Alkisah Sang Jauhari pulanglah kembali akannya ketempat tinggalnya. Maka pulanglah akan ia ke dakapan ibunya yang tertcinta. Arakian itu, bertanyalah sang Jauhari kepada ibunya perihal manuisa yang pelbagai.
Jauhari : Bonda, adakah manusia itu semuanya berbeza dan tiada pula yang sama di antara
mereka sendiri?
Bonda : Wahai anakku, Jauhari. Demikian itu persoalanmu yang akan membawa hidupmu lebih
dewasanya. Akan manusia itu memang berbeza pula akan sifatnya hatta sikapnya.
Jauhari : Adakah tidak ada satupun yang sama?
Bonda : Tidak anakku. Adalah yang sama itu sebenarnya hanya mirip kepada temannya dek
kerana mereka yang rapat akan berkongsi sifatnya pula.
Jauhari : Wahai bonda bagaimana pula hal itu boleh berlaku?
Bonda : Maha Besar Maha Suci Pencipta daripada segala bayangan makhluk. Dia lah yang
berkuasa ke atas semuanya itu. Maka penciptaan manusia ini bermula dengan segala
tersirat yang ada baginya, 46 jumlah chromosme. Hatta ketika itu anakku, akan
makhluk kecil itu yang memiliki kandungan mitochondria itu pula mengalami kejadian
meiosis ya anakku.
Jauhari : Apakah itu wahai bonda yang luas pengetahuan lagi arif ilmunya?
Bonda : Ketika itulah Allah meletakkan perbezaan yang bermacam-macam bagi setiap anak
adam akan karena itu kalakian berfikirlah bagi mereka yang mempunyai akal yang
sihat.
Jauhari : Wahai bonda telah aku pertemukan sesuatu yang begitu berharga buat diriku.
Bonda : Ya anakku, Jauhari, maka berceritalah kamu kepadaku akan berlian yang telah kamu
petik itu.
Jauhari : Aku mula teringat akan ibadah manusia itu mencapat Tuhannya adalah sebanyak nafas
kita. Oleh itu wahai bunga lestariku, setiap hamba ini memiliki jalan yang berbeza-
beza untuk mendakap pelukan kasih Ilahi. Maka janganlah pula bagimu memaksa
mereka untuk mengikutimu.
Bonda : Benar ya anakku. Bahkan bawalah setiap dari kalangan kamu itu hanya kembali
fitrah mereka yang hakiki itu wahai annakku.
Maka semakin luaslah ilmu di dada akan Sang jauhari setelah dia puasa mengutip pengertian hidup ini daripada mereka yang telah merasa asam garam kehidupan ini.
No comments:
Post a Comment