Wednesday, July 31, 2013

Dialog Kepercayaan Kepada Tuhan: Rukun Negara dan Perlembagaan (Siri 3)

Pertama-tamanya sekali, saya memohon maaf sekiranya siri seterusnya ini seperti telah terlencong daripada skop asal perbincangan ini. Menurut penulis, kata sepakat telah diberikan mengenai pengguanaan kalimah Allah dan Tuhan dalam Frasa Pertama Rukun Negara.

Untuk artikel siri sebelumnya, boleh rujuk pada pautan di bawah :

Dialog Kepercayaan Kepada Tuhan: Rukun Negara dan Perlembagaan (Siri 1)


Sabri Mohammad:  Tanah Melayu ini sememangnya beraga Islam sejak berkurun lamanya sebelum dijajah - berdasarkan Undang-Undang Kedah. Mengapa kita masih mahu menerima ketetapan perlembagaan selepas "kemerdekaan"? Merdeka kah kita jika kita masih menjunjung perintah bekas penjajah? Tidakkah boleh kita kembali kepada UUK bilamana kita kata kita telah "merdeka". Tidak bolehkah kita ishtiharkan penjajahan negara ini telah berakhir dan dengan itu kita mencorakkan semula negara ini mengikut ajaran Islam dan melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh? Kalau nak Islam, Islam terus, mana boleh separuh-separuh. Perlaksanan mesti meliputi setiap sudut kehidupan! Pilihan cuma ada dua - Islam atau kafir..buat pilihan.

Kalau nak diikutkan perlembagaan sekali pun, jelas Islam adalah agama negara ini >> Antara salah tanggapan terhadap perkara-perkara asas dalam Perlembagaan yang wajib diperbetulkan oleh umat Islam di Malaysia dalam proses transformasi perundangan Islam ini adalah –

Salah tanggapan No. 1 - Islam sekadar Agama rasmi.

Ungkapan ini jauh tersasar dari kedudukan yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan – “ Islam is the religion of Federation...”

Perkataan “rasmi” adalah sekadar tambahan, tetapi impaknya telah mengelirukan semua pihak dan membuat tanggapan yang salah mengenai kedudukan Islam di Negara ini hingga menjadi – “Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama resmi.” Hakikatnya ketiga-tiga perkataan - demokrasi, sekular dan rasmi tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan.

Banyak pihak yang berhujah bahawa ungkapan ini telah digunapakai dan “diterima” oleh banyak pihak sejak Negara mencapai kemerdekaan. Persoalannya di manakah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang seandainya seandainya penerimaan yang tidak betul ini dibiarkan berterusan?

Apa jadi kepada sumpah Agong di bawah perkara 37 Perlembagaan atas nama suci Allah? Hanya orang yang tidak mengenali dan beriman dengan Allah sahaja yang tergamak untuk menghilangkan ketinggian nilai sumpah Agong itu.

Pendekatan untuk menambah perkataan rasmi itu hanyalah suatu strategi politik ketika negara baru mencapai kemerdekaan dan berhadapan dengan darurat akibat dari ancaman komunis yang tidak percayakan tuhan. Bagi mengelakkan masyarakat bukan Islam dari terus menjauhkan diri dari menyertai pemerintahan Negara yang baru ini, maka pendekatan sedemikian dilakukan oleh ahli politik ketika itu.

Namun begitu dalam suasana hari ini di mana agama Negara ini benar-benar mahu dihakis dan prinsip-prinsip demokrasi sekular sedang melanda dengan hebatnya dalam era globalisasi ini adakah perlu pendekatan sedemikian diteruskan?

- Haji Mahamad Naser bin Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara

Sabri Mohammad : (tambah beliau lagi) Salah tanggapan mengenai hakikat kedudukan sebenar Islam sebagai Agama Negara menjadi penyumbang terbesar kepada kelangsungan hayat pemikiran sekular Barat di Negara ini. Faktor utama kepada pegangan sebegini berpunca daripada hakikat bahawa Perlembagaan Negara dirintis oleh sebuah suruhanjaya yang diketuai oleh Lord Reid dengan dianggotai oleh hanya seorang hakim beragama Islam dari Pakistan.

Namun begitu tidak ramai yang menyedari fungsi dan peranan Suruhanjaya ini yang pada hakikatnya hanya menyediakan laporan.

Sebuah Jawatankuasa Kerja yang dikenali sebagai Jawatankuasa White Paper juga bertanggung jawab untuk mencadangkan pindaan-pindaan terakhir kepada cadangan Suruhanjaya Reid selaras dengan kehendak Raja-raja Melayu, pemimpinpemimpin politik, pemerintah British bagi memuktamadkan Perlembagaan dalam proses menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.

Jawatankuasa itu juga telah mengambil pendekatan menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan prinsip Islam sebagai Agama Persekutuan “tetapi ia tidak menafikan ciri-ciri sekular
Negara ini”

Namun begitu perlu diberikan perhatian bahawa hanya Hakim Abdul Hamid dari Suruhanjaya Reid dan Jawatankuasa White Paper yang bersetuju menerima memorandum Perikatan untuk memasukkan – Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama mereka; dan “ia tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini”.

Dari tiga cadangan dalam memorandum Perikatan berkaitan agama Negara itu, hanya 2 perkara sahaja yang telah diterima dan dipersetujui iaitu -

Islam sebagai Agama Persekutuan; tetapi ia tidak menafikan hak penganut agama lain untuk mempraktis agama
mereka;

namun limb ketiga yang berbunyi “tidak menafikan ciri-ciri sekular Negara ini” telah ditolak dan tidak dimasukkan dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan.

Dengan menggugurkan ayat ini perkataan “sekular” lenyap sama
sekali dari Perlembagaan Persekutuan. Justeru warga negara Malaysia
berkewajipan untuk menerima hakikat bahawa tiada sepatah pun perkataan “sekular” yang wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Persoalannya kenapa Malaysia masih dianggap sebagai negara sekular?
Adakah hanya kerana ayat kedua dalam perkara 3(1) yang berbunyi “but other religion may be practiced in peace and harmony in any part of Malaysia” telah menukar pegangan negara dari Islam kepada sekular? Bukankah ajaran Islam itu sendiri memberikan kebebasan manusia yang tidak beriman untuk mengamalkan ajaran agama mereka tanpa dikenakan paksaan untuk menerima Islam atau dihalau dari masyarakat Islam?

Ternyata limb kedua tersebut tidak sedikitpun mencacatkan pegangan Islam Negara ini. Pegangan bahawa Malaysia adalah Negara sekular boleh dianggap sebagai penghinaan kepada undang-undang tertinggi negara.

Kecelaruan sebegini terus dicengkam pengaruh pemikiran moden sekular Barat yang mendominasi pemikiran pewaris legasi penjajah British yang kononnya berpaksikan semangat nasionalisme.

Ia ditambah pula dengan sikap simplistik umat Islam dan sebahagian ulama’ dan pendokong gerakan Islam yang mengambil jalan mudah ketika berhadapan dengan pendokong pemikiran sekular bahawa
pemerintahan Negara ini terikat dengan legasi British termasuk pemikiran dan dasar pemerintahannya sekali.

Lantas mereka mengambil kesimpulan simplistik –
Malaysia Negara sekular, Perlembagaan Sekular, wajib ditegakkan Negara Islam.

Kedua-dua pendekatan di atas - mengikat pemikiran dengan pengaruh sekularbarat dan pendekatan simplistik Perlembagaan sekular - pada hakikatnya telah mengetepikan sumpah Ketua Utama Negara – YDPA atas nama Allah dengan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi; untuk memelihara agama Islam pada semua masa.

Sumpah Baginda YDPA bukanlah sekadar satu upacara kerana ia diperuntukkansecara nyata dalam Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan di mana YDPA mesti bersumpah dengan lafaz sedemikian yang terkandung dalam Jadual keempat Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan yang perlu diberikan perhatian juga tentang sumpah Agong itu adalah tentang kedudukan lafaz Wallahi; Wabillahi; Watallahi;
yang bukan suatu lafaz yang hanya berbetuk upacara (ceremonial) sahaja sebaliknya ia adalah satu sumpah yang mengikat. - Haji Mahamad Naser


Bila Islam = Agama Persekutuan, Agong = Ketua Agama, Agong = Ketua Negara, apakah status ahli politik negara ini yang tidak membantu YDP Agong untuk melaksanakan hukum syariah? Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada setiap masa. Jadi tidakkah semua yang terlibat dengan perjalanan negara ini terkait dengan sumpah tersebut dan juga wajib menjalankan tugas berdasarkan sumpah "Big Boss" mereka?

Tuan Ramalan : Takde ke Ahli Parlimen Malaysia yg boleh jawab soalan Sabri ni ?

Penulis : (Response kepada komen Tuan Ramalan di siri 2) Betul, saya lebih suka berbincang secara ilmiah. Semoga Allah merahmati kita

1) Saya kira persoalan berkenaan dgn penggunaan kalimah Tuhan dan Allah dalam rukun negara boleh dikatakan kita telah mencapai kata sepakat. Bagi yang mempelajari dan mema
hami ilmu tauhid, faham akan hakikatnya sedang mereka yang kurang memahami atau langsung tidak memahami akan membawa kepada perbezaan yang sangat besar. 1.2) Namun berkenaan dengan Perkara 3 ini, tuan tidak boleh wewenang menafsirkannya secara sendiri. Hal ini disebabkan ianya bersifat perundangan dan hanya absah diterima jika adanya tafsiran perundangan ke atasnya. Maka, dalam peruntukan ini, tidak dinyatakan secara jelas sama ada Malaysia ialah negara Islam ataupun negara sekular. Tetapi yang jelas daripada peruntukan ialah memberi pengiktarafan terhadap kedudukan agama Islam di negara Malaysia dan membenarkan agama2 lain untuk turut diamalkan. Andai ada tafsiran perundangan yang menyatakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, boleh lah tuan untuk lampirkan di ruangan ini. 1.3) Berkenaan dengan bagaimana Islam dijadikan sebagai senjata politik itu, sy turut mengakuinya. Fahaman Machiavelli, "the end justify the mean" ataupun "matlamat menghalalkan cara" telah sebati dlm politik Malaysia dan sinonim dengan 'Real Politik'.

2.1) YDPA sebagai ketua agama Islam bukanlah tanda sebagai Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Ia membawa 2 sifat yang berbeza. Antara menjadi ketua agama Islam bagi umat Muslim di Malaysia dengan menyatakan Malaysia sebagai negara Islam adalah 2 perkara yang terpisah dan tidak terkait. Rujuk semula kepada video yang saya attach awal2 tu, menyatakan bahawa semasa semua memorendum dikumpulkan dalam dalam Suruhanjaya Reid itu, kesemua ahli suruhanjaya itu menolak peruntukan "Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam" kecuali Hakim Pakistan. Jadi, peruntukan itu telah diubah kepada "Islam adalah agama bagi persekutuan". Peristiwa ini jelas menafikan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam tetapi mengiktiraf kedudukan istimewa agama Islam berbanding agama-agama lain. 2.2) Ajaran dan pemikiran Islam sewajarnya menjadi 'main-stream' itu pun saya setuju. 2.3) Yang membantu Majlis Raja2 dan YDPA untuk agama Islam bagi kawasan2 baginda bukannya kerajaan BN tetapi Majlis Agama Islam Negeri dan JAKIM. Tetapi x dinafikan bahawa, mereka ini sendiri dikawal oleh fahaman politik. Rujuk juga pada video yang dipaparkan. Memang silap kerajaan kita.

3) Saya bukannya menghalalkan evolusi sedemikian berlaku di Malaysia. Tetapi sifat substaintif perlembagaan itu sememangnya hybrid. Kerana apa? kerana peruntukan dalamnya memberi ruang kepada Islam, agama2 lain dan juga fahaman sekular (demokrasi dan kapitalisme). Saya rasa tuan masih belum memahami sifat asas Perlembagaan yang menjadi undang2 tertinggi negara kita. Saya bukan berkisah kepada pemikiran Muslim atau sekular. Tetapi saya menilai dari sudut perlembagaan sendiri atas peruntukan yang sedia dalamnya. Harap faham dan kalau tuan ingin sy membentangkan penilaian itu, saya sudi.

4) Berkenaan dengan demokrasi, sy tidak memberi sebarang sifat adjektif kepadanya. Saya tidak berkata bahawa demokrasi ini baik, buruk, ideal atau sebagainya. Namun jawapan saya adalah response terhadap dakwaan tuan yang mengatakan tiada demokrasi dlm perlembagaan. Maka, saya membuktikan bahawa adanya demokrasi melalui sistem dan nilai yang diperuntukan dalam perlembagaan. Saya memberi perbandingan konsep agar tuan lebih faham di mana wujudnya demokrasi dlm perlembagaan iaitu dengan cara memehami wujud teras dalam perlembagaan sebagaimana teras Islam itu salah satunya puasa sebagai salah satu rukun. Itu sahaja. Ini bukannya tanda saya sokong demokrasi. Kalau tuan ingin tahu pandangan saya mengenai demokrasi, boleh rujuk pada artikel dalam blog saya sendiri:


http://neutrona.blogspot.com/2012/04/demokrasi-alat-naikkan-islam.html


Siri ke-4 bakal menyusul. To be continued... 

Tuesday, July 30, 2013

Dialog Kepercayaan Kepada Tuhan: Rukun Negara dan Perlembagaan (Siri 2)


Penulis : Saya saudara. Terima kasih juga kerana response kepada saya dengan teliti. Saya menghargainya.

1) Apa yg membezakan kalimah 'Kepercayaan kepada Tuhan' dengan 'Kepercayaan kepada Allah sebagai Tuhan sekalian alam' ? Menurut penelitian saya, disebabkan Malaysia ini berbilang agama, maka perkataan Tuhan lebih sesuai digunakan malahan ia tidak mengubah sedikitpun intipati Allah = Tuhan. Berkenaan dgn pengisytiharan 3 PM Malaysia tu, sy akan jelaskan kemudian. Sy berharap agar perjuangan tuan dlm UMNO berterusan.

2) Sy sendiri well aware dgn pemikiran saya, sbb Malaysia ni bermulanya kemerdekaan dan juga proses globalisasi, sememangnya prinsip dan pengamalan di Malaysia ni telah bercampur antara fahaman Islam dan fahaman sekular. Saya bukan bermaksudkan hudud sahaja sebagai vital sign bagi status negara Islam. Tp yg saya nak highlightkan bahawa Malaysia ni mmg x laksanakan Islam secara sempurna tp itu bukannya bukti kerajaan bertindak secara sekular total. Cumanya hanya sebahagian sahaja.

3) Yg ni saya nak kaitkan dgn pasal 3 PM Malaysia ni. Pengisytiharan PM yg sebegitu dalam sudut perundangan adalah tidak bermakna sama sekali. Dan dalam komen sy sendiri sy x kata Malaysia negara sekular mahupun sy x mention pun Malaysia seolah-olah negara sekular. Cuba lihat kembali dlm Perlembagaan, langsung tidak diisytiharkan sama ada Malaysia negara Islam atau negara sekular. Sepanjang pengajian saya, Malaysia dari sisi perlembagaan adalah bersifat hybrid kerana memberi ruang kepada nilai Islam dan juga nilai sekular. Bila mana dlm IC tu tulis agama Islam sebagai statusnya, maknanya tuan ialah Muslim. Islam merujuk kpd agama. Macam tu juga style nye dlm perlembagaan. Kefahaman terhadap konteks peruntukan dlm perlembagaan adalah penting kerana ia menjelaskan teras/ fundamental kpd peruntukan tersebut.

4) Sy faham perspektif tuan. Demokrasi begitu kontroversi takrifannya walaupun antara sarjana Sains Politik sendiri. Tetapi elemen penting yg menunjukkan adanya 'demokrasi' ialah sistem dan nilainya. Apakah kedua2 perkara tersebut? Sistemnya ialah Pilihanraya : Perkara 113 dan 114. Nilainya ialah hak asasi : Perkara 5 - 13. Sama juga macam Islam, Puasa bukannya Islam. Tp yg menjelaskan teras Islam tu ialah Rukun Islam yg mana, adanya amalan berpuasa itu. Berkenaan dgn Raja Perlembagaan, itu salah ahli politik sbb x faham perlembagaan. Sedangkan dlm perlembagaan kita jelas mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang bersistemkan 'Raja Perlembagaan Demokrasi Berparlimen' . Boleh rujuk misalnya kepada Perkara 11 (Sultan ketua agama negeri), Perkara 32 (YDPA kepala utama), Perkara 38 (Majlis Raja-raja), serta kuasa2 baginda atas nasihat PM/Eksekutif dan kuasa2 baginda atas budi bicara baginda.

5) Hmm ni bukan pandangan saya. yg selain dr komen sy ( 1- 4) yg lain adalah copy paste dr artikel yg sy dah lampirkan utk dibaca. Tp saya sokong perkara ini.

Saya tidak keliru antara pemikiran Islam dan sekular sbb saya belajar kedua-dua pemikiran. Merujuk kpd statement (2) sy, sebab Malaysia dah bercampur 2 pemikiran inilah, sy menceritakan realiti di Malaysia.

Harap, penjelasan sy juga turut membantu kpd pembaca untuk lebih memahami Islam dlm Perlembagaan dan realiti di Malaysia dgn lebih baik.
Btw, sy kenal tuan, sbb kita pernah berbincang sedikit. Sy kenal tuan dlm blog ini awal tahun 2012 :

World Islamic Chamber of Commerce and World Baitul Mal 

Tuan Roslan:  Sdra penulis terima kasih atas response sdra. Saya juga menghargainya dan menghargai perbincangan yg ilmiah. Dan saya maklum dan insaf serta tidak berharap utk dapat menukar pandangan dan pendirian sdra. Apa yg saya lakukan hanyalah sekadar mengutarakan sudut pandang saya sebagai seorang muslim dan mukmin serta mempromosikan pandangan saya yg kontra dgn majoriti masyarakat di Malaysia utk di nilai dgn se adilnya oleh ahli-ahli politik, ulama-ulama Islam, komuniti akademik dan juga masyarakat Malaysia umumnya.

1) Memang tidak menimbulkan masalah yg besar kpd mereka yg mendalami Ilmu Tauhid. Tetapi secara akademik Tuhan dan Allah membawa perbezaan yg sgt besat. Ia memberikan persepsi dan tafsiran yg berbeza. Saya tidak ada masalah dgn penggunaan perkataan ' Tuhan ' dalam Rukun Negara sekiranya status negara ini adalah sebuah negara teologi mahu pun negara sekular sebagaimana negara Turki. Dlm perlembagaan Turki jelas menyatakan bahawa Turki adalah sebuah negara sekular. Jika demikian sifat dan statusnya maka wajarlah Islam itu hanya sekadar menjadi agama resmi berdasarkan kpd polarisasi penduduk di Malaysia. Namun apa yg menjadi persoalan di sini ianya secara terang dan jelas tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan dalam perkara (3) menyatakan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan ini. Ini secara jelas menyatakan status negara ini adalah negara Islam bukan negara Teologi atau negara Sekular. Dan ia juga tidak menyatakan bahawa Islam adalah agama resmi bagi persekutuan ini. Istilah 'resmi' hanya muncul berdasarkan kpd motif politik bukan akademik apatah lagi atas dasar Tauhid Islam. Secara politik, Islam jelas hanya di jadikan perisai dan alat utk mencapai objektif politik Umno dan BN dlm mengekalkan sistem demokrasi dan kapitalis di negara ini. Ia juga menjadi instrumen politik yg berkesan kpd Pas dan Pakatan utk terus terlibat mendukung sistem demokrasi dan kapitalis. Manakala Majlis Raja-raja Melayu hanya mengambil sikap berdiam diri selama mana pertembungan politik tidak mengugat kedudukan institusi Raja-raja Melayu di Malaysia. Perjuangan saya di dalam UMNO sudah sampai ke penghujung. UMNO sudah tidak dapat di selamatkan lagi dan sudah tidak mampu mempertahankan kepentingan org Melayu apatah lagi agama Islam. UMNO kini telah di kuasai oleh org2 yg tidak faham agama dan sudah terlalu korup.

(2) DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong ( YDPA ) termaktub dlm perlembagaan sebagai Ketua Agama dan Ketua Negara. Dan fungsi atau peranan YDPA yang termaktub dlm perlembagaan adalah untuk mempertahankan Islam pada setiap masa. Ini mengukuhkan lagi dakwaan saya bahawa status negara ini adalah negara Islam. Ini kerana ketua negaranya adalah juga merupakan ketua agama Islam. Maka seharusnya ajaran dan pemikiran Islam menjadi ' main-stream ' di negara ini dan mendominasi dasar-dasar kerajaan bukan sebaliknya. Sebarang penentangan terhadap dogma-dogma atau ajaran-ajaran Islam harus di lihat sebagai penentangan dan penderhakaan kpd YDPA Malaysia. Dan ini yg telah di lakukan oleh kerajaan Umno dan BN dari semenjak merdeka sehingga sekarang. Apa yg telah di lakukan oleh kerajaan Umno/BN jelas bertentangan dgn perlembagaan persekutuan. Dan ianya jelas bertentangan dgn peranannya utk membantu YDPA dlm melaksanakan tugasnya sebagai Ketua Negara dan Ketua Agama. Tidakkah ini merupakan penentangan dan penderhakaan secara total ?

(3) Komen sdra di sini menjelaskan kecelaruan pemikiran sdra yg jelas gagal membezakan antara Islam dan sekular dan juga kegagalan sdra untuk mengenal pasti status negara ini yg jelas menulis Islam adalah agama bagi persekutuan ini. Terma ' hybrid ' yg sdra gunakan menghalalkan evolusi negara ini dari negara Islam menjadi negara sekular. Dari seorang muslim kpd menjadi seorang sekular.

(4) Demokrasi adalah ideologi manusia dan Islam adalah wahyu dari Allah SWT. Sgt jelas perbezaannya. Biarpun ada beberapa ciri persamaan antara demokrasi dan Islam namun perumpaannya adalah seperti monyet dan manusia. Monyet tetap monyet dan manusia tetap manusia. Tidak akan pernah sama. Demokrasi kontroversi kerana sifatnya yg konvensional dan tidak mempunyai definasi yg jelas yg sgt berbeza dgn Islam. Ini kerana ia berpaksi kpd pemikiran sekular yang meminggirkan agama dari semua aspek kehidupan dan bertunjangkan hak asasi manusia yg ingin menuruti segala kehendak dan kemahuan tanpa mahu di batasi oleh peraturan agama. LGBT halal menurut perspektif pejuang hak asasi dan menjadi sah dlm sebuah negara demokrasi. Teras kpd ajaran Islam adalah pd Rukunnya yg pertama iaitu mengucap dua kalimah syahadah. Kalimah tauhid yg membersihkan aqidah muslim dari sebarang isme-isme ( sekularisme, liberalisme, pluralisme dll ). Ini di ikuti oleh Solat lima waktu yg menjelaskan hakikat penyembahan dan pengabdian hanya kpd Allah SWT 24 jam sehari semalam. Bukan kpd yg lain selain dari Allah SWT seperti tunduk dan menyembah sistem thoghut sebagaimana yg menjadi amalan sekarang. Puasa pula memberi makna menahan diri dari tunduk dan menyembah selain dari Allah SWT. Menahan diri dari mengabdikan diri kpd sistem thoghut yg di asaskan oleh pemikiran manusia yg kufur kpd Allah dan peraturan Allah SWT. Zakat pula lambang kesediaan hamba utk bersedekah dan berkorban kerana Tuhannya iaitu Allah SWT. Manakala Haji pula menjadi lambang penyerahan yg mutlak seorang hamba kepada kekuasaan Tuhannya iaitu Allah SWT. Semoga ini menjawab hujah-hujah sdra yg semakin tersasar dari landasan perbincangan.

(5) Kesimpulannya realiti pd hari ini adalah merupakan fenomena perlanggaran dan penentangan terhadap perlembagaan persekutuan yg sgt jelas dan ketara. Sejarah realiti negara dan perkembangan realiti semasa menunjukkan secara terang dan jelas bahawa negara ini masih belum merdeka. Biarpun penjajah sudah meninggalkan negara ini namun hakikatnya negara ini masih di kuasai dan di cengkam oleh proksi-proksi penjajah. Kemerdekaan adalah merupakan terma yg di manupulasi utk terus menipu dan memperhambakan rakyat negara ini. Kajilah sejarah sebenar negara ini. Rujuklah kpd buku Undang-undang Kedah utk mengenali siapa diri kita dan negara kita sebelum di jajah. Saya sgt berharap penjelasan saya ini mampu memenuhi kewajipan saya sebagai seorang Muslim, warga negara Malaysia, Pengerusi WICC dan ahli UMNO.

Penulis : Selepas ini akan saya tatapkan selingan daripada pembaca yang lain. Hehe, perbincangan ini bukan berakhir di sini. Masih ada lagi ^.^ .. Nantikan kehangatan perbincangan ini yang seterusnya pula. Terima kasih kerana sudi mengikuti diskusi ilmiah ini.

Monday, July 29, 2013

Dialog Kepercayaan Kepada Tuhan: Rukun Negara dan Perlembagaan (Siri 1)

Tuan Ramlan : Berdasarkan kpd artikel (3) dalam Perlembagaan Persekutuan yg menyatakan bahawa Islam adalah agama persekutuan maka Rukun Negara yg pertama hendaklah di baca sebagai ' Kepercayaan kepada Allah SWT ' . Negara ini negara Islam yg di tadbir secara sekular oleh BN .. Ini menjadikan BN menderhaka kpd DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan Ketua Agama kerana tidak membantu tugas Baginda untuk mempertahankan Islam pada setiap masa.

Slock Crow :  Dari segi dokumentasinya Negara ini adalah sebuah Negara berorientasikan Islam, cuma dari segi pelaksanaanya tidak mengikut apa yg telah tertulis dlm perlembagaan.. tak begitu Pak Lan?

Tuan Ramlan :  Bukan orientasi tetapi dalam perlembagaan jelas tertulis Islam adalah agama persekutuan maksudnya negara ini adalah sebuah negara Islam. Ia jadi kufur kerana di tadbir secara sekular oleh kerajaan BN. Tidak ada satu perkataan demokrasi dan sekular dlm perlembagaan Malaysia. Ini menjadikan ahli-ahli politik Malaysia baik kerajaan mahu pun pembangkang sebagai penipu besar bila mengatakan sistem politik Malaysia adalah Demokrasi Berparlimen.

Slock Crow : Benar tuan.

Penulis :  Tuan Mohd Ramalan Yunus >>
1) Berkenaan dgn artikel 3. Tiada masalah pun utk rukun negara ditulis dengan 'Kepercayaan kepada Tuhan' . Sbb Tuhan sendiri adalah merujuk kpd Allah. Dalam ceramah tauhid yg saya hadiri, sesiapa menganggap bahawa 'Jesus' tuh
an bg Kristian, Jehovah tuhan bg Yahudi, Brahma tuhan bg hindu dll, maka telah sesat pandangannya tu. Dlm kalimah tauhid jelas, Tiada Tuhan selain Allah (penjelasan lanjut kene bertanya la dgn ulama yg pakar bab Tauhid).

2) Buktikan BN bertindak secara sekular secara total. Ada banyak dasar Islam yg digunapakai, prinsip maqassid syariah (cuma x berlabelkan Islam je) teraplikasi dan dlm perundangan Islam, Malaysia memaksimakan penggunaan Takzir berbanding qisas mahupun hudud. Cumanya x dinafikan adanya budaya hedonisme yg berleluasa di Malaysia ini.

3) Islam ialah agama persekutuan. Adalah tidak tepat menafsirkan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Perkara 3 tu memberi hak keistimewaan kpd agama Islam di negara ini disebabkan penganutnya yg bersifat majoriti.

4) Demokrasi dan perlembagaan. Dlm Perlembagaan ada menyebutkan sistem demokrasi dan nilai2 demokrasi. Sistem demokrasi itu terletak pada Perkara 113 dan 114 yg memberi peruntukan kpd Pilihanraya dan keanggotaan SPR. Manakala Perkara 43 - 55 telah menceritakan mengenai Parlimen, keahlian dan fungsinya.

Saya sebagai seorang yg pernah belajar law, rasa bertanggungjawab untuk memberi penerangan yang lebih baik kpd masyarakat.

Pautan video tambahan :



Tuan Ramlan : Kpd Anis Sina maaf saya tak pasti sdra atau sdri, terima kasih atas ulasan panjang terhadap komen saya. Komen sdra/sdri yg ( 1 ) Saya memang ada masalah dgn Rukun Negara. Ini kerana ia tidak mencerminkan perlembagaan Malaysia .. Rukun Negara yg pertama ' Kepercayaan kpd Tuhan ' kalau dlm artikel 3 jelas menulis ' Islam adalah agama persekutuan ' mengapa Rukun Negara tidak di tulis ' Kepercayaan kepada Allah SWT Tuhan sekelian alam ? Apabila Rukun Negara di tulis ' Kepercayaan kpd Tuhan ' ini sebenarnya merujuk kpd negara teologi bukan negara Islam. Sebab itu timbul kekeliruan. Hampir seluruh rakyat Malaysia merasakan bahawa Islam hanyalah sebagai agama resmi di Malaysia. 3 org Perdana Menteri Malaysia, iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. Hanya Tun Mahathir yg mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam. Saya mempersoalkan dan mengkritik Rukun Negara sebab saya mempelajari Ilmu Tauhid dari semenjak umur saya 18 tahun hingga ke hari ini. Skrg saya sudah berumur 48 tahun. Saya bukan sekadar mendengar ceramah Ilmu Tauhid. Dan ramai sahabat2 baik saya terdiri dari kalangan ulamak-ulamak Tauhid. Antaranya yg terkenal adalah YM habib Rizieq Shihab Ketua Umum Front Pembela Islam di Indonesia.

Komen sdra/sdri yg ( 2 ) Bukti BN bertindak secara sekular. Saya sarankan anda belajar mengenai perbezaan antara pemikiran Islam dan pemikiran sekular dan batas-batas iman dan kufur. Membaca komen anda, anda masih keliru antara aqidah islam dan ideologi sekular.Islam bukan sekadar melaksanakan HUDUD. Amalan Islam adalah secara KAFFAH. Saya ada formula dan kaedah untuk melaksanakan Islam secara KAFFAH. Saya bukan ahli PAS. Saya masih ahli UMNO selama hampir 30 tahun. Sedang menunggu masa utk di pecat kerana komen2 saya yg lantang dan keras kpd pucuk pimpinan UMNO dan negara.Ini kerana ' silent rule ' dlm UMNO kita tidak di benarkan mengkritik pucuk pimpinan.

Komen sdra/sdri yg ( 3 ) menunjukkan bahawa kefahaman anda adalah seperti kefahaman majoriti rakyat Malaysia. Berdasarkan komen anda, anda memperakui Malaysia adalah sebuah negara sekular.Komen anda memberi maksud sebagai contoh saya - dlm IC saya di tulis Islam sebagai agama saya. Tetapi adalah tidak tepat untuk mentafsirkan bahawa saya adalah seorang Islam. Saya bingung dgn cara dan proses sdra/sdri berfikir. Apatah lagi memandangkan sdra/sdri pernah belajar undang-undang.

Komen sdra/sdri yg ( 4 ) Perkara 113 dan Perkara 114 hanya merujuk kpd soal penubuhan SPR dan mengadakan pilihanraya. Tidak ada perkataan demokrasi di situ. Pilihanraya dan Demokrasi adalah dua perkara yg berbeza. Biarpun pilihanraya selalu di gandingkan dgn Demokrasi dan di anggap sebagai salah satu amalan dlm demokrasi. Sebagai contoh PUASA. Puasa merupakan salah satu amalan dlm Islam tetapi puasa bukan Islam. Dua perkara yg berbeza. Dan perkara 113 dan 114 inilah yg menyebabkan semua ahli politik baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang menganggap bahawa sistem politik di Malaysia adalah sistem ' Demokrasi Berparlimen ' bukan sistem ' Raja Berperlembagaan ' . Saya tidak perlu masuk universiti dan belajar undang-undang untuk memahami perlembagaan dan memberi penerangan kpd masyarakat bahawa terdapat terlalu banyak kekeliruan dan kecelaruan dlm perlembagaan Malaysia yg boleh menimbulkan salah faham dalam masyarakat.
 
Komen sdra/sdri yg ( 5 ) Perjuangan umat Islam bukan hanya utk melaksanakan Hudud sahaja. Yang lebih utama adalah utk menyempurnakan aqidah dlm proses utk mentauhidkan Allah SWT. Setelah itu adalah utk membenteras RIBA. Riba sudah terbukti dari zaman berzaman mampu menghancurkan sebuah tamadhun manusia. Pada masa ini sudah ada negara yg muflis akibat mengamalkan sistem Riba. Kes terbaru bandaraya Detroit di Amerika sudah memfailkan notis bankrup. Kalau kerajaan Malaysia ingin membangunkan dan melaksanakan sistem kewangan bebas Riba saya bersedia membantu. Begitu juga dengan Kelantan yg di tadbir oleh parti yg mendakwa memperjuangkan Islam. Saya juga bersedia membantu. Ini perkara2 yg patut di utamakan utk membangunkan sebuah ' Daulah Islamiah ' bukan Hudud. Hudud akan terlaksana dgn sendirinya apabila perkara2 yg utama sudah di dirikan.

Saya berharap penjelasan saya mampu menjernihkan sedikit pemikiran sdra/sdri Anis Sina yang berserabut dan bercampur aduk antara Islam dan sekular. Dan saya berharap agar penjelasan saya ini dpt membantu anda semua yg membacanya.

Penulis : Apakah jawapan yang saya berikan? Apakah kesinambungan perbincangan ini? Di manakah halatuju perbincangan ini? Nanti dialog kami pada siri seterusnya  :)

To be continue...

Thursday, July 11, 2013

Al Fatihah: Antara Khaliq dan Makhluk



Assalamualaikum w.b.t kepada rakan-rakan sekalian,

Lembaran Al Fatihah


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan kemuliaan ini, ingin saya sentuh perihal Surah al Fatihah ini.  Kalau kita perasan, dalam sehari pada bulan-bulan selain Ramadhan, kita akan baca surah ini paling kurang pun sebanyak 17 kali sehari.

Namun pada Ramadhan yang barakah ini, berganda-ganda bacaan al Fatihah ini sama ada dalam solat fardhu, tilawah Quran bahkan semasa solat terawih.  Hal ini akan menjadi satu kerugian andai kita tidak menghayati bacaan Ummul Kitab ini.

Sebelum saya memulakan penulisan yang seterusnya, ingin saya berkongsi sedikit ilmu yang telah diijazahkan oleh seorang pemandu Van UKM yang pada ketika itu membawa kami pergi dan pulang dari Taylors University.  Kata-kata beliau ini pula menjadi satu rahsia mengenai peri pentingnya dan betapa utamanya kedudukan surah ini.

Ini juga merupakan ajaran para sufi.  Menurutnya, keseluruhan ayat dalam Kalamullah ini (6236 ayat, bilangan yang mahsyur) tersimpan/ terjaga dalam satu surah iaitu al Fatihah.  Surah al Fatihah pula tersimpan rahsianya pada Basmalah dan Basmalah ini disimpan pada huruf Ba dan rahsia Ba itu disimpan pada titiknya.

Oleh itu, ketahuilah dalam Bulan Ramadhan ini, tatkala bacaan Al Fatihah kita berlipat ganda, maka pada ketika itu jugalah Allah menjawab setiap lafaz kita. Dalam sebuah hadis qudsi, Allah berfirman:


"Solat itu aku bagi 2 iaitu antaraKU dan hambaKU. Untuk hambaKU ialah apa yang dimintanya.
Apabila hambaKU mengucapkan: Alhamdulillahi rabbil 'alamin (segala puji tertentu bagi Allah, tuhan yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam)
AKU menjawab: hamdani 'abdi (hambaku memujiku)

Apabila hambaKU mengucapkan: Arrahmanirrahim (Yang maha pengasih lagi maha penyanyang)
AKU menjawab: 'Atsna alayya 'abdi (hambaku menyanjungiku)

Apabila hambaKU mengucapkan: Maliki yaumiddin (Maha penguasa hari kemudian)
AKU menjawab: Majjadani abdi (hambaku mengagungkanku)

Apabila hambaKU mengucapkan: iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in (kepada engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan)
AKU menjawab: Hadza bayni wa bayna abdi, wali abdi wa saala (inilah bahagianku dan bahagian hambaku yg dimintanya)


Apabila hambaKU mengucapkan: Ihdinash siratal mustaqim, siratal ladzina an'amta 'alaihim ghairil maghdubi 'alaihim waladh-dhaalin (pimpinlah kami ke jalan yang lurus, yakni jalan yang tidak engkau murkai dan tidak pula jalan orang yang sesat)
AKU menjawab: Hadza li abdi,wali 'abdi ma saala (inilah bahagian hambaku, untuk apa yang dimintanya)"


Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.

Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Barang siapa yg ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.”. (H.R Bukhari, muslim, Abu Dawud dan An-Nas)

Oleh itu, bacalah surah ini dengan penuh khusyuk dan faham.  Semoga ianya bermanfaat terutama pada Bulan Ramadhan yang padanya terdapat malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Salam Ramadhan Al Mubarak.