Monday, December 16, 2013

Pengalaman Petua Peperiksaan



Assalamualaikum w.b.t,

Saya hanya ingin berkongi pengalaman peperiksaan akhir sepanjang sesi persekolahan hinggalah ke alam universiti ini. Pengalaman yang bermesejkan tips dan petua untuk peperiksaan akhir ini. Sebelum itu, saya teringat akan kata-kata seorang sahabat di mana menurut beliau, kita tidak perlu bergantung sangat kepada kaedah pembelajaran secara khusus. Sebab apa? Sebab manusia ini memiliki kecenderungan dan keselesaan dalam bentuk yang berbeza-beza. Jadi dapatkan cara yang tersendiri untuk mendapatkan rentak belajar.

Cumanya saya nak bercerita sedikit dari sudut pengalaman kerohanian sewaktu bergelar pelajar asrama. Kami akan dipantau untuk solat berjemaah bersama-sama 5 kali sehari. Pada waktu itu, bilangan Jemaah bukannya sedikit tapi boleh cecah sampai 600 orang!!! Terutamanya SUBUH, MAGHRIB & ISYA Memang rindu la waktu-waktu macam tu dan lagi best kalau kat varsiti tercinta ni, boleh buat perkara yang sama. Tapi masa di sekolah, tiada politik apatah lagi kepartian. Tidak wujud baik nama Aspirasi mahupun Pro-M. Dan kerana itu kami bersatu kerana tauhid yang sama dan kalimah syahadah yang mengikat hati-hati ini.



Selain itu setiap malam juga sebelum prep dan setelah solat maghrib, solat sunat seperti Solat Hajat tu menjadi kewajipan di hari-hari biasa. Pastinya secara berjemaah dan sangat terasa hidupnya suasana surau tu dan terasa keberkatannya di seluruh sekolah. Tapi bilamana sampai minggu final exam, PMR & SPM – kami akan lakukan solat sunat tambahan seperti Solat Taubat agar diampunkan dosa dahulu sebelum hamba-hambaNya meminta. Bahkan, akan ada juga dilaksanakan Solat Tasbih. Ustaz cakap, solat tasbih ini menguatkan ingatakan, bahkan doa lagi senang makbul. 



Kalau waktu rehat pula, kebanyakan pelajar ni, akan menyegerakan makan dan bergegas ke surau untuk Solat Dhuha. Kalau sabtu ahad, memang wajiblah nak kene solat dhuha tu. Tapi kalau pelajar universiti ini, boleh ke kita tiru seperti kami; pelajar sekolah asrama? Sedangkan jadual pelajar fix dan lebih sibuk tetapi masih boleh laksanakan amalan sunat. Bagaimana dengan rakan-rakan mahasiswa UKM?

Ketahuilah bahawa itulah budaya sekolah saya, SEKOLAH MENENGAH SAINS KUALA SELANGOR (KUSESS) yang sangat menerapkan unsur kerohanian sebagai pemacu kejayaan dan bina insan terhadap diri kami. 



Saya juga sangat rindukan kehidupan sedemikian, kehidupan yang aman damai dan suasana islamik. Saya juga sangat rindukan suasana persahabatan yang erat antara umat Islam dan antara hamba-hamba Allah yang lain. Perhubungan yang bersifat IKHLAS dan BERSATU PADU di mana tiada kebencian politik yang menjadi batas antara umat Islam untuk bersatu hati.

Zaman Sekolah Sangat

:: MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL ::



Monday, December 2, 2013

Penggunaan Bilik Persatuan-Persatuan Mahasiswa UKM & UCTC



         30 November 2013 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi tuan rumah  Majlis Perasmian UCTC  dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II (Bernama). Saya menjadi salah seorang delegasi UKM yang menghadiri ke Majlis tersebut bersama-sama dengan mahasiswa-mahasiswi UKM yang lain. Majlis Perasmian ini diisi dengan aktiviti yang ringkas dan ucapan yang padat hingga menjadikan tempoh majlis perasmiannya tidak melebihi satu jam menurut perkiraan saya.

SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN DARIPADA MAHASISWA IPTA


Perkara yang menarik berkaitan dengan UCTC ini adalah berkaitan dengan pelaksanaannya dan boleh dikaitkan dengan situasi di UKM sebentar nanti yang akan diceritakan. UCTC ini adalah merujuk kepada University Community Transformation Centre yang menjadi salah satu produk transformasi pimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. UCTC ini juga kelihatan adalah ilham daripada kejayaan Pusat Transformasi yang lain iaitu Urban Transformation Center (UTC) dan Rural Transformation Center (RTC). Maka konsepnya cukup mudah dan dapat dibayangkan strukturnya untuk diaplikasikan di peringkat universiti mengikut kesesuaian universiti masing-masing. Setakat ini telah ada enam buah IPTA yang menjayakan UCTC ini dan UKM bakal mengikut rentak tari  IPTA yang lain.

Berikutan dengan situasi Universiti Kebangsaan Malaysia yang belum lagi memiliki UCTC ini, UKM telah mengorak langkah dengan menaik taraf Pusanika yang ada. Pada hemat saya, Pusanika ini bakal menjadi status UCTC kelak dan pelbagai kemudahan dan pengusaha yang mesra siswa akan disedikan.

Langkah terdekat dengan hal ini adalah Bilik Badan Pelajar yang berada di Pusanika yang bertentangan Cafe Pusanika. Surat daripada MPPUKM 13/14 telah diberikan dan saya mengambil langkah inisiatif untuk memanjangkan lagi isu ini terus kepada Timbalan Pendaftar, UKM.


Menurut penjelasan pihak Timbalan Pendaftar, UKM  bahawa bilik-bilik tersebut telah siap untuk digunakan oleh persatuan-persatuan berdaftar di UKM. Namun begitu, masih terdapat beberapa langkah lagi sebelum ianya boleh dirasmikan dan digunakan secara optimum oleh pelajar. Antara proses yang masih perlu dilalui seperti perangkaan terhadap peruntukan peraturan penggunaan bilik tersebut.

Apabila saya bertanyakan tempoh masa untuk mula menggunakannya, respons yang positif telah diberikan. Bilik-bilik tersebut ini akan mula dibuka pada hujung bulan ini ataupun di awal tahun 2014.

Semoga, persatuan-persatuan mahasiswa UKM mampu memanfaatkan ruang yang bakal diberikan dan dapat memacu varsiti kita ke peringkat global. Harapan peribadi saya juga adalah diharapkan dengan giatnya persatuan-persatuan mahasiswa UKM ini bakal menjadi pemangkin kepada transformasi Pusanika menjadi UCTC kelak.

" MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL "


ANIS ANWAR BIN SUHAIMI (MPPUKM 13/14)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMUM 1/2
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Sunday, December 1, 2013

Salah Laku GMUKM Merencatkan Watikah Pelantikan

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Maafkan saya kerana terpaksa memulakan mukaddimah ini,
Saya sudah muak dengan politik murahan yang dahagakan populariti hanya untuk meraih simpati dengan menggunakan nama MAHASISWA tetapi semata-mata demi kepentingan sendiri ataupun Tangan-tangan Ghaib di belakangnya. Adalah perkara yang amat memalukan apabila seseorang itu tahu perkara keseluruhannya tetapi tidak mendedahkan isu sebenar secara total, tetapi diadun sesedap rasa untuk menimbulkan persepsi yang bersifat palsu. Inikah sebenarnya yang dibentuk oleh Illegal Movement ini?? Mahasiswa BIJAK sudah MUAK dengan PENIPUAN, hanya yang FANATIK mendewakan ikon mereka.

Saya telah berjumpa dengan pihak pengurusan UKM untuk mendapatkan penjelasan mengapa Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar [MPP] (dahulunya Persatuan Mahasiswa= PM)  UKM untuk sesi 2013/2014 ini ditangguhkan. Maka saya mendapati bahawa adanya dua KES utama yang menjadi kekangan di samping aktiviti  UKM yang padat.

1) Penggunaan Istilah

Berdasarkan Perlembagaan  UKM Perkara 10 jelas menyatakan bahawa perlunya KESATUAN (UNION) yang menjadi badan kepada keseluruhan Pelajar. Maka, penggunaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) adalah lebih tepat kepada tafsiran tersebut berbanding Persatuan Mahasiswa (PM). Dalam Mesyuarat Khas MPP  UKMsekali pun, ketua baru bagi sesi ini mencadangkan untuk mengadakan sesi dialog secara lebih bersedia. Maka, tidaklah timbul isu berkaitan hal tersebut. 

Semasa mesyuarat itu pula, selain daripada istilah MPP vs PM ini, mereka turut memilih Naib Presiden dan Presiden sebagai nama jawatan rasmi bagi PMUKM (sebenarnya = MPPUKM) dengan alasan dalam bahasa Inggeris disebutkan President dan Vice Prsident. Jika ada percanggahan, maka perlu utamakan bahasa Inggeris. Dengan legal basis itu, mereka memilih Presiden dan Naib Presiden.

Jadi, apabila Pentadbiran  UKM inginkan senarai nama bagi jawatan rasmi (berdasarkan perlembagaan) ini, PMUKM ( = MPPUKM) tidak menepati seperti yang diperuntukan dan menyebabkan Naib Canselor dikatakan menolak untuk menerima penaman tersebut.

Bagi saya cukup mudah :

1) Jika mereka mengatakan bahawa bahasa Inggeris perlu diutamakan jika ada percanggahan (law principle) , maka union/ kesatuan itu adalah lebih tepat dipadankan kepada Student Representative Council (MPP) in stead of Student Society (PM).

2) Dari segi jawatan sekali pun, saya cuba-cuba untuk melihat melalui Google Translate berkaitan terjemahan bagi president. Maka, jika digunakan prinsip yang sama jelas juga menunjukkan bahawa jawatan President & Vice President ini tidak bercanggah seperti dengan istilah Yang Dipertua & Naib Yang Dipertua.

President = Dipertua. Perkataan Presiden pula hanyalah kata yang dipinjamkan. Lebih tepat Yang Dipertua.

Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya? Tidak cukupkah dengan sandiwara yang telah dimainkan?

2) Salah Laku Mulitimedia UKM & Darah

Jikalau anda ingat dengan video ini, tampak indah tetapi lebih khabar dari rupa sahaja. Hakikatnya mereka sendiri yang memusuhi pentadbiran universiti dengan pelbagai tomahan dan tuduhan palsu.

Menuduh dengan gelaran Racun UMNO



Hakikatnya, kerterlwatan majlis ini juga adalah kerana kesilapan mereka juga. Sewajarnya mereka ini telah didakwa kerana pembikinan video ini telah melanggar Akta Mulitimedia & Komunikasi dan Kaedah-kaedah UKM 1999. Bahkan Tan Sri VC juga telah memberi amaran mengenai hal ini ketika dahulu. Rujuk artikel penuh : Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar.

" Sekiranya mereka yang terlibat ini bersikap jujur dan mengaku kesalahan mereka, proses ini akan menjadi lebih mudah. Sekiranya hal ini dikatakan sebagai ZALIM oleh ILLEGAL MOVEMENT (nak kata gerakan HARAM, kata kita pandai buat hukum fiqh kat sini) GMUKM, mereka lebih ZALIM kerana tidak menghormati peraturan. Bahkan UKM dilihat bersikap berlembut untuk melayan mereka di bawah peruntukan AUKU terlebih dahulu. Tidak perlu bersikap keanak-anakan yang langsung tidak rasional untuk bertikam lidah hanya kerana Majlis Watikah Pelantikan. "

Kalau inilah sikap yang ditunjukkan, saya sendiri tidak inginkan watikah itu dilaksanakan kerana malu dengan imej buruk yang telah diberikan kepada institusi tertinggi bagi peringkat Mahasiswa di Varsiti Kita ini.

Kesimpulannya, mahasiswa yang membaca artikel ini dengan fikiran yang matang dan terbuka akan dapat membuat penilaian yang jelas. Siapakah yang ZALIM? Siapakah yang MELANGGAR PERATURAN? Siapakah yang MEMANIPULASI? Anda sendiri tentukan. 

Mahasiswa Telah Matang.


Wednesday, November 27, 2013

Penangguhan Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM 2013/2014 : Pendirian Peribadi

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera saya ucapkan kepada pembaca sekalian,

     Terasa pantas masa berlalu bermula daripada Pilihanraya Kampus (PRK) 2013/2014. Dalam congakan saya, sudah lebih sebulan mandat sebagai MPPUKM 13/14 telah diberikan kepada kami yang dipilih oleh mahasiswa/wi UKM yang mempercayai kami pada kali ini. Menurut tradisinya, setelah berlakunya pengisytiharan keputusan PRK, sewajarnya disusuli dengan Watikah Pelantikan MPPUKM. Namun ianya tidak berlaku pada tahun ini? Sudah tentu situasi ini telah menimbulkan pertanyaan terutamanya daripada pihak sering mendakwa mereka 'dizalimi' katanya.

   Maka, saya tampil menyatakan pendirian saya terhadap isu ini atas tiket MPPUKM 13/14. Kronologinya cukup mudah, setelah berlakunya PRK13/14 yang lepas, pengisytiharan Majlis Perwakilan Pelajar dilakukan secara langsung di Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Dengan merujuk kepada peruntukan undang-undang UKM sekalipun jelas menyatakan, tatkala keputusan telah diisytiharkan telah menandakan keabsahan jawatan yang dipegang bagi sesi tersebut.

   Jadi dalam kes ini, kami telahpun dilantik secara sahnya ketika pengisytiharan tersebut. Sehubungan dengan itu, tugas perlu dijalankan dan watikah tersebut hanyalah sebagai formaliti. Jangan dek kerana Majlis Watikah belum dilaksanakan akan dijadikan sebagai lesen untuk tidak berkhidmat kepada pelajar dan menjadi alasan untuk tidak bekerjasama dengan Universiti untuk memacu negara menjadi universiti terkemuka dunia.

   Pada hemat saya, Majlis Watikah ini ditunda adalah disebabkan beberapa kes yang berlaku dan serta aktiviti yang berterusan di UKM hingga menyebabkan kekangan masa. Kes yang dimaksudkan tersebut adalah berkenaan dengan isu Video "UKM & Darah" yang mana telah melanggar beberapa peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kaedah-kaedah UKM 1999. Maka, sebahagian daripada MPPUKM 13/14 dalam prosiding untuk menyelesaikan kes ini. Bahkan, perkara ini telah pun ditegur oleh Tan Sri VC agar tidak dikaitkan beliau ketika berkempen.

   Sekiranya mereka yang terlibat ini bersikap jujur dan mengaku kesalahan mereka, proses ini akan menjadi lebih mudah. Sekiranya hal ini dikatakan sebagai ZALIM oleh ILLEGAL MOVEMENT (nak kata gerakan HARAM, kata kita pandai buat hukum fiqh kat sini) GMUKM, mereka lebih ZALIM kerana tidak menghormati peraturan. Bahkan UKM dilihat bersikap berlembut untuk melayan mereka di bawah peruntukan AUKU terlebih dahulu. Tidak perlu bersikap keanak-anakan yang langsung tidak rasional untuk bertikam lidah hanya kerana Majlis Watikah Pelantikan.

UTAMAKAN TUGAS DARIPADA SIBUK INGINKAN MAJLIS TERSEBUT DILAKSANAKAN

ANIS ANWAR BIN SUHAIMI
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR 13/14
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

" MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL "

Thursday, November 21, 2013

Konvensyen Pemimpin Pelajar Kolej Kediaman: Titik Permulaan

       Pada tanggal 16-19 November 2013 telah diadakan Konvensyen Pemimpin Pelajar Kolej Kediaman di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Konvensyen ini telah menghimpunkan kebanyakan peserta IPTA yang terdiri daripada wakil pemimpin pelajar kolej kediaman. Tema konvensyen ini:

"Kolej Kediaman Sebagai Tempat Pembelajaran Ke-2"


Konvensyen ini merupakan konvensyen pertama yang dilakukan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) dan juga UTM serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Konvensyen ini juga telah menunjukkan penyertaan UKM yang begitu memberangsankan kerana telah berjaya menghantar peserta teramai melebihi universiti yang lain. Komitmen yang ditunjukkan oleh UKM juga telah membuktikan betapa Pengurusan UKM dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) begitu komited untuk memberi perkhidmatan yang sebaiknya kepada setiap penghuni kolej di UKM. Bahkan, peserta UKM yang hadir juga bukan semata-mata terdiri dari kalangan MEP kolej kediaman tetapi juga tunas yang bakal mengganti pucuk pimpinan yang akan datang.



Semasa konvensyen ini, panel-panel telah bersungguh-sungguh memberi penerangan dan pencerahan yang jelas betapa pentingnya kolej kediaman diberi fokus yang sewajarnya bagi memacu universiti tempatan setara dengan universiti-universiti antarabangsa dan terkemuka. Di samping itu, beberapa persoalan telah dikemukakan dan telah diberi penjelasan. Salah satunya:

Q1: Mengapakah semua pelajar tidak mendapat tempat penginapan di kolej untuk IPTA?
A1: Polisi yang telah dilaksanakan adalah dengan memberi penempatan pelajar di setiap kolej yang ada pada kadar 70% dan kerajaan telah berjaya menunaikannya. Hal ini juga untuk memberi kebaikan kepada kitaran ekonomi agar pemilik kawasan perumahan turut mampu menjana kewangan masing-masing. Tambahan lagi, tiada satupun universiti dunia yang lain mampu memberikan perkhidmatan seperti yang diminta.

Melalui konvensyen ini juga, para peserta seramai lebih daripada 300 mahasiswa telah dibahagikan kepada 14 kumpulan untuk memberi resolusi kepada MAPUM dan KPM sebagai suara dan hasrat yang mewakili keseluruhan pelajar IPTA. Hasil daripada perbincangan itu telah membuahkan 5 resolusi yang menyeluruh dan holistik dan merangkumi aspek : 

1) Kolej Berorientasikan Pelajar
2) Inovasi & Keusahawanan
3) Infrastruktur & Perkhidmatan




Maka, setelah peserta giat berfikir dan berbahas, akhirnya 5 resolusi telah terbentuk iaitu:

1. MENUBUHKAN SATU BADAN PERSIDANGAN PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN DISETIAP IPT YANG DIKENALI SEBAGAI MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA (MAKKUM).

2. BERTEKAD MELESTARIKAN KOLEJ KEDIAMAN YANG MELIPUTI ASPEK SOSIAL, EKONOMI DAN PERSEKITARAN YANG DIKELOLAKAN OLEH PELAJAR SEPENUHNYA DENGAN PANTAUAN PENGURUSAN UNIVERSITI


3. MENUBUHKAN PUSAT KEUSAHAWANAN YANG BERKONSEPKAN KOPERASI.


4. MENUBUHKAN PUSAT KEMUDAHAN DAN KECEMERLANGAN PELAJAR (STUDENT EXCELLENCE CENTRE).

5. PENYELARASAN AKTIVITI PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN BERKONSEPKAN “1 KOLEJ 1 BIDANG KEMAHIRAN” DAN DIIKTIRAF OLEH UNIVERSITI.

Maka adalah diharapkan bahawa melalui konvensyen ini akan menjadi pemangkin kepada satu fasa yang baru untuk menjadikan kolej sebagai Kolej Kediaman yang Ideal selaras dengan Kolej Sebagai Tempat Pembelajaran Ke-2. Sehubungan dengan itu juga, para pelajar UKM juga haruslah menyahut seruan ini bagi menjayakan misi dan visi KPM dan juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ribuan tahniah juga diucapkan kepada Noraini binti Jahudal selaku MEP Pembangunan Akademik dan Inovasi selaku Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM 2013/2014 akan menjadi salah seorang wakil sebagai pembentang resolusi ketika Persidangan Majlis Pengetua Kebangsaan.


Anis Anwar Bin Suhaimi
Timbalan Ketua Ekesekutif,
MPPUKM 2013/2014.

" MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL "

Wednesday, November 20, 2013

Hubungan Mahasiswa & Unit Kebajikan Pelajar : Pembaharuan Holistik

Bermula daripada 25 OKTOBER 2013 merupakan satu titik permulaan bagi gerak kerja Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM sesi 2013/2014 untuk menjalinkan satu bentuk hubungan yang baik bersama-sama dengan Unit Kebajikan Pelajar (UKP) untuk kami berganding bahu bagi meningkatkan kualiti prestasi perkhidmatan terhadap kabajikan mahasiswa UKM.

Pada tarikh tersebut, satu kertas kerja telah pun disiapkan untuk dihantar kepada UKP : adelphi61@yahoo.com unutk mendapatkan maklum balas. Bersyukur ke hadrat Ilahi apabila proposal tersebut telah pun disambut baik bukan sahaja melalui emel yang diberikan. Bahkan juga melalui cadangan yang telah disalurkan melalui sistem.

                                               Cadangan ini dikemukakan pada 20/10/2013

Maka, susulan daripada response ini, MPPUKM 13/14 yang diwakili oleh Anis Anwar bin Suhaimi dan Noraini binti Hj Jahudal (MPP UMUM 1/2) telah melaksanakan tindakan proaktif untuk bertemu dengan pegawai UKP bagi membincangkan perkara ini dengan lebih serius demi kebajikan mahasiswa. Pertemuan ini telah berlangsung pada 15 NOVEMBER 2015 (Jumaat) sehari sebelum kami menghadiri Konvensyen Pemimpin Pelajar Kolej Kediaman (nanti laporannya selepas ini)









Dapatan daripada perjumpaan ini telah membuahkan beberapa kefahaman di mana selama ini pegawai UKP begitu komited untuk membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan selama ini sama ada perkara di atas kertas mahupun di luar kertas.

UKP juga telah mengeluarkan beberaa garis panduan bagi permohonan yang ingin dilakukan. Hal ini memudahkan pelajar untuk mengetahui dahalu pra-syarat dan keperluan agar para pelajar dapat mengikutinya.

Hasil daripada perbincangan ini telah membentuk beberapa persetujuan dan kesefahaman antara UKP dan MPPUKM 13/14 :

1) Memastikan layanan yang diberikan kepada pelajar yang memerlukan bantuan dan panduan adalah pada tahap yang sebaiknya dan mesra pelajar.

2) Cuba memudahkan lagi permohonan para pelajar dan disyorkan pelajar secara terus 'walk-in' bagi mengelakkan proses birokrasi yang melambatkan proses.

3) MPPUKM akan sentiasa berhubung dengan UKP untuk mendapatkan sebarang pemberitahuan notis dan berita untuk disebarkan kepada kepada pelajar melalui medium media elektronik peribadi dan juga akaun facebook Urusetia UKP .


Perjumpaan ini tidak sahaja terhenti di sini, bahkan MPPUKM 13/14 yang diwakili oleh Mohd Hafizi Bin Samsuari sebagai Ketua Biro Kebajikan MPPUKM 2013/14 telah berjumpa dengan UKP sekali lagi untuk membincangkan soal Tabung Kebajikan Pelajar dan Isu Pelajar OKU Ukm.

Mungkin ada yang berkata, mengapa saya ANIS ANWAR BIN SUHAIMI & NORAINI BINTI HJ. JAHUDAL daripada biro yang berlainan turut mengambil kerja Biro Kebajikan yang dipegang oleh Mohd. Hafizi? Jawapannya tertakluk kepada Perkara 10 Perlembagaan UKM ;

b) tertakluk kepada arahan Naib Canselor, menyusun dan menyelia kemudahan kebajikan pelajar di Universiti termasuk Kemudahan rekreasi, aktiviti kerohanian dan keagamaan dan pembekalan makanan dan minuman;

e) menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.


Maka kami berharap agar pada sesi ini, tindakan proaktif mampu mencetus kepada perubaha yang lebih baik kepada mahasiswa/wi Universiti Kebangsaan Malaysia. Secara tidak langusng MPPUKM berupaya menjadi medium bagi suara mahasiswa yang memerlukan pemeliharaan kepentingan sah dari segi undang-undang dan perlembagaan.

:: MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL ::


Saturday, October 12, 2013

Mahasiswa Terajui Ideal Community


Mahasiswa Terajui ‘Ideal Commuity

            Pada hari ini generasi muda mengalami proses drastik dalam kematangan berfikir apabila berlakunya gelombang tsunami Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008. Kebangkitan kaum muda ini juga dikatakan selari dengan kebangkitan rakyat yang inginkan ketelusan dalam pemerintahan dan akauntabiliti kepada tanggungjawab yang diamanahkan oleh mereka. Slogan ‘kedaulatan rakyat’ telah kedengaran. ‘Suara orang muda’ dan ‘hak mahasiswa’ begitu bersemangat dilaungkan. Fenomena ini sesuai dirujuk dengan pembangunan intelektual masyarakat yang bertamadun dan menuju ke arah status negara maju pada tahun 2020. Tatkala itu, komuniti ideal mestilah direalisasikan oleh mahasiswa sendiri.

            Penzahiran komuniti ideal ini memiliki kerangka panduan yang bervariasi dan penulis berpendapat bahawa tamadun unggul purba di Tanah Melayu merupakan contoh terbaik. Perkembangan ilmu yang berlaku adalah meliputi nilai dan aspek kelimuan secara holistik seperti bidang falsafah, astronomi, keagamaan mahupun sains tabi’e. Masyarakat berilmu inilah yang telah berjaya melakar sejarah gemilang dan disegani di setiap benua yang mengenali mereka.

William James Perry didalam bukunya The Children of the Sun yang diterbitkan pada tahun 1927 ada merekodkan seperti berikut:
“The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization.”

      Terdapat begitu banyak loji-loji kuno yang digunakan untuk melombong emas dijumpai berselerak di merata semenanjung. Loji-loji ini didapati menggunakan teknologi-teknologi yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa loji-loji ini dibina dan dikendalikan oleh bangsa Melayu sehinggakan ada yang mengatakan bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui.

Gelang batu yang pernah dihasilkan


            Mat Rofa Ismail (2013) turut merungkai disiplin ilmu etnosains dan etnomatematik yang telah digelapkan oleh orientalis barat. Ilmu yang berteraskan sains dan matematik yang lahir daripada budaya Melayu-Islam telah menghasilkan ilmu  mantik, penghujahan, pemikiran kefalsafahan, perdebatan sufisme, pelayaran, seni perubatan, pengiraan takwim, kalendar dan musim, seni bina, retorik dan ketatabahasaan, pancalogam, persenjataan, tenunan dan warisan. Bahkan sebelum kedatangan Islam, Nusantara menjadi pusat penyebaran agama Hindu kerana ketinggian ilmu veda yang dimiliki oleh Brahmin pada ketika itu dan hubungan erat antara awal kemunculan Veda di Tanah Melayu (Oppenheimer, 1999). Ini membuktikan bahawa pencapaian epik pernah ditempa dan Community Ideal pernah terbina suatu masa dahulu.

Gambaran Atlantis sesuai dengan kedudukan di Asia Tenggara


         Maka cabaran pada hari ini begitu besar kerana arus globalisasi telah menghanyutkan masyarakat untuk cenderung menjadi masyarakat bermaklumat berbanding masyarakat berilmu. Justeru itu, mahasiswa sewajarnya mempelopori perubahan ini. Bukan lagi mahasiswa yang hanya menerima informasi tanpa menilai dan merujuk silang. Bukan lagi mahasiswa yang hanya mempercayai pendapat sembarangan tanpa ulasan cendekiawan yang ahli pada bidang tersebut. Bukan lagi mahasiswa yang beremosi dan terburu-buru dalam memberi pandangan dan melakukan tindakan hingga luluh budi pekerti. Bukan lagi mahasiswa yang terperangkap dengan agenda politik jumud dan menabur politik kebencian. 

     Pada waktu mahasiswa menjadi lebih terbuka dan matang, pada waktu mahasiswa menjiwai prinsip dan nilai, maka pada ketika itulah Ideal Community mampu dilahirkan. Pada ketika itu juga, pastikan kita; Mahasiswa UKM menjadi perintis kepada lonjakan sebuah komuniti idaman. Pastikan kita bangun menuju utopia ini bersama-sama dengan universiti bagi memastikan juga varsiti kita menjadi pusat pendidikan yang dinamik, pusat inovasi yang futuristik dan pusat pembangunan yang sejati. Jadikan UKM ini sebagai tempat kelahiran Ideal Community yang bakal meneraju agenda nasional kelak.

 Percayalah tekad ini kerana kita, Mahasiswa Peneraju ‘Ideal Commuity’


Rujukan:
1) Mat Rofa Ismail. 2013. Etnosains & Etnomatematik Alam Melayu. Universiti Malaya: UM Press.
2) Stephen Oppenheimer. 1999. Eden in The East: The Drowned Continent of Southeast Asia. Pheonix.
3) William James Perry. 1927. The Children of The Sun. Methuen Publisher.