dpn sbb slalu di puji.masing2 mencemburui masing2 tp xnk ngaku

Moderator : Objection. Bagiku itu pandangan yang khilaf lagi songsang. Tak sumer macam tue. Kalau membincangkan konsep keterbebasan di sini tiada satu faktor pun berkaitan dengan aliran masing2. maka tak boleh kata jeles itu bagi budak kelas depan. Kalau dipuji pun sama juga kerana sekiranya pujian itu dilakukan atas dua faktor kebolehan dan sahsiah. Maka sapa yang menepati ciri2 tue kelas mana2 pun boleh dipuji. Sememangnya mereka saling memerlukan dek kerana keterbatasan diri. Tetapi yang memberi impak yang lebih dominan adalah orang aliran sains dan pemikiran.

Mr. Thiker : golongan majoriti adlh golongan yg di katekan 'bodo'.how come ko bleh kate dominan?adkh sbb dorg xle menggunakan pemikiran dorg seperti golongan pemikir ni dorg di katekn bkn dominan?like i said,ego.ye x sume cmtu tp,majoriti golongan pemikir cmtu.bleh kira ngan jari la sape yg x cmtu.mereka ni hanya berpikir,yg melaksanakn?xle bayang la kalo golongan 'bodo' ni mogok....

Moderator : Dominannya satu masyarakat itu bukannya mengikut jumlah ahli puak atau kelompok dalam masyarakat. Kta misalkan dalam masyarakat institusi pembinaan. Golongan intelek adalah arkitek dan golongan bawahan adalah buruh. Adakan mampu buruh2 itu melaksanakan sebuah pembinaan bngunan yang kukuh tanpa pandua dari arkitek tersebut? Takkan. Sedangkan arkitek tue pula jika tiada tenaga kerja mmg kerja pembinaan akan tertangguh. Namun adakh mustahil baginya untuk membina bangunanan itu? tak sebab mereka pun boleh berkompromi dengan arkitek2 yang laen untuk membinannya CUMA hanya mengambil tempoh masa yang lebih lama sbb tidak cukup tenaga buruh. Maka, tanpa pencetusan idea dari pihak pemikir, maka golongan bawahan tidak mampu mengirak langkah dengan lebih jauh. Jelas terbukti golongan pemikir adalah lebih dominan.

Mr. Thinker : jadi,adakah ko ingin mengatakan yg golongan pemikir ni bleh wat sume benda dan golongan yg lg 1 xle?

Ms. Thinker : la...Mr. Thinker,tau la ko bercita-cita nak melaksanakan REALPOLITIK....,mengajar manusia dgn cara kekerasan xde gunanya...apa barang mogok2...cam budak2...(obvious sgt X guna akal utk selesaikan masalah). Moderator, HAHAHA...!!! Moderator..,VICTORY is OURS!!!...Mr. Thinker dh penat!

Moderator : hahaha. Aku tak pula nak katakan golongan pemikir ni mampu buat semua perkara tapi jelas terbukti. Dalam pembuatan mentol golongan pemikir yang mempeloporinye. Dalam teori pembinaan sejak tamadun mesopotamia, golongan pemikir yang mempeloporinya. Maka golongan bawahan yang kurang berkemampuan mencetuskan disiplin ilmu baru hanya bergntung kepada RnD golongan pemikir bagi memudahkan pekerjaan mereka. Even dalam industri elektronik, golongan bawahan hanya mampu mencipta barangan tapi perlu diingat disiplin ilmu dan formula yang dihasilkan turut dipelopori giolongan pemikir. Tidak sebegitu Mr. Thinker? Ms. Thinker, betul sudah terang lagi bersuluh.

Mr. Thinker : so i need to lead a revolution to make people realize that all people r equal dan xperlu membahagikn sesape.sume manusia tu same.Islam mengajar kite begitu.tp sbb masyarakat skang yg membuat pembahagian ni,maka manusia telah trbahagi.yg pandai rase jijik kat yg bodo duduk kat tepi jln.bile masuk masjid nk solat yg bodo tu pegi sblh dia yg pandai tu akn blah g tmpat lain.heh.so?perlu ke pembahagian tu?bile bdk2 mula di bahagikan dari kecik,dorg akan merasakan yg dorg hebat dan level dorg dh tinggi.maka,akn wujud 1 perasaan benci kat bdk2 yg blakang.ikut psikologikal teori la.apabila seseorg tu di asingkan dari kecik dan setiap hari dia d beritahu yg dorg special dan bdk yg blakang ni x,dorg akn develop 1 feeling yg mengangkat 'martabat' dorg.ini pemerhatian aku ye.bdk2 darjah 1 skang,dorg xbrkawan ngan bdk blakang,sbb?parent dorg ckp nnti dorg bleh jd bodo.haha.aku berkawan ngan sume.aku xbodo pn.at least aku dpt mcm2 pengalaman yg org lain xkn dpt

Ms. Thinker : bapak panjang....ceh,senang je nk bidas,aq kasi jwpn ringkas lg padat.....Islam anjurkan kosep sama rata,tp dlm Al-Quran,banyak kali diulang2 'manusia yg berfikir'.....so,the conclusion is:Manusia yg guna akal lebih mulia,tinggi darjat keilmuan..

Moderator : Haha kat sini aku dah nampak sebenarnya penjelasan di atas merupaka satu kekeliruan konsep yang amat jelas. Sapa kata dalam Islam tidak dibuat pembahagian sedangkan dalam Quran jelas2 sebut bahawa orang mulia di sisi Allah ialah orang yang beriman dan yang paling mulia antara mereka pula ialah orang yang berilmu. Kekeliruan yang aku nampak dari teori psikologi, hal itu kerana adanya sikap bongkak. Bukannya kerana siapa pandai atau bodo. Malah dalam Quran jelas juga sebut bahawa "Berpalinglah kamu dari orang2 yang bodoh" Dah jelas ada. Maka dalam Islam mmg dah ada di mana kemuliaan seseorang berdasarkan ilmunya. Hanya sikap zuhud makhluk sahaja yang membuatkan mereka tidak angkuh. Dalam satu hadis yg bawak maksud seburuk-buruk manusia ialah berasa bongkak terhadap Tuhan DAN merendah diri terhadap manusia dan sebaik2 manusia berasa rendah depan Tuhan dan bangga ( x bongkak) depan manusia. Jadi?

Ms. Thinker : Itulah sbbnya org yg ada ilmu lebih didahulukan..!!!

Moderator : betul2 kiter sokong tue. Mr. Thinker, adanya kesilapan konsep yang cube ko ketengahkan.
Setuju ke tak mesti kene ade pembahagian budak2 cam tu untuk masyarakat kita?

Mr. Thinker : i see the outcome of the disscussion...nonetherless,aku xbersetuju dlm ape jua pembahagian antara manusia.kebnyakan org xmengikut dlm Al-Quran.bile dh top dorg akn bongkak.bile dh bongkak dorg akn membenci.bile dh membenci mula la wujud pembahagian ni.aku brckp gune pengalaman,guna observation aku kat manusia.aku ske menyelidik tingkahlaku manusia korg menyokong pembahagian ni,so,aku dpt simpulkan yg korg gak kurang senang ngan bdk2 blakang ni.btl x?aku xckp korg benci ye.aku ckp korg kurang senang.xpela.aku mendoakan korg xjd org bijak pandai yg x memijak org2 yg 'bodo' ni.aku sngat benci kat org pandai yg cmni

Ms. Thinker : Hujah yg cukup kuat...perbezaan psikologi yg memutar belitkan fakta pembahagian individu mengikut tahap ilmu masing2.....hahaha...amed tewas skali lg..:)

Mr. Thinker : aku bleh simpulkn mcm2 sifat korg dari perbincangan ini.haha~

Ms. Thinker : haha...jgn fikir negatif mr...aq ulang,sume org dpt peluang yg sama...pilihannya sama ada nak manfaatkan atau tidak....Insha~Allah,kter sume bleh berjaya....

Moderator : hahaha.. Aku memang bersetuju dengan pembahagian masyarakat mengikut kelas masing2. Tapi dalam penjelasan ko sekali lagi aku nampak perbezaan konsep yang diketengahkan ialah perbezaan layanan mengikut kelas dan permbahagian mengikut kelas. Aku setuju dengan pembahagian kelas tetapi tak setuju dengan pembahagian layanan ikut kelas.
Harap ko faham. Ms. thinker, kite menang. hehehe

Mr. Thinker : same ja..layanan tu terjadi pas pembahagian jd basic dia pembahagian.konsep aku xsalah.just universal.keke~

Moderator : Memang tak salah cume perbezaan konsep tak boleh disatukan. Pembahgian kumpulan kelas adalah berdasarkan ilmu. Tapi pembahagian layanan mngikut kelas pula berdasarkan pembangunan EQ masing dan bukan bersifat ilmiah dan unversal seperti ilmu yang sentiasa memberi kebenaran. Tu la yang aku nak bagi ko nampak perbezaan yang ko bawa tapi disatukan dan menimbulkan kekeliruan.Ms. Thinker, betul2 yang penting bagaimana dia nak manfaatkan kebolehan diri terhadap peluang yang dyer dapat.

Mr. Thinker : xpa2.otak ni penat dh smlm wat fizik.kasik rehat secukupnye sblm kasik pikir hujah yg lebih bernas,mantap dan bertenaga

Moderator : OK kalau sape2 dah ready Kemukakan ajer ape2. BTW thanx kat korang sbb sudi meluangkan masa bersama untuk sesuatu yang bermanfaat.

Maka ambillah perihal yang amat membantumu akan kerana itu ketinggian ilmu mampu membina modal insan yang berwawasan sebagai pencetus kepada peminaan tamadun baharu bagi melakar sajarah moden pada alaf modenisasi.