Monday, February 6, 2012

Ribut Geomagnet 2012- Petanda Teknologi Ciptaan Agen Dajjal Semakin Menuju Ke Pengakhirannya

Satu lagi maklumat dari Pasukan Perisikan Brigade Zameer Fisabilillah yang perlu anda baca. Sila pastikan anda turut TIDAK KETINGGALAN ZAMAN dengan bertindak segera membaca kesemua nota dan maklumat kami semenjak dahulu hingga kini. Untuk pengetahuan semua, maklumat ini telah kami khabarkan kepada semua ahli serius Brigade Zameer Fisabilillah semenjak minggu lepas lagi menerusi perkhidmatan sms kami. Sebenarnya, ada banyak lagi maklumat yang terkandung di dalam setiap sms kami yang dikirimkan kepada semua ahli serius setiap hari dan adakala maklumat tersebut tidak dapat kami terangkan secara terbuka di khalayak ramai kerana akan mengundang SIMPTOM MENGEJUT kepada sesiapa yang terlalu fobia membaca maklumat-maklumat berkaitan akhir zaman.Kepada semua ahli serius Brigade Zameer Fisabilillah, nampaknya usaha anda tidak sia-sia membaca segala penulisan maklumat bermanfaat dari kami semenjak dahulu hingga kini.


Untuk pengetahuan umum,sebenarnya fenomena ribut geomagnet ini telah kami bentangkan pada tahun 2010 lagi,malangnya di saat itu pembentangan kami telah di delete zionis. Pada tahun 2010 lagi kami telah memberi amaran kepada penduduk dunia bahawa pada tahun 2011,2012 dan 2013 akan berlaku ribut geomagnet yang semakin dahsyat dan semakin kerap.

Ribut geomagnet telah berlaku di matahari pada 22.1.2012.Ribut geomagnet paling kuat dalam tempoh enam tahun mencecah medan magnet Bumi pada bila-bila masa mulai hari Selasa (24.1.2012) akan menjejaskan laluan syarikat penerbangan (kawasan Kutub Utara,Amerika Utara,Eropah serta Asia), grid kuasa,peralatan elektronik,pacaran radio,televisyen dan satelit. Situasi itu menyebabkan zarah suria bergerak 2000 kilometer sesaat, 5 kali ganda lebih pantas berbanding gerakan normal.Fenomena ini juga menyebabkan perubahan medan megnet bumi secara mendadak. Ribut geomagnet berkenaan berkekuatan sederhana, tahap dua atau tiga daripada skala 5. Ribut geomagnet ini boleh menyebabkan penduduk bumi diancam radiasi yang mampu memudahkan merebaknya pelbagai penyakit kanser.Selain itu, sistem navigasi akan terancam serta mengakibatkan gangguan terhadap sistem GPS, LORAN, OMEGA.


Pada bulan september 1859, satu kejadian ribut geomagnetik terbesar pernah berlaku di bumi yang menyebabkan aurora kelihatan bukan sahaja kepada penduduk di kutub utara malah an penduduk di sekitar Lautan caribbean (sekitar teluk mexico) juga dapat melihat aurora. Ribut geomagnetik yang berlaku telah menyebabkan terputusnya sistem telegraf di seluruh Eropah dan Amerika Utara.


Ribut geomagnet pernah berlaku pada tahun 1921, beratus-ratus peralatan transformer dan sistem grid telah musnah serta menyebabkan lebih 130 juta manusia terpaksa tinggal dalam gelap. Sekiranya tiada langkah pencegahan awal dilakukan, Ribut Geomagnet ini boleh menyebabkan kerugian besar yang boleh mencecah berbillion dolar seperti yang terjadi pada tahun 1921.Antara langkah untuk meminimumkan kesan ribut ini adalah dengan menutup terus sistem grid elektrik bagi mengelak “induce current” berlaku.


Ribut geomagnet yang berlaku pada tahun 2012 ini turut meunsingkan para pemimpin dunia sama ada pemimpin kafir,munafik,fasik dan seangkatan dengannya. Mengapa mereka begitu rungsing? Kerana mereka menganggap dunia ini syurga bagi mereka,padahal tanggapan mereka itu salah dan DUNIA ADALAH PENJARA BAGI ORANG BERIMAN,SEDANGKAN SYURGA ITULAH SEBENARNYA TEMPAT YANG KEKAL ABADI SELAMA-LAMANYA. Pasukan perisikan Brigade Zameer Fisabilillah turut dimaklumkan bahawa pemimpin negara maju seperti England telah memaksa setiausaha pertahanannya, Liam Fox membuat satu sidang perbincangan antara saintis untuk mencari jalan keluar kepada sebarang kebarangkalian disebabkan ribut geomagnetik. Itulah sikap kolot di kalangan pemimpin hari ini,mereka tidak sedar bahawa waktunya semakin hampir untuk telefon bimbit mewah mereka bakal bertukar menjadi sampah sarap yang tidak berguna.


Ribut solar yang berlaku pada awal tahun 2012 ini telah mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas. Ribut geomagnet yang berlaku ini turut mengakibatkan berlaku masalah DNS rangkaian internet dan turut diakui para pengguna Comcast pada 24.1.2012.Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi turut menyebabkan beberapa buah pesawat sebuah syarikat penerbangan terpaksa mengubah laluan.Syarikat penerbangan AS, Delta Air Lines mengubah laluan penerbangan rentas kutub antara Asia dan AS untuk mengelakkan masalah akibat radiasi ribut matahari berkenaan.Menurut NASA, ribut matahari kali ini dianggap yang terbesar sejak Oktober 2003.Radiasi ribut matahari tidak membahayakan manusia di Bumi tetapi ia berupaya menjejaskan operasi satelit dan perkhidmatan radio gelombang pendek.Letusan radiasi itu diramal terus menghentam atmosfera Bumi. Fenomena alam itu juga mendorong pemerhati cakerawala menjejaki pertunjukan cahaya yang menakjubkan di langit(fenomena aurora).Pasukan Perisikan Brigade Zameer Fisabilillah turut menerima pendapat di kalangan ahli serius Brigade Zameer Fisabilillah yang mengatakan bahawa mereka turut mengalami gangguan telekomunikasi serta televisyen kelihatan seperti kehilangan signal sepanjang 3 hari selepas berlakunya ribut geomagnet tersebut.


Persoalannya,adakah segala pemilik satelit yang berada di angkasa ini dapat menelan hakikat bahawa segala teknologi ciptaan agen dajjal itu bakal lenyap sepanjang tahun 2012 dan 2013 ini???Sudah tentu mereka sukar menelan hakikat ini walaupun sudah terbukti di hadapan mata mereka itu sendiri dari hari demi hari. Tahun 2011 telah meninggalkan kita dan pada tahun tersebut jualah,banyak satelit rosak dan terhempas di muka bumi ini serta banyak kapal rosak dan tenggelam.Kini kita telah berada di tahun 2012 dan tahun ini bakal berlaku lebih banyak bencana alam,nantikan berita dari Brigade Zameer Fisabilillah yang sentiasa mendahului waktu.Kejadian ini turut mencemaskan kesemua pemilik kapal ketenteraan,kapal kargo dan kapal persiaran,pengasas gadget teknologi agen dajjal kerana mereka sendiri seharusnya sedar bahawa kuasa manusia tidak dapat mengatasi kekuasaan MAHA PENCIPTA iaitu Allah SWT.

Kami memberi amaran kepada pemilik kapal angkasa dan pemilik satelit-satelit lain yang satelit mereka kini gembira berada di langit, ketahuilah bahawa satelit dan kapal angkasa anda bakal ROSAK nanti atau anda sendiri turut ROSAK bersamanya memandangkan anda telah meROSAKkan aqidah umat Islam dengan menayangkan program artis seksi bodoh dan iklan seksi bodoh jijik lagi menghinakan di kaca tv. Ada juga segelintir syarikat yang berbangga kerana telah memonopoli televisyen berbayar dan syarikat tersebut turut bercadang menaikkan harga bayaran bulanan dan kes celaka ini telah mengejutkan penduduk Malaysia pada bulan jun 2011. Kemudian disusuli kes syarikat telekomunikasi yang bercadang mengenakan cukai 6% kepada pengguna pada september 2011. Walaubagaimanapun usaha mereka menemui jalan kegagalan mungkin kerana sudah ditakdirkan sikap mereka itu sememangnya teramat buruk.

Apa yang anda bakal melihat pada tahun ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang pelik kerana banyak lagi peristiwa yang lebih buruk bakal terjadi sepanjang tahun 2011,2012 dan 2013. Paling mendebarkan jiwa anda ialah kajian kami semakin terbukti dan TIADA SATU PUN KATA-KATA KAMI PALSU. Buku yang kami lancarkan pada tahun lepas (kepada semua ahli serius Brigade Zameer Fisabilillah melalui akaun rahsia kedua)semakin menjadi kenyataan pada tahun ini.Tahniah kepada mereka yang telah membaca buku untuk umat akhir zaman dari Brigade Zameer Fisabilillah.Kami tidak dapat ceritakan lebih lanjut isian dalaman buku kami secara terbuka kerana zionis sedang memerhati page ketiga kami ini.


Untuk makluman semua yang telah mengikuti kami sejak tahun lepas,sudah tentu anda telah tersedia maklum bahawa dua page lama kami telah di delete zionis laknatullah dan mengakibatkan anda semua ketinggalan daripada mengikuti pendedahan maklumat terkini dari Brigade Zameer Fisabilillah.Anda semua harus tanam di fikiran minda anda bahawa apa yang kami dedahkan selama ini hanyalah 1% daripada apa yang berada di dalam fikiran kami. Dalam erti kata yang lain,kami tidak mahu menceritakan dengan lebih panjang lebar secara terbuka dan kami lebih suka membukukan idea-idea dan kajian kami di dalam buku rahsia memandangkan buku kami hanya diedarkan kepada orang Islam sahaja dan melalui penyemakan Pasukan Perisikan Brigade Zameer Fisabilillah sama ada pendaftaran anda sebagai ahli mengisi borang secara benar atau palsu. Nampaknya tidak sia-sia usaha anda rajin membaca semua maklumat kami sejak tahun lalu hingga kini kerana hasilnya telah membolehkan anda mendapat gambaran apa yang bakal berlaku setelah membaca buku kami.

Memang benar kata-kata kami pada salah satu nota bertajuk ‘Akhir Zaman? Petanda Kehancuran Telefon Bimbit 2011, 2012 dan 2013’. Kami ulang sekali lagi ayat tersebut, “Sebelum turunnya Nabi Isa a.s. atau sebelum kemunculan Imam Mahadi,semua telefon bimbit di dunia ini akan musnah.Mengapa? Kerana kegemilangan Islam dan kemenangan Islam yang sebenar ialah tiada lagi pergantungan hidup terhadap teknologi dajjal.Kemenangan Islam yang sebenar ketika perang akhir zaman yang bakal berlaku dengan hebatnya nanti bukannya berpaksikan mengharapkan teknologi agen dajjal TETAPI kemenangan Islam yang sebenar ialah tatkala umat Islam itu mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya dan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Sudahkah anda dapat menerima kenyataan ini? Mengapa begitu keras kepala sangat? Lihatlah tsunami di Jepun, banyak telefon bimbit di telan bumi kan?Lihatlah taufan yang berlaku hampir setiap minggu di Amerika Syarikat,banyak telefon bimbit rosak kan? Lihatlah banjir yang berlaku hampir setiap hari di seluruh pelusuk dunia telah mengakibatkan kerosakan teruk dan kehilangan teknologi ciptaan agen dajjal.”Ketiadaan elektrik ini juga ada kaitan dengan nota yang telah kami dedahkan pada Julai 2011 yang bertajuk ‘Menjelangnya KEHANCURAN Teknologi Agen Dajjal Pada 2011,2012 dan 2013’.


Pada dua minggu lepas, kami telah tuliskan maklumat berkaitan hampir separuh badan kapal perang TLDM musnah akibat kebakaran. Pada nota tersebut,kami menerangkan bahawa artikel bermanfaat ini ditulis oleh Pasukan Perisikan Brigade Zameer Fisabilillah di saat para tentera negara Malaysia kerunsingan memikirkan keadaan mungkinkah kesemua peralatan perang mereka musnah dalam masa terdekat ini sepanjang tahun 2012 dan 2013. Kerunsingan ini bukan sahaja berlegar-legar di kotak pemikiran tentera Malaysia malahan tentera beragama Islam di sekitar Indonesia,Brunei,Iran,Syria,Arab Saudi,Mesir,Jordan,Yaman,Algeria,Pakistan dan tentera-tentera di seluruh negara Islam.Untuk memudahkan anda semua memahami penulisan kami dengan lebih mendalam,sila lihat video Mutiara Fisabilillah Siri 1 sehingga Siri 4. Kuasa Allah SWT seolah-olah jelas membuktikan kepada kita bahawa sekiranya kemudahan kapal perang yang kita miliki tidak digunakan untuk membantu umat Islam berjuang menentang kafir laknatulullah maka bakal terkuburlah kapal perang dan senjata perang dalam keadaan yang mendukacitakan. Umpama contoh mudah sekiranya kurniaan tubuh badan kita yang sihat ini tidak digunakan untuk berjuang di jalan Allah menentang kafir laknatullah serta terus menyebarkan salam peringatan kepada seluruh umat Islam,kita akan rugi di dunia dan akhirat.


Malangnya maklumat ini tidak disiarkan di kaca tv anda dan di dada akhbar anda.Mengapa mereka tidak menyiarkannya?jawapannya ada pada statement tulisan kami sebelum ini,carilah sendiri,anda bakal tahu jawapannya apabila sudah membaca tulisan kami sebelum ini. Harus diingatkan kepada semua, hampir 100% berita dan maklumat yang kami hujahkan masih tidak dapat ditulis di dada akhbar sehingga ke hari ini memandangkan mereka terlalu gementar serta terketar membaca segala maklumat bermanfaat Salam Peringatan Fisabilillah dari Brigade Zameer Fisabilillah. Kami iringi nota ini dengan gambar berkaitan ribut geomagnet tersebut.

Cukuplah sekadar sini sahaja maklumat yang dapat kami khabarkan kepada anda semua, kami tidak mahu berbicara dengan panjang lebar lagi kerana setiap maklumat yang kami ceritakan kepada anda,sudah tentu mengejutkan anda dari lamunan tidur duniawi.


Akhir kata dari kami,persiapkan diri anda dengan bekalan yang mencukupi menuju ke akhirat.

Brigade Zameer Fisabilillah sentiasa hadir setiap waktu memberi peringatan,

Peringatan kami diiringi setiap maklumat penuh debaran dan kejutan,

Lebih ribuan manusia mengenali kami di setiap negeri dari Sabah hingga Kelantan,

Penulisan buku dan perkhidmatan sms dari kami kepada ahli serius satu kelebihan dan kenikmatan,

Disusuli penyerapan ke akaun rahsia kami penerus riwayat sambungan ilmu umpama sebuah jambatan,

Sehingga ada yang mula menyahut salam peringatan kami dan menyebarkannya bahawa kami ayam tambatan,


Maka terhasillah ahli Brigade Zameer Fisabilillah yang berkualiti tersusun dalam satu ikatan,

Ilmu yang tersemat di dada menjadi panduan menentang sebarang anasir kejahatan,

Walaupun musuh kami ada segelintir pendengki hadir bersikap seperti manusia dirasuk syaitan,

Padahal golongan pendengki itu tidaklah ramai pengikut kerana niat mereka salah sukatan,

Komen golongan pendengki itu umpama mewarisi otak budak-budak belum berkhatan,

Atau memang pendengki tidak faham bahasa dan pemalas membaca kerana datang dari hutan?

Bukankah diam itu lebih baik daripada bersikap kurang ajar menentang salam peringatan???

Renung-renungkanlah!!!


Artikel ini ditulis khas untuk tatapan umum dengan kerjasama website Brigade Zameer Fisabilillah.

Sumber maklumat dan hasil rujukan dari Pasukan Perisikan Brigade Zameer Fisabilillah

www.salamperingatanfisabilillah.blogspot.com

www.brigadezameerfisabilillah.blogspot.com

www.ilmuakhirzaman.blogspot.com

###Salam Peringatan dari Brigade Zameer Fisabilillah###



Sudah bersiapsediakah anda untuk menerima kenyataan bahawa teknologi ciptaan agen dajjal SEMAKIN TIBA KE PENGAKHIRANNYA?Kawasan sekitar negara Amerika Syarikat,India,Kanada,Iceland,Pakistan,Scotland,Philadelphia dan negara lain kini dilanda hujan lebat dan banjir yang teruk.Gunung Berapi Katla di Iceland hanya menanti masa sahaja untuk meletus setelah 93 tahun mendiamkan diri dan kali terakhir meletus pada tahun 1918.


Pada 12.7.2011,kita sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi 3.7 magnitud menggegarkan Kinabatangan,Sabah jam 10.28pagi. Kata-kata Brigade Zameer Fisabilillah 2 hari lalu tanpa di duga terbukti kini.Kami sekali lagi berjaya menangkis hujahan golongan munafik di luar sana yg berkata ‘TANAH NUSANTARA KONONNYA SELAMAT’. Bagi kami,MEREKA ITU CUBA MEMBAWA AJARAN SESAT KEPADA ANDA SEMUA.Selamatkan diri anda semua dari terpengaruh dengan idealogi mereka!ALLAHUAKBAR


Biarkan orang lain dalam kegelapan,terpesona atau cemas melihat sesuatu kejadian berlaku,bagi orang yang bijaksana hanya diterima dengan senyuman kerana dengan ilmunya dia mengetahui bahawa hal yang bakal berlaku pasti tetap akan berlaku dengan kekuasaanNYA.



Tiga Golongan Selepas Membaca NOTA BERMANFAAT Ini

Selepas anda membaca nota ini, anda berhak memilih anda golongan yang mana seperti tertera di bawah.Tiga golongan manusia selepas membaca artikel ini:

1) golongan yang suka share nota ini kepada semua MANUSIA

Sila klik butang share di bawah nota ini. Segala kandungan bermanfaat boleh diambil untuk sebaran umum,simpanan, dan sebagainya.Awas!!!Jangan sesekali kerana anda ingin mengejar populariti sehingga suka copy paste dan letakkannya sebagai nota hasil penulisan anda sedangkan bukannya anda yang menulis dan mengkaji dengan lebih mendalam nota ini.Ingatlah,ALLAH memerhati segala yang anda lakukan dan Allah mengetahui niat tersembunyi anda itu.ANDA HANYA DIBENARKAN POST LINK ASAL SAHAJA,DENGAN MENGEKALKAN LINK ASAL MILIK KAMI... ANDA HANYA DIBENARKAN KLIK BUTANG SHARE atau LETAKKAN LINK ASAL SUMBER SAHAJA sekiranya ingin mendedahkan maklumat ini.ANDA DILARANG MENGAMBIL MAKLUMAT KAMI DAN MELETAKKAN DI PAGE anda seumpama anda yang mencipta maklumat itu.Ingatlah,malaikat sedang memerhati dan mencatat amalan anda sekiranya anda melanggar syarat kami!

Anda umpama tanah. Walaupun hujan hanya turun seketika,anda telah memanfaatkannya sebaik mungkiin. Contohnya, tanah ini akan cepat-cepat mengambil manfaat dari air hujan yang turun sebentar tadi lalu menumbuhkan buah-buahan yang segar untuk kebaikan manusia sejagat.

2) golongan yang suka membantah ayat Al-Quran dan As-Sunnah

Golongan ini suka membantah sesuka hati seolah-olah dia sahaja yang betul. Padahal tanpa dia sedari, kadangkala dia bercakap secara membantah.Ingatlah,perselisihan itu akhirnya akan membawa kecelakaan kepada diri anda sendiri. Apa yang pasti,JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU, rajinkanlah dirimu mendekatinya sebelum kamu diiringi ke pusara....JANGAN SESEKALI MENOLAK AL-QURAN DAN AS-SUNNAH DALAM KEHIDUPANMU...(hendak baca huraian lebih lanjut,sila baca sepenuhnya info pada page ini)

Anda seumpama batu-batuan dan pasir.Walaupun hujan selalu turun, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku. Batuan tadi tetap kekal sebagai batuan serta tidak menumbuhkan sesuatu yang bermanafaat seperti buah dan sebagainya.

3)golongan yang masuk telinga kanan,keluar telinga kiri

Golongan ini akan memudaratkan dirinya sendiri tanpa dia sedari. Golongan ini walaupun tidak menentang Dakwah Islamiyyah itu contohnya, namun kehadiran mereka juga seolah-olah tidak dirasai oleh masyarakat, kerana mereka menjadi golongan yang tidak ada sensitiviti dan kesedaran untuk membangunkan ummah dengan wasilah Islam yang syumul.Ingatlah,anda boleh komen setiap statement dan nota kami,asalkan komen anda adalah komen motivasi bukannya komen yang bersifat membantah atau komen yang dikategorikan lari dari topik seperti yang telah berlaku sebelum ini.

Anda di ibaratkan seperti air kolam yang bertakung. Keadaan air ini tetap kekal sebagai air dan tidak membuahkan apa-apa hasil yang lain. Apabila hujan turun, air tadi hanyalah akan bertambah, namun tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku.


Credit : Zameer Briged

No comments: