Wednesday, March 28, 2012

Seperkenalan Terindah

Mengenalinya merupakan perkara yg indah,
Hinggakan berjauhan tiada menjadi mudah,
keperitan hati menjadi suatu padah,
kerana sikapnya terus menjadikan aku rebah,

Dengarlah manusia tatkala Daud A.S berlagu merdu,
Itulah khabaran gemersik qalbu,

Wahai umat di akhir tinta,
Engkau ketemu si dia kerana Dia,
Tunduknya dia terlimpah karunia cahaya,
Setiap ukiran senyuman membuah cinta,

Memaut jiwa-jiwa yang mengerti,
Menyebabkan jantung berdegup tiada henti,
Inilah cheritera hati,
Walau parut tetap kekal bersemadi ^^,

terima kasih atas memori terindah dan harus aq kuburkan bersama epik si Tuah :')


Islam tidak menafikan kemanusiaan.. Walaupun kita umat akhir zaman, x salah untuk memikirkan perasaan untuk berkasih sayang, namun jadikanlah perasaan itu satu tembok yang memimpin kita untuk dekat dengan Pencipta perasaan itu.. Semuanya akan jadi terlebih indah ^^

No comments: