Thursday, May 3, 2012

Undang-undang dan Hak Asasi

Soalan dari rakan fb saya :
Bersih 3.0] Apa pandangan k0rg, iaitu 'pergi' sbgai hak kita utk brhimpun, freedom of speech, assembly etc as a human rights yg sememangnya ada dlm undang2 dn prlmbagaan, at the same time bila 'pergi' tu, suatu prkara yg mlnggar undang2(as mjstrt c0urt dh kluarkn arhn utk TIDAK brhimpun di dtrn trsebut). So, human rght or obey to law ? Both r in law....
Pandangan ?

Jawapan saya :

Hmm perkara ini, Lecturer kesayangan saya dalam subject LAW 016, Pn Nazida dah pernah ulas masa dalam lecture beliau masa first sem sewaktu demam musim Bersih 2.0 .

Persoalan yang beliau utarakan ialah, "Bilakah hak kamu ini wujud (melalui Perkara 10)?"

Katanya, hak kita ini wujud apabila sesuatu situasi iti tertakluk kepada undang-undang (pelengkap/sokongan/legal rules).

Mula-mula kita amik contoh yang lebih mudah. Pilihanraya dalam Perkara 113 dan 114 PP, misalnya.

Setiap warganegara Malaysia ada potensi untuk berhak mengundi. Tetapi bila dia ada hak mengundi?

1) berumur 21 tahun,
2)telah mendaftar,
3) sesi PRU

Jadi apabila seseorang warganegara ini memenuhi 3 syarat ini (aka safe accordance by-law) barulah HAKNYA UNTUK MENGUNDI MUNCUL.

Kalau terkurang salah satu, maka seseorang itu tidak berhak untuk mengundi.

Sama lah dalam kes Bersih ni. Bila hak peserta Bersih untuk berhimpun ni ada?

Maka tertakluk dalam Perkara 10 (2) yang dibacakan bersama dengan Perkara 149 (sama ada aktiviti bersih itu dalam kegiatan subversif atau tidak yg mana Part II of FC can be restraint) dan turut dibacakan bersama dengan Police Act.

Sekiranya aktiviti perhimpunan BERSIH tidak tertakluk kepada mana2 garisan 'by-laws' ni, maka peserta BELUM ADA HAK untuk berhimpun.

Common characteristic antara 2 situasi ini ialah, cukup syarat dulu BARULAH hak itu muncul .. BUKANNYA hak muncul kemudian baru bersyarat.

dan nak highlight kata2 Madam ni, "What's right do u have?" haha...


Persoalan conflict of human right n law ni perlukan penelitian yang agak detail.. ^^

Dalam kes ini akan lahirlah pelbagai pendapat daripada pelbagai latar belakang pemikiran. Ini juga sebenarnya berkait rapat dengan Principle / Theory Of Law sama ada ianya dari kelompok Positivist, Naturalist, Sociologist, mahupun Islamic jurisprudence yg mengaitkan fiqh n usul fiqh serta maqassid syariah. Masing-masing akan menggunakan prinsip masing-masing dalam membenarkan hujah mereka. Tetapi yang penting untuk dibincangkan bukanlah prinsip semata-mata kerana aplikasi mengambil tempat yang lebih signifikan. Persoalannya, wajar atau tidak selepas ini kita menyertai perhimpunan sedemikian?

Sepanjang proses penelitian saya, terdapat beberapa kelompok yang memiliki pandangan tersendiri.

Pro Pembangkang serta Anti-Kerajaan dan Pro-Demokrasi : Ini ialah jihad menentang pemimpin yang zalim.

Pro-Kerajaan serta Anti Pembangkang dan Pro-Demokrasi : Ini ialah propaganda pembangkang dan jangan berserta penyokong LGBT

pro- konspirasi : ini adalah tipu helah The Hidden Hand untuk melancarkan Arab Spring di Nusantara.

Neutral :(Bersandarkan hadis nabi) Haram menentang pemimpin walaupun zalim selama mana pemimpin itu muslim (melaksanakan solat).

Anti-Demokrasi : Tak perlu nak bersihkan najis (demokrasi) dengan najis yang baru ('membersihkan' demokrasi)

Sekiranya ramai yang memilih untuk mengikut garis panduan Islam, maka bukanlah BERSIH yang menjadi persoalan pokok, akan tetapi DEMOKRASI yang menjadi subjek perbahasan. Sekiranya DEMOKRASI ini najis, maka keperluan mengahdiri Bersih merupakan satu tindakan
yang sia-sia dan sebaliknya.

Namun disiplin dalam ilmu Islam juga tidak menafikan bidang konspirasi kerana, mereka rata2 yang menggunakan pandangan Islam ni hanya menilai dari permukaan, bukannya di sebalik permukaan sebagai mana yang dilakukan oleh jiggers, alter, dan pengkaji konspirasi.

Pada pendapat saya, mereka yang x datang bersih ni.... hak asasi mereka x dinafikan pun.... mereka x dihalang pun untuk pergi ke mana2 selain bersih.... tapi peserta bersih sahaja yang rasa hak asasi mereka dinafikan seolah-olah telah ditutup sepenuh-penuhnya...

So, x timbul juga sebenarnya hak asasi ni (melainkan mereka yang mengamalkan liberalisme) dan persoalan patuh atau ingkar undang2 juga x timbul.. tapi persoalannya, adakah ianya mencapai mardhatillah.

No comments: