Thursday, November 21, 2013

Konvensyen Pemimpin Pelajar Kolej Kediaman: Titik Permulaan

       Pada tanggal 16-19 November 2013 telah diadakan Konvensyen Pemimpin Pelajar Kolej Kediaman di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai Johor. Konvensyen ini telah menghimpunkan kebanyakan peserta IPTA yang terdiri daripada wakil pemimpin pelajar kolej kediaman. Tema konvensyen ini:

"Kolej Kediaman Sebagai Tempat Pembelajaran Ke-2"


Konvensyen ini merupakan konvensyen pertama yang dilakukan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Majlis Perumahan Universiti Malaysia (MAPUM) dan juga UTM serta Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Konvensyen ini juga telah menunjukkan penyertaan UKM yang begitu memberangsankan kerana telah berjaya menghantar peserta teramai melebihi universiti yang lain. Komitmen yang ditunjukkan oleh UKM juga telah membuktikan betapa Pengurusan UKM dan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) begitu komited untuk memberi perkhidmatan yang sebaiknya kepada setiap penghuni kolej di UKM. Bahkan, peserta UKM yang hadir juga bukan semata-mata terdiri dari kalangan MEP kolej kediaman tetapi juga tunas yang bakal mengganti pucuk pimpinan yang akan datang.



Semasa konvensyen ini, panel-panel telah bersungguh-sungguh memberi penerangan dan pencerahan yang jelas betapa pentingnya kolej kediaman diberi fokus yang sewajarnya bagi memacu universiti tempatan setara dengan universiti-universiti antarabangsa dan terkemuka. Di samping itu, beberapa persoalan telah dikemukakan dan telah diberi penjelasan. Salah satunya:

Q1: Mengapakah semua pelajar tidak mendapat tempat penginapan di kolej untuk IPTA?
A1: Polisi yang telah dilaksanakan adalah dengan memberi penempatan pelajar di setiap kolej yang ada pada kadar 70% dan kerajaan telah berjaya menunaikannya. Hal ini juga untuk memberi kebaikan kepada kitaran ekonomi agar pemilik kawasan perumahan turut mampu menjana kewangan masing-masing. Tambahan lagi, tiada satupun universiti dunia yang lain mampu memberikan perkhidmatan seperti yang diminta.

Melalui konvensyen ini juga, para peserta seramai lebih daripada 300 mahasiswa telah dibahagikan kepada 14 kumpulan untuk memberi resolusi kepada MAPUM dan KPM sebagai suara dan hasrat yang mewakili keseluruhan pelajar IPTA. Hasil daripada perbincangan itu telah membuahkan 5 resolusi yang menyeluruh dan holistik dan merangkumi aspek : 

1) Kolej Berorientasikan Pelajar
2) Inovasi & Keusahawanan
3) Infrastruktur & Perkhidmatan




Maka, setelah peserta giat berfikir dan berbahas, akhirnya 5 resolusi telah terbentuk iaitu:

1. MENUBUHKAN SATU BADAN PERSIDANGAN PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN DISETIAP IPT YANG DIKENALI SEBAGAI MAJLIS KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA (MAKKUM).

2. BERTEKAD MELESTARIKAN KOLEJ KEDIAMAN YANG MELIPUTI ASPEK SOSIAL, EKONOMI DAN PERSEKITARAN YANG DIKELOLAKAN OLEH PELAJAR SEPENUHNYA DENGAN PANTAUAN PENGURUSAN UNIVERSITI


3. MENUBUHKAN PUSAT KEUSAHAWANAN YANG BERKONSEPKAN KOPERASI.


4. MENUBUHKAN PUSAT KEMUDAHAN DAN KECEMERLANGAN PELAJAR (STUDENT EXCELLENCE CENTRE).

5. PENYELARASAN AKTIVITI PELAJAR DI KOLEJ KEDIAMAN BERKONSEPKAN “1 KOLEJ 1 BIDANG KEMAHIRAN” DAN DIIKTIRAF OLEH UNIVERSITI.

Maka adalah diharapkan bahawa melalui konvensyen ini akan menjadi pemangkin kepada satu fasa yang baru untuk menjadikan kolej sebagai Kolej Kediaman yang Ideal selaras dengan Kolej Sebagai Tempat Pembelajaran Ke-2. Sehubungan dengan itu juga, para pelajar UKM juga haruslah menyahut seruan ini bagi menjayakan misi dan visi KPM dan juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Ribuan tahniah juga diucapkan kepada Noraini binti Jahudal selaku MEP Pembangunan Akademik dan Inovasi selaku Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM 2013/2014 akan menjadi salah seorang wakil sebagai pembentang resolusi ketika Persidangan Majlis Pengetua Kebangsaan.


Anis Anwar Bin Suhaimi
Timbalan Ketua Ekesekutif,
MPPUKM 2013/2014.

" MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL "

2 comments:

Pendekar said...

Harap ada perbincangan " Peranan Kolej Kediaman dalam Menambah baik Ranking Universiti "

Neutronboy said...

Saya yakin dalam resolusi itu, akan terangkum sekali aspek tersebut :)