Wednesday, July 31, 2013

Dialog Kepercayaan Kepada Tuhan: Rukun Negara dan Perlembagaan (Siri 3)

Pertama-tamanya sekali, saya memohon maaf sekiranya siri seterusnya ini seperti telah terlencong daripada skop asal perbincangan ini. Menurut penulis, kata sepakat telah diberikan mengenai pengguanaan kalimah Allah dan Tuhan dalam Frasa Pertama Rukun Negara.

Untuk artikel siri sebelumnya, boleh rujuk pada pautan di bawah :

Dialog Kepercayaan Kepada Tuhan: Rukun Negara dan Perlembagaan (Siri 1)


Sabri Mohammad:  Tanah Melayu ini sememangnya beraga Islam sejak berkurun lamanya sebelum dijajah - berdasarkan Undang-Undang Kedah. Mengapa kita masih mahu menerima ketetapan perlembagaan selepas "kemerdekaan"? Merdeka kah kita jika kita masih menjunjung perintah bekas penjajah? Tidakkah boleh kita kembali kepada UUK bilamana kita kata kita telah "merdeka". Tidak bolehkah kita ishtiharkan penjajahan negara ini telah berakhir dan dengan itu kita mencorakkan semula negara ini mengikut ajaran Islam dan melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh? Kalau nak Islam, Islam terus, mana boleh separuh-separuh. Perlaksanan mesti meliputi setiap sudut kehidupan! Pilihan cuma ada dua - Islam atau kafir..buat pilihan.

Kalau nak diikutkan perlembagaan sekali pun, jelas Islam adalah agama negara ini >> Antara salah tanggapan terhadap perkara-perkara asas dalam Perlembagaan yang wajib diperbetulkan oleh umat Islam di Malaysia dalam proses transformasi perundangan Islam ini adalah –

Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi.

Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation...”

Perkataan “rasmi” adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi – “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama resmi.” Hakikatnya ketiga-tiga perkataan - demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan.

Banyak pihak yang berhujah bahawa ungkapan ini telah digunapakai dan “diterima” oleh banyak pihak sejak Negara mencapai kemerdekaan. Persoalannya di manakah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang seandainya seandainya penerimaan yang tidak betul ini dibiarkan berterusan?

Apa jadi kepada sumpah Agong di bawah perkara 37 Perlembagaan atas nama suci Allah? Hanya orang yang tidak mengenali dan beriman dengan Allah sahaja yang tergamak untuk menghilangkan ketinggian nilai sumpah Agong itu.

Pendekatan untuk menambah perkataan rasmi itu hanyalah suatu strategi politik ketika negara baru mencapai kemerdekaan dan berhadapan dengan darurat akibat dari ancaman komunis yang tidak percayakan tuhan. Bagi mengelakkan masyarakat bukan Islam dari terus menjauhkan diri dari menyertai pemerintahan Negara yang baru ini, maka pendekatan sedemikian dilakukan oleh ahli politik ketika itu.

Namun begitu dalam suasana hari ini di mana agama Negara ini benar-benar mahu dihakis dan prinsip-prinsip demokrasi sekular sedang melanda dengan hebatnya dalam era globalisasi ini adakah perlu pendekatan sedemikian diteruskan?

- Haji Mahamad Naser bin Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara

Sabri Mohammad : (tambah beliau lagi) Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam dari Pakistan.

Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan.

Sebuah Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpinpemimpin politik, pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.

Jawatankuasa itu juga telah mengambil pendekatan menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular
Negara ini”

Namun begitu perlu diberikan perhatian bahawa hanya Hakim Abdul Hamid dari Suruhanjaya Reid dan Jawatankuasa White Paper yang bersetuju menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan – Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka; dan “ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”.

Dari tiga cadangan dalam memorandum Perikatan berkaitan agama Negara itu, hanya 2 perkara sahaja yang telah diterima dan dipersetujui iaitu -

Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama
mereka;

namun limb ketiga yang berbunyi “tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini” telah ditolak dan tidak dimasukkan dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan.

Dengan menggugurkan ayat ini perkataan “sekular” lenyap sama
sekali dari Perlembagaan Persekutuan. Justeru warga negara Malaysia
berkewajipan untuk menerima hakikat bahawa tiada sepatah pun perkataan “sekular” yang wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Persoalannya kenapa Malaysia masih dianggap sebagai negara sekular?
Adakah hanya kerana ayat kedua dalam perkara 3(1) yang berbunyi “but other religion may be practiced in peace and harmony in any part of Malaysia” telah menukar pegangan negara dari Islam kepada sekular? Bukankah ajaran Islam itu sendiri memberikan kebebasan manusia yang tidak beriman untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa dikenakan paksaan untuk menerima Islam atau dihalau dari masyarakat Islam?

Ternyata limb kedua tersebut tidak sedikitpun mencacatkan pegangan Islam Negara ini. Pegangan bahawa Malaysia adalah Negara sekular boleh dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang tertinggi negara.

Kecelaruan sebegini terus dicengkam pengaruh pemikiran moden sekular Barat yang mendominasi pemikiran pewaris legasi penjajah British yang kononnya berpaksikan semangat nasionalisme.

Ia ditambah pula dengan sikap simplistik umat Islam dan sebahagian ulama’ dan pendokong gerakan Islam yang mengambil jalan mudah ketika berhadapan dengan pendokong pemikiran sekular bahawa
pemerintahan Negara ini terikat dengan legasi British termasuk pemikiran dan dasar pemerintahannya sekali.

Lantas mereka mengambil kesimpulan simplistik –
Malaysia Negara sekular, Perlembagaan Sekular, wajib ditegakkan Negara Islam.

Kedua-dua pendekatan di atas - mengikat pemikiran dengan pengaruh sekularbarat dan pendekatan simplistik Perlembagaan sekular - pada hakikatnya telah mengetepikan sumpah Ketua Utama Negara – YDPA atas nama Allah dengan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada semua masa.

Sumpah Baginda YDPA bukanlah sekadar satu upacara kerana ia diperuntukkansecara nyata dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mesti bersumpah dengan lafaz sedemikian yang terkandung dalam Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan yang perlu diberikan perhatian juga tentang sumpah Agong itu adalah tentang kedudukan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi;
yang bukan suatu lafaz yang hanya berbetuk upacara (ceremonial) sahaja sebaliknya ia adalah satu sumpah yang mengikat. - Haji Mahamad Naser


Bila Islam = Agama Persekutuan, Agong = Ketua Agama, Agong = Ketua Negara, apakah status ahli politik negara ini yang tidak membantu YDP Agong untuk melaksanakan hukum syariah? Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada setiap masa. Jadi tidakkah semua yang terlibat dengan perjalanan negara ini terkait dengan sumpah tersebut dan juga wajib menjalankan tugas berdasarkan sumpah "Big Boss" mereka?

Tuan Ramalan : Takde ke Ahli Parlimen Malaysia yg boleh jawab soalan Sabri ni ?

Penulis : (Response kepada komen Tuan Ramalan di siri 2) Betul, saya lebih suka berbincang secara ilmiah. Semoga Allah merahmati kita

1) Saya kira persoalan berkenaan dgn penggunaan kalimah Tuhan dan Allah dalam rukun negara boleh dikatakan kita telah mencapai kata sepakat. Bagi yang mempelajari dan mema
hami ilmu tauhid, faham akan hakikatnya sedang mereka yang kurang memahami atau langsung tidak memahami akan membawa kepada perbezaan yang sangat besar. 1.2) Namun berkenaan dengan Perkara 3 ini, tuan tidak boleh wewenang menafsirkannya secara sendiri. Hal ini disebabkan ianya bersifat perundangan dan hanya absah diterima jika adanya tafsiran perundangan ke atasnya. Maka, dalam peruntukan ini, tidak dinyatakan secara jelas sama ada Malaysia ialah negara Islam ataupun negara sekular. Tetapi yang jelas daripada peruntukan ialah memberi pengiktarafan terhadap kedudukan agama Islam di negara Malaysia dan membenarkan agama2 lain untuk turut diamalkan. Andai ada tafsiran perundangan yang menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, boleh lah tuan untuk lampirkan di ruangan ini. 1.3) Berkenaan dengan bagaimana Islam dijadikan sebagai senjata politik itu, sy turut mengakuinya. Fahaman Machiavelli, "the end justify the mean" ataupun "matlamat menghalalkan cara" telah sebati dlm politik Malaysia dan sinonim dengan 'Real Politik'.

2.1) YDPA sebagai ketua agama Islam bukanlah tanda sebagai Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Ia membawa 2 sifat yang berbeza. Antara menjadi ketua agama Islam bagi umat Muslim di Malaysia dengan menyatakan Malaysia sebagai negara Islam adalah 2 perkara yang terpisah dan tidak terkait. Rujuk semula kepada video yang saya attach awal2 tu, menyatakan bahawa semasa semua memorendum dikumpulkan dalam dalam Suruhanjaya Reid itu, kesemua ahli suruhanjaya itu menolak peruntukan "Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam" kecuali Hakim Pakistan. Jadi, peruntukan itu telah diubah kepada "Islam adalah agama bagi persekutuan". Peristiwa ini jelas menafikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi mengiktiraf kedudukan istimewa agama Islam berbanding agama-agama lain. 2.2) Ajaran dan pemikiran Islam sewajarnya menjadi 'main-stream' itu pun saya setuju. 2.3) Yang membantu Majlis Raja2 dan YDPA untuk agama Islam bagi kawasan2 baginda bukannya kerajaan BN tetapi Majlis Agama Islam Negeri dan JAKIM. Tetapi x dinafikan bahawa, mereka ini sendiri dikawal oleh fahaman politik. Rujuk juga pada video yang dipaparkan. Memang silap kerajaan kita.

3) Saya bukannya menghalalkan evolusi sedemikian berlaku di Malaysia. Tetapi sifat substaintif perlembagaan itu sememangnya hybrid. Kerana apa? kerana peruntukan dalamnya memberi ruang kepada Islam, agama2 lain dan juga fahaman sekular (demokrasi dan kapitalisme). Saya rasa tuan masih belum memahami sifat asas Perlembagaan yang menjadi undang2 tertinggi negara kita. Saya bukan berkisah kepada pemikiran Muslim atau sekular. Tetapi saya menilai dari sudut perlembagaan sendiri atas peruntukan yang sedia dalamnya. Harap faham dan kalau tuan ingin sy membentangkan penilaian itu, saya sudi.

4) Berkenaan dengan demokrasi, sy tidak memberi sebarang sifat adjektif kepadanya. Saya tidak berkata bahawa demokrasi ini baik, buruk, ideal atau sebagainya. Namun jawapan saya adalah response terhadap dakwaan tuan yang mengatakan tiada demokrasi dlm perlembagaan. Maka, saya membuktikan bahawa adanya demokrasi melalui sistem dan nilai yang diperuntukan dalam perlembagaan. Saya memberi perbandingan konsep agar tuan lebih faham di mana wujudnya demokrasi dlm perlembagaan iaitu dengan cara memehami wujud teras dalam perlembagaan sebagaimana teras Islam itu salah satunya puasa sebagai salah satu rukun. Itu sahaja. Ini bukannya tanda saya sokong demokrasi. Kalau tuan ingin tahu pandangan saya mengenai demokrasi, boleh rujuk pada artikel dalam blog saya sendiri:


http://neutrona.blogspot.com/2012/04/demokrasi-alat-naikkan-islam.html


Siri ke-4 bakal menyusul. To be continued... 

No comments: