Friday, April 15, 2011

Hakikat Tujuan Ilmu & Keselarian Sistem Pendidikan

Hmm dah dalam rasanya tidak saya menulis dalam blog ini.. Sibuk sekarang ini.. Baiklah, ade beberapa soalan untuk kita renungkan bersama..

Masih wajar lagikah sistem pendidikan kita zaman sekarang?? Adakah tujuan ilmu yang hakikat itu selari dengan matlamat sistem pendidikan kini??

Ilmu membawa kita untuk mengenali Allah.. Bukan sahaja ilmu agama, bahkan imu kehidupan.. Siapakah diantara kita mampu membuktikan bahawa setiap pelajaran di sekolah dan universiti itu asalnya daripada al-quran?? Sedangkan umat Islam yakin bahawa semua ilmu bersumberkan al-quran dan hadis...

Bgaimana matematik mengajar kita untuk mengenali Allah?? Bagaimanakah kesusasteraan mengajar kita mengenali keindahan Maha Pencipta?? Dan bagaimana sejarah mengajar erti penghambaan murid-murid kepada Allah??

Renung-renungkan...

Friday, February 25, 2011

Teknik Basi Dalam Berhujah

Zaman moden kini menuntut manusia untuk mahir dalam komunikasi terutamanya bagi mereka yang melibatkan diri secara langsung dalam urusan sosial. Namun begitu, tidak terlepas juga bagi pemblog-pemblog serta mereka yang bergiat aktif dalam dunia maya. Walaupun kelompok ini tidak terlibat mahupun berinteraksi secara langsung, namun kebolehan komunikasi dalam dunia siber juga dikira amat penting. Fokus kita pada kali ini juga bukan pada petahnya mereka berkata-kata atau arifnya mereka menulis tetapi kaedah-kaedah mereka dalam mmberi keterangan dan menepis serangan. Mengapa? Tidak ramai yang bertindak cemerlang kerana masing-masing akan menggunakan teknik-teknik basi ini untuk melepaskan diri mereka dari menjadi subjek perbincangan.

1) Soalan dibalas dengan soalan.

Saya tidak menafikan bahawasanya kaedah ini amat-amat popular untuk digunakan oleh mereka yang tidak mampu memberi jawapan yang tepat kepada si penanya. Bahkan ada ynag betujuan menggunakan teknik ini untuk mengelakkan diri dari menjawap persoalan yang melangkaui akalnya dan teknik ini dikira sebagai pelindung kepada ketidaktahuan mereka.

Contoh :

Ali : Ahmad, kenapa nama kau Ahmad ?
Ahmad : Hmm aku tanyakau, kenapa nama kau Ali?

Dalam situasi ini kita boleh agak yang si Ahmad tidak tahu mengapa dirinya dinamakan sebagai 'Ahmad', bukan? Untuk mengelakkan dirinya daripada memberi jawapan yang dia sendiri tidak memilikinya, maka persoalan baru ditimbulkan.

Jadi apa langkah terbaik untuk situasi seperti ini?

Ali : Ahmad, kenapa nama kau Ahmad?
Ahmad : Sebab parent aku nak aku jadi orang baik. Jadi namanya pun mestilah kena baik.

Ataupun bagi anda yang mempunyai sebab2 tertentu, maka sudah tentulah itu jawapannya.


2) Permintaan Dibalas Permintaan

Dalam hal ini, sama juga tujuannya untuk mengelakkan diri sendiri daripada memberi jawapan sebenar. Kadang-kadang situasi begini banyak berlaku dalam arena politik yang kian meruncing nampaknya di Malaysia ini dan ada juga berlaku dalam perbahasan.

Contoh :

Pencadang : Kami meletakkan beban kepada pembangkang untuk membuktikan kepada kami bahawa kaedah rawatan alternatif memberikan kesan yang positif berbanding kesan negatif sedangkan rawatan ini berbahaya.

Pembangkang : Sememangnya kaedah rawatan alternatif memberi impak yang sangat baik. Jika pihak kerajaan mengatakan bahawa kaedah ini tidak selamat, berikan kepada kami buktinya dan jika mereka tidak mampu maka kaedah jelas lah selamat.


3) Subjek Menjadi Mangsa

Biasanya teknik ini adalah digunakan untuk memindahkan kesalahan pelaku kepada subjek lain. Mereka akan menghuraikan seolah-olah 'subjek' yang bersalah dan bukannya pelaku....

Tema : Minyak Punca Peperangan Di Asia Tengah

Pencadang : Minyak di Iraq menjadi punca peperangan yang berlaku di negara tersebut. Disebabkan Amerika menginginkan minyak yang kini mencecah harga yang bernilai, maka peperangan telah dicetuskan untuk merampas hasil dari telaga minyak tersebut.

Walhal di sini ada beberapa perkara yang boleh kita pertikaikan.

Punca : Adakah minyak menjadi punca atau ketamakan yang menjadi punca peperangan?

Motif : Jika benar Amerika inginkan minyak, mengapa mereka tidak beli sahaja? Mereka merupakan negara yang kaya-raya. Ataupun mereka mencari perkara yang lain sebenarnya? Imam Mahdi mungkin? Hahaha :D

Kesalahan : Adakah kesalahan (peperangan) itu kerana adanya Minyak? Sebenarnya, minyak merupakan fitnah bagi ketamakan manusia.

Sebenarnya ada banyak lagi tetapi penat lah nak menaip.. Kalau ada keinginan dan masih teringat akan artikel kali ini lagi, saya akan menambahnya.

Bagi sesiapa yang rasa-rasanya ingin menambah mahupun memberi pandangan tentang idea ini, maka kehadiran anda amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih,
Allahu a'lam..

Sunday, January 30, 2011

Kritikan Terhadap Buku “Quran Saintifik” Karya Dr. Danial Zainal Abidin

Kritikan Terhadap Buku “Quran Saintifik” Karya Dr. Danial Zainal Abidin

Tuesday, January 25, 2011

PAS Tak Tahu Malu

Wah gila lah.. Siapa ya yang tak tahu malu? Sepanjang hari ni tengok berita sahaja. Boleh ke UMNO kata PAS tak tahu malu sebab berkempen di Dun Tenang. Mereka kata yang Felda ni lubuk UMNO. Felda UMNO yang tubuhkan. Jadi UMNO yang bantu orang-orang Melayu untuk sara hidup. Jadi kawasan ni kawasan UMNO.

Alamak UMNO sendiri yang mempolitikkan pentadbiran. Nampaknya kini sah lah yang dibelakang Felda ialah UMNO. Nampaknya tak lari dari politik juga lah ni. Kalau macam tuh, apa gunanya demokrasi yang dibangga-banggakan tuh? Kalau macam tuh apa gunanya buat pilihanraya di kawasan Felda kalau dah kawasan Felda tuh dihakmilikkan UMNO. Jadi senang cerita tak perlu buat pilihanraya. Jadikan satu negara ni bertukar kepada Felda. So, semua ni UMNO yang punya. Terus tukar sekali Negara Felda. Pengasasnya UMNO.

Apa punya perangai lah pemimpin zaman sekarang ni.

Saturday, January 22, 2011

Iklan : 1 Saudara 1 Malaysia

Apa ini? Mula-mula boleh lah terima 1 Malaysia sebagai wadah perpaduan. Namun akibat keghairahan dalam meraih pengaruh, telah ada yang tersesat.

Persoalannya, sejak bila kita rakyat Malaysia bersaudara?

Walhal dalam al-Quran dan hadis nabi jelas mengatakan umat ISLAM itu BERSAUDARA.

Jadi dalam konteks rakyat Malaysia ini, bukannya semua warganegara Malaysia (bukan bangsa Malaysia) beragama Islam.

Jadi telah ade pemesongan dalam slogan tersebut yang ditayangkan dalam iklan.

Ingat apa? Pluralisme ke?

Friday, January 21, 2011

Selangor : Percaturan Dalam Persidangan

Lebih kurang dari seminggu kalau tidak silap saya, akan berlangsungnya sidang DUN Selangor, bukan? Jadi agenda tersebut adalah untuk meminda kembali Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959. Pindaan ini dikatakan untuk mengembalikan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Mula saya bentangkan dahulu pendapat kedua-dua belah pihak kemudian kita sama-sama cernakan situasi ini.

PR - Kembalikan kuasa sultan untuk melantik 3 (kalau x silap) pegawai kerajaan negeri. Sebagai tanda taat setia dan menghormati institusi kesultanan.

BN- Pindaan tersebut hanya untuk memberikan kuasa kepada Menteri Besar untuk menasihati sultan untuk melantik 3 pegawai kerajaan negeri tersebut.

Jadi ini kenyataan utama mereka terhadap kes ini, kan? Jadi apa kata kita kaji kes yang berlaku ini satu persatu. Bak kata orang putih, step by step.

Kita mulakan dengan kajian terhadap pendirian PR. Mereka mendakwa bahawa mereka cuba kembalikan kuasa sultan. Maka di sini ada beberapa persoalan yang boleh dilontarkan untuk menguji ketelusan pendirian mereka.

1) Kita lihat dari aspek tempoh waktu dahulu. Jika benar pendirian mereka untuk mengembalikan kuasa sultan setelah dirampas oleh BN, mengapa baru sekarang mereka bertindak setelah timbulnya isu pelantikan SUK Selangor? Mengapa tidak isu ini dibawakan pada sidang DUN ketika awal-awal PR berkuasa di negeri ini?

2) Kemudian kita telusuri bersama dari aspek pindaan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Isu yang dibangkitkan hanyalah untuk mengembalikan kuasa sultan dan menteri besar untuk melantik 3 pegawai negeri. Persoalannya ialah, adakah yang dimaksudkan 'pengembalian kuasa sultan' ini sebenarnya untuk mengembalikan kuasa menteri besar untuk menasihati sultan?

2.1) Jika mereka benar-benar ikhlas dengan pendirian mereka, adakah mereka sanggup untuk mengembalikan semua kuasa sultan yang telah dipinda semasa pemerintahan BN? Maka tindakan mereka selanjutnya itu yang harus kita perhatikan sebenarnya.

3) Adakah kerana pegawai baru SUK ini bukannya dari jentera PR maka baru MB bertindak? Lantas bagi menutupi agenda yang sebenar, mereka melibatkan sekali institusi kesultanan?

3.1) Jika benar pindaan tersebut telah menyebabkan MB kehilangan kuasa untuk menasihati sultan dalam pelantikan itu, maka beliau sudah tidak berhak, bukan? Jadi mengapa beliau harus menentang pula? Lantas untuk mendapatkan semula kuasa tersebut, maka pindaan itu mesti dilaksanakan. Adakah begitu?

Maka berdasarkan persoalan yang ditimbulkan ini, adakah kita dapat menjangka bahawa Kerajaan Negeri Selangor benar-benar ikhlas untuk mengembalikan semula kuasa raja? Jawapannya anda fikirkan sendiri.

Namun begitu, bagaimana pula dengan pendekatan BN untuk isu ini semasa persidangan bermula? Bagaimana jika mereka menerima dan bagaimana jika mereka menolak?

Jika mereka menerima, maka kuasa tersebut akan dikembalikan kepada MB dan Sultan. Jika mereka menolak, maka dengan berbesar hati Kerajaan Negeri Selangor akan menuduh bahawa mereka penderhaka kepada Sultan. Jadi bagaimana percaturan yang harus difikirkan oleh BN sekarang ini?

1) Adakah mereka akan membawa isu untuk mengembalikan kesemua kuasa sultan yang telah ditarik untuk menguji keikhlasan PR Selangor?

2) Atau adakah mereka akan membawa isu untuk menafsir semula frasa 'nasihat Menteri Besar'? Dalam situasi ini frasa tersebut sebenarnya jelas membawa maksud, keputusan raja WAJIB bergantung kepada 'nasihat' (arahan) MB.

Kesimpulannya, PR dan BN yang masing-masing ahlinya terdiri daripada orang-orang Melayu sangat-sangat bergantung kepada sultan untuk mengurus tadbir demi keharmonian negeri dan negara. Namun masing-masing berselindung di sebalik kuasa raja agar kedudukan mereka dapat bertahan dan kekal berlangsung pemerintahannya. Situasi ini samalah seperti adik-beradik yang bergaduh kemudian datang merengek-rengek kepada ibunya untuk mengadu. Mereka semua tidak pernah sedar itu bahkan mengawal si ibu tadi (urusan istana) dengan sesuka hati mereka (orang-orang politik) walhal ayahlah ( arifbillah & alimbillah) yang sepatutnya menjaga si ibu (sultan) itu tadi.

Salah Faham Racun Merbahaya

Artikel kali ini singkat sahaja. Hanya menulis pandangan tetapi ulasan biarlah orang yang mengunjungi blog ini sahaja yang memikirkannya.

Saya lihat dalam arena politik sempit negara ini, politik kana-kanak yang sebenarnya menimbulkan pelbagai kekecauan dan konspirator-konspirator hanya melihat gelagat dan karenah orang bawahannya sahaja.

Dalam meneliti hal ini, saya dapati, pejuang-pejuang politik serta para blogger (secara konsepnya pihak yang tidak berkepentingan) begitu asyik memperjuangkan kebenaran.

Namun mana 1 kebenarannya? Jika dua-dua menganggap pihak masing-masing sebagai pihak yang benar, maka mengapa berlakunya perselisihan karut-marut seperti ini? Satu matlamat perjuangan yang sama iaitu untuk menegakkan keadilan. Tetapi mengapa cacamerba jadinya?

Jadi hal ini disebabkan salah faham. Yang buat hal orang atas, tetapi orang bawah sibuk hendak menafsir perkara sebenar yang berlaku, akhirnya timbulnya kekeliruan dan fitnah. Maka masing-masing yang mengaku jaguh penegak kebenaran akan berbalah.

Jadi jangan cepat melatah.

Tips daripada saya :-

1. Kalau ada berita tentang salah-laku pemimpin, biarkan mahkamah tentukan dan jangan sibuk hendak tunjuk pandai. Kalau tiada keputusan, serahkan sahaja kepada kebijaksanaan Allah.

2. Kalau ada berita keluar tentang dasar-dasar yang dimenifistasikan oleh kerajaan mahupun pembangkang, maka berfikir dengan rasional dan buatlah penilaian dengan pertimbangan akal dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana ulasan pihak yang berat sebelah. Be natural.

3. Kalau ada keluar berita yang melibatkan serangan peribadi, soalnya sama juga macam nombor 1.

4. Selalu tengok perangai2 penyokong kedua-dua pihak. Kalau pihak masing2 nampak selalu mencarut dan buka aib pihak lawan, maka dua-dua pihak tersebut 2x5 sahaja.

Wasalam