Tuesday, February 7, 2012

Puisi Putra Sri Durga

Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang,
Melayu Itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan.
Melayu Itu Budaya Yang Memerintah

Kemanakah arah tuju melayu kalau tidak kepada anak cucunya.kita orang melayu bangsa yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi menilik jauh akan nasib keturunan kita.

Jangan kita lari dari teras ini kerana ianya satu perjuangan kesinambungan bangsa melayu dan erti kata melayu itu sendiri "TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA." Jangan ada melayu yang beralih kepada fahaman bangsa asing yang tak sama pendiriannya.

Melayu sudah lama mendominasi dunia dengan ketamadunannya walaupun segelintir yang akur akan fakta ini.Beribu tahun dahulu kita orang melayu adalah pencetus tamadun dan peradaban Kemanusiaan.

FITRAH MELAYU
Fitrah Melayu Fitrah Beraja

ADAT MELAYU
Adat Beraja

TUGAS MELAYU
Penegak kebenaran
(Dharma Suci Kebenaran Sejati)

PANCASILA MELAYU

*Kenal Dan Chinta Tuhan
*Taat Setia Kepada Raja
*Berkorban Demi Bangsa
*Berbakti Kepada Perthivi
*Berguna Kepada Nagara

Maka ini susila kita semua melayu di atas dunia walau dimana jua berada tetap tiada boleh derhaka atas janji sebagai manusia akur sekelian jiwa dan raga pada susila perlembagaan kita.


MULA CIPTA RUPA NYATA

Ayat disusun mejadi kata,
Jantung bergetar mencipta Benta,
Turun dan naik sekata nyawa,
Dari wujud menjadi nyata,
Inilah isyarat pembuka cerita,
Hikayat gurindam penuh seloka,
Menjadi warta sekelian warga,
Menjadi marga sekelian manusia,
Ini serat cipta yang Kasa,
Olahkan Ia menjadi Kersa,
Agar sifat arya mulia,
Melimpah sekelian anggota kita,
Barulah gerak kita bermakna.

SELAGI MELAYU NAMANYA KITA, BIAR HIDUP ADA BERGUNA, BARU MATI PENUH BERJASA.
HANYA MELAYU TAHU MELAYU, HANYA MELAYU RASA MELAYU, HANYA MELAYU JADI MELAYU.

7 comments:

Nurun Nur 9111 said...

salam ziarah...:)

Neutronboy said...

Terima kasih.. saya berbesar hati atas kunjungan tuan...

Putra Sri Durga said...

Salam ku salam kasih sayang...
Ini bukannya puisi, ini adalah pancasila Melayu yang terkandung di dalam PUSAKA MELAYU,
Ini adalah hasil daripada Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo & Hamba hanya menyampaikan sahaja.

Nurun Nur 9111 said...

salam tuan rumah,

kami bukan tuan,jangan bertuan2,kami hanya salah seorang sahabat anda...:)

kami dan anda hanya dibezakan dgn takwa dan iman...tapi persoalannya,adakah keimanan dapat diukur manusia?tidak bukan?

jadi jangan macam tu,kita sama saja...saya suka blog anda...best...:)

-Annur-

Neutronboy said...

Gelaran tuan itu hanya sekadar penghormatan kepada sahabat pena yg lain.....

Terima kasih atas pujian nye (kak, kan?)

Ada yg copy paste je.... unless pasal law, saya tulis sendiri....

Nurun Nur 9111 said...

salam...

yup...kakak...:)

ps:student law yer...bagus2,nanti bubar semua law yang mengarut tu yerrr...

-Annur-

Neutronboy said...

X leyh nak bubar kak... kuasa gubal, pinda dan mansuh law terletak pada parliament...

kalau sistem ni runtuh, baru automatik kita boleh naekkan sistem baru untuk tegakkan undang2 yg adil......