Menjelma kian sang matahari menandakan 22 Mei telahpun menjadi penanda akan keuzuran bumi yang kian meruncing. Dalam menyinkap pelbagai ragam kehidupan, lain-lain pula bentuk onak dan duri yang menimpa setiap insan. Namun begitu tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan selama mana kita sentiasa yakin dan berharap bahawa adanya Sang Pencipta di sisi kita untuk memberikan kita jalan dan cahaya penyuluh. Rasanya lagi terang dari 3 volt sel kering kut. Terasa hati ini untuk bercerita apakah terbiyah Ilahi untuk hamba ini pada serbamulanya 22 Mei 2010 ini.
Pagi pun telah menjelma walau sang mentari masih tidur di ufuk timur. Tidak pula ia memulakan tugas selagi tiadanya yang diperintah Maharaja untuk bangkit menyinari alam. Akan itu pula, bintang-bintang sarwajagat masih menampakkan cahayanya yang kelihatan mentol-mentol lampu di borong kedai. Andainya ketika itu aku bisa gambarkan jam menunjukkan 12.30 pagi.
Jari-jemariku seolah-olah terkena tarikan medan magnet untuk menekan punat untuk melihat siaran yang masih terpampang di kaca televisyen. RTM 2 menyiarkan cerita yang amat berkait dengan kehidupanku, nama diberi A Beautiful Minda. Ceritanya macam nie taw,
Adalah seorang ni namanya John Nash yang masih lagi sebagai mahasiswa jurusan matematik bagi peringkat Doktor Falsafah. Dia mencari-cari sati idea yang original bagi kajiannya agar dia mampu menamatkan lanjutan pembelajaran dia di Universiti MIT, kalau tak silap.
Dirinya ini amatlah ketara ketidak seimbangannya. Begitu tinggi IQ dia namun bobrok pula EQ nya. Hanyalah bertemankan Charles rakan sebilik yang sentiasa memberikan dorongan. Sehinggalah satu saat dan ketika dia telah dilantik di bawah kuasa ketenteraan Amerika Syarikat sebagai perisik negara. Pada ketika itu dia telah mencapai Ph.D nya itu dan begitu terkenal dengan Penafsir Kod yang paling berbakat semenjak beliau memegang jawatan Professor Nash.
Hari demi hari, siang berganti malam, bulan pula silih berganti, hidup beliau dipenuhi ketakutan kerana takut diburu oleh perisik Rusia yang akan membunuhnya kerana mereka ingin mengebom Amerika, hinggalah satu saat dia dia ditawarkan utnuk memberikan ceramah dalam sidang Matematik dan ketika itu, Charles telah pun mempunyai seorang anak.
Semasa sidangnya, beliau amat ketakutan dan memerhati sekeliling sehinggalah dia merasakan ada agen sulit yang memerhatikannya dan aku tertarik apa yang pernah dikatakan oleh beliau iaitu, kita tidak boleh meletakkan nilai rasional dalam setiap perkiraan nombor kerana ianya tidak statik (Kalau tak silap). Kemudian dia terus menyambung lagi di mana dalam setiap perhitungan nombor kita, kadang-kadang ia akan mengkhianati jangkaan kita.
Masih segar dalam ingatan ini dia mengaitkan formula ekonomi dalam kehidupan percintaan. Katanya "Sekiranya kita semua mencari wanita berambut perang, maka kita sebenarnya menghalang diri kita sendiri dan jika kita mncari wanita lain, kita pasti ditolak kerana mereka menjadi pilihan kedua. Maka apa yang harus terjadi sebenarnya ialah apabila wanita bermabut perang tidak lagi dicari, maka sebenarnya kita meninggalkan halangan dan terus mencari wanita-wanita lain, maka kita memberi peluang dan tiada siapa pula yang terluka"
Selepas beliau tamat sebahagian sesi ceramahnya, beliau terus melarikan diri ke pintu belakang kerana dia sedang diburu! Dan akhirnya seorang doktor mengesahkan bahawa dia mengalami Paranoid kerana begitu ketakutan. Dia tidak lagi mampu membezakan khayalan dan kenyataan. Maka sebenarnya temannya sebilik yang sentiasa menyokongnya, Charles ialah khayalan! Anaknya ! dan perisik rahsia dan semuanya yang telah dilalui itu! Dia menafikan segala dakwaan doktor itu hinggalah isterinya merupakan pelajarnya telah memantau segala isu yang pernah dibangkitkan oleh suaminya, Prof. Nash ini dan ternyata semuanya khayalan.
Sebenarnya selama ini, dia berkata dengan khayalan, dengan bermain dengan khayalan dan dia berkerja dengan khayalannya semata. Isteri yang begitu mencintainya masih terus setia menyokongnya hinggalah dia menemukan satu formula bagi menafikan khayalannya yang sejak puluhan tahun dalam dunianya. Tidak boleh meletakkan nilai yang rasional dalam perkiraan kerana subjek itu tidak statik dan seharusnya subjek mengalami perubahan ataupun perkembangan. Namun apa yang berlaku kepada Charles, dia tetap muda dan anaknya tetap dengan usia kanak-kanaknya tanpa membesar dan begitu juga dengan perisik ketenteraan yang lain.
Maka apa yang berlaku sebenarnya dalam aspek sains ialah, berlakunya ketidak seimbangan tindak balas kimia antara persekitaran dengan otak. Maka akan lahirlah halusinasi yang mampu 'menyentuh' pancaindera yang lima. Isterinya dengan kebijaksanaan untuk melamar suaminya dulu telah menjawab segala perosalan suaminya. Suaminya maminta data yang perlu disahkan agar perkiraannya tepat dalam komitmennya setelah berkahwin. Maka isterinya pula menyanyakan bahawa bagaimana pula dengan perkara sebesar cakerawala, adakah memerlukan sebuah data yang perlu disahkan? Maka terdiamlah si suaminya dan menyambung pula si isteri bahawa samalah seperti cinta, yang tiada pula dapat dilihat mahupun menggunakan formula kerana ia juga merupakan perkara sebesar cakerawala (abstrak) kerana ia memerlukan kesetiaan bagi menjamin ketepatan perkiraan itu nanti dan itulah data yang disahkan.
Sejak riwayatnya bermula pada 1948 sebagai pelajar Ph.D senhinggalah tahun 1994, beliau telah dianugerahkan dengan Anugerah Nobel (Mulia) dan memberikan sedikit ucapan "Kita hanya memerlukan sedikit bantuan dan sokongan dari mereka yang benar-benar mencintai kita" Itulah data yang disahkan.
Maka dalam isu pemikran bersikap logik merupakan perkiraan pertama dan terakhir bagi melengkapi perkiraannya agar tidak pula terpesong. Selain itu, apabila kita terlalu sunyi, janganlah kita menghadap perkara yang memerlukan penyelesaian pula kerana keluarlah untuk mencari ilham yang sebenar. Hidup umpama nombor yang memerlukan formula dalam meneruskan kehidupan dan dikahirnya pencarian kita tiada pula formula yang harus digukankan kerana disitu kita telah mencapai infiniti iaitu kesempurnaan dan probability pula terus menjadi 1. Maka selebihnya saya serahkan kepada anda tentang makna kehidupan berdasarkan pemikiran kompetatif, khayalan kognitif, danfalsafah kehidupan yang telah kita bina sebagai asas kehidupan diri kita. Tersebut lihatlah kalian akan kehebatan fikiran sehingga mampu memanipulasi diri dan menghasilkan pelbagai kebaikan mahupun ancaman. Dan itulah indahnya minda apabila ia mampu membawa kita kepada probability P(E) = 1
Wallahualam.
2 comments:
best2.
Prof John Nash, ahli matematik yg menang Nobel. walaupun incik Alfred tak sediakan hadiah nobel utk bidang matematik.
pattern otak org kreatif/ genius lebih kurang sama dgn pesakit schizophrenia. (dopamine overactivity). kalau aku makan ubat yg induce schizo, mesti aku jd pandai!
haha~ malas betul nak study.
*terima kasih follow blog.
Terima kasih kerana comment kat cni. Citer nyer mmg best...
Post a Comment