Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Puisi Putra Sri Durga

Melayu itu bukan rupa, bukan kulit, bukan bahasa dan bukan orang,
Melayu Itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan.
Melayu Itu Budaya Yang Memerintah

Kemanakah arah tuju melayu kalau tidak kepada anak cucunya.kita orang melayu bangsa yang tidak mementingkan diri sendiri tetapi menilik jauh akan nasib keturunan kita.

Jangan kita lari dari teras ini kerana ianya satu perjuangan kesinambungan bangsa melayu dan erti kata melayu itu sendiri "TIDAK MELAYU HILANG DIDUNIA." Jangan ada melayu yang beralih kepada fahaman bangsa asing yang tak sama pendiriannya.

Melayu sudah lama mendominasi dunia dengan ketamadunannya walaupun segelintir yang akur akan fakta ini.Beribu tahun dahulu kita orang melayu adalah pencetus tamadun dan peradaban Kemanusiaan.

FITRAH MELAYU
Fitrah Melayu Fitrah Beraja

ADAT MELAYU
Adat Beraja

TUGAS MELAYU
Penegak kebenaran
(Dharma Suci Kebenaran Sejati)

PANCASILA MELAYU

*Kenal Dan Chinta Tuhan
*Taat Setia Kepada Raja
*Berkorban Demi Bangsa
*Berbakti Kepada Perthivi
*Berguna Kepada Nagara

Maka ini susila kita semua melayu di atas dunia walau dimana jua berada tetap tiada boleh derhaka atas janji sebagai manusia akur sekelian jiwa dan raga pada susila perlembagaan kita.


MULA CIPTA RUPA NYATA

Ayat disusun mejadi kata,
Jantung bergetar mencipta Benta,
Turun dan naik sekata nyawa,
Dari wujud menjadi nyata,
Inilah isyarat pembuka cerita,
Hikayat gurindam penuh seloka,
Menjadi warta sekelian warga,
Menjadi marga sekelian manusia,
Ini serat cipta yang Kasa,
Olahkan Ia menjadi Kersa,
Agar sifat arya mulia,
Melimpah sekelian anggota kita,
Barulah gerak kita bermakna.

SELAGI MELAYU NAMANYA KITA, BIAR HIDUP ADA BERGUNA, BARU MATI PENUH BERJASA.
HANYA MELAYU TAHU MELAYU, HANYA MELAYU RASA MELAYU, HANYA MELAYU JADI MELAYU.

Sunday, July 26, 2009

Insan Bernama Sahabat

Insan Bernama Sahabat

Sahabatku..
Kau begitu tabah..sahabat
Kau ditertawakan..kau masih tersenyum
kau diumpat keji tapi masih tersenyum
kau insan yang berhati mulia..

Aku senang denganmu sahabat
Aku bahagia denganmu sahabat
setiap kali Rejab datang..aku teringatkan mu
kau sahabat yang mengingatkan aku berpuasa
kau memang istimewa..

Sahabat.
Namun semua tinggal kenangan
aku tidak pernah lupakanmu
ingatanku tidak pernah padam
Syukur..kerana diizinNya untuk sentiasa mengingatimu
Disaat itu..pasti aku hadiahkan Al-Fatihah untukmu

Sahabat..
Ku sentisa mendoakan kesejahteraanmu di sana
Pastinya suatu hari nanti aku jua akan ke sana
Sahabat..Al-Fatihah untukmu.

Amin

" Cakap sahabat yang jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

(Saidina Ali)



Pernahkah saudara membaca puisi ini?


Hai,


Sekalian manusia menginginkan sahabat yang sejati walaupun tidak sempurna. Mereka sering mengharapkan sahabat mereka sentiasa di samping mereka walau di mana mereka berada di kala senang dan susah hingga kita sering kedengaran keluhan dari lubuk kecil sesetengah insan "Sahabat waktu senang memang senang nak dapat dan sahabat waktu susah memang susah nak dapat".


Sekali kilas nampaklah mereka ini sedih dengan atmosfera mereka yang ketandusan nilai persahabatan. Namun pernahkah umat akhir ini terfikir,

"Adakah aku layak bersahabat?"
Sedangkan hak terhadap sahabat tidak pernah mereka tunaikan? Selagi kebenaran

"Kalau begitu adakah sekadar saudara semuslim?"
Sedangkan hak sesama muslim mereka endah tak endah? Selagi lagi terlintas,
"Adakah aku layak megharapkan sahabat di sisiku?"
Sedangkan bagaimana untuk menjadi sahabat pun tiada ia mengerti?



Wahai umat sekalian, sekalipun kita mengharap dan mencari sahabat dan erti nilai persahabatan yang sebenar, maka selamilah diri sendiri dahulu. Pupuklah kasihn dan cintamu terhadap yang menciptakan sahabat dan nilai itu. Jadikanlah Quran sahabatmu dahulu dan Sunnah ikutanmu dahulu. Lantas jadikanlah hatimu sahabat kepada dirimu dahulu lalu bertebaranlah menjadi sahabat kepada yang lain dan mulakanlah pengaharapan dan pencarianmu akan sahabat yang akan membantumu di dunia dan di akhirat.



Wallahualam...