Friday, December 10, 2010

Cherish Your Moment

Ini SMS yang saya dapat daripada kawan saya dari sebuah SBP. Saya ni mantan SBP, belum habiskan zaman di SBP setahun. Masa tingkatan 5 tahun ini dah bergelar pelajar harian biasa.

Hidup budak SBP ini bukan mudah. Kata ada BRaInS, harap nama saja SEMASHUR, SERATAS, SASER, tapi bukan selalu di atas.

KISASnya tiada siapa yang tahu, walaupun SCiPP, tetapi kami SDAR, kami bukannya STAR kadang-kadang terSESDU.

Yang brother terpanggil SESTER, SAS tu bukannya buta, kadang-kadang selSESMA datang bukan kerana kucing mahupun KUSESS tapi terpikat dengan FARIS or ISKANDAR but Tun Fatimah n Tunku Kursiah tetap maintain dengan berkat SERI PUTERI.

Mungkin terpikat ngan SAINA yang ala-ala India atau jatuh hati sebab MOZAC licin, nak cover la tu! Yang pasti semua berSESERI andai diserASISkan dan ditakdirkan bersama!

HKJ, HKP, HKA, HKSB. Once as SBPians, forever SBPians! Hargailah hari-hari terakhir berada di kampus yang bergelar SBP!

Cherish the moment, cherish your friends and enjoy every bits of the final days :( So wherever we go, always be INSTAR to lighten up our days n finally berdiri gak aku di alam SEMESTA.

SEMESTInya aku SMAPKan memeori ini dalam JIWAku.. harap kita akan SEMESRA seperti dahulu. Forward SMSS ni kat semua batch sixten sbp yang laen

Tuesday, December 7, 2010

Nota Dari Persidangan Riba

Salam semua, artikal dari sahabat saya yang hendak dikongsikan bersama. insyaAllah dapat memberikan manfaat kepada para Ikhwan/pembaca.

----

Alhamdulillah, selesai sudah persidangan yang amat bermakna bagi diri saya, ianya juga sepatutnya menjadi satu persidangan yang amat penting bagi seluruh umat Islam, akan tetapi melihat pada berita utama di TV pada malam harinya dan begitu juga dengan akhbar tempatan pada keesokan hari, mereka yang mengawal media dinegara kita ini nampaknya menganggap ianya suatu yang tidak penting. Disini saya ingin berkongsi serba sedikit isi kandungan perbincangan di persidangan tersebut agar usaha kearah hidup yang tidak lagi diperangi oleh Allah SW ini (akibat riba') akan dapat dicapai walau tanpa sokongan media massa kebanyakan.

Dr Mahathir Mohammad telah memberikan ucapan pembukaan, beliau membangkitkan isu mengenai ekonomi dunia hari ini yang seolah-olah tiada kawalan dan disebabkan bebasnya ahli ekonomi seperti bank, syarikat pelaburan dan sebagainya untuk melakukan urusniaga sesuka hati seperti memberi pinjaman tanpa mengambil kira risiko dan sebagainya, maka kegawatan ekonomi terutama dibarat hari ini terjadi. Terdapat satu fakta yang dikemukakan oleh beliau yang amat menarik perhatian saya iaitu mengenai urusniaga tukaran wang asing (forex). Menurut beliau urusniaga forex pada masa kini bernilai sebanyak 4 trillion USD sehari, lebih banyak berbanding semasa krisis matawang pada tahun 1997. Jumlah itu bersamaan dengan nilai pengeluaran produk dan perkhidmatan bagi negara Jerman dalam jangka masa setahun, akan tetapi jumlah tersebut telah memberi manafaat kepada negara dan masyarakat negara Jerman itu sendiri dari segi ekonomi sedangkan apakah sumbangan urusniaga forex? Selain dari mengkayakan pengurus forex dan juga pelabur kaya, sumbangan kepada sektor pekerjaan, perniagaan dan ekonomi negara secara amnya hampir tiada.

Bagi kebanyakan penceramah yang lain pula hampir kesemuanya bersetuju bahawa pergolakan ekonomi dunia hari ini adalah kerana sistem kewangan yang diguna pakai itu sendiri adalah suatu penipuan. Terdapat 3 isu utama yang dibincangkan didalam persidangan ini iaitu:
  1. Wang kertas yang diguna pakai hari ini yang tidak disandarkan dengan nilai sebenar samada emas atau perak.
  2. Keistimewaan yang telah diberikan kepada bank baik konvensional atau pun islamik untuk "mencipta" wang mengikut sistem pecahan simpanan (fractional reserve) menerusi kaedah perakaunan mereka.
  3. Riba', bunga atau kadar faedah yang terbina didalam sistem ekonomi moden itu sendiri yang merupakan bisa yang tersembunyi dan melumpuhkan hampir seluruh golongan masyarakat akan tetapi mengkayakan segolongan kecil yang lain.
Berapa ramaikah dikalangan kita yang sedar bahawa wang kertas yang kita gunakan setiap hari ini adalah satu penipuan? Mengapa satu penipuan? Kerana wang kertas sebenarnya tidak mempunyai nilai. Wang kertas hari ini dicipta dengan hutang dan bukan berdasarkan kepada komoditi seperti emas dan perak. Akan tetapi mengapa ianya diterima pakai? Kerana ianya termaktub didalam undang-undang negara apa yang dipanggil "legal tender law", dan siapa yang menciptanya? Tidak lain tidak bukan British laknatullah yang telah menjajah negara kita dan hanya setelah dua benih syaitan disemai kedalam sistem pemerintahan negara, baru itulah kemerdekaan diberikan. Dan benih syaitan itu adalah undang-undang "legal tender" yang menjadikan wang kertas sebagai medium pertukaran dan juga pemerintahan sekular yang meletakkan undang-undang ciptaan manusia lebih agung dari undang-undang Allah SW.

Kebanyakan ulamak perbankan tersohor menggunakan fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa pada 1986 yang mana telah membenarkan penggunaan wang kertas. Akan tetapi jika 14 tahun dahulu kita boleh membeli teh tarik dengan hanya 50 sen akan tetapi pada hari ini lebih dari seringgit, maka tibalah masanya ulamak hari ini perlu mengishtiharkan wang kertas adalah haram. Apabila diishtiharkan haram, pasti akan ada usaha yang lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk menghentikan penggunaannya atau paling tidak pun menyandarkan ianya kepada suatu komoditi yang mempunyai nilai. Allah SW tidak akan mengubah sesuatu kaum itu jika mereka sendiri tidak mahu berubah, maka sudah sampai masanya untuk fatwa baru dikeluarkan mengenai wang kertas ini.

Antara saranan lain didalam persidangan tersebut adalah membenarkan wang secara bebasnya dicipta oleh semua manusia (free money), ini bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh mencipta wang kertas dan mengedarkannya akan tetapi menarik keistimewaan bank atau tidak bergantung lagi kepada mereka untuk mencipta wang (menerusi sistem pecahan simpanan). Setiap individu yang mengusahakan suatu barangan, komoditi atau perkhidmatan, menerusi sistem dan prasarana sedia ada dizaman ini, beliau boleh "mencipta wang" didalam sistem melalui aliran kredit atau debit didalam sistem tersebut. Sistem ini kemukakan oleh Prof. Ahamed Kameel Mydin Meera menerusi sistem yang dipanggil Multilateral Payment System yang mana nilai untuk barangan dan perkhidmatan itu berasaskan nilai emas dan perak. Sistem sebegini bukanlah suatu yang baru, nama lain untuk sistem ini adalah LETS (Local Exchange Trading System) yang telah banyak digunakan dinegara luar seperti di Australia, Kanada dan Switzerland. WIR Bank di Switzerland telah menggunakan sistem ini dari tahun 1934 hingga kehari ini.

Disebabkan dua unsur iaitu wang kertas dan penciptaan mudahnya oleh bank maka dapat riba' berkembang biak. Apabila nilai wang tidak lagi berada didalam wang, nilai wang boleh dimanipulasi, dan bank pula dengan mudahnya mencipta wang menerusi pinjaman dan kemudiannya mengenakan riba' atas wang yang sebenarnya tidak wujud, bank ibarat lintah yang menyedut darah semua umat manusia baik secara langsung atau tidak, baik bank konvensional atau pun islamik. Secara langsung adalah dengan memaksa peminjam membayar balik dengan jumlah yang berganda, secara tidak langsung pula adalah dengan menurunkan nilai wang itu sendiri atau mencairkannya melalui penciptaan wang baru, maka teh tarik yang dahulunya 50 sen dah naik lebih seringgit. Kebanyakan masyarakat mengeluh mengenai harga barang yang semakin meningkat, ini tanggapan yang salah, sebenarnya bukan barang yang semakin mahal, nilai wang yang semakin menurun. Harga emas yang semakin meningkat dipasaran dunia hari ini adalah petunjuk untuk nilai sebenar dollar US yang semakin hilang nilainya akibat dicetak tanpa bersandarkan apa-apa nilai yang nyata.

Riba' adalah punca utama masalah sosial, dari tamaknya manusia menipu, makan rasuah, rompakan, pecah rumah dan ragut, kerosakan akhlak muda-mudi disebabkan ibu bapa sibuk bekerja hinggalah kepada kemusnahan alam sekitar baik dari perlancongan atau mengkomoditikan segala sumber alam yang boleh diperolehi untuk membayar balik riba' yang berganda akibat pinjaman bank ataupun bersaing untuk mengaut lebih wang akibat turunnya nilai wang (lebih banyak wang diperlukan untuk membayar barang yang sama, rujuk teh tarik), sebab itu lah Allah SW mengishtiharkan perang terhadap mereka yang terlibat dengan riba' malah dosanya lebih teruk dari berzina. Ketika Nabi SWA dinaikkan kelangit ketika Israk dan Mikraj, baginda melihat manusia yang perutnya dipenuhi ular dan apabila baginda bertanya kepada Jibrail AS siapa mereka lantas Jibrael menjawab, mereka adalah golongan yang memakan riba' (Ahmad, Ibn Majah).

Benih syaitan yang disemai oleh penjajah telah tumbuh subur menjadi pokok besar yang sukar ditebang, bertambah malang lagi apabila kapak penebang hanya berada ditangan kerajaan (dengan menggubal undang-undang), maka rakyat semua perlulah terlebih dahulu sedar dan bersama meminta pemerintah menebang pokok syaitan tersebut. Hampir semua manusia diakhir zaman ini telah bergelumang dengan riba' terutamanya pinjaman rumah dan kereta. Baik islamik atau tidak, keduanya sama sahaja, cuma bezanya satu ikut pintu depan dan satu lagi ikut pintu belakang. Saya sendiri sudah terjebak didalam kancah riba' dan sedang berusaha sedaya upaya untuk keluar darinya. Atas kesedaran ini jugalah saya berusaha untuk menyedarkan rakan-rakan yang lain akan bahaya dan besarnya dosa akibat riba' ini.

Salah seorang penceramah dipersidangan itu adalah Prof. Aziuddin Ahmad dari KUIS, apa yang memeranjatkan saya beliau adalah seorang ahli fizik, sempat saya berbual seketika dengan beliau dan berkongsi pandangan bagaimana melihat kehidupan didunia ini dari sudut fizik kuantum, alhamdulillah kami mempunyai pandangan yang serupa. Dari sudut fizik kuantum, kita semua berkait melalui ruang tenaga yang tidak kelihatan, apa yang kita lakukan mempengaruhi insan lain dan ianya akan berbalik kepada diri kita sendiri. Semua larangan Allah SW adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, malangnya akibat bisikan syaitan dan percayakan dunia yang sementara ini, manusia beralih dari fitrah yang dilahirkan sebagai muslim kepada sayangkan dunia dan bencikan akhirat. Insyaallah usaha saya memerangi riba' ini akan berterusan hinggalah ke akhir hayat. Walau pun hanya seorang sahaja insan yang akan sedar dari penulisan saya ini, ianya sudah memadai, harapan saya agar peringatan ini berterusan kepada rakan-rakan yang lain agar dunia yang sementara ini boleh menjadi aman dan sentosa.

Monday, December 6, 2010

Tuan : Antara Melayu dan Islam

Beberapa rakan saya banyak kali bertanya beberapa soalan yang lebih kurang sama seperti apa relevennya 'Ketuanan Melayu', kenapa tidak mahu 'Ketuanan Islam'?
Apa dia 'Ketuanan Melayu'? Secara mudah maksudnya ialah pemerintahan negara mesti diketuai oleh orang Melayu kerana mereka adalah penduduk asal dan majoriti negara ini. Mengikut sejarah, warganegara dari kaum Cina dan India di negara ini asalnya merupakan imigran yang datang ke Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.



Orang Melayu sanggup dan sedia menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) walaupun pada waktu itu kesetiaan kaum imigran itu lebih kepada negara asal mereka. Sebagai timbal balas di atas pengorbanan orang Melayu, maka Perlembagaan telah memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini dikenali sebagai 'Kontrak Sosial'.



Sesungguhnya 'Ketuanan Melayu' masih releven di negara kita. Ia perlu untuk menjaga kelangsungan bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam di negara ini. Jika pemerintahan negara terlepas ke tanah bukan Melayu, apakah jaminan kedua-dua elemen penting yang kita ingin pertahankan ini terus selamat? Mahukah kita menjadi seperti Singapura, di mana bangsa Melayu dipinggirkan, agama Islam ditundukkan?

Ada rakan saya membantah dengan mengatakan bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' adalah perkauman sempit, Islam tidak pandang pun dari apa keturunan, bangsa atau warna kulit seseorang tapi takwanya kepada Allah.

Saya ingin menyatakan bahawa memang benar Islam tidak memandang kepada perkara-perkara tersebut, tetapi dalam soal kepimpinan ia melibatkan skop pemahaman yang lebih luas. Di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih berkenaan prasyarat pemerintah mestilah dari keturunan Quraisy. Salah satunya ialah sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:


Maksudnya: "Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy." [HR Ahmad dan al Baihaqi]

Apakah Nabi s.a.w. bersifat perkauman sempit dengan bersabda demikian? Nauzubillahi min zaalik. Semoga Allah menjauhkan kita dari persangkaan buruk sedemikian.

Sebenarnya ada sebab, illat atau maslahah umum Nabi memerintahkan supaya kepimpinan umat ini mesti dari kaum Quraisy. Menurut Ibn Khaldun di dalam kitab al Muqaddimah, illat yang melatarbelakangi kepimpinan di tangan Quraisy ialah kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa. Tidak ada satu bangsa yang dapat menandingi mereka dalam hal kewibawaan politik. Dengan demikian hanya merekalah yang berhak memegang kekuasaan politik.

Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan dan tidak menolak kemungkinan akan terjadi peperangan sesama umat Islam tanpa ada yang dapat menyelesaikannya. Menurut beliau, illat yang terkandung dalam penyebutan “golongan Quraisy” akan terus berlaku dengan syarat ‘asabiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipenuhi.

Ibnu Khaldun menyebutkan:

"Kerana itu, kita pun menganggapnya sebagai satu prasyarat yang mendesak bagi seseorang yang bertugas menguruskan persoalan kaum Muslimin supaya dia termasuk golongan orang-orang yang kuat perpaduannya, dan mengatasi perpaduan bangsa-bangsa lain yang semasa dengan mereka, sehingga mereka dapat memaksa bangsa-bangsa itu bersatu demi kepentingan bersama. Kenyataan demikian tidak akan pernah ditemukan di seluruh pelusuk dunia sebagaimana terjadi pada masa kekuasaan keturunan Quraisy; sebab dakwah Islamiyah yang ada pada mereka sifatnya adalah universal, sehinggakan mereka dapat mengalahkan bangsa yang lainnya. Namun dewasa ini setiap daerah mempunyai orangnya sendiri yang mewakili perasaan 'asabiyyah (kekitaan) terbesar di sana." [Mukadimah Ibn Khaldun (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 207-208]

Dari kupasan oleh sarjana Islam terkenal itu, dapat difahami illat daripada hadis tersebut ialah para pemerintah umat Islam mesti terdiri daripada kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan ‘asabiyyah (kekitaan) dan kekuasaan yang diakui pada zamannya supaya dapat memimpin orang lain dan kesatuan umat dapat dicapai dengan pembelaan yang baik.

Dalam konteks hadis berkenaan 'Ketuanan Quraisy', jika ‘asabiyyah, kewibawaan dan kekuatan politik golongan Quraisy tidak kuat lagi maka syarat pemimpin dari golongan ini juga akan hilang.

Berikut adalah beberapa lagi hadis sahih lain menyebut tentang 'Ketuanan Quraisy'.

“Manusia itu (hendaklah) mengikut orang-orang Quraisy dalam urusan pemerintahan. Setiap orang Islam hendaklah mengikut (pemimpin) yang Islam di kalangan mereka dan orang-orang kafirnya mengikut (pemimpin) yang kafir juga di kalangan mereka.” [HR al Bukhari]

“Sesungguhnya urusan (pemerintahan/khilafah) ini ada di tangan Quraisy. Tidak seorang pun yang memusuhi mereka melainkan Allah akan membuatnya terjungkal/tersungkur ke tanah, selama mereka menegakkan agama (Islam).” [HR al Bukhari]

“Urusan (pemerintahan khilafah) ini sentiasa berada di tangan Quraisy selama masih tersisa dari mereka dua orang.” [HR al Bukhari]

“Urusan (pemerintahan khilafah) ini sentiasa berada di tangan Quraisy selama masih tersisa dua orang di antara manusia.” [HR Muslim]

“Manusia mengikuti Quraisy dalam perkara (pemerintahan) ini. Yang muslim mengikuti kaum muslimin dari kalangan mereka. Yang kafir mengikuti kaum kafir dari kalangan mereka.” [HR Muslim]

“Orang-orang Quraisy adalah pemimpin manusia, dalam hal kebaikan mahupun dalam hal keburukan sampailah ke hari kiamat.” [HR at Tirmidzi]

"Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu seramai dua belas orang amir (khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu.” Kemudian aku mendengar Nabi s.a.w. menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa jelas lalu aku bertanya kepada bapaku, “Apa yang baginda sebutkan?” Jawabnya, “Mereka semua adalah dari kaum Quraisy.” [HR Abu Daud]

“Kalian adalah manusia yang paling layak memegang urusan (pemerintahan) ini selama kalian berada dalam kebenaran. Apabila kalian menyimpang dari kebenaran maka kalian akan dikupas habis sebagaimana kulit kayu ini dikupas! —Beliau menunjuk sebuah kayu yang ada ditangannya.” [HR al Baihaqi]

“Tetaplah bersama Quraisy selama mereka tetap bersama kalian. Kalau mereka tidak melakukan hal itu, maka angkatlah pedang kalian di atas pundak kalian, lalu musnahkahlah pemimpin-pemimpin (quraisy) itu. Jika kalian tidak melakukannya, maka jadilah sebagai kaum petani yang payang hidupnya dimana kalian akan makan hanya dari hasil jeritan kalian.” [HR ath Thabrani]

Di negara kita, orang Melayu merupakan kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan 'asabiyyah dan kekuasaan terbesar ketika ini. Orang Melayu seperti ditafkrifkan menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan adalah mereka yang beragama Islam, lazim berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.

Natijah dari illat beberapa hadis sahih tadi, disamping penegasan takrifan orang Melayu yang dimestikan beragama Islam, maka saya berpendapat 'Ketuanan Melayu' releven dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Malah ia merupakan anjuran yang bersifat Islamik untuk menjaga maslahah ammah atau kepentingan umum.

Ia bukanlah bermakna kepentingan bangsa atau kaum lebih diutamakan dari Islam. Keadaan ini sama seperti 'Ketuanan Quraisy' dalam pemerintahan khalifah yang masih meletakkan Islam sebagai prioriti teratas dalam pemerintahan mereka.

Saya harap mereka yang keliru dengan konsep 'Ketuanan Melayu' dapat menyelami tulisan saya ini. Bagi saya 'Ketuanan Melayu' dan 'Ketuanan Islam' tidak ada bezanya, ini kerana perjuangan kebangsaan Melayu di Malaysia sebenarnya adalah untuk Islam juga.

-----------------------------------------------------------

Oleh Ibnu Hussin al Kelantani

Saturday, December 4, 2010

Bidasan : Jawapan Kepada Masalah Bukan Islam Membaca Al-Quran

Hmm sekarang ini juga kita telah dihangatkan tentang musyrikin dan kafirin ini menggunakan hujah-hujah Allah sebagai hujah-hujah mereka. Jadi ada yang menyokong sebenarnya. Tetapi dalam video ini mengatakan bahawa Orang bukan Islam boleh menyentuh Al-Quran dan membacanya serta boleh masuk ke surau. Kat sini

Jadi macam mana? Jika hendak baca ulasan saya, maka anda kena lihat video itu dahulu sebab bidasan saya berdasarkan hujah beliau.

1) Signifikan bukan Islam dilarang menyetuh al-Quran. Kita tahu, umat Islam kalau nak sentuh ayat-ayat quran perlu mengambil wuguh tetapi kalau nak baca ayat2 Quran tidak perlu. Jadi kalau Muslim kene ambil wudhu, bagaimana non-muslim? Dalam hukum feqah, mukmin itu mayatnya perlu dimandikan hinggalah dikembumikan kerana mereka bukan najis. Akan tetapi, mayat bukan Islam boleh dibiarkan mahupun dijadikan makanan haiwan. (Klu x sure boleh tanya ulama feqah) Mengapa? Sebab mereka ini najis. Jadi boleh ke mereka menyentuh ayat2 Quran?

2)Belaiu mengatakan berdasarkan surah al-waqiaah bahawa "Quran cannot be taouched accept people was cleaned" Tapi lepas tu dia kata, hanya Malaikat yang boleh sentuh quran di Luh Mahfuz. Ketrangan dan penyokong yang tidak sesuai digandingkan. Dalam ayat quran disebut manusia bukannya malaikat. Macam tuh manusia yang bersih pun x boleh sentuh al-quran di luh mahfuz. Jadi penerangan dan dalil saling bertentangan. Satu cakap orang yang bersih lagi satu cakap pasal malaikat.

3) Memang kita tiada hak untuk menghalang mereka mebaca Quran tetapi kita tak boleh benarkan mereka menyentuh mashaf Quran. Dalam hal ini, beliau telah mencampur adukkan makna membaca dan memegang.

4) Memang lah Islam untuk semua dan Quran wahya dariNya. Sama juga seperti Umar, dia mendengar ayat2 Quran tetapi di tidak menyentuh al-Quran. Kan beza itu.

Bagi saya tiada masalah jika non-muslim ingin mendengar dan membaca al-quran. Di sekolah saya, al-quran memang dipasang dan satu sekolah akan mendengarnya. Tetapi masalahnya, mereka tidak boleh menyentuh menyentuh al-quran.

Dalam isu kongres tersebut, satu persoalan, jika dia boleh berhujah berdasarkan ayat2 quran, mengapa dia masih belum beriman dengan ayat2 tersebut? Dalam ayat itu jelas membawa maksud Allah yang menciptakan alam itu tetapi kenapa dia belum beriman dengan pencipta tersebut? Walhal dia berhujah berdasarkan pada ayat itu juga. Adakaah dia pluralisme?

Saya bukanlah ulama' hanya sekdar pelajar sekolah. Tetapi saya masih berfikir dengan ilmu yang saya pelajari. Adalah lebih baik jika anda juga boleh memberi keterangan yang lebih jelas.

Wallahu a'lam

Jawapan dari admin di : Kedahlanie

Respons admin blog ini :

Saya memahami mesej yang ingin anda sampaikan.

1) Cuma pelik sahaja dengan kenyataan anda : kalau x sentuh mcm mana nak baca???

Mata ada untuk melihat (tulisan)
Telinga ada untuk mendengar (baca)

Jadi x semestinya kita perlu menyentuh untuk membaca dan mempelajarinya, kan?

2) Saya juga tidak nafikan tiada masalah untuk mereka ini menyentuh tafsir qur'an tapi anda juga tidak boleh samakan dengan cara paderi Kristian berdakwah dengan meletakkan kitab mereka. darjat kitab mereka dan kitab kita amat berbeza.

3) Tetapi kebanyakannya kalau saintis lah kita ambil contoh. Mereka bukannya ingin mengaji qur'an itu untuk mengenal Allah tetapi untuk mengkaji ilmunya. Hanyasaya apabila mereka telah terpesona dengan mukjizatnya, barulah Allah membuka hatinya. Samalah juga sasterawan yang ingin membaca keindahan bahasa al-Quran. Tetapi jika kita lihat, niat mereka bukan untuk mengenal Islam pada mulanya tetapi ada juga memang berniat untuk mengenal Islam.

4) Jika anda baca lah di dalam al-Quran, adakah Allah menyuruh mereka mengkaji Al-Quran sendiri? Tidak kan? Tetapi Allah berfirman untuk kita mengajarkan meeka akan keterangan-keterangan (ayat-ayat) Allah. (Saya dah alami) betapa ramainya orang2 kristian mengaji Al-Quran tetapi mereka gagal memahami maksud2 ayat suci (berkaitan tauhid) tersebut hinggakan mereka menyeleweng maknanya. Jadi jika anda perasan, kebanyakan mereka yang mengkaji al-quran hanya dari sudut saintifik tetapi pada hakikat nya (tauhid) mereka kebanyakannya gagal memahami. Sebabnya? Tiada orang ingin mengajarkan mereka. Jadi amat bahaya jika mereka ingin mengkaji al-Quran dari sudut tauhidnya melainkan mereka yg telah pakar dalam teologi agama masing2 baru mereka memahami kebenaran Islam.

5) Permasalahan dalam fikiran saya ialah, saya tidak dapat menerima jika dalam hujah mereka itu meletakkan ayat2 Allah.

5.a) Pernah x pada zaman nabi berlaku sedemikian rupa waima zaman kegemilnagna Islam yang lain?

5.b) Jika mereka mempercayai ayat2 tersebut, mengapa mereka belum menerima Islam walhal ayat2 Allah merupakan keterangan-keterangan yang nyata?

5.c) Atupun mereka menganggap semua agama adalah sama benarnya yang datang dari Tuhan yang sama? Atau nama lain pluralisme?

6) Tetapi jika mereka menggunakan ayat quran untuk menetang kebiadaban orang Islam itu tidak mengapa kerana muslim memeang terikat dengan peraturan Islam.

7) Orang Islam tidak pernah menganggap Islam untuk mereka sahaja. Ada bukti?. Kami pelajar sekolah pun tahu Islam untuk semua kerana itu agama yang universal.

8) Saya rasa adalah lebih baik juga jika dapat mencari fatwa mahupun pendapat ulama dalam mereka Al-Quran dan menggunakannya sebagai hujah. Lagipun dalam tajuk anda ini menyebut al-Quran dan bukannya tafsir qur'an, kan? Jadi check semula.

Wallahu a'lam

Bidasan : Dr Asri : Ketuanan Melayu Menyanggah Islam

Alahai blog belum habis rearrange lagi lah.. Tidak mengapa, walaupun SPM, saya masih ada masa lagi untuk ini. Makin hangat pula kes Ketuanan Melayu (KM) ni, kan? Hmm ramai betul cendawan-cendawan yang ingin menafsir KM menurut akal masing-masing. Jadi sebagai pelajar, adakah saya berhak untuk menafsir juga? Mesti lah ada kan? Nak juga lah saya jual buah fikiran ni.

Klu hendak tahu cuba baca link ni sebab tidak mahulah saya nak copy balik. Menyemak sahaja kat blog ini. Maaf ya, walaupun saya pencinta Melayu tetapi bahasa yang saya gunakan ini banyak short form dan bahasa rojak. Ampun Tuanku.

Ketuanan Melayu Menyanggah Islam

Jadi apa respons saya sebagai rakyat Malaysia ini? Hmm jika ada sesiapa yang membaca dan ingin mengkritik idea saya juga dipersilakan.

Hmm saya x setuju pula dengan Ustaz Asri tersebut. 1 perkara yang perlu diambil perhatian dalam kes ini ialah pendefinisian satu-satu kata sama ada secara literal mahupun konseptual. Maka dalam hal ini, beliau telah mengelirukan tafsir tuan tersebut. Semua orang Melayu telah tahu bahawa kemuliaan itu bukan terletak pada bangsa dan keturunan. Oleh itu apa makna sebenarnya? Tuan dalam konteks ini melibatkan kepada pemilikan lahiriah. Apa maksudnya? Contoh :

1) Ali beli rumah bungalow. Maka dialah tuan rumah tersebut.

2) Pak Mat membuka sebidang tanah untuk menjadikan sebendang sawah. Maka Pak Mat ialah tuan kepada tanah itu kerana dia memilikinya.

Maka dalam hal ini samalah juga seperti Malaysia. Ketuanan Melayu (KM) bukannya bererti Melayu ialah bangsa yang terpilih dan agung di sisi Allah. Secara tidak langsung penerangan ini menafikan konsep KM itu BERBEZA sama sekali dengan konsep yang difahami Yahudi. "Ketuanan" mereka ialah pada agama bahawa mereka menganggap bahawa agama nabi musa hanya untuk mereka dan Elia (Allah) itu hanya milik mereka.

Namun dalam kontek KM pula, hal tersebut membabitkan pemilikkan perkara yang fizikal dan langsung tidak berkaitan dengan kemuliaan! Jadi mengapa pula timbul konsep KM? Hal ini disebabkan Orang-orang Melayu zaman dahulu telah membuka tanah ini menjadi sebuah kerajaan. Malahan dalam kajian sejarah Tanah Melayu ini telah berhubung secara langsung dengan Tamadun Mesir Purba berdasarkan pada sistem tulisan dan linguistik.

Jadi dalam perspektif ini kita mengetahui bahawa orang Melayu telah memelihara tanah ini hampir 3 ribu hingga 4 ribu tahun yang lalu. Maka di sini lah timbulnya KM bahawa Orang Melayu lah yang telah membuka tanah ini dan mereka l;ah miliknya kerana jasa mereka membangunkan tanah ini hingga dikenali oleh Mesir Purba selama 3 ribu tahun yang lalu.

Malahan kewarganeraan kepada bukan Melayu juga merupakan sifat toleransi melayu dan ihsan mereka terhadap orang buan Melayu pada zaman itu. Jadi Ketuanan Melayu jika hendak dimansuhkan sangat-sangat tidak relevan kerana jasa-jasa orang bukan Melayu terhadap empayar di tanah ini belum setara nilainya dengan jasa bangsa Melayu terdahulu.

Orang bukan Melayu yang menetap di tanah ini baru berapa tahun? Jadi setara tak nilainya denga jasa orang2 Melayu?

Tapi saya akui Ketuanan Melayu yang dibawa oleh UMNO sebenarnya Ketuanan UMNO. Jadi apa yang diharapkan oleh sebahagian rakyat agar KM itu dibersihkan semula dan difahami dengan teliti juga serta dapat dilaksanakan kerana KM pada satu ketika dahulu membuktikan keadilan
.