Aku terima kisah ini sebagai sebuah kehidupan,
kerana di akhir cerita adanya nokhtah kematian.
Jangan dipanggil abadi dunia itu sesuatu yang hidup,
kerana belum tentu dia mengenali erti hidup.
Yang kekal di fana ini bukanlah kehidupan namanya,
tetapi hanya pengalaman tanpa hala.
Maka itu wahai saudaraku, hargailah hidup di dunia ini kerana lansa kehidupan bakal terpadam. Namun zahirkanlah penghargaan hidup dengan jalan yang diredhaiNya, bukannya mengundang murkaNya.
Aku mengenali makna bahagia,
kerana kurasa hakikat seksa.
Tiadalah engkau mensyukuri rezeki ilahi,
sebelum engkau mengerti azab mengeri.
Oleh itu saudaraku, syukurilah setiap nikmat yang engkau peroleh walau nikmat itu seolah-olah milikmu. Andai engkau mampu menembusi hijab ini, nescaya engkau mengerti tiada ruang dan peluang untuk engkau bersenang lenang namun memberi bakti. Tatkala itulah, seksa meninggalkanmu untuk memberi ruang untuk bahagia menyambut dikau.
Wahai insan yang berfikir, terlalu banyak perkara yang perlukan penilaian agar misi kita kesampaian. Maka ingatilah kepada Rabb mu supaya cahaya petunjuk memudahkan perjalananmu..
Hingga itu, engkau bakal melihat, adanya kemahsyuran kerana wujud kehinaan, adanya kepintaran kerana wujud kejahilan... Lihatlah segenap ruang dunia ini dengan mata hatimu ... ^^
Wasalam.
6 comments:
peace...hehe
-Annur-
Thanx akak ^^..
femes akak ni kat blog2 orang lain kan.. hehe
sori2 dik,akak terlebih ye...saja je nak cuit bila adik kuarkan post baru...akak suka berkawan ni...maaf salah budi bahasa akak rupanya...apapun teruskan blogging...peace...:)
-Annur-
Eh x la kak.. tu actually satu complement sbb akak ni peramah.. banyak blog yg saya follow, mesty ada yg akak komen... huhu.. ^^
hehe,saja tegur2 saudara2 di alam maya ni...akak ni suka berkawan2,paling tak suka gaduh2 tegakkan pendirian,tak ada kebenaran tertegak diatas silaturrahim yang putus kan?jika masih bergaduh bagi akak itu tegakkan ego...kerana setiap orang punya kepercayaan sendiri...tak salah pun kita tunduk ikut resam padi...hehe...take care k...teruskan menulis...akak slalu baca walaupun tak komen..cuma kali ni je tergerak nak berborak2 dgn adik ni...peace...
-Annur-
Betul jugak tuh... tiada kebenaran dalam keadaan yang macam tuh....
thanx ya kak ^^ ...
x ramai yang ada blog ni... biasanya guna laman2 lain kan....
Post a Comment