Tuesday, July 30, 2013

Dialog Kepercayaan Kepada Tuhan: Rukun Negara dan Perlembagaan (Siri 2)


Penulis : Saya saudara. Terima kasih juga kerana response kepada saya dengan teliti. Saya menghargainya.

1) Apa yg membezakan kalimah 'Kepercayaan kepada Tuhan' dengan 'Kepercayaan kepada Allah sebagai Tuhan sekalian alam' ? Menurut penelitian saya, disebabkan Malaysia ini berbilang agama, maka perkataan Tuhan lebih sesuai digunakan malahan ia tidak mengubah sedikitpun intipati Allah = Tuhan. Berkenaan dgn pengisytiharan 3 PM Malaysia tu, sy akan jelaskan kemudian. Sy berharap agar perjuangan tuan dlm UMNO berterusan.

2) Sy sendiri well aware dgn pemikiran saya, sbb Malaysia ni bermulanya kemerdekaan dan juga proses globalisasi, sememangnya prinsip dan pengamalan di Malaysia ni telah bercampur antara fahaman Islam dan fahaman sekular. Saya bukan bermaksudkan hudud sahaja sebagai vital sign bagi status negara Islam. Tp yg saya nak highlightkan bahawa Malaysia ni mmg x laksanakan Islam secara sempurna tp itu bukannya bukti kerajaan bertindak secara sekular total. Cumanya hanya sebahagian sahaja.

3) Yg ni saya nak kaitkan dgn pasal 3 PM Malaysia ni. Pengisytiharan PM yg sebegitu dalam sudut perundangan adalah tidak bermakna sama sekali. Dan dalam komen sy sendiri sy x kata Malaysia negara sekular mahupun sy x mention pun Malaysia seolah-olah negara sekular. Cuba lihat kembali dlm Perlembagaan, langsung tidak diisytiharkan sama ada Malaysia negara Islam atau negara sekular. Sepanjang pengajian saya, Malaysia dari sisi perlembagaan adalah bersifat hybrid kerana memberi ruang kepada nilai Islam dan juga nilai sekular. Bila mana dlm IC tu tulis agama Islam sebagai statusnya, maknanya tuan ialah Muslim. Islam merujuk kpd agama. Macam tu juga style nye dlm perlembagaan. Kefahaman terhadap konteks peruntukan dlm perlembagaan adalah penting kerana ia menjelaskan teras/ fundamental kpd peruntukan tersebut.

4) Sy faham perspektif tuan. Demokrasi begitu kontroversi takrifannya walaupun antara sarjana Sains Politik sendiri. Tetapi elemen penting yg menunjukkan adanya 'demokrasi' ialah sistem dan nilainya. Apakah kedua2 perkara tersebut? Sistemnya ialah Pilihanraya : Perkara 113 dan 114. Nilainya ialah hak asasi : Perkara 5 - 13. Sama juga macam Islam, Puasa bukannya Islam. Tp yg menjelaskan teras Islam tu ialah Rukun Islam yg mana, adanya amalan berpuasa itu. Berkenaan dgn Raja Perlembagaan, itu salah ahli politik sbb x faham perlembagaan. Sedangkan dlm perlembagaan kita jelas mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang bersistemkan 'Raja Perlembagaan Demokrasi Berparlimen' . Boleh rujuk misalnya kepada Perkara 11 (Sultan ketua agama negeri), Perkara 32 (YDPA kepala utama), Perkara 38 (Majlis Raja-raja), serta kuasa2 baginda atas nasihat PM/Eksekutif dan kuasa2 baginda atas budi bicara baginda.

5) Hmm ni bukan pandangan saya. yg selain dr komen sy ( 1- 4) yg lain adalah copy paste dr artikel yg sy dah lampirkan utk dibaca. Tp saya sokong perkara ini.

Saya tidak keliru antara pemikiran Islam dan sekular sbb saya belajar kedua-dua pemikiran. Merujuk kpd statement (2) sy, sebab Malaysia dah bercampur 2 pemikiran inilah, sy menceritakan realiti di Malaysia.

Harap, penjelasan sy juga turut membantu kpd pembaca untuk lebih memahami Islam dlm Perlembagaan dan realiti di Malaysia dgn lebih baik.
Btw, sy kenal tuan, sbb kita pernah berbincang sedikit. Sy kenal tuan dlm blog ini awal tahun 2012 :

World Islamic Chamber of Commerce and World Baitul Mal 

Tuan Roslan:  Sdra penulis terima kasih atas response sdra. Saya juga menghargainya dan menghargai perbincangan yg ilmiah. Dan saya maklum dan insaf serta tidak berharap utk dapat menukar pandangan dan pendirian sdra. Apa yg saya lakukan hanyalah sekadar mengutarakan sudut pandang saya sebagai seorang muslim dan mukmin serta mempromosikan pandangan saya yg kontra dgn majoriti masyarakat di Malaysia utk di nilai dgn se adilnya oleh ahli-ahli politik, ulama-ulama Islam, komuniti akademik dan juga masyarakat Malaysia umumnya.

1) Memang tidak menimbulkan masalah yg besar kpd mereka yg mendalami Ilmu Tauhid. Tetapi secara akademik Tuhan dan Allah membawa perbezaan yg sgt besat. Ia memberikan persepsi dan tafsiran yg berbeza. Saya tidak ada masalah dgn penggunaan perkataan ' Tuhan ' dalam Rukun Negara sekiranya status negara ini adalah sebuah negara teologi mahu pun negara sekular sebagaimana negara Turki. Dlm perlembagaan Turki jelas menyatakan bahawa Turki adalah sebuah negara sekular. Jika demikian sifat dan statusnya maka wajarlah Islam itu hanya sekadar menjadi agama resmi berdasarkan kpd polarisasi penduduk di Malaysia. Namun apa yg menjadi persoalan di sini ianya secara terang dan jelas tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara (3) menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan ini. Ini secara jelas menyatakan status negara ini adalah negara Islam bukan negara Teologi atau negara Sekular. Dan ia juga tidak menyatakan bahawa Islam adalah agama resmi bagi persekutuan ini. Istilah 'resmi' hanya muncul berdasarkan kpd motif politik bukan akademik apatah lagi atas dasar Tauhid Islam. Secara politik, Islam jelas hanya di jadikan perisai dan alat utk mencapai objektif politik Umno dan BN dlm mengekalkan sistem demokrasi dan kapitalis di negara ini. Ia juga menjadi instrumen politik yg berkesan kpd Pas dan Pakatan utk terus terlibat mendukung sistem demokrasi dan kapitalis. Manakala Majlis Raja-raja Melayu hanya mengambil sikap berdiam diri selama mana pertembungan politik tidak mengugat kedudukan institusi Raja-raja Melayu di Malaysia. Perjuangan saya di dalam UMNO sudah sampai ke penghujung. UMNO sudah tidak dapat di selamatkan lagi dan sudah tidak mampu mempertahankan kepentingan org Melayu apatah lagi agama Islam. UMNO kini telah di kuasai oleh org2 yg tidak faham agama dan sudah terlalu korup.

(2) DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ( YDPA ) termaktub dlm perlembagaan sebagai Ketua Agama dan Ketua Negara. Dan fungsi atau peranan YDPA yang termaktub dlm perlembagaan adalah untuk mempertahankan Islam pada setiap masa. Ini mengukuhkan lagi dakwaan saya bahawa status negara ini adalah negara Islam. Ini kerana ketua negaranya adalah juga merupakan ketua agama Islam. Maka seharusnya ajaran dan pemikiran Islam menjadi ' main-stream ' di negara ini dan mendominasi dasar-dasar kerajaan bukan sebaliknya. Sebarang penentangan terhadap dogma-dogma atau ajaran-ajaran Islam harus di lihat sebagai penentangan dan penderhakaan kpd YDPA Malaysia. Dan ini yg telah di lakukan oleh kerajaan Umno dan BN dari semenjak merdeka sehingga sekarang. Apa yg telah di lakukan oleh kerajaan Umno/BN jelas bertentangan dgn perlembagaan persekutuan. Dan ianya jelas bertentangan dgn peranannya utk membantu YDPA dlm melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Negara dan Ketua Agama. Tidakkah ini merupakan penentangan dan penderhakaan secara total ?

(3) Komen sdra di sini menjelaskan kecelaruan pemikiran sdra yg jelas gagal membezakan antara Islam dan sekular dan juga kegagalan sdra untuk mengenal pasti status negara ini yg jelas menulis Islam adalah agama bagi persekutuan ini. Terma ' hybrid ' yg sdra gunakan menghalalkan evolusi negara ini dari negara Islam menjadi negara sekular. Dari seorang muslim kpd menjadi seorang sekular.

(4) Demokrasi adalah ideologi manusia dan Islam adalah wahyu dari Allah SWT. Sgt jelas perbezaannya. Biarpun ada beberapa ciri persamaan antara demokrasi dan Islam namun perumpaannya adalah seperti monyet dan manusia. Monyet tetap monyet dan manusia tetap manusia. Tidak akan pernah sama. Demokrasi kontroversi kerana sifatnya yg konvensional dan tidak mempunyai definasi yg jelas yg sgt berbeza dgn Islam. Ini kerana ia berpaksi kpd pemikiran sekular yang meminggirkan agama dari semua aspek kehidupan dan bertunjangkan hak asasi manusia yg ingin menuruti segala kehendak dan kemahuan tanpa mahu di batasi oleh peraturan agama. LGBT halal menurut perspektif pejuang hak asasi dan menjadi sah dlm sebuah negara demokrasi. Teras kpd ajaran Islam adalah pd Rukunnya yg pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Kalimah tauhid yg membersihkan aqidah muslim dari sebarang isme-isme ( sekularisme, liberalisme, pluralisme dll ). Ini di ikuti oleh Solat lima waktu yg menjelaskan hakikat penyembahan dan pengabdian hanya kpd Allah SWT 24 jam sehari semalam. Bukan kpd yg lain selain dari Allah SWT seperti tunduk dan menyembah sistem thoghut sebagaimana yg menjadi amalan sekarang. Puasa pula memberi makna menahan diri dari tunduk dan menyembah selain dari Allah SWT. Menahan diri dari mengabdikan diri kpd sistem thoghut yg di asaskan oleh pemikiran manusia yg kufur kpd Allah dan peraturan Allah SWT. Zakat pula lambang kesediaan hamba utk bersedekah dan berkorban kerana Tuhannya iaitu Allah SWT. Manakala Haji pula menjadi lambang penyerahan yg mutlak seorang hamba kepada kekuasaan Tuhannya iaitu Allah SWT. Semoga ini menjawab hujah-hujah sdra yg semakin tersasar dari landasan perbincangan.

(5) Kesimpulannya realiti pd hari ini adalah merupakan fenomena perlanggaran dan penentangan terhadap perlembagaan persekutuan yg sgt jelas dan ketara. Sejarah realiti negara dan perkembangan realiti semasa menunjukkan secara terang dan jelas bahawa negara ini masih belum merdeka. Biarpun penjajah sudah meninggalkan negara ini namun hakikatnya negara ini masih di kuasai dan di cengkam oleh proksi-proksi penjajah. Kemerdekaan adalah merupakan terma yg di manupulasi utk terus menipu dan memperhambakan rakyat negara ini. Kajilah sejarah sebenar negara ini. Rujuklah kpd buku Undang-undang Kedah utk mengenali siapa diri kita dan negara kita sebelum di jajah. Saya sgt berharap penjelasan saya ini mampu memenuhi kewajipan saya sebagai seorang Muslim, warga negara Malaysia, Pengerusi WICC dan ahli UMNO.

Penulis : Selepas ini akan saya tatapkan selingan daripada pembaca yang lain. Hehe, perbincangan ini bukan berakhir di sini. Masih ada lagi ^.^ .. Nantikan kehangatan perbincangan ini yang seterusnya pula. Terima kasih kerana sudi mengikuti diskusi ilmiah ini.

No comments: