Tuan Ramlan : 
  Berdasarkan kpd artikel (3) dalam Perlembagaan Persekutuan yg 
menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan maka Rukun Negara yg 
pertama hendaklah di baca sebagai ' Kepercayaan kepada Allah SWT ' . Negara
 ini negara Islam yg di tadbir secara sekular oleh BN .. Ini menjadikan 
BN menderhaka kpd DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai
 Ketua Negara dan Ketua Agama kerana tidak membantu tugas Baginda untuk 
mempertahankan Islam pada setiap masa.
Slock Crow :  Dari
 segi dokumentasinya Negara ini adalah sebuah Negara berorientasikan 
Islam, cuma dari segi pelaksanaanya tidak mengikut apa yg telah tertulis
 dlm perlembagaan.. tak begitu Pak Lan?
Tuan Ramlan :  Bukan
 orientasi tetapi dalam perlembagaan jelas tertulis Islam adalah agama 
persekutuan maksudnya negara ini adalah sebuah negara Islam. Ia jadi 
kufur kerana di tadbir secara sekular oleh kerajaan BN. Tidak ada satu 
perkataan demokrasi dan sekular dlm perlembagaan
 Malaysia. Ini menjadikan ahli-ahli politik Malaysia baik kerajaan mahu 
pun pembangkang sebagai penipu besar bila mengatakan sistem politik 
Malaysia adalah Demokrasi Berparlimen.
Slock Crow : Benar tuan.
Penulis :  Tuan Mohd Ramalan Yunus >>
1) Berkenaan dgn artikel 3. Tiada masalah pun utk rukun negara ditulis dengan 'Kepercayaan kepada Tuhan' . Sbb Tuhan sendiri adalah merujuk kpd Allah. Dalam ceramah tauhid yg saya hadiri, sesiapa menganggap bahawa 'Jesus' tuhan bg Kristian, Jehovah tuhan bg Yahudi, Brahma tuhan bg hindu dll, maka telah sesat pandangannya tu. Dlm kalimah tauhid jelas, Tiada Tuhan selain Allah (penjelasan lanjut kene bertanya la dgn ulama yg pakar bab Tauhid).
2) Buktikan BN bertindak secara sekular secara total. Ada banyak dasar Islam yg digunapakai, prinsip maqassid syariah (cuma x berlabelkan Islam je) teraplikasi dan dlm perundangan Islam, Malaysia memaksimakan penggunaan Takzir berbanding qisas mahupun hudud. Cumanya x dinafikan adanya budaya hedonisme yg berleluasa di Malaysia ini.
3) Islam ialah agama persekutuan. Adalah tidak tepat menafsirkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perkara 3 tu memberi hak keistimewaan kpd agama Islam di negara ini disebabkan penganutnya yg bersifat majoriti.
4) Demokrasi dan perlembagaan. Dlm Perlembagaan ada menyebutkan sistem demokrasi dan nilai2 demokrasi. Sistem demokrasi itu terletak pada Perkara 113 dan 114 yg memberi peruntukan kpd Pilihanraya dan keanggotaan SPR. Manakala Perkara 43 - 55 telah menceritakan mengenai Parlimen, keahlian dan fungsinya.
Saya sebagai seorang yg pernah belajar law, rasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan yang lebih baik kpd masyarakat.

Pautan video tambahan :
Tuan Ramlan :  Kpd
 Anis Sina maaf saya tak pasti sdra atau sdri, terima kasih atas ulasan 
panjang terhadap komen saya. Komen sdra/sdri yg ( 1 ) Saya memang ada 
masalah dgn Rukun Negara. Ini kerana ia tidak mencerminkan perlembagaan 
Malaysia  .. Rukun Negara yg pertama
 ' Kepercayaan kpd Tuhan ' kalau dlm artikel 3 jelas menulis ' Islam 
adalah agama persekutuan ' mengapa Rukun Negara tidak di tulis ' 
Kepercayaan kepada Allah SWT Tuhan sekelian alam ? Apabila Rukun Negara 
di tulis ' Kepercayaan kpd Tuhan ' ini sebenarnya merujuk kpd negara 
teologi bukan negara Islam. Sebab itu timbul kekeliruan. Hampir seluruh 
rakyat Malaysia merasakan bahawa Islam hanyalah sebagai agama resmi di 
Malaysia. 3 org Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun 
Abdul Razak dan Tun Hussein Onn mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah
 negara sekular. Hanya Tun Mahathir yg mengatakan bahawa Malaysia adalah
 sebuah negara Islam. Saya mempersoalkan dan mengkritik Rukun Negara 
sebab saya mempelajari Ilmu Tauhid dari semenjak umur saya 18 tahun 
hingga ke hari ini. Skrg saya sudah berumur 48 tahun. Saya bukan sekadar
 mendengar ceramah Ilmu Tauhid. Dan ramai sahabat2 baik saya terdiri 
dari kalangan ulamak-ulamak Tauhid. Antaranya yg terkenal adalah YM 
habib Rizieq Shihab Ketua Umum Front Pembela Islam di Indonesia.
Komen
 sdra/sdri yg ( 2 ) Bukti BN bertindak secara sekular. Saya sarankan 
anda belajar mengenai perbezaan antara pemikiran Islam dan pemikiran 
sekular dan batas-batas iman dan kufur. Membaca komen anda, anda masih 
keliru antara aqidah islam dan ideologi
 sekular.Islam bukan sekadar melaksanakan HUDUD. Amalan Islam adalah 
secara KAFFAH. Saya ada formula dan kaedah untuk melaksanakan Islam 
secara KAFFAH. Saya bukan ahli PAS. Saya masih ahli UMNO selama hampir 
30 tahun. Sedang menunggu masa utk di pecat kerana komen2 saya yg 
lantang dan keras kpd pucuk pimpinan UMNO dan negara.Ini kerana ' silent
 rule ' dlm UMNO kita tidak di benarkan mengkritik pucuk pimpinan.
Komen
 sdra/sdri yg ( 3 ) menunjukkan bahawa kefahaman anda adalah seperti 
kefahaman majoriti rakyat Malaysia. Berdasarkan komen anda, anda 
memperakui Malaysia adalah sebuah negara sekular.Komen anda memberi 
maksud sebagai contoh saya - dlm IC saya di tulis
 Islam sebagai agama saya. Tetapi adalah tidak tepat untuk mentafsirkan 
bahawa saya adalah seorang Islam. Saya bingung dgn cara dan proses 
sdra/sdri berfikir. Apatah lagi memandangkan sdra/sdri pernah belajar 
undang-undang.
Komen
 sdra/sdri yg ( 4 ) Perkara 113 dan Perkara 114 hanya merujuk kpd soal 
penubuhan SPR dan mengadakan pilihanraya. Tidak ada perkataan demokrasi 
di situ. Pilihanraya dan Demokrasi adalah dua perkara yg berbeza. 
Biarpun pilihanraya selalu di gandingkan
 dgn Demokrasi dan di anggap sebagai salah satu amalan dlm demokrasi. 
Sebagai contoh PUASA. Puasa merupakan salah satu amalan dlm Islam tetapi
 puasa bukan Islam. Dua perkara yg berbeza. Dan perkara 113 dan 114 
inilah yg menyebabkan semua ahli politik baik di pihak kerajaan mahu pun
 pembangkang menganggap bahawa sistem politik di Malaysia adalah sistem '
 Demokrasi Berparlimen ' bukan sistem ' Raja Berperlembagaan ' . Saya 
tidak perlu masuk universiti dan belajar undang-undang untuk memahami 
perlembagaan dan memberi penerangan kpd masyarakat bahawa terdapat 
terlalu banyak kekeliruan dan kecelaruan dlm perlembagaan Malaysia yg 
boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat.
Komen sdra/sdri yg ( 5 ) Perjuangan umat Islam bukan hanya utk melaksanakan Hudud sahaja. Yang lebih utama adalah utk menyempurnakan aqidah dlm proses utk mentauhidkan Allah SWT. Setelah itu adalah utk membenteras RIBA. Riba sudah terbukti dari zaman berzaman mampu menghancurkan sebuah tamadhun manusia. Pada masa ini sudah ada negara yg muflis akibat mengamalkan sistem Riba. Kes terbaru bandaraya Detroit di Amerika sudah memfailkan notis bankrup. Kalau kerajaan Malaysia ingin membangunkan dan melaksanakan sistem kewangan bebas Riba saya bersedia membantu. Begitu juga dengan Kelantan yg di tadbir oleh parti yg mendakwa memperjuangkan Islam. Saya juga bersedia membantu. Ini perkara2 yg patut di utamakan utk membangunkan sebuah ' Daulah Islamiah ' bukan Hudud. Hudud akan terlaksana dgn sendirinya apabila perkara2 yg utama sudah di dirikan.
Saya
 berharap penjelasan saya mampu menjernihkan sedikit pemikiran sdra/sdri
 Anis Sina yang berserabut dan bercampur aduk antara Islam dan sekular. 
Dan saya berharap agar penjelasan saya ini dpt membantu anda semua yg 
membacanya.
Penulis : Apakah jawapan yang saya berikan? Apakah kesinambungan perbincangan ini? Di manakah halatuju perbincangan ini? Nanti dialog kami pada siri seterusnya  :)
To be continue...
 
No comments:
Post a Comment