Tuesday, August 16, 2011

KITAB MEMINTAS PERLEMBAGAAN AKHIR ZAMAN : 2

Siri 2: Agama dan Perlembagaan

Anda bertuah atas beberapa perkara. Yang pertama Allah telah memberi keizinan kepada anda untuk membaca siri kali ini. Ini bermakna anda merupakan orang yang terpilih untuk mendapatkan kesedaran terhadap fitnah dan petanda yang terdapat dalam perlembagaan akhir zaman ini. Jaringan matrik yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan adalah terlalu rumit bagi saya untuk diuraikan 1 per 1.. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi lham kepada saya untuk mencerna segala petanda dan fitnah yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.


Sebelum saya mengulas dengan lebih lanjut mengenai siri kali ini, anda perlu jelas tentang beberapa perkara agar setiap jaringan yang bakal dilancarkan dapat terjalin antara satu sama lain supaya mesej tersirat sebagai mesej terpenting dapat anda fahami. Lantaran itu, sebelum membaca tulisan kali ini serta tulisan-tulisan sebelumnya dan yang mendatang, mulakan dengan bacaan Basmalah agar Allah memberikan kita kefahaman tentang perkara ini. Insya Allah…


Setiap Negara memiliki simbol dan lambang tersendiri dan setiap Negara juga memiliki mercu tanda atau Ketertinggian Mutlak yang tiada tolok bandingnya. Ketertinggian inilah yang mesti didukung oleh setiap Negara. Malahan Ketertinggian Mutlak ini jugalah melambangkan pentadbiran dan budaya hidup rakyat bagi sesebuah negara di dunia ini. Secara nyata dan jelasnya bahasa Semenanjung Emas ini telah diikat dengan KM ini iaitu Perlembagaan Persekutuan (PP). Berdasarkan Perkara 4 (1) menyatakan :


Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu.


Dalam menilai sinar Islam yang dikatakan bakal bergemerlapan di Semenanjung Emas ini, bagaimanakah kedudukannya sekarang di Negara ini? Dan apakah modus operandi bagi memintas perlembagaan ini? Dan akhir sekali, bagaimanakah dengan keputusan kita untuk mendaulatkan Daulah Islamiyah di Tanah Yang Dijanjikan ini tanpa sebarang ikatan?

Satu lagi persoalan yang perlu dijawab adakah Negara Malaysia ini sebagai sebuah Negara Islam yang sebenar-benarnya? Atau sebuah Negara Islam celup? Ataupun sebuah Negara yang Hybrid? Ataupun sebuah Negara secular pada hakikatnya? Maka menajwab persoalan pokok ini, hendak atau tidak, mahu atau tidak, kita mestilah memahami erti SEKULAR.


Ensiklopedi Britania misalnya, menyebutkan bahwa “sekularisme” adalah sebuah gerakan kemasyarakatan yang bertujuan memalingkan dari kehidupan akhirat dengan semata-mata berorientasi kepada dunia. Gerakan ini dilancarkan kerana pada abad pertengahan, orang sangat cenderung kepada tuhan dan hari akhirat dan menjauhi dunia. Maka, sekularisme tampil untuk menghadapinya dan untuk mengusung kecenderungan manusia yang pada abad kebangkitan daripada orang yang sangat rapat dengan hubungan ukhrawi kepada orang yang bergantung harap kepada dunia misi keduniaan mereka melampaui kehidupan akhirat. Lalu orientasi kepada sekularisme yang merupakan gerakan perlawan terhadap agama dan ajaran Masehi terus berlanjut di celah-celah sejarah modern seluruhnya.


Kamus Dunia Baru oleh Wipster merinci makna Sekularisme dengan menyebutkan sebagai berikut:

“Semangat Keduniaan atau orientasi “duniawi” dan sejenisnya. Secara khusus adalah undang-undang dari sekumpulan prinsip dan praktikal yang menolak setiap bentuk keimanan dan ibadah.

Keyakinan bahawa agama dan urusan-urusan gereja (atau mana-mana agama) tidak ada hubungannya sama sekali dengan soal-soal pemerintahan, terutama soal pendidikan umum.”


Kamus Oxford menyebutkan sebagai berikut:

Sekularisme ertinya bersifat keduniaan atau materialisme, bukan keagamaan atau keruhaniaan. Seperti pendidikan sekular, seni atau musik secular, pemerintahan secular, pemerintahan yang bertentangan dengan gereja (atau mana-mana agama).

Sekularisme adalah pendapat yang mengatakan bahwa agama tidak layak menjadi asas dan tunjang kepada ahlak dan pendidikan.


Sementara Kamus Internasional Modern ketiga menyebutkan:

Sekularisme ialah suatu pandangan dalam hidup atau dalam satu masalah yang berprinsip bahawa agama atau hal-hal yang bernuansa agama tidak boleh masuk ke dalam pemerintahan, atau pertimbangan-pertimbangan keagamaan harus dijauhkan darinya. Maksudnya adalah: Politik sekular murni dalam pemerintahan, misalnya, pemerintahan yang terpisah sama sekali dari agama.


Sekularisme juga adalah undang-undang akhlak sosial yang berlandaskan pemikiran yang mewajibkan ditegakkannya nilai-nilai perilaku dan moral menurut kehidupan modern dan kebebasan sosial tanpa memandang kepada agama.


Adapun seorang orientalis bernama Arberriy dalam bukunya, Ad-Dien fi Asy-Syarqi Al-Awsath, mengatakan berkenaan dengan sekularisme sebagai berikut,Materialisme, sekular dan humanistik serta aliran naturalisme semuanya merupakan bentuk dari sekularisme sebagai ciri khas Eropa dan Amerika yang fenomenanya tampak di Timur tengah. Ia tidak membuat satu model pun dalam falsafah atau etika tertentu? Contoh utamanya adalah pemisahan agama dari pemerintahan pada Republik Turki.


Maka setelah kita jelas dengan pendefinisian erti SEKULAR dalam makna yang sebenar, bagaimana pula kita menilai perlembagaan akhir zaman ini? Mari saudara-saudari sekalian dengarkan saya ingin bercerita kepada anda semua. Jika anda bertanyakan saya sifat perlembagaan itu sendiri, sama ada Islam atau secular, apakah jawapan saya agak-agaknya? Menurut kajian dan hemat saya, perlembagaan sedia ada sekarang ini benar-benar bersifat sekular.


Tidak percaya? Mari langkah bersama-sama dengan saya untuk masuk ke dalam minda saya dan saya akan pancarkan projector dalam cerebellum saya ini terus menusuk ke dalam sanubari anda. Ada yang berkata bukti kita Negara Islam melalui Perkara 3(1) : Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. Point mereka hanya tertumpu kepada agama Islam ialah agama bagi persekutuan”…Tetapi inilah bukti terkukuh saya yang mengatakan bahawa peruntukan menjelaskan lagi bahawa kita benar-benar Negara secular dan ini juga merupakan FITNAH TERBESAR hinggakan orang tersalah faham akan tafsirannya.


Baiklah, ada dua hujah yang akan saya bawakan bagi menafsir peruntukan ini. Yang pertamanya, frasa ini sendiri iaitu “Agama Islam ialah agama bagi persektuan”. Dalam frasa ini, kita perlu benar-benar teliti terhadap makna AGAMA berdasarkan peruntukan dalam perlembagaan ini. Memandangkan tiada tafsiran dalam mana-mana bahagian, sama ada perkara 160 : Tafsiran ataupun Ordinan Pentafsiran dan Fasal-fasal Am 1948, maka kita sendiri harus menilai maknanya berdasarkan situasi perlembagaan itu sendiri. Makna agama dalam peruntukan ini sebenarnya tidak lebih dan tidak kurang hanyalah merujuk kepada ibadah harian sahaja iaitu MENGUCAP 2 KALIMAH SYAHADAH, SOLAT, PUASA, ZAKAT, HAJI bagi Muslim dan ibadah khusus bagi agama-agama lain. Sekiranya benar peruntukan ini menjelaskan bahawa Malaysia Negara Islam, semestinya peruntukan tersebut haruslah berbunyi, “Agama Islam ialah asas pentadbiran dan pemerintahan bagi persekutuan dan ritual ibadah agama-agama lain boleh diamalkan dengan tenang dan aman” Inilah bukti yang menjelaskan bahawa makna agama tidak lebih dari sekadar amalan wajib harian kita.


Dan untuk menyokong hujah pertama saya ini, saya bawakan pula sokongan dari Perlembagaan sendiri seperti yang terkandung dalam Perkara 4(1) : “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan…” Inilah yang menunjukkan berlakunya pemisahan total antara unsur agama (agama Islam) dengan unsur pentadbiran undang-undang dalam Negara kita. Peruntukan ini secara jelasnya telah menolak fungsi al-quran dan hadis sebagai sumber rujukan tertinggi. Ini juga membuktikan bahawa makna agama dalam perlembagaan tidak lebih dari ibadah harian semata-mata dan menolak fungsinya sebagai the way of life. Situasi ini, begitu selari dengan pendefinisian sekular itu tadi.


Bagi memudahkan lagi pemahaman tuan-tuan dan puan-puan yang masih keliru, saya huraikan 1 per 1 implimentasi perlembagaan hingga menampakkan wajah sebenarnya. Agama umumnya dan Agama Islam khususnya dianggap the way of life dan sempurna sifatnya untuk dijadikan sebagai panduan dan pedoman untuk kita meneruskan kehidupan. Ini bermakna ‘agama’ ini mestilah meliputi aspek :


1. Pemerintahan bernegara seperti undang-undang dan politik,

2. Pendidikan

3. Perniagaan dan Pengurusan Kewangan

4. Jenayah

5. Dll


Namun apa yang berlaku dalam perlembagaan? Semua daripada aspek ini telah dirobek daripada agama dan ideologi sekular yang mengambil tempat. Apa buktinya? Kalau ada sila tunjukkan… inilah permintaan daripada orang yang tidak mempercayai. Sabar saudara-saudari sekalian. Saya minta anda rujuk pada Perlembagaan Persekutuan, Jadual 9 : Senarai 1, apakah yang bakal anda Nampak?? Tidak mengapalah, izinkan saya menaipnya untuk anda di sini.


1. Hal ehwal luar negeri

2. Pertahanan bagi persekutuan

3. Keselamatan dalam Negeri

4. Undang-undang dan acara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan

5. Kewangan

6. Tred, perdagangan dan perusahaan

7. Pelajaran

8. Hinggalah ke 27.


Eh, belum habis lagi. Mari semak pula dalam Senarai 2 pindaan Akta A1095. Saya minta anda rujuk perenggan 1 sahaja. – Kecuali mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan KL, Labuan dan Putrajaya Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut agama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewairisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, penceraian, maskahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, tara anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta, dan amanah bukan khairat;Wakaf Islam dan ta’arif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama Islam dan kahirat, yayasan, amanah, khairat yang dijalankan, kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; zakat Fitrah, dan Bait-ul-mal atau hasil agama Islam yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut agama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut agama Islam…”


Adakah anda nampak perkara yang saya Nampak? Adakah Islam sebagai asas pentadbiran dan undang-undang? Di mana letaknya hokum jenayah? Apakah peranan Islam dalam pendidikan? Bagaimana pula dengan pengurusan kewangan dan perniagaan? Adakah mereka ini di bawah bidangkuasa agama? Tidak, bukan teman-teman sekalian? Adakah bukti ini belum cukup untuk mengatakan bahawa Islam telah lama terpisah dari petadbiran di Negara ini? Tidak percaya lagi? Cuba pula anda renung-renungkan bolding saya dalam Senarai 2. Tindakan undang-undang syarak hanya terhadap pelanggaran rukun-rukun Islam sahaja. Lebih jelas lagi, baca kecuali hingga habis. Inilah situasi sebenar, agama dalam pengertian perlembagaan tidak lebih dari 5 Rukun Islam dan ibadah kepecayaan-kepercayaan lain. Jelasnya definisi SEKULAR di awal tafsiran tadi BERJAYA DIPENUHI OLEH PERLEMBAGAAN.


Jadi tuan-tuan dan puan-puan, adakah anda semua masih yakin bahawa Malaysia sebagai Negara Islam? Adakah Islam diletakkan dalam kedudukan yang wajar dalam pentadbiran Negara? Adakah Panji-panji Hitam akan bangkit dari Timur jika kita semua masih leka? Adakah akan berlaku kebangkitan jika kita sendiri masih menyokong system sekular ini? Ayuh bangkitlah saudara seagamaku sekalian. Mantapkan iman anda… Teguhkan akidah anda… Tambahkan ibadah anda… Sedarkan diri anda dari terjerat dengan debu-debu yang melemaskan ini… Berpuasalah untuk fizikal anda agar kita mampu berperang disaat kedudukan Islam bakal terancam di Negara ini…. Berpuasalah… BerpuasalahBersolatlah kalian untuk mengikat hati anda dengan Maha Pencipta…. Bertahajudlah anda untuk mendapatkan pertolongan Allah di saat Negara kita memerlukan pengorbanan perajurit-perajurit Islam…. Marilah berjemaah tuan-tuan dan puan-puan.. agar terpateri hati-hati kita hingga menggentarkan hati musuh Islam…. Zuhudlah kita terhadap dunia agar hati kita mampu lepas dari cengkaman fitnah Al Masih Dajjal… Binala kekuatan dari dalam diri kita agar kita mampu menyahut seruan daripada IMAM YANG DITUNGGU-TUNGGU sekiranya kita berada di zamannya…


“But many of you will always deny”


14/6/2011 : 14/Ramadhan/1432


Credit to : Akira Nikaido

Saturday, August 13, 2011

Kitab Memintas Perlembagaan Akhir Zaman : 1

Siri 1: Mukaddimah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT yang menggerakan hati ini untuk bertindak melalui jasad yang telah dipinjamkan kepada saya demi nama amanah seorang khalifahNya di muka Bumi ini. Pertama-pertamanya sekali, tulisan ini bertujuan untuk menyeru sahutan yang telah dilaungkan oleh :-

  • Dinar Emas (DE) (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001143215923#!/DinarEmas.DirhamPerak) ,

  • Mistisfile Organization (MO) (http://mistisfiles.blogspot.com),

  • Ibnu Yaacob,

  • Bahera Wawasan (http://bahterawawasan.blogspot.com),

  • Ilham Pertama (http://ilhampertapa.blogspot.com)

  • Alter Terahsia Bangsa Melayu (ATBM) (http://www.facebook.com/profile.php?id=100001143215923#!/AlterTerahsiaBangsaMelayu)

dll yang tidak mampu saya sebut. Mereka telah memberikan kita pencerahan yang begitu jelas berdasarkan kepada aspek dalam kepakaran masing-masing.

Kebangkitan alter bangsa Melayu telah digerakkan, tapak ekonomi pemerintahan Islam telah diperkukuh, kekebalan tentera dan rohaniah Islam telah dijana, kesedaran bagi mecaras fitnah Al Masih Ad Dajjal kian terserlah, dan kini saya mengambil portfolio untuk membuka siri pencerahan kepada pemintasan perlembagaan yang membelenggu seluruh umat Islam di dunia ini kerana PANDANGAN dan MATA HATI mereka telah diikat dalam terowong yang segelap-gelapnya.

Tujuan saya memulakan penulisan ini juga adalah kerana taufiq dan hidayah yang telah diberikan oleh Allah kepada saya untuk membantu sekalian saudara seagama saya untuk sedar daripada terus diperbodohkan oleh kaum elit The Hidden Hand (THH) dan bangkit memperjuangkan Islam di Semenanjung Emas ini. Tempat yang telah dikhabarkan sebagai kebangkitan panji hitam akhir zaman di Timur dengan izinNya jua.

Namun begitu sebelum penulisan ini bermula, mantapkanlah iman kita dengan SOLAT, mantapkanlah akidah kita dengan SOLAT dan mantapkanlah akhlak kita dengan SOLAT. Sekiranya kita terlalu asyik mengejar dan memenuhkan diri dengan perkara furu’ maka tidaklah berguna bagi kita jika kita TIDAK BERSOLAT. Sedangkan SOLAT itu merupakan tiang agama dan amalan pertama yang dihitung oleh Allah. Andai amalan SOLAT kita di PADANG MAHSYAR nanti ditolak oleh Allah, maka semua amalan kita yang lain akan ditolak dan ketika itu, tersia-sialah hidup kita dan jadilah KITA ORANG-ORANG YANG RUGI.

“Ya Allah, Tuhan kami, tiada tuhan melainkan engkau dan janganlah kami ini tergolong dalam orang-orang yang rugi”


Credit to : Akira Nikaido