Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Friday, July 2, 2010

Jangan Gelojoh !!!

"Penat sungguh hari ini. Baik aku rebahkan badan ini yang masih lelah," aku bermonolog sendirian.

"Haii... Kelakar sungguh hari ini. Tak kering gusi kalau diingat kembali," Aku ketwa sendirian dek kerana hati ini tercuit dengan perkara yang menimpa kami di kelas 5 Sains 2.

" Anwar, tak dapat-dapat pun, apa yang tak kena? " Rungut Amira yang masih tidak berpuas hati.

" Ha, itu lah orang kata jangan gelojoh, kau tu pulak hentam keromo ja!"

" La, siapa pula yang gelojoh?" Amira masih tidak berpuas hati dengan jawapanku.

" Engkau la, Amira! Orang gelojoh ni senang gemok, senang lapar, makan tak hadam dan banyak kalori tersimpan tau!" Suaraku semakin meniggi namun aku cuba menahannya kerana waktu P&P sedang berlangsung.

"Eh, makan di dalam kelas pun tak boleh, inikan pula makan. Sampai hati kaukata aku gelojoh?" Nadanya seolah-olah ade rase hampa dan sedikit kecewa terhadap percakapanku.

" Merajuk ker? " Aku memerlinya.

" Tak la, cuma meraung jer..." Jawabnya sinis.

" Oh, ingatkan nak melalak. Boleh gantikan shift serigala yang melalak-melolong tak tentu pasal tu," aku cuba mengusiknya. Mungkin hatinya boleh terubat sedikit.

" A'ah, tak payah aku menghadap muka kau tu. Baik aku menghadap tembok lagi bagus!"

" Hmm, memang lah tidak payah. Senang je engkau nak menghadap muka aku yang kacak lagi berhaya ini. Lagipun aku beru nak beli timba baru. Boleh kaumengahadap benda tu, tak perlu susah-susah!"

" Engkau ada pun aku dah susah. Terima kasih sahaja lah untuk keprihatinan engkau yang tidak akan aku hargai, pun!"

" Weh Amira, apa ni kaucakap? Cakap Melayu macam bukan Melayu!" Suaraku meleret-leret untuk menimbulkan rasa menyampah itu dan melihat reaksinya.

"Isyh, menggedik lah engkau ni!"

" Aku menggedik pun tidak gelajoh macam engkau!"

" Eh, tolong sikit! Aku bukannya gelojoh tapi tidak dapat jawapannya sahaja. Nak hiperbola pun agak-agak la gedikz!"

"Weyh gedokz, biar aku lihat jalan kira engkau buat. Cikgu Rojita ajar pun tak faham-faham!"

" Eh, tolong sikit! Siapa gedokz? Mengaku dulang paku serih, mengata orang dia yang lebih!"

"Ewah, ewah, aku hendak tangan-tangankan, nanti buku lima pula yang hinggap. Mana soalan yang engkau tidak dapat tadi? "

" Iyo lah, ha cuba engkau tengok ni, kan sama dengan jalan kira cikgu, kan?"

" Haha, sebab itu lah aku kata jangan gelajoh. Nanti semua perkara haru-biru, semberono sahaja engkau ini!"

" Apa pula? Mana yang gelojohnya?"

" Hmm, perasan pandai pula. Kalau engkau macam Mayonis aku tidak kisah sangat. Tapi engkau tu gedokz... Gelojoh teros!"

"Engkau ini asyik-asyik perli aku sahaja. Mana silpanya?"

" Cuba engkau tengok balik. Buat kat jalan kira di kalkualator sekali harong macam makanan (soalan) tu lari pula!"

"Apa pula. Sama sahaja!" Dia masih menafikan lagi.

" Cuba engkau kira satu-satu, (kira seketika). Tengok, kan dapat!"

" Eh, dapat lah," Amira mula tersenyum keriangan kerana dapat menyelesaikannya seperti kanak-kanak rabina.

"Ha itu lah lain kali kalau nak buat kira-kira jangan gelojoh! Buat satu-satu!"

Loceng pun berbunyi memberi isyarat sudah menjelma 5.30 pagi. Aku pun terus membaca doa.

" Allah, aku tidur pun boleh termimpi?" Aku mengusik diri sendiri. Kemudia aku pun teruslah bersiap-siap untuk pergi sekolah pada hari ini dengan azam yang baru dan semangat yang segar demi menuntut ilmu yang membawa kita kepada kejayaan.

-TAMAT-

Wednesday, May 26, 2010

Hikayat Jauhari : Tatkala Dikau Melihat Berbezanya Manusia

Alkisah Sang Jauhari pulanglah kembali akannya ketempat tinggalnya. Maka pulanglah akan ia ke dakapan ibunya yang tertcinta. Arakian itu, bertanyalah sang Jauhari kepada ibunya perihal manuisa yang pelbagai.

Jauhari : Bonda, adakah manusia itu semuanya berbeza dan tiada pula yang sama di antara
mereka sendiri?

Bonda : Wahai anakku, Jauhari. Demikian itu persoalanmu yang akan membawa hidupmu lebih
dewasanya. Akan manusia itu memang berbeza pula akan sifatnya hatta sikapnya.

Jauhari : Adakah tidak ada satupun yang sama?

Bonda : Tidak anakku. Adalah yang sama itu sebenarnya hanya mirip kepada temannya dek
kerana mereka yang rapat akan berkongsi sifatnya pula.

Jauhari : Wahai bonda bagaimana pula hal itu boleh berlaku?

Bonda : Maha Besar Maha Suci Pencipta daripada segala bayangan makhluk. Dia lah yang
berkuasa ke atas semuanya itu. Maka penciptaan manusia ini bermula dengan segala
tersirat yang ada baginya, 46 jumlah chromosme. Hatta ketika itu anakku, akan
makhluk kecil itu yang memiliki kandungan mitochondria itu pula mengalami kejadian
meiosis ya anakku.

Jauhari : Apakah itu wahai bonda yang luas pengetahuan lagi arif ilmunya?

Bonda : Ketika itulah Allah meletakkan perbezaan yang bermacam-macam bagi setiap anak
adam akan karena itu kalakian berfikirlah bagi mereka yang mempunyai akal yang
sihat.

Jauhari : Wahai bonda telah aku pertemukan sesuatu yang begitu berharga buat diriku.

Bonda : Ya anakku, Jauhari, maka berceritalah kamu kepadaku akan berlian yang telah kamu
petik itu.

Jauhari : Aku mula teringat akan ibadah manusia itu mencapat Tuhannya adalah sebanyak nafas
kita. Oleh itu wahai bunga lestariku, setiap hamba ini memiliki jalan yang berbeza-
beza untuk mendakap pelukan kasih Ilahi. Maka janganlah pula bagimu memaksa
mereka untuk mengikutimu.

Bonda : Benar ya anakku. Bahkan bawalah setiap dari kalangan kamu itu hanya kembali
fitrah mereka yang hakiki itu wahai annakku.

Maka semakin luaslah ilmu di dada akan Sang jauhari setelah dia puasa mengutip pengertian hidup ini daripada mereka yang telah merasa asam garam kehidupan ini.

Tuesday, April 13, 2010

Dakwat di Atas Cebisan

Azan Subuh mula berkumandang memanggil sekalian umat untuk menunaikan solat menghadap Ilahi, Tuhan seru sekalian alam. Aku bergegas meneruskan wahana kehidupan ini sebagai seorang hamba yang sentiasa mengharap mawaddah warahmah dari sisi Rabbul Izzati. Terus aku melangsungkan kehidupan ini mengikut aturannya seperti siang dan malam silih berganti matahari dan bulan terus beredar pada paksi masing-masing.

Aku mengikat kasut sekolah dengan penuh teliti lantas menuju menghampiri basikal tua yang setia mengikutku pergi ke sekolah. Tidak pernah basikal itu bersungut keletihan kepada tuannya dan penuh kehambaan menunggu aku pulang dari sekolah selepas tamat kelas excel. Ketika waktu persekolahan itu bermula sarwajagat pelajar SMKTPG melakukan aktiviti sedia kala dan aku dengan penuh keghairahan melulu ke kelas bagi memulakan sesi P&P daripada guru-guru tersayang.

Sepanjang waktu menjadi saksi aku berada di sekolah, satu persatu kala pembelajaran aku tumpu hinggalah tiba waktu matematik yang diajar oleh guru penasihat PBSM aku sendiri. Di kala itu, aku seolah-olah menjadi orang lain yang tiada mengenal diri ini. Sikapku ini terus berubah menjadi budak-budak bagai kanak-kanak rabbina. Kawan-kawanku ketika itu ada menanyakan aku akan sesuatu hal yang macam kurang bernas untuk dijawab dan aku membalasnya dengan gaya pelik seperti alter terahsia diriku pula yang menjelma hinggalah satu saat itu satu perbualan bermula

Najiha : Dia ni macam budak nakal tapi pandai. Macam Hakim pulak kalau dia menjwab tu..
Wani : Hmm niu bukan macam Hakim tapi memang 'Hakim'

Subhanallah pena kuini terus berbicara maka benarlah sabda nabi itu, "Manusia yang berkawan dengan penjual wangian itu akan lekat harumnya dan musia yang berkawan dengan penempa pedang akan lekatlah arang itu" Aku tiada mengerti akan tindak balas yang harus aku pamerkan ketika kata-kata itu terus menyelinap masuk ke cuping telingaku. Kemudian aku sedar bahawa sememangnya dia itu cermin bagi diriku dan aku menyangka cermin itu mula kelihatan pantulannya dan dakwat mula tertulis di atas cebisan kertas.

Kemudian perjalanan waktu itu kembali meneruskan sunnatullah sehinggalah tamat sesi persekolahan dan kelas excel pun bermula kira-kira sejam lagi. Subjek biology memenuhi jadual excel dan cikgu berusaha keras membimbing kami bagi memperoleh kefahaman yang jitu untuknya. Bersamaku, Akmal yang macam sengal-sengal sikit tapi cukup membawa impak yang besar dalam kehidupan seharian ini. Kami berjalan menuju ke pinti pagar sekolah tanda tamatnya kelas tambahan.

Dia memulakan kata "Kau tak menyesal ke pindah sekolah?" Aku terus menjawab "Terlalu lambat untuk aku katakan menyesal." Dia menyambung bicara "Kiranya kau menyesal la ni?" Aku petah berkata "Tiada apa untuk disesalkan dan aku harus bahagia dengan kehidupan ini." Dia terus bersungut keletihan menghadiri kelas excel hingga matahari tegak seinci di atas kepala

Anis : Akmal kenapa kau datang kelas excel?
Akmal : Mak aku suruh.. (Jawabnya ringkas)
Anis : (Baiknyalah budak ni, kalau aku tak) Patutnya kau buat untuk diri kau baru bahagia.
Akmal : Kalau aku, dah balik tidur kat rumah.
Anis : Biar yang kita cari tu bahagia di akhir, jangan gembira sekarang akhir merana.
Akmal : Hmm kau ni penuh falsafah rupanya. Ala aku tahu kau ni menyesal kan?
Anis : Macam mana kau tahu kalau aku ni menyesal?
Akmal : Ala tengok mata kau pun tahu...
Anis : Memang la ada yang disesalkan tapi aku dah cukup bahagia dengan kehidupan kat sini.
(Dia ketika itu seolah-olah tahu aku memikirkan zaman silamku di sana)
Akmal : Tadi aku, niezam, husai n da gang ada bincang pasal kau. Kenapa kau boleh pandai?
Anis : (Terus diam tanda mendengar)
Akmal : Mungkin sebab kau tak mencarut. So kitorang wat perjanjian tak kan mencarut. Siapa
yang mencarut kene pukul.
Anis : Maha suci Allah, begitu hebat perancanganNya (monolog dalaman)

Kami bersalam memberi isyarat tanda perpisahan. Aku begitu segan dengan diriku ini kerana segala kebaikan yang dilihat hamba-hambaNya itu adalah milikNya jua. Aku juga masih bersyukur kerana aku ini masih dipandang elok dan aku tahu itu bukanlah kerana kebaikan yang menjadi pakaian diriku akan tetapi kerana kasih Rabbul Izzati yang menutup keaibanku ini. Namun begitu aku masih mengharapkan akan adanya teguran daripada mereka untuk diriku agar aku dapat memperelok diri ini tanda mereka mengambil berat akan diri ini.

Aku begitu bersyukur kerana mempunyai kawan sepertinya kerana dia mampu menafsir riak mukaku dan menjaga etika persahabatannya bersamaku. Aku mungkin kerugian kerana melepaskan kawan-kawan di sana, aku mungkin kerugian kerana tidak menimba ilmu di sana dan aku mungkin kerugian tidak menyertai pertandingan atas platform nama yang gah tapi aku pasti kerugian yang teramat jika aku kehilangan Akmal dan Hakim sebagai rakanku berserta kelas 5 Sains 2 tahun 2010 yang lain.

Di sini aku panjatkan kesyukuran kehadrat Ilahi kerana masih membuka pintuNya satu persatu dan memudahkan urusanku di sini. Dan aku tidak pernah putus memohon petunjuk dariMu Sang Maha Kuasa ke atas diriku dan rakan-rakanku... Jadikanlah kami umat yang berukhwah dan terus berusaha untuk menegakkan syiarMu dan meraih keredhaanMu yang hakiki untuk seluruh kehidupan yang terus dia'bdikan kepadaMu Ya Allah.. Amin...

p/s * Kepada bloggers yang membaca, apa yang baik jadikanlah tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Segala yang baik itu dari Allah dan yang lemah itu dari penulisan saya sendiri.