Monday, April 2, 2012

Sudut Alam

Alangkah terasa indah jika kita mampu melihat sesuatu pada diri kita mahupun sesuatu yang berlaku pada sekeliling kita melalui sudut alam. Kadang-kadang kita tidak sedar tatkala diri kita terasa buntu dengan jalan penyelesaian, maka lihatlah dari sudut alam. Metafora serta analogi yang Allah berikan cukup sempurna.....

Manusia dicipta untuk menunjukkan kewujudan Allah, dan alam dicipta untuk menunjukkan kewujudan manusia.

Jadi macam mana nak tengok? So, saya kongsilah kisah saya yang menyayat hati ni... :')

Kehidupan sebagai seorang pelajar mestilah diorang ada kelompok masing-masing kan? jangan kata pelajar, orang besar pun sama... Politikus tu lagi la ketara kan? haha... Maka saya ni ada kelompok tersendiri. Pada 1 hari, saya sangat tertarik nak berkawan dengan seseorang ni, Mr A (bukan nama sebenar). Dia pun dah ada kumpulan sendiri.

Memang berusaha keras nak jadi kawan baik dia dan segala macam cara telah dilakukan agar persahabatan kami menjadi semakin rapat. Syukur, kami dah ada bond. Tapi saya x sedar ikatan jenis apakah ini? kuat ke tak? Dan akhir-akhir ini, atas kesilapan saya sendiri, kami menjadi renggang. Sekarang ni hidupku merana...

-Tamat-

Sadis betul... jadi apa yang boleh kita bandingkan? Anggaplah saya element X1 dia element Y16. Mula-mula saya ingat yang ikatan kitorang kuat sebab kami ni dikategorikan dalam Period 1 and 3 which mean our outermost layer suppose to have 8 electron after the chemical bond been created. Tetapi aku terlepas pandang tatkala sifat kami ini yang berbeza itu tidaklah tertaut kukuh kerana yang wujud hanyalah sekadar Covalent Bond.

So, apa yang kene buat? pastikan anda semua bersama rakan-rakan mahupun keluarga berada dalam Ionic Bond Mode okay ^^

Tapi itu kalau kita bertindak balas dengan ahli dari kumpulan lain... Macam mana dengan hubungan antara ahli sendiri pulak? Sang Zarah ini menunjukkan lagi hubungan antara sub-atomic nye... proton dan neutron perlu brcantum untuk membentuk nucleus bagi setiap zarah.. Dan di keliling nucleus itu terdapat orbit2 yang menjadi laluan bagi peneroka2 electron... tarikan antara setiap layer itu berpunca dari pusatnya melalui Van Der Wall... Semakin banyak lapisan, maka semakin jauhlah outermost layer dari pusatnya, maka semakin lemahlah tarikannya lantas mampu terkeluar dari satu2 zarah untuk bertindak balas dengan zarah lain...

Samalah juga seperti sesebuah kumpulan... Dalam kita bersahabat dalam bentuk kumpulan, akan wujudlah watak2 proton, neutron dan electron.... Maka keseimbangan antara inilah yang kekal menjamin kekuatan antara kita... dan mereka2 yang berada di lapisan teratas itulah yang perlu ditarik dengan semampu mungkin untuk mereka kekal... kekadang juga, perlu kita redha apabila kumpulan sebegini juga memiliki hubungan persahabatan yang tidak seerat mereka yang hanya dua bersahabat....

Tata, wasalam.

1 comment:

Neutronboy said...

Da ingat, elektron namanya... haha