Sesi mawaddah telah pun berlangsung dan semuanya berjalan seperti sedia kala. Aku terasa gembira juga kerana komen-komen yang telah diberikan cikgu lebih kurang sama sahaja setiap tahun aku dah boleh menghafalnya.
Namun begitu belum pula aku sempat bertanya kepada sahabatku malah dia juga beredar terus setelah habis sesi mawaddahnya bersama guru kelas. Tatkala sebelum itu, aku diikhabarkan dengan berita yang agak kurang menyenangkan hati.
"Sina, Sina ada masalah sikit ni?"
"Asal pula?"
"Dia tanya kenapa engkau dah tak macam dua bulan yang dulu?"
"Kenapa pula? Sama sahaja bagi aku... Kenapa pula macam tu?"
"Dia dari tadi sepanjang jalan tanya kenapa?"
"Sama jer. Ko rasa kenapa?"
"Sebab engkau dah tak rapat dengan dia lagi kut."
Aku tersentak mendengar kata-kata itu sebenarnya. Namun terus sahaja aku berlakon bagai tiada apa yang mengejutkan diriku yang lemah ini.
Mungkin semua ini bagiku tiada apa kerana telah aku ketahui bahawa seseorang dari kalanganku bukanlah dari sini.
Malah selain itu juga, aku sentiasa mengharapkan tiada apa-apa yang berlaku pada tahun ini sebagaimana insiden-insiden yang pernah berlaku pada tahun lepas kerana belum kuat hati ini untuk menghadapi semua ini lagi.
Malang seribu sekali malang, sekiranya Allah tetap inginkan hal tersebut jadi, maka terjadilah. Maha Suci Engkau Ya Allah yang terus meletakkan aku dalam dilema ini sedang aku cuaba sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada konflik yang sama berlaku saban tahun dalam layar kehidupan ini.
Aku terasa bahawa belum diri ini layak untuk mencari teman sedang aku belum lagi tunaikan hak terhadapMu dan diriku apatah lagi terhadap muslimin saudaraku.
Pada malam ini aku pula teringin sangat untuk mendengar suaranya, lantas aku bersegera menelefonnya untuk mendengar khabar berita daripadanya.
Dialah insan yang terlalu sejuk hati ini untuk berkenalan dan mendamaikan jiwa yang sedang kekusutan ini walau hakikatnya Allah jua yang menganugerahkan nikmat ini. Tidak tahu pula bagaimana rasanya jika kami sudah tiada lagi silaturrahimnya.
"Hello Assalamualikum, ko macam mana? Dapat nombor berapa?"
"Alah, nombor biasa aja."
"Ko, keluar tak cuti ni?"
"Tak jadi pula. Kenapa?"
"Oh tiada apa-apa. Kalau dalam minggu ini aku ada buat salah, maaf taw..." Suaraku lembut berbicara menamatkan perbualan ini. Bahkan suaranya juga terlalu lembut untuk dipersembahkan kepada telinga yang mendengar.
'Taklah engkau tak salah apa-apa pun." Suaranya perlahan diakhir bicara.
"Salam"
"Wasalam."
aku meneruskan rona-rona kehidupan ini seperti biasa hinggalah saat mesej yang berdering di telefonku.
"Salam, Ko tak salah apa-apa pun... Aku yang salah... Aku tahu ada benda yang aku buat sampai terguris hati kau.. Tapi sejujurnya aku tak sengaja.. Kadang-kadang aku tak tahu aku buat apa... Memang betul aku bukan baik orangnya.. Kalau ko dah tak nak kawan dengan aku pun aku faham.. Tapi jujur aku hepi dan syukur sangat ada kawan macam kau... Thanx sebab banyak berkorban untuk aku. Apa-apapun... Maaf sangat-sangat ye..."
Mesejnya terhenti begitu sahaja. Disangka selama hati ini telah mengeras seperti batu, akhirnya tumpas dan aku mengalirkan air mata. Duhai sahabat bukanlah perbuatanmu itu membuatkan aku terluka bahkan kehadiran engkau jualah yang telah yang mewarnai kehidupan yang serba pudar ini! Tidaklah engkau bersalah apa-apa walau sebesar zarah sekalipun.
Aku terus menerus menghubunginya. Hanya sedikit bicaranya dan tidak pula sesuai untuk bersembang di talian terhad ini. Lantas mata ini terus-terusan berkaca hingga gugur mutiara jernih jatuh ke pasak bumi.
Duhai teman, walau siapa dirimu tidaklah aku peduli selama mana engkau cuba membaiki hakikat diri kita dan telah aku syukuri untuk itu. Tidak pula aku sanggup kehilanganmu setelah engkau mengisi dialog-dialog kegembiraan pada monumen sejarah diriku.
Tatkala jika aku hilang teman baik, adakah aku masih sanggup melepaskan engkau sebagai seorang teman yang baik untuk diri in? Akan kugenggam seerat mungklin dirimu agar tidak kita terpisah!
Maka dengarlah cerita hati yang ingin kulakarkan pada pena maya ini :
Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta...
Ikhlas untukmu,
Sina
No comments:
Post a Comment