Betul ke boleh? saya juga tertanya-tanya. kalau ada sesiapa boleh jawab, dipersilakan ^^
Kita tahu undang-undang tertinggi negara ini ialah Perlembagaan Persektuan (PP) seperti yang termaktub dalam Per 4 : PP. Bermakna apa2 undang2 yang ingin digubal oleh Badan Lagislatif (Ahli Parlimen) mestilah tidak melangkaui Per 4.
Jadi isu pertama dalam demokrasi yg berteraskan PP akan saya ketengahkan 1 per 1.
1) Kedudukan Islam dalam demokrasi : Adakah demokrasi sebagai alat mempertegakkan Isl atau Demokrasi sebagai alat yg mengacu rupa Islam?
1.1) Perkara 3 : Islam agama rasmi persekutuan hanyalah sebagai lambang menghormati umat Muslim sebagai majoriti dalam negara ini yg diwakili oleh kaum Melayu khususnya.
-ini bermakna, Islam sebagai teras negara dan perlembagaan amatlah mustahil sebab Per 3 tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam justeru membataskan Islam untuk dilaksanakan secara syumul.
1.2) Perkara 11 memberi jaminan kebebasan beragama kepada sluruh penduduk Malaysia menjangkaui ruag linkup agama seseorang. Bermakna, kalau ada orang murtad, maka mereka tidak boleh dikenakan tindakan undang2 kalau murtad mereka itu mengikut prosedur.
1.3) Per 11 (5) pula menghalang sekiranya sebarang bentuk amalan agama yg bercanggah dengan undang2 am yg berkenaan ketenteraman awam, akhlak dan kesihatan awam. Tapi lihat kes wanita purdah dibuang kerja kerana melanggar public order (larangan memakai purdah). kes pelajar berserban naek motor kene saman (sebab tak pakai topi keledar), pelajar dilarang berpurdah, pelajar dilarang berjanggut.. sekadar contoh2 lain.
1.4) Ruang lingkup Islam dalam perlembagaan tidak lebih dari peruntukan yang diberikan dalam Jadual 9, Senarai 2, Islam. Pendidikan telah kehilangan nilai Islamnya apabila pendidikan hanya melahirkan tenaga kerja berbanding membentuk sahsiah pelajar. Jenayah sifatnya menyeksa dan tidak lagi mendidik apabila Kanun Jenyah telah diadaptasi dari negara India. Kaedah hukum bunuh juga tidak selari.
Kesimpulan pertama, apa mendominasi apa?
Kemungkinan Pelaksanaan Hukum Islam
2.1) Perkara 4: Undang2 yg berlawanan dengan PP terbatal setakat itu sahaja. Jadi bagaimana dengan undang2 quran dan sunnah? -Persoalan ni diutarakan oleh pakar common law, arwah Prof Ahmad Ibrahim
2.2) Per 160(2): undang malaysia hanyalah undang2 bertulis dan common law. tapi islamic law ni undang2 tidak bertulis, sebab itu undang2 syariah buatan manusia ni dikodifikasikan.
2.3) Undang2 syariah sedia ada. Walaupun sifat hukumannya berupa takzir, xp menjelaskan ketidak upayaannya apabila sebatannya dan dendanya terlalu sedikit. Kemudian hukum yg jelas dari quran perihal minum arak, mabuk, zina, tidak dikenakan hudud ke atas mereka.
2.4) Jadual 1 dan Jadual 2, Senarai 9, jenayah dan islam telah dipisahkan. bermakna hukuman hudud tidak boleh dijalankan dan dikuatkuasakan oleh negeri, tetapi persekutuan. xp sampai sekarang x diusulkan di dewan, dan x pernah dngar ada parti yg mngusulkan di Dewan Rakyat.
Kesimpulan kedua, apakah peratusan yang ada dalam demokrasi untuk menegakkan hukum Islam?
Pemilihan Pemimpin
3.1) Kredibiliti Calon,
- Adakah kita nak tengok kredibiliti ketua parti yg bertanding jawatan PM atau lihat kredibiliti di kawasan kita sahaja?
- Bagaimana pula kalau kredibiliti ketua diragui tetapi kredibiliti calon (yg sama parti dengan ketua tu) ditempat sendiri lebih baik?
3.2) Kredibiliti Pengundi
-kapasiti pengundi ditentukan melalui umur sahaja, tapi bukan pengetahuan mereka mengenai politik dan kenegaraan.
- Bagaimana kalau pengundi ni termakan propaganda? saje undi? pengundi yg anti islam? pengundi yg demand hiburan?
kesimpulan ketiga, di manakah suara ulama dalam memilih umara'? bagaimana kalau majoriti rakyat lebih deman kebendaan berbanding agama? mmg sekarang ni berlaku.
Amal makruf nahi mungkar, tolong menolong dalam berbuat kebaikan, dan jangan tolong menolong dalam dosa dan permusuhan. asal penubuhan parti harus atas sebab tolong menolong untuk kebaikan. sekarang mereka dah cenderung dalam dosa dan permusuhan. bukankah hukum tersebut bertukar atas perbuatan mereka sendiri?
Jikalau ada lebih dari 1 sistem yang baik, bagaimana islam meletakkan hukum pemilihan? dan sekarang, ulama kata demokrasi... kenapa demokrasi? kenapa bukan sistem lain? sama ada republik yg amalkan demokrasi gak... ataupun sistem monarki seperti raja berperlembagaan semata2, atau raja mutlak, atau raja mutlak tetapi terikat dengan perlembagaan.?
1 comment:
Kalau dirujuk sekalipun, Hudud hak negeri, tapi jenayah hak persekutuan...
kalau persektuan nak laksanakan hudud sekalipun, perlukan consent dari semua negeri, merujuk kpd Perkara 76..
Andai dah dapat, ada masalah lain lagi, iaitu :
1) Penal Code ni berkuat kuasa terhadap seluruh rakyat Malaysia.. hudud nak letak mana?
2) Bidang kuasa mahkamah syariah pula tidak terkandung bab jenayah berat ni malahan nnty akan bercanggah dengan Perkara 121 (1A)
so, acano tu???
Post a Comment