Monday, December 2, 2013

Penggunaan Bilik Persatuan-Persatuan Mahasiswa UKM & UCTC



         30 November 2013 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjadi tuan rumah  Majlis Perasmian UCTC  dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Idris bin Jusoh, Menteri Pendidikan II (Bernama). Saya menjadi salah seorang delegasi UKM yang menghadiri ke Majlis tersebut bersama-sama dengan mahasiswa-mahasiswi UKM yang lain. Majlis Perasmian ini diisi dengan aktiviti yang ringkas dan ucapan yang padat hingga menjadikan tempoh majlis perasmiannya tidak melebihi satu jam menurut perkiraan saya.

SAMBUTAN YANG MENGGALAKKAN DARIPADA MAHASISWA IPTA


Perkara yang menarik berkaitan dengan UCTC ini adalah berkaitan dengan pelaksanaannya dan boleh dikaitkan dengan situasi di UKM sebentar nanti yang akan diceritakan. UCTC ini adalah merujuk kepada University Community Transformation Centre yang menjadi salah satu produk transformasi pimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak. UCTC ini juga kelihatan adalah ilham daripada kejayaan Pusat Transformasi yang lain iaitu Urban Transformation Center (UTC) dan Rural Transformation Center (RTC). Maka konsepnya cukup mudah dan dapat dibayangkan strukturnya untuk diaplikasikan di peringkat universiti mengikut kesesuaian universiti masing-masing. Setakat ini telah ada enam buah IPTA yang menjayakan UCTC ini dan UKM bakal mengikut rentak tari  IPTA yang lain.

Berikutan dengan situasi Universiti Kebangsaan Malaysia yang belum lagi memiliki UCTC ini, UKM telah mengorak langkah dengan menaik taraf Pusanika yang ada. Pada hemat saya, Pusanika ini bakal menjadi status UCTC kelak dan pelbagai kemudahan dan pengusaha yang mesra siswa akan disedikan.

Langkah terdekat dengan hal ini adalah Bilik Badan Pelajar yang berada di Pusanika yang bertentangan Cafe Pusanika. Surat daripada MPPUKM 13/14 telah diberikan dan saya mengambil langkah inisiatif untuk memanjangkan lagi isu ini terus kepada Timbalan Pendaftar, UKM.


Menurut penjelasan pihak Timbalan Pendaftar, UKM  bahawa bilik-bilik tersebut telah siap untuk digunakan oleh persatuan-persatuan berdaftar di UKM. Namun begitu, masih terdapat beberapa langkah lagi sebelum ianya boleh dirasmikan dan digunakan secara optimum oleh pelajar. Antara proses yang masih perlu dilalui seperti perangkaan terhadap peruntukan peraturan penggunaan bilik tersebut.

Apabila saya bertanyakan tempoh masa untuk mula menggunakannya, respons yang positif telah diberikan. Bilik-bilik tersebut ini akan mula dibuka pada hujung bulan ini ataupun di awal tahun 2014.

Semoga, persatuan-persatuan mahasiswa UKM mampu memanfaatkan ruang yang bakal diberikan dan dapat memacu varsiti kita ke peringkat global. Harapan peribadi saya juga adalah diharapkan dengan giatnya persatuan-persatuan mahasiswa UKM ini bakal menjadi pemangkin kepada transformasi Pusanika menjadi UCTC kelak.

" MEMUPUK BUDAYA KOMUNITI VARSITI YANG IDEAL "


ANIS ANWAR BIN SUHAIMI (MPPUKM 13/14)
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UMUM 1/2
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

No comments: