Wahai pembaca yang ketagih, marilah bersama-sama ke alam dunia yang aku bina sendiri tanpa kumahu si dia mengetahui apa yang ada di dalamnya. Satu dunia yang aku gelapkan dengan segelap-gelapnya agar dia tidak mengenali jiwaku yang sebenarnya, jiwa yang rapuh, jiwa yang keberseorangan, jiwa yang menyedihkan. Ku bina dunia ini dengan tembok yang sekuat-kuatnya agar si dia tidak dapat menembus masuk. Dunia yang macam mana itu? Apakah itu sudut alam yang ingin dibawakan?
Peerkenalan yang bermula 10 bulan yang lalu, yang sebelumnya tiada perkaitan antara kami. Setelah adanya perkenalan, maka jalinan persahabatan itu berlangsung dari suam-suam sejuk hinggalah menjadi hangat di saat kemuncaknya... Adanya turun naik dalam persahabatan dan itu tidak diragukan. Maka, dalam jalinan itu, kami melakukan pelbagai akitiviti dari siang hinggalah ke malam...
Bersembang antara kami berdua, bergelak ketawa antara kami berdua, berjogging, berbasikal, berbuka puasa dan banyak benda yang dilakukan bersama-sama walaupun dalam tempoh perkenalan yang amat singkat, bahkan dalam tempoh rapat itu lagi lah singkat.
Maka jalinan ini mencipta hubungan antara dua insan dan yang mengikat antara mereka ialah memori. Jikalau hilang memori, maka hilanglah ikatannya secara zahir... Kutahu, setiap pertemuan itu pasti akan adanya perpisahan. Yang bezanya cara baik atau buruk.
Begitu jugalah dengan atom-atom yang dikaji oleh mereka yang terlibat dalam bidang neuro sains. Apabila bertemu dua atom ini yang membentuk satu gabungan partikel, maka akan lahirlah memori yang tersimpan antara mereka. Namun tatkala atom itu terpisah dari pasangannya mencari pasangan baru, maka atom ini akan menyimpan data pasangannya buat selamanya.
Inilah dunia gelapku yang tidak manhu aku tunjukkan kepada si dia. Insan yang hidup dalam sejarahnya, dalam dunianya,. Insan yang tidak mahu melihat kehadapan kerana takutkan perubahan pada waktu semasanya kerana perkataan perpisahan itu terlalu sakit untuk difahami maknanya, inikan pula merasai sifat perpisahan itu.
Maka wahai pembaca budiman, tatkala telah berpisah itu, janganlah dibiarkan memori itu berlalu pergi begitu sahaja, tetapi tebalkanlah dengan berdoa, agar tarikan antara dua partikel itu tetap utuh supaya munculnya nanti memberi kita peluang untuk bertemu kembali dalam keadaan saling merindui kerana Dia.
Yuhibbunahum, kahubbillah ... Amiin.. ^^
No comments:
Post a Comment