Wednesday, March 28, 2012

Mentarimu

Kisah hati ini tidak bermakna apabila disimpan...
Namun ia kekal manis buat selama-lamanya..
Kisah hati ini berbunga apabila diluahkan,
Namun perlukan si dia untuk menjaganya..
.

bijih cinta ini tertanam subur tatkala mata ini bertatap,
Lantas berbuah bilamana engkau bajakan harapan,
Terus ranum dengan sinaran mesramu,
Kini terasa masam kerana bayangku sendiri,

Hakikatnya aku perlukan dikau untuk terus menerangi,
Agar kemanisan buah cinta dapat dinikmati,
Walau kutahu engkau menjauh pergi,
Kupohon teruslah hulurkan aku mentarimu....

Alangkah indah kalau engkau mengerti......


Puisi ini bukan sengaja dicipta tanpa sebarang nilai... Saya masukkan unsur sains yang mengikut hukum alam namun begitu sinonim dengan perjalanan seorang insan.

Ditujukan khas buat 2 orang insan di uitm salam yang padaku hadirnya mereka telah menyempurnakan diri ini kerana mereka abang2ku di sini...

Di sini aku mengkodkan nama mereka antara gang aku yang lain sebagai

1- HARAPAN
2- PERINGATAN

No comments: