Wednesday, July 14, 2010
Peti Itu Belum Terbuka
"Ingatlah Allah (berzikrullah). Maka dengan berzikrullah, hati akan tenang " Masya Allah, Allahu Akbar!
Dalam aku mengenangkan saat-saat manis bersama sahabatku, pasti terubat akan kerinduan di hati ini walau ada juga secebis keperitan yang harus ditelan jua kerana itulah pengorbanan yang perlu bagi diri ini terhadap sahabatnya yang sangat dikasihi.
" Sina kenapa engkau banyak berkorban untuk dia?" Suara itu menjengah di kotak pemikiran yang kecil ini
" Mana ada, sebenarnya dialah yang banyak menolong aku!" Tegas diriku ketika mengingat semula perbualan itu berlangsung.
"Tapi aku tengok dia relaks sajaha sedangkan engkau ni tidak habis-habis asyik fikirkan pasal dia."
Hati kecil ini terkejut apabila mendengar dakwaan sedemikian rupa. Tidak pula diri ini sedar tentang banyak perkara yang telah dilakukan jasad ini demi sahabat baiknya. Aku terus-terusan menepisnya kerana jiwa ini tetap mengatakan " Rawna (bukan nama sebenar), engkau tidak tahu apa telah dia lakukan untuk aku. Mungkin kecil maknanya untuk orang lain tapi bersar pula maknanya bagi diri yang kerdil ini."
Dia diam seketika dalam malam yang hening menyelubungi kami... Aku masih lagi di alam khayalan dalam mengimbau semula kenangan lampau yang telah terukir dalam monumen sejarah peribadi hayatku.
Kini aku tidak boleh menafikan duniaku amat berbeza. Aku begitu takut untuk menghadapi dunia yang nyata di hadapan mata kasar ini. Segalanya penuh tipu daya dan amat perlu mata hati ini melihat akan kebenarannya supaya tidak pula terpancar logamaya yang berbisa dan fatamorgana yang menyengat.
Hidup umpama roda dan itulah kata-kata yang amat popular dalam kalangan insan yang gemar merempit. Hahaha... Arakian itu, sememangnya benar dan kitaran hidup itu pasti berlaku walau kita inginkannya supaya nyah dari jidup ini.
Inilah kuasa Allah, Wa Hua a'la kulli syai in qadir. Dan Dia lah Allah yang menguasai takdir. Aku sering kali berfikir adakah ini nasib yang harus aku pikul? Kitaran telah aku fahami dan coraknya telah aku pastikan.
Aku cuba melarikan diri daripadanya namun tidak pula aku berjaya. Aku mengarapkan sedikit perbezaan untuk tahun ini namun hakikatnya tetap sama walau dengan siapa aku bersahabat. Sekali lagi satu suara menerpa melalui alimentary canal walaupun sacara batin.
"Kenapa engkau asyik buat pasal dia?"
"Kenapa engkau buatkan dia sahaja air tu? kenapa tak aku?"
"Kenapa kau bagi air ni kat aku?"
Soalan yang bertubi-tubi melulu mengenai diriku. Aku terpana mendengar soalan membunuh itu. Maka persoalan pertama itu tidak pula aku dedahkan hal sebenarnya dan hanyalah sekadar seribu alasan yang dilapikkan demi menyembunyikan rahasia kebenaran yang mewarnai pelangi kehidupan.
" Ala, sebab dia sengal la aku buat pasal dia."
Namun perihal kedua dan ketiga itu membuatkan aku terpaksa mendiamkan diri seribu bahasa tanpa sepatah kata yang keluar agar tidak timbul kemusykilan dalam diri yang menanya. Hakikatnya, di sini dialah insan pertama yang begitu baik melayan karenah aku hinggah acap kali tercuit jiwa yang halus ini. Akan tetapi kini, aku rindu akan gurau sendanya yang kian pudar di mamah kesamaran. The time between dog and wolf.
Malah ada juga yang bertanya, "Sina kenapa engkau lebih pentingkan sahabat daripada cinta?"
Dan aku, " Entah lah, tiada pula jawapan untuk itu. Tapi masih ada pengukuhan untuk itu. Mutiara kebahagiaan itu telah aku letakkan atas nama sahabat dan kunci untuk membuka peti berharga itu kasih dan cinta Ilahi."
Maka disaat itu aku sedar bahawa telah banyak kunci yang aku gunakan untuk membuka sebuah peti berseri dan aku belum ketemuinya justeru juga gagasan kunci hakiki belum aku peroleh.
"Ya Allah, bantu lah aku, hambaMu ini!"
Mungkin belum aku penuhi tuntutan aku terhadap diri malah sebagai hambaNya juga. Mungkin itulah pernghijabku atau mungkin Allah masih mengujiku akan penerimaanku terhadap pembantuku nanti yang sedang aku mohon daripadaNya. Dan hikmah itu ada di sisiNya.
Aku begitu mengagumi junjungan agung Rasulullah melalui ucapannya yang telah dirakamkan dalam kalimah suci kejujuran. "Aku tidak katakan khazanah itu berada di sisiku." "Dan Muhammad itu tidak berkata melainkan apa yang telah di wahyukan kepadanya."
Sekali lagi aku teringat dalam perjanjian baru (new testament) :
"Seorang nabi akan kubangkitkan bagi mereka dari saudara mereka seperti engkau ini. Aku akan menaruh firmanKu dalam mulutnya dan ia akan mengatakan kepada mereka segala yang Kuperintahkan kepadanya." (Ulangan 18:18)
Maha Suci Allah. Maka segala kata-kata baginda adalah benar dan terang. Namun susah pula bagiku untuk berterus terang sebagaimana Rasulullah.
"Kerana aku nabi, kekasihku ialah Allah. Andai kata aku boleh memilih maka Abu Bakar As-Siddiq kekasihku di dunia ini."
Namun diri yang terlalu kerdil ini mustahil untuk menjadi seperti Rasulullah dan mendapat sahabat karib seperti Abu Bakan As-Siddiq. Namun harus pula bagiku untuk memiliki sifat terus terang dan kejujuran ini.
"Bantulah aku ya Allah"
"Hanya kepada Engkaulah kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. Jadikanlah kami di atas jalan yang lurus." (Al-Fathah : 5-6)
Wallahua'lam...
Saturday, July 10, 2010
Ceritera Hati
Namun begitu belum pula aku sempat bertanya kepada sahabatku malah dia juga beredar terus setelah habis sesi mawaddahnya bersama guru kelas. Tatkala sebelum itu, aku diikhabarkan dengan berita yang agak kurang menyenangkan hati.
"Sina, Sina ada masalah sikit ni?"
"Asal pula?"
"Dia tanya kenapa engkau dah tak macam dua bulan yang dulu?"
"Kenapa pula? Sama sahaja bagi aku... Kenapa pula macam tu?"
"Dia dari tadi sepanjang jalan tanya kenapa?"
"Sama jer. Ko rasa kenapa?"
"Sebab engkau dah tak rapat dengan dia lagi kut."
Aku tersentak mendengar kata-kata itu sebenarnya. Namun terus sahaja aku berlakon bagai tiada apa yang mengejutkan diriku yang lemah ini.
Mungkin semua ini bagiku tiada apa kerana telah aku ketahui bahawa seseorang dari kalanganku bukanlah dari sini.
Malah selain itu juga, aku sentiasa mengharapkan tiada apa-apa yang berlaku pada tahun ini sebagaimana insiden-insiden yang pernah berlaku pada tahun lepas kerana belum kuat hati ini untuk menghadapi semua ini lagi.
Malang seribu sekali malang, sekiranya Allah tetap inginkan hal tersebut jadi, maka terjadilah. Maha Suci Engkau Ya Allah yang terus meletakkan aku dalam dilema ini sedang aku cuaba sedaya upaya untuk melepaskan diri daripada konflik yang sama berlaku saban tahun dalam layar kehidupan ini.
Aku terasa bahawa belum diri ini layak untuk mencari teman sedang aku belum lagi tunaikan hak terhadapMu dan diriku apatah lagi terhadap muslimin saudaraku.
Pada malam ini aku pula teringin sangat untuk mendengar suaranya, lantas aku bersegera menelefonnya untuk mendengar khabar berita daripadanya.
Dialah insan yang terlalu sejuk hati ini untuk berkenalan dan mendamaikan jiwa yang sedang kekusutan ini walau hakikatnya Allah jua yang menganugerahkan nikmat ini. Tidak tahu pula bagaimana rasanya jika kami sudah tiada lagi silaturrahimnya.
"Hello Assalamualikum, ko macam mana? Dapat nombor berapa?"
"Alah, nombor biasa aja."
"Ko, keluar tak cuti ni?"
"Tak jadi pula. Kenapa?"
"Oh tiada apa-apa. Kalau dalam minggu ini aku ada buat salah, maaf taw..." Suaraku lembut berbicara menamatkan perbualan ini. Bahkan suaranya juga terlalu lembut untuk dipersembahkan kepada telinga yang mendengar.
'Taklah engkau tak salah apa-apa pun." Suaranya perlahan diakhir bicara.
"Salam"
"Wasalam."
aku meneruskan rona-rona kehidupan ini seperti biasa hinggalah saat mesej yang berdering di telefonku.
"Salam, Ko tak salah apa-apa pun... Aku yang salah... Aku tahu ada benda yang aku buat sampai terguris hati kau.. Tapi sejujurnya aku tak sengaja.. Kadang-kadang aku tak tahu aku buat apa... Memang betul aku bukan baik orangnya.. Kalau ko dah tak nak kawan dengan aku pun aku faham.. Tapi jujur aku hepi dan syukur sangat ada kawan macam kau... Thanx sebab banyak berkorban untuk aku. Apa-apapun... Maaf sangat-sangat ye..."
Mesejnya terhenti begitu sahaja. Disangka selama hati ini telah mengeras seperti batu, akhirnya tumpas dan aku mengalirkan air mata. Duhai sahabat bukanlah perbuatanmu itu membuatkan aku terluka bahkan kehadiran engkau jualah yang telah yang mewarnai kehidupan yang serba pudar ini! Tidaklah engkau bersalah apa-apa walau sebesar zarah sekalipun.
Aku terus menerus menghubunginya. Hanya sedikit bicaranya dan tidak pula sesuai untuk bersembang di talian terhad ini. Lantas mata ini terus-terusan berkaca hingga gugur mutiara jernih jatuh ke pasak bumi.
Duhai teman, walau siapa dirimu tidaklah aku peduli selama mana engkau cuba membaiki hakikat diri kita dan telah aku syukuri untuk itu. Tidak pula aku sanggup kehilanganmu setelah engkau mengisi dialog-dialog kegembiraan pada monumen sejarah diriku.
Tatkala jika aku hilang teman baik, adakah aku masih sanggup melepaskan engkau sebagai seorang teman yang baik untuk diri in? Akan kugenggam seerat mungklin dirimu agar tidak kita terpisah!
Maka dengarlah cerita hati yang ingin kulakarkan pada pena maya ini :
Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa
Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan
Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan
Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi
Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga
Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta...
Ikhlas untukmu,
Sina
Wednesday, July 7, 2010
7 Azab Yang Dilihat Penggali Kubur
Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.” Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, “Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, “Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
Jawab ahli ibadah tersebut “Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, “Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, “Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.” Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.
Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.
Gambaran Sirna, Pencarian Belum Terhenti
Aku penat memikirkan hal yang tidak pernah ada kesudahannya. Jangkaanku selama ini kian meleset dek kerana dari sehari ke sehari telah aku dapati sejarah lama bakal berulang, parut yang panjang kembali tersiat, luka yang dalam kembali berdarah dan sejarah hitam kembali meneyelubungi.
Sehinggalah aku mengimbau detik peristiwa sewaktu aku di KFC. Bersama aku, Mr. MAR dan Mr. MAZ. kami meluangkan sedikit waktu di sana untuk belajar berkumpulan walaupun hakikatnya bukanlah sedemikian rupa.
Namun perkara yang membuatkan diri ini untuk bercerita hanyalah mengenang semula babak-babak pahit yang kembali mengahntui diri. Jiwa ini mengerang kesakitan yang menusuk hingga tiadalah berdaya untuk roh dan jiwa ini menampung senidirian.
Aku masih percaya perkara yang pernah menejengah ke telingaku bahawa mintalah kepada Allah seorang penolong diri kamu laksana Musa AS memlihi Harun AS nescaya akan Allah memperkenankan doamu.
Semenjak itu aku sentiasa berdoa agar mereka yang berada di sampingku dan mampu menggoncang jiwa yang didambakan ini, maka dialah yang menjadi penolong bagi setiap urusanku. Tiadalah setiap perkara yang dikehendaki itu membuahkan hasil dan kerana itulah hidup memberikan cabaran.
Laksana episod-episod di pentas nusantara seringkali menjadikan aku watak statik hingga acap kali perubahan latar tempat namun aku jualah yang sentiasa memikul pelbagai penderitaan ini. Dahulunya seorang insan bergelar sahabat telah berjaya menambat hati ini dan aku percaya dialah insan dikurniakan Allah kepadaku.
" Weyh, kenapa kau escape assembly tadi? Datang sahajalah, bukannya apa pun. Kalau belajar sekalipun dah ada jadual. Lagi pun, waktu prep pun engkua balik lambat. Peraturan nak jadikan setiap perkara berlaku sentiasa tersusun dan siapa tak ikut zalim taw!"
" Kenapa engkau hmm... ?" Bicaranya diberhentikan seketika kerana tidak sanggup mengungkapkannya.
" Asal? kau terasa terkongkong?"
" A'ha. Kenapa banyak benda aku buat ada pantangnya? Kenapa aku sahaja yang kena?"
Soalan itu benar-benar menyentap jiwa yang mendengar. Satu suara menrenggut ketenangan ini lantas menjawab, "aku terlalu sayangkan kau duhai teman. Tidak pula aku sanggup melihat engkau terkapai-kapai dalam bayangan mencari entiti diri realiti. Malahan engkau jualah yang menjadi penolongku."
Namun perkara yang diharapkan menajadi sebaliknya. Kami menjadi tidk sehaluan. Hanya permasalahan yang melanda dirinya menjadikan aku tempat luahan dan sering ditinggalkan dalam keadaan kebingungan. Hinggalah benak hati yang terlalu kecil rasanya yang berada di ufuk tmur ini menjerit dalam kesunyian, "Engkau ingat aku ini siapa! Aku juga seorang manusia yang punya perasaan! Namun tidak pula engkau cuba memahami hati ini laksanan aku cuba menyelami duniamu jua. Aku juga seorang manusia yang memerlukan handai untuk bertepuk tampar dan engkau pula meninggalkan aku. ENGKAU ZALIM SAHABAT!"
Tatkala skrin memori terus berlangsung, mata ini terus berkaca-kaca hingga berguguran mutiara jernih di pipiku. Kenapalah manusia, tiada satupun yang mampu memahamiku. Aku sanggup menjadikan diri ini teman setia untuk dikau tetapi tidak pula pernah engkau melihatnya. Kenapa?
Namun begitu, walau bibit-bibit ini telah lama terbuku, namun muncul pula sejarah baharu yang harus diukir dalam kondisi yang berbeza. Saat ini muncul pula seorang insan yang bisa menjadikan hati ini gegak gempita dan merobek segala hijab yang menyembunyikan personaliti diri ini dari dunia luar yang kejam lagi fana.
Aku cuba meletakkannya pada posisi tertinggi dalam darjat hatiku. Mungkin kali ini dialah yang mampu merubah diri ini menjadi yang lebih baik dan bukanlah sirna yang dipinta.
"Nanti engkau free tak petang ni?"
"Kenapa aku? aku memang free jer bila-bila masa," hanya keranamu aku melapangkan waktu.
"Engkau fahamkan apa yang cikgu ajar? Nanti tolong aku, boleh tak?"
"No hal lah." Sedaya upaya melapangkan segenap waktu dan mengorbankan segenap perkara agar dia ada yang membantrunya.
Sekali lagi perbuatan ini menjadikan diri ini kesal. Mengapalah aku terlalu buta untuk menilai? Dan menagapalah diri ini terlalu mudah memberi kepercayaan itu kepada orang yang baru kenali? Betapa bodohnya diri ini.
Aku telah mengorbankannya selama dua bulan untuk memberi peluang untuk membuktikan dia juga punya kesungguhan demi dirinya. Sayang seribu kali sayang, malang seribu kali malang kerana dia mempersiakan waktu itu yang cuku lama.
Akhirnya aku bertekad, engkau juga bukanlah penolongku dan aku akan terus mencari 'penolong' itu hingga ke akhirnya. Engkau juga bukanlah keutamaanku lagi untuk membantu kerana engkau juga telah memepersiakan aku.
" Mesti ingat yang kita ini hendak jadi apa? Hendak jadi hamba manusia atau hamba Allah?" Ucap ayahku yang membwa pengertian sungguh bermakna. Dahulunya aku belum fahami maksud sebenar dan kini hal itu telah diceritakan Allah melalui hidupku satu persatu dengan penuh terperinci walau kurang satu sekalipun.
Maha Suci Allah yang memudahkan segenap urusan hambaNya yaang berkerja demiNya hingga kegagalan sekalapun, hatinya tetap berasa lapang. Maha Kuasa Allah yang membutakan hati hambaNya yang melakukan perkara tidak pernah ikhlas dan sentiasa mengaharap keredhaan tuannya, manusia dan bukan pula tuhannya Allah.
Tuesday, July 6, 2010
Panggilan Cinta Abadi
" Abang kenapa kita wajah kita semua seiras? Keluarga kita besar. Kenapa kami adik-beradik yang kecil ni tak boleh keluar lagi?"
" Oh, sebabnye proses kelahiran kite semua sama sejak zaman parameswara itupun sama. Adik jangan terkejut, keluarga kita lagi besar daripada ini dan saudara-mara kita berada di seluruh pelusuk dunia! Yang kecil-kecil ni masih perlukan proses tumbesaran lagi sebab dugaan luar sana kuat."
" Kenapa pula macam tu? abang dah pernah rasa ke? Abang pun baru sampai remaja lagi kat dunia ni."
" Itulah pesanan pak cik- pak cik kita sebelum mereka meninggalkan kampung halaman ni."
" Abang saya tak faham lagi lah, apa yag mereka cari-cari sangat kat dunia luar tu? " Aku masih keliru.
" Adik, nanti kalau adi dah betul-betul bersedia, baru adik tahu ade panggilan cinta dari dunia seberang. Adik mesti tahu hanya satu sahaja yang selamat dan yang lain akan tersungkur. "
" Oh maknanya nanti, adik kena bersaing dengan keluarga kita sendiri juga lah? Kenapa yang lain mati? Kejam betul dunia ini!" Aku agak terkejut mendengar penjelasan abang.
Aku membesar dan membesar mengikut sunnahtullah. Hampir puluhan tahun aku menuggu saat ini dan akhirnya aku telah bersiap sedia. Pada saat dan ketika itu, satu gegaran besar menggoncang kami. Dan aku begitu taku sekali kerana takut-takut peristiwa itu bakal meragut banyak nyawa. Namun begitu, aku kehairanan kerana gegaran gergasi itu disambut mesra oleh mereka yang sebaya aku.
" Cepat bersedia saudara-saudaraku melintasi dunia seberang mencari panggilan cinta!" Jeritan itu benar-benar membuatkan aku teringat pesanan abangku ketika sahulu. Tersentak aku mendengarnya dan kini giliran itu menjadi milikku.
Kami semua berbondong-bondong memasuki dunia baharu bagi kami. Di sinilah kawasan pelayaran kami dan mereka yang lemah akan kecundang. Masing-masing memerlukan mitokondria untuk menghasilkan tenaga ATP bagi meneruskan kelangsungan hidup.
" Eh apa benda yang bergesel-gesel ni? Geli pula rasanya lembut pula tu." Aku bermonolog sendirian. Aku melihat terlalu ramai dari kalanganku rebah satu demi satu. Aku tetap gagah kerana janji abangku masih terpahat dalam nukleus ingatanku, hanya satu yang berjaya dan itulah aku.
Tatkala peringkat ini, hampir 4/5 kaumku telah mencapai tahapnya dan aku mampu berjuang. Aku juga pelik kerana terlalu ramai kaumku yang berkeliaran entah kemana tanpa sebarang hala tuju. Lantas ketika itu, aku dihadapkan dengan dua pilihan kerana hanya dua lorong sahaja yang tersedia di hadapanku.
"Apa semua ini? kata dunia baru tapi hampir sama sahaja dengan dunia kita! Merah menyala tempat ini. Mana panggilan yang disebut-sebut itu?" Rungut salah seorang daripada kami.
Aku terasa seolah-olah sesuatu memanggilku dan aku terus belok ke kanan tanpa berfikir panjang lagi. Hampir 4 hari aku merantau sudah bumi itu. Akhirnya wah, itulah sebenarnya yang disebut-sebut selama ini, panggilan dunia seberang!
Kami berebut-rebut untuk mengenali si dia. "Siapakah dia sebenarnya? tetapi kenapa hanya seorang sahaja yang menunggu dalam setiap musim pelayaran angin monsun kami? Kadang-kadang sampai tak da pun yang menunggu." Desis hati ini berbisik.
Ketika kami mengerumuni dia, tidak semena-mena dia terus bertanya kepadaku "Adakah engkau yang terbaik di sini?"
" Bukan aku terbaik, tetapi pilhan hatimu yang terbaik." Ujarku ringkas. Dia semakin tertarik untuk mengenali aku tanpa mengendahkan godaan yang menimpa dirinya kerana cintanya terhadapku yang semakin menebal yang menjadi pendinding yang utuh.
" Aku cuma hairan dengan duni kamu, kenapa populasi kaummu begitu sedikit berbanding kamu kami? Hinggakan begiitu ramai kaum kami terpaksa bergadai nyawa demi kaummu seorang."
"Itulah namanya hukum alam dan kerana itu jugalah aku menanyakan kepadamu siapa yang terbaik. Sebenarnya kelahiran kami juga sama seperti kamu. Namun, kami memerlukan bantua daripada pelbagai agen misalnya Fatin Syaza Hu (FSH)i dan Lan Hao (LH) untuk membantu kami. Bukan setakat itu kerana dunia kami juga perlu diperbaiki pada setiap angin monsun dek kerana ingin menyambut kedatangan anda. Orang Putih jugalah yang diupah oleh FSH untuk membantu kami dan itu sajalah sumber yang ada." Cahaya Laila (CL) berkata lebar.
" Pernahkah engkau medengar kesatuan dalam bercinta? " CL bertanya kepadaku.
" Aku pernah mendengarnya dan kesatuan itu lambang kesempurnaan dua wilayah ini maka ikatan itu akan terjalin selamanya."
"Dan pada saat dan ketika itulah, engkau akan melihat wajah sebenarku."
Maka itulah waktu keramat bagiku yang menajdi saksi terhadap perhubungan kami.
" Cepatlah engkau berstu denganku!"
" Alamak macam mana ini? Ruang terlalu sempit. Susah pula nak masuk!"
" Wahai kekasihku, paksakan sahaja. cuba masukkan sedalam mungkin."
" Aku sedang berusaha ini!"
" Ha kuat sikit! kuat lagi! Aku sudah merasakannya!"
" Aku sudah tidak mampu lagi! Aku tidak tertahan hendak merasa lebih dalam lagi!"
" Wahai kanda, bersabarlah lagi. Teruskan usaha. Titik kemuncak itu berada di dalam! Sedikit sahaja lagi, penyatuan kita bakal berjaya!"
Aku berusaha keras lebih-lebih lagi untuk bersatu dengannya. Kini aku telah merasainya. Begitu indah tatkala saat itu bersamanya. Kami telah bersatu dan saat itu aku terlihat wajahnya begitu indah hingga terbitlah namanya Ovum.
Kami terbentuk lantas menyerupai embryio dan terlekat pada dunia seberang pada Endometrium. Waktu itu telah aku lewati dan aku terus membesar sebagai feotus hingga menjelma sebagai manusia. Tatklala aku membesar, aku teringat akan janji kekasih " Ku dambakan PANGGILAN CINTA ABADI ini bersemayam dalam jasad yang satu dan patuh kepada Sang Khaliq."
Lantas kitran itu akan terus berterusan hinggalah berakhirnya riwayat penduduk sarwajagat.
Direktor : Myraz
Scripter : Sina
Inspire by : Biology (Formation of zygote)
Friday, July 2, 2010
Jangan Gelojoh !!!
"Haii... Kelakar sungguh hari ini. Tak kering gusi kalau diingat kembali," Aku ketwa sendirian dek kerana hati ini tercuit dengan perkara yang menimpa kami di kelas 5 Sains 2.
" Anwar, tak dapat-dapat pun, apa yang tak kena? " Rungut Amira yang masih tidak berpuas hati.
" Ha, itu lah orang kata jangan gelojoh, kau tu pulak hentam keromo ja!"
" La, siapa pula yang gelojoh?" Amira masih tidak berpuas hati dengan jawapanku.
" Engkau la, Amira! Orang gelojoh ni senang gemok, senang lapar, makan tak hadam dan banyak kalori tersimpan tau!" Suaraku semakin meniggi namun aku cuba menahannya kerana waktu P&P sedang berlangsung.
"Eh, makan di dalam kelas pun tak boleh, inikan pula makan. Sampai hati kaukata aku gelojoh?" Nadanya seolah-olah ade rase hampa dan sedikit kecewa terhadap percakapanku.
" Merajuk ker? " Aku memerlinya.
" Tak la, cuma meraung jer..." Jawabnya sinis.
" Oh, ingatkan nak melalak. Boleh gantikan shift serigala yang melalak-melolong tak tentu pasal tu," aku cuba mengusiknya. Mungkin hatinya boleh terubat sedikit.
" A'ah, tak payah aku menghadap muka kau tu. Baik aku menghadap tembok lagi bagus!"
" Hmm, memang lah tidak payah. Senang je engkau nak menghadap muka aku yang kacak lagi berhaya ini. Lagipun aku beru nak beli timba baru. Boleh kaumengahadap benda tu, tak perlu susah-susah!"
" Engkau ada pun aku dah susah. Terima kasih sahaja lah untuk keprihatinan engkau yang tidak akan aku hargai, pun!"
" Weh Amira, apa ni kaucakap? Cakap Melayu macam bukan Melayu!" Suaraku meleret-leret untuk menimbulkan rasa menyampah itu dan melihat reaksinya.
"Isyh, menggedik lah engkau ni!"
" Aku menggedik pun tidak gelajoh macam engkau!"
" Eh, tolong sikit! Aku bukannya gelojoh tapi tidak dapat jawapannya sahaja. Nak hiperbola pun agak-agak la gedikz!"
"Weyh gedokz, biar aku lihat jalan kira engkau buat. Cikgu Rojita ajar pun tak faham-faham!"
" Eh, tolong sikit! Siapa gedokz? Mengaku dulang paku serih, mengata orang dia yang lebih!"
"Ewah, ewah, aku hendak tangan-tangankan, nanti buku lima pula yang hinggap. Mana soalan yang engkau tidak dapat tadi? "
" Iyo lah, ha cuba engkau tengok ni, kan sama dengan jalan kira cikgu, kan?"
" Haha, sebab itu lah aku kata jangan gelajoh. Nanti semua perkara haru-biru, semberono sahaja engkau ini!"
" Apa pula? Mana yang gelojohnya?"
" Hmm, perasan pandai pula. Kalau engkau macam Mayonis aku tidak kisah sangat. Tapi engkau tu gedokz... Gelojoh teros!"
"Engkau ini asyik-asyik perli aku sahaja. Mana silpanya?"
" Cuba engkau tengok balik. Buat kat jalan kira di kalkualator sekali harong macam makanan (soalan) tu lari pula!"
"Apa pula. Sama sahaja!" Dia masih menafikan lagi.
" Cuba engkau kira satu-satu, (kira seketika). Tengok, kan dapat!"
" Eh, dapat lah," Amira mula tersenyum keriangan kerana dapat menyelesaikannya seperti kanak-kanak rabina.
"Ha itu lah lain kali kalau nak buat kira-kira jangan gelojoh! Buat satu-satu!"
Loceng pun berbunyi memberi isyarat sudah menjelma 5.30 pagi. Aku pun terus membaca doa.
" Allah, aku tidur pun boleh termimpi?" Aku mengusik diri sendiri. Kemudia aku pun teruslah bersiap-siap untuk pergi sekolah pada hari ini dengan azam yang baru dan semangat yang segar demi menuntut ilmu yang membawa kita kepada kejayaan.
-TAMAT-