Tuesday, September 11, 2012

Bersama mereka dan dikau

Berlalunya 2 minggu tanpa disedari telah aku menetap di Kolej Burhanuddin Helmi. Sebermulanya perjalanan dalam memasuki medan kehidupan di KBH, satu kutub jalinan kemasyarakatan haruslah diaktifkan dahulu... Itulah yang kami kenali sebagai Minggu Mesra Pelajar yang dikendalikan oleh abang-abang dan akak-akak PC yang sangat saya hormati dan kasihi...

Di permulaan ranjau ini, tidaklah kubersedia mengharunginya dek kerana keberseorangan yang dirasakan dalam kemeriahan kolej. Apa yang mencuri perhatian hati ini tatkala sebahagian daripada mereka membuatkan aku rasa selesa dalam kerterasingan..

Seorang itu seolah-olah seorang abang yang melindungi adiknya, di kala seorang lagi menjadi nadi kekuatan diriku.. Namun, masih ade seorang insan yang memberi ketenangan kepadaku dan aku terasa, melaluinya, Allah menetapkan sakinah bagiku... Siapakah mereka? Biarlah kisah ini menjadi cheritera hati...

Kendatipun hati ini masih mengenangkan mereka yang pernah mewarnai hidup ini dengan warna-warna kegembiraan dan tangisan, hinggakan tidak mampu aku melupakan mereka dalam bahtera kehidupanku... Namun percayalah, telah aku sematkan mereka dalam sebuah hikayat agung...

Biarlah mereka kekal dalam ukiran batu bersurat, dan dikau di hadapan mataku ini terus melestarikan kebahagiaan yang digamit kini. Janganlah melupakan mereka yang pernah melakar memori dan teruslah bersama dengan mereka untuk menikmati hari ini ^^ .

2 comments:

Liyana Syahirah Muhamad Yusof said...

Salam, Anwar!

Ada projek yang nak ditawarkan, rasa rasa interested tak? :]

Something regarding a discussion-based webpage. Email me maybe? (lmuhamad@nd.edu)

Thanks!

-Lisya/Liyana-

Neutronboy said...

wasalam, wah lama sungguh x jumpa... kalau ade projek2, mmg selalu interested je :p

pasal ape? ceciter2...