Wednesday, July 14, 2010

Peti Itu Belum Terbuka

"Indah sungguh makna persahabatan ini" desis hatiku setelah selesai mendirikan solat fardhu. Ketenangan yang begitu mengindahkan hati ini menerpa dengan begitu halus hingga terasa getaran jiwa. Maka dengan itu selalu aku yakini firman Allah, Rabbul Izzati yang selalu dikiaskan dalam kalimah cinta suciNya

"Ingatlah Allah (berzikrullah). Maka dengan berzikrullah, hati akan tenang " Masya Allah, Allahu Akbar!

Dalam aku mengenangkan saat-saat manis bersama sahabatku, pasti terubat akan kerinduan di hati ini walau ada juga secebis keperitan yang harus ditelan jua kerana itulah pengorbanan yang perlu bagi diri ini terhadap sahabatnya yang sangat dikasihi.

" Sina kenapa engkau banyak berkorban untuk dia?" Suara itu menjengah di kotak pemikiran yang kecil ini

" Mana ada, sebenarnya dialah yang banyak menolong aku!" Tegas diriku ketika mengingat semula perbualan itu berlangsung.

"Tapi aku tengok dia relaks sajaha sedangkan engkau ni tidak habis-habis asyik fikirkan pasal dia."

Hati kecil ini terkejut apabila mendengar dakwaan sedemikian rupa. Tidak pula diri ini sedar tentang banyak perkara yang telah dilakukan jasad ini demi sahabat baiknya. Aku terus-terusan menepisnya kerana jiwa ini tetap mengatakan " Rawna (bukan nama sebenar), engkau tidak tahu apa telah dia lakukan untuk aku. Mungkin kecil maknanya untuk orang lain tapi bersar pula maknanya bagi diri yang kerdil ini."

Dia diam seketika dalam malam yang hening menyelubungi kami... Aku masih lagi di alam khayalan dalam mengimbau semula kenangan lampau yang telah terukir dalam monumen sejarah peribadi hayatku.

Kini aku tidak boleh menafikan duniaku amat berbeza. Aku begitu takut untuk menghadapi dunia yang nyata di hadapan mata kasar ini. Segalanya penuh tipu daya dan amat perlu mata hati ini melihat akan kebenarannya supaya tidak pula terpancar logamaya yang berbisa dan fatamorgana yang menyengat.

Hidup umpama roda dan itulah kata-kata yang amat popular dalam kalangan insan yang gemar merempit. Hahaha... Arakian itu, sememangnya benar dan kitaran hidup itu pasti berlaku walau kita inginkannya supaya nyah dari jidup ini.

Inilah kuasa Allah, Wa Hua a'la kulli syai in qadir. Dan Dia lah Allah yang menguasai takdir. Aku sering kali berfikir adakah ini nasib yang harus aku pikul? Kitaran telah aku fahami dan coraknya telah aku pastikan.

Aku cuba melarikan diri daripadanya namun tidak pula aku berjaya. Aku mengarapkan sedikit perbezaan untuk tahun ini namun hakikatnya tetap sama walau dengan siapa aku bersahabat. Sekali lagi satu suara menerpa melalui alimentary canal walaupun sacara batin.

"Kenapa engkau asyik buat pasal dia?"

"Kenapa engkau buatkan dia sahaja air tu? kenapa tak aku?"

"Kenapa kau bagi air ni kat aku?"

Soalan yang bertubi-tubi melulu mengenai diriku. Aku terpana mendengar soalan membunuh itu. Maka persoalan pertama itu tidak pula aku dedahkan hal sebenarnya dan hanyalah sekadar seribu alasan yang dilapikkan demi menyembunyikan rahasia kebenaran yang mewarnai pelangi kehidupan.

" Ala, sebab dia sengal la aku buat pasal dia."

Namun perihal kedua dan ketiga itu membuatkan aku terpaksa mendiamkan diri seribu bahasa tanpa sepatah kata yang keluar agar tidak timbul kemusykilan dalam diri yang menanya. Hakikatnya, di sini dialah insan pertama yang begitu baik melayan karenah aku hinggah acap kali tercuit jiwa yang halus ini. Akan tetapi kini, aku rindu akan gurau sendanya yang kian pudar di mamah kesamaran. The time between dog and wolf.

Malah ada juga yang bertanya, "Sina kenapa engkau lebih pentingkan sahabat daripada cinta?"

Dan aku, " Entah lah, tiada pula jawapan untuk itu. Tapi masih ada pengukuhan untuk itu. Mutiara kebahagiaan itu telah aku letakkan atas nama sahabat dan kunci untuk membuka peti berharga itu kasih dan cinta Ilahi."

Maka disaat itu aku sedar bahawa telah banyak kunci yang aku gunakan untuk membuka sebuah peti berseri dan aku belum ketemuinya justeru juga gagasan kunci hakiki belum aku peroleh.

"Ya Allah, bantu lah aku, hambaMu ini!"

Mungkin belum aku penuhi tuntutan aku terhadap diri malah sebagai hambaNya juga. Mungkin itulah pernghijabku atau mungkin Allah masih mengujiku akan penerimaanku terhadap pembantuku nanti yang sedang aku mohon daripadaNya. Dan hikmah itu ada di sisiNya.

Aku begitu mengagumi junjungan agung Rasulullah melalui ucapannya yang telah dirakamkan dalam kalimah suci kejujuran. "Aku tidak katakan khazanah itu berada di sisiku." "Dan Muhammad itu tidak berkata melainkan apa yang telah di wahyukan kepadanya."

Sekali lagi aku teringat dalam perjanjian baru (new testament) :

"Seorang nabi akan kubangkitkan bagi mereka dari saudara mereka seperti engkau ini. Aku akan menaruh firmanKu dalam mulutnya dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya." (Ulangan 18:18)

Maha Suci Allah. Maka segala kata-kata baginda adalah benar dan terang. Namun susah pula bagiku untuk berterus terang sebagaimana Rasulullah.

"Kerana aku nabi, kekasihku ialah Allah. Andai kata aku boleh memilih maka Abu Bakar As-Siddiq kekasihku di dunia ini."

Namun diri yang terlalu kerdil ini mustahil untuk menjadi seperti Rasulullah dan mendapat sahabat karib seperti Abu Bakan As-Siddiq. Namun harus pula bagiku untuk memiliki sifat terus terang dan kejujuran ini.

"Bantulah aku ya Allah"

"Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Jadikanlah kami di atas jalan yang lurus." (Al-Fathah : 5-6)


Wallahua'lam...

No comments: