Saturday, December 4, 2010

Bidasan : Dr Asri : Ketuanan Melayu Menyanggah Islam

Alahai blog belum habis rearrange lagi lah.. Tidak mengapa, walaupun SPM, saya masih ada masa lagi untuk ini. Makin hangat pula kes Ketuanan Melayu (KM) ni, kan? Hmm ramai betul cendawan-cendawan yang ingin menafsir KM menurut akal masing-masing. Jadi sebagai pelajar, adakah saya berhak untuk menafsir juga? Mesti lah ada kan? Nak juga lah saya jual buah fikiran ni.

Klu hendak tahu cuba baca link ni sebab tidak mahulah saya nak copy balik. Menyemak sahaja kat blog ini. Maaf ya, walaupun saya pencinta Melayu tetapi bahasa yang saya gunakan ini banyak short form dan bahasa rojak. Ampun Tuanku.

Ketuanan Melayu Menyanggah Islam

Jadi apa respons saya sebagai rakyat Malaysia ini? Hmm jika ada sesiapa yang membaca dan ingin mengkritik idea saya juga dipersilakan.

Hmm saya x setuju pula dengan Ustaz Asri tersebut. 1 perkara yang perlu diambil perhatian dalam kes ini ialah pendefinisian satu-satu kata sama ada secara literal mahupun konseptual. Maka dalam hal ini, beliau telah mengelirukan tafsir tuan tersebut. Semua orang Melayu telah tahu bahawa kemuliaan itu bukan terletak pada bangsa dan keturunan. Oleh itu apa makna sebenarnya? Tuan dalam konteks ini melibatkan kepada pemilikan lahiriah. Apa maksudnya? Contoh :

1) Ali beli rumah bungalow. Maka dialah tuan rumah tersebut.

2) Pak Mat membuka sebidang tanah untuk menjadikan sebendang sawah. Maka Pak Mat ialah tuan kepada tanah itu kerana dia memilikinya.

Maka dalam hal ini samalah juga seperti Malaysia. Ketuanan Melayu (KM) bukannya bererti Melayu ialah bangsa yang terpilih dan agung di sisi Allah. Secara tidak langsung penerangan ini menafikan konsep KM itu BERBEZA sama sekali dengan konsep yang difahami Yahudi. "Ketuanan" mereka ialah pada agama bahawa mereka menganggap bahawa agama nabi musa hanya untuk mereka dan Elia (Allah) itu hanya milik mereka.

Namun dalam kontek KM pula, hal tersebut membabitkan pemilikkan perkara yang fizikal dan langsung tidak berkaitan dengan kemuliaan! Jadi mengapa pula timbul konsep KM? Hal ini disebabkan Orang-orang Melayu zaman dahulu telah membuka tanah ini menjadi sebuah kerajaan. Malahan dalam kajian sejarah Tanah Melayu ini telah berhubung secara langsung dengan Tamadun Mesir Purba berdasarkan pada sistem tulisan dan linguistik.

Jadi dalam perspektif ini kita mengetahui bahawa orang Melayu telah memelihara tanah ini hampir 3 ribu hingga 4 ribu tahun yang lalu. Maka di sini lah timbulnya KM bahawa Orang Melayu lah yang telah membuka tanah ini dan mereka l;ah miliknya kerana jasa mereka membangunkan tanah ini hingga dikenali oleh Mesir Purba selama 3 ribu tahun yang lalu.

Malahan kewarganeraan kepada bukan Melayu juga merupakan sifat toleransi melayu dan ihsan mereka terhadap orang buan Melayu pada zaman itu. Jadi Ketuanan Melayu jika hendak dimansuhkan sangat-sangat tidak relevan kerana jasa-jasa orang bukan Melayu terhadap empayar di tanah ini belum setara nilainya dengan jasa bangsa Melayu terdahulu.

Orang bukan Melayu yang menetap di tanah ini baru berapa tahun? Jadi setara tak nilainya denga jasa orang2 Melayu?

Tapi saya akui Ketuanan Melayu yang dibawa oleh UMNO sebenarnya Ketuanan UMNO. Jadi apa yang diharapkan oleh sebahagian rakyat agar KM itu dibersihkan semula dan difahami dengan teliti juga serta dapat dilaksanakan kerana KM pada satu ketika dahulu membuktikan keadilan
.

6 comments:

SiamangBukit said...

Saya tidak setuju dengan pendapat tuan dengan Ketuanan UMNO.
In semua secara kebetulan dimana parti yang mendapat tempat dihati rakyat adalah UMNO. Mungkin di situ hari nanti, parti Melayu lain pula yang akan mendapat tempat untuk memerintah. Walau bagaimanapun adalah hak orang Melayu untuk menentukan siapa yang akan mewakili mereka sebagai pemerintah. Ridhuan Tee Abdullah ada menyentuh pasal definari Tuan ini sebagai bahasa lama seperti saya kah tuan kereta ini atau bilamana kita membahasakan seseorang itu sebagai Tuan Hamba.
Ramai bangsa China masih mengaku bahawa mereka yang datang dari China adalah mereka yang kalah dalam perang saudara mereka dan bertermikasih kepada orang Melayu kerana memberi kerakyatan pada mereka yang mendatang.Layar http://dranthonyng.blogspot.com/2006/12/my-stand-on-bumiputra-and-local-born.html

Neutronboy said...

Terima kasih untuk response tuan.

Mengapa saya katakan bahawa KM yang dibawa oleh UMNO ialah Ketuanan UMNO?

Hal ini kerana terdapat beberapa faktor menurut perspektif saya.

1) Sepanjang UMNO-BN memerintah selama 52 tahun, namun mengapakah bangsa Melayu yang mengungguli kedudukannya dalam kategori kemiskinan? Di manakah Ketuanan Melayu (KM) yang dibawa? Di mana hak istimewanya?

Dalam persoalan ini saya jelaskan lebih terperinci. UMNO seolah2 memberi ugutan kepada rakyat sebenarnya dan buka menarik hati rakyat kerana, mereka menggambarkan jika rebah UMNO-BN maka rebahlah orang Melayu.

Buktinya kita boleh baca dalam akhbar arus perdana bahawa rakyat Melayu ditakut-takutkan dengan dasar yang dibawa oleh parti pembangkang tidak mampu membela nasib Melayu. Walhal sepanjang pemerintahan UMNO-BN, di manakah kedudukan bangsa Melayu? Apakah jaminan bahawa dasar Pembangkang itu jelas2 menggadaikan nasib Melayu?

2) Hak orang Melayu untuk menentukan siapakah pemerintah?

Inilah dakwaan paling janggal sebenarnya. Tahu kenapa? Siapa yang menentukan calon pemerintah? Rakyat? atau ahli politik?

3) Tentang definisi Tuan itu sama sahaja dengan keterangan saya. Semangnya merujuk kepada hak pemilikan.

4) Ramai bangsa berterima kasih.

Persoalannya ialah, adakah ramai itu menunjukkan majoriti daripada bangsa mereka berterima kasih?

Selain itu, adakah dengan kenyataan berterima kasih boleh menjamin mereka menghormati hak2 keistimewaan orang Melayu?

Adakah dengan kenyataan itu juga boleh menjamin mereka sedia menumpahkan taat setia mereka kepada institusi raja2 Melayu dan agama bangsa kita?

Tidak, kerana dengan tindakan lah boleh membuktikannya dan bukan dengan pelbagai statement yang dikeluarkan.

Wallahu a'lam

Anonymous said...

Minta maaflah saudara, saya takkan pernah bersetuju perjuangan ketuanan Melayu oleh UMNO adalah ketuanan UMNO.Itu satu pendapat yang cukup dangkal dan tidak berpijak di bumi yang nyata.Mengapa orang Melayu masih lagi dibawah paras kemiskinan itu bukan setakat berpunca daripada kerajaan sahaja tetapi itu adalah punca masalah yang membabitkan mentaliti orang Melayu yang masih tidak mahu mengubah nasib diri sendiri.Berbalik kepada 50 tahun yang lalu, pelbagai agensi kerajaan ditubuhkan oleh pihak kerajaan pada masa itu untuk menolong kaum bumiputera dari segi pendidikan,lesen perniagaan dan biasiswa.Agensi yang bertanggungjawab itu adalah MARA yang dahulunya dikenali sebagai RIDA yang terlalu banyak jasanya terhadap kaum bumiputera (Melayu).
Selepas peristiwa 13 mei,kerajaan pada masa itu(Barisan Nasional) sedar terdapat jurang perbezaan dari segi pembahagian ekonomi yang tidak seimbang antara kaum. Sebab itulah tertubuhnya dasar ekonomi baru(DEB)yang bertujuan untuk menyusun semula masayarakat dan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.Menurut data kajian pada 1990 oleh pakar ekonomi tempatan,peratusan hak milik modal saham dikalangan bumiputra meningkat hampir 20.3 peratus walaupun tidak mencapai sasaran 30 peratus yang ditetapkan tetapi ia menunjukkan peningkatan berbanding tahun 1970 yang hanya 2.3 peratus (merujuk kepada laporan KDNK negara pada 1990).
Kalau nak diikutkan pada setiap perancangan kerajaan dari segi ekonomi pada setiap tahun, tiada satu dasar pun yang mengabaikan orang Melayu dan juga pelaksanaannya dapat direalisasikan berdasarkan peruntukan kuasa dalam perkara 153.
Sampai sekarang,kerajaan masih mengekalkan dasar afirmatif yang begitu dibenci oleh parti pakatan pembangkang yang kononnya kaum lain dipinggirkan oleh kerajaan.Selama ini pun, yang mendapat keistimewaan dari segi pendidikan dan biasiswa adalah kaum bumiputera.Kalau kita tengok peluang pekerjaan di sektor awam dan syarikat GLC,hampir semuanya telah diisi oleh kaum bumiputera dan majoritinya menjawat jawatan yang tinggi. Apakah semua ini tak membuktikan kerajaan tidak prihatin terhadap orang Melayu?

Cuba saudara tengok institusi pendidikan yang banyak tolong Melayu seperti UITM dan MRSM, berapa ratus ribu golongan profesional Melayu dilahirkan dan berjaya hingga meningkatkan taraf hidup mereka.Yang peliknya, ada juga dikalangan mereka yang dah lupa daratan, dah lupa jasa kerajaan terhadap mereka. Inilah masalah mentaliti bangsa Melayu yang tak pandai mengenang jasa!!!

Saya bersetuju dengan komen saudara SiamangBukit.Orang Melayu yang menjadi kaum majoriti yang mempunyai kuasa untuk menentukan pemimpin dan parti yang diwakili oleh mereka bagi mengekalkan kuasa politik Melayu sebagai mempertahankan perkara-perkara yang menjadi milik Melayu selama ini berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan.Selama UMNO yang menjadi parti terulung Melayu memerintah negara bersama parti komponen yang lain,mereka cuba untuk mewujudkan suatu dasar pembangunan yang mengambil kira kepentingan bumiputera dan kaum-kaum lain.UMNO yang menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional sejak sekian lama cuba untuk menjelmakan segala yang dperuntukkan dalam perlembagaan seperti artikel 152,153 dan artikel 3 untuk menjadikan negara ini seperti mana yang dihasratkan oleh rakyat terutamanya kepada majoriti kaum bumiputera.

Andai kata kalau parti pembangkang memerintah apakah mereka akan sendiri mempertahankan perlembagaan? Apakah parti pembangkang juga boleh menjadi seperti Barisan Nasional untuk meneruskan dasar membantu bumiputera?
Saya boleh kata parti pembangkang paling dominan adalah DAP kerana mereka mempunyai kerusi parlimen yang lebih banyak dan pengaruh mereka lebih kuat berbanding PAS dan PKR yang sekadar menyembah DAP sebagai tuhan bagi memancing undi Melayu untuk meraih komoditi politik.

Neutronboy said...

Hmm terim kasih saudara untuk maklumat yang sangat infomatif.

Hmm tetapi bagaimana pula dengan dasar penswastaan? Dasar itulah punca utama mengapa rakyat sungguh terbeban.

Kita kena ingat budaya Melayu sebagai penduduk majoriti di sini tidak seiring dengan dasar tersebut.

Walhal, sejak dahulu kala lagi, kerajaan yang berasaskan raja sentiasa bersatu dengan rakyatnya. Bantuan dan segala macam perkara adalah dibawah kerajaan. imbalannya, rakyat menumpahkan taat setia kepada raja.

Namun apa yang berlaku sejak dasar tersebut dilaksanakan secara mega?
Yang kaya2 tuh memang benar orang Melayu, tetapi bukankah mereka2 itu kroni BN?

Cuba buat penisbahan secara kendiri ea,

Antara rakyat Melayu yang berjaya/kaya kepada pemimpin politik Melayu yang berjaya/kaya, pula bagaimana? Mana yang lebih memonopoli sebenarnya?

Ingat, kalau nak berkhidmat, mesti untuk rakyat. Jadi kautan harta itu untuk rakyat dan bukannya pemimpin kebas. Dalam konteks ini saya tekankan antara rakyat Melayu dan Pemimpin Melayu, la.

Saya x menafikan jasa2 dari Kerajaan pusat mahupun pembangkang. Tetapi, kami rakyat juga x kan lupakan onar2 dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Wallahu a'lam

Zharif Nizam said...

1) Sepanjang UMNO-BN memerintah selama 52 tahun, namun mengapakah bangsa Melayu yang mengungguli kedudukannya dalam kategori kemiskinan? Di manakah Ketuanan Melayu (KM) yang dibawa? Di mana hak istimewanya?

Satu sahaja, orang2 Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang ada. Sifat orang2 Melayu yang kebanyakannya kita lihat adalh negatif sperti malas dan hanya mengharapkan kejayaan datang bergolek ~

Neutronboy said...

Terima kasih kerana sudi melawat YM ^^

Ketuanan Melayu itu bukan pada pemilikan harta dunia.... Kita menjadi tuan kepada tanah ini kerana Kitalah yg membuka dan memajukan tanah ini...

Bangsa lain beria-ria mengaut harta di tanah ini kerana mereka rasa tanah (berserta harta2) ini bukan mereka punya.. sedang kita (bangsa melayu yang sedar dan bukan materialistik) pula merasa cukup dengan yg sedia ada... ini hak kita.. maka tidak perlu direbut, dikejar..

Itu dari makna KM sendiri.. hak istimewa kita juga terlalu banyak..

Dan benar kebanyakkan umat Melayu malas dan sebagainya..

kerana apa? mereka hilang jati diri.... mereka tidak kenal siapa diri mereka dan siapa nenek moyang mereka....

Sekiranya akidah Islamiyah diadun sebati dengan sejarah hakiki, x mustahil malayu akan bangkit semula..

Itulah masa yg dinantikan untuk keruntuhan demokrasi....